Ahad, Januari 06, 2019

BIRTHDAY GIVEAWAY BY MYA ROSLI


Hi~ Assalamualaikum | 

Aien jalan-jalan tadi, tengok ramai yang join. Demi menyokong kawan blogger, moh ler kita meriahkan. 

Mardhiyyah Rosli atau lebih dikenali as Mya Rosli melaksanakan giveaway ni sempena birthday dia yang bakal menjelang sekaligus meraikan keterujaan dia untuk report diri di tempat kerja baru. Aien ucapkan good luck dan semoga maju jaya di tempat baru. 

For your birthday, moga ditambahkan iman seiring dengan umurnya. Diredhai dan dirahmati apa jua yang berlaku dalam kehidupan Mya akan datang. May Allah always be with you. Grant your wishes and keep your family safe and sound. 

Moga teman lain sudi-sudi la memeriahkan lagi giveaway contest dari Mya ni. Dun wori, she eat nasi. Tak makan orang punya. Kan Mya? 

All the best! 




Jumaat, Januari 04, 2019

MOVIE REVIEW: TULLY

credit: google i

Hi~ Assalamualaikum | Tully

Disebabkan Aien terlalu blur nak tulis entry untuk 2019 ni, moh ler kita tengok movie cari idea. For your information, Aien dari mula ngandong Nayla dulu, kata nak tengok cerita ni. Buat inspration gitu. Alih-alih terlupa. Nasib adik ada buat recommended movie list, wow~ terus cari dan tengok. Sangat sedih! 

Tajuk: Tully 
Genre: Keluarga
Durasi: 1 jam 40 minit
Rate: 8.5/10 
Cast: Charlize Theron, Mackenzie Davis
Sinopsis: Seorang Ibu kepada tiga orang anak mengupah seorang pengasuh tengah malam untuk anaknya. 

Macam simple kan sinopsis dia? Yep, It's just a family story that every young  mother need to watch. 

*Review Aien*

Well, Macam yang Aien cakap cerita ni such inspration buat diri yang rasa lost somewhere dalam menjadi suri rumah dan terpekung dalam rumah tanpa suami yang sibuk mencari rezeki untuk penghuni rumah. Banyak kata-kata dalam cerita ni Aien rasa deep menyucuk ke jiwa. It's just me and my feeling get emotional tengok cerita ni. Sob sob 

*Spoiler alert* 

Sedih, bila Marlo handle anak lelaki dia, Jonah yang di kategori sebagai 'special kid'. Tadika biasa untuk menyarankan Marlo untuk cari cikgu yang bersesuaian. Dia pulak tengah sarat mengandung. Dan bila dia dah bersalin, Adoo~ Like, damn! It's hurt. Penat bersalin tak habis, tengok suami dia pulak seronok tidur, dia lepas tu balik kena bangun malam breastfeed baby dia. Because lack of sleep, stress.. Stress kuasa keempat. Dengan kerja, dengan Jonah, dengan rumah. Boleh tengok la keadaan rumah dia bersepah. Anak-anak makan frozen pizza. Suami balik kerja, cakap "Itu je?" O M G . 

Sebelum tu, Abang Marlo ada suggestkan midnight nanny kat dia, konon hadiah untuk Marlo sempena baby baru. Abang Marlo berniat baik. Nak adik dia yang ceria balik, cuma bila keegoan suami terhadap abang Marlo yang kaya tu, Marlo end up macam tu. 

Suami mana tak suka tengok isteri happy kan, just dorang tak reti nak happykan isteri tu macamana. 

Drew, suami si Marlo ni suka bila Marlo ni dah pandai bermekap balik. Sampai anak dia pun tegur, mak dia nampak berbeza. Masak makan malam pun dah sedap. Haa~ happy wife happy family kan... 

Semua happy sampai satu peringkat, midnight nanny tu nak berhenti. Marlo lost herself again. Masa tu, baru Drew sedar yang isteri dia depression. 


Ini favorite quote Aien. Yes, indeed! so dear myself, please be happy for yourself disamping kau cuba nak jaga laki dan anak kau. Yes, I'm happy! Ada me- time sendiri. hehe




Yang ni pulak Aien saja nak share. Sebab nak kongsi how your mom be like after anak dah ramai. huhu It's a fact. Sebab tu tabil la pada mak-mak yang masih study, masih ingat majoriti benda selain isi kandung rumah dia. 

You gais should tengok cerita ni. Best! Then, you reliase kenapa la Allah cakap syurga tu di bawah telapak kaki Ibu. Pengorbanan seorang Ibu tu besar. Huhu bila teringat balik, adoo jahatnya aku dengan mak aku. Dah ada anak sendiri pun still tak boleh manage. Try hard learn satu-satu. Praktis segala teori yang diajarkan oleh Taufik Razif. I just want to be happy with myself. With my children. So, need to make a change. Kalau kita asyik nak stress. Sampai bila-bila kita tak pernah bahagia ,ye dok? 

Teringat dulu, masa dara, syiok tengok orang ngandung ada anak. Sekali dah sampai kat diri sendiri. It's fun Nur! I keep remind myself that so I never get lost with emosi. Bila dah berumah tangga, emosi seorang isteri dan Ibu menentukan keadaan rumah tersebut. Dear husband, if you nak rumah you cantek, happy kan wife you. lagi-lagi la wife you tu suri rumah. Kebosanan bila dok rumah seharian mengadap rutin yang sama tiap hari tu masya Allah. Tapi, kebahagian jugak sebab dorang memang goyang kaki je kat rumah. Pejam mata je tengok anak buat sepah, baju tak berbasuh. Haha Ado.. itu gunanya toleransi. 

Dah apa Aien bebel ni.. Nak share movie review dah membebel pulak. Tahun baru Nur, Tahun baru.. 

Tahniah la baca sampai habis Nur bebel yek. Haha Sometimes tengok cerita macam ni menceritakan isi hati kita, dalam senyap kita pun nangis sama. Sedih bila anak dia tanya, 
'Mom, what happen to your body?' 

Dah tak rasa seksi sana, cantek sini lagi. Pahtu suami mula cari lain. Sedangkan yang ada tak mau dihiaskan balik. Wow! 

Dah! stop Nur. Such a negative aura betol la. Tapi, itu apa yang ada dalam hati. kan? Perempuan ni dia sendiri tak pernah faham diri dia. So, meh la sama-sama fahamkan diri masing-masing supaya rumah tangga anda harmoni. Sakinah wal mawaddah! Menjadi keluarga yang membawanya ahlinya ke syurga. Kan nak kiamat dah? 

Peace, no war. 

Tahniah lagi sekali baca sampai habis. Aien masih tak punya goal untuk this year. Just nak sambung goal last year. Mudah-mudahan dapat jujur dengan diri sendiri sebab tak ada siapa yang boleh ubah diri awak tu, melainkan diri sendiri. Yep! Be happy for yourself ya


Till next movie, Jaa Nee!




Selasa, Januari 01, 2019

HELLO 2019

Hi~ Assalamualaikum | 

2019 bermula. First page of a blank book. Have nothing to write actually. Nak bebel pun otak blur. Dalam kepala mahu makan dan terus makan. Sementara umur masih ada kan, mari la kita makan. Too much food that Aien craving right now. Sushi, steamboat yang actually terbayang sup tom yam yang panas dihirup bersama daging bakar dibalut dengan daun salad. Wow! Marvelous gitu feeling. Sayangnya, che abe Aien yakni Tuan Izwan tak mahu masuk Seoul Garden. Nak makan kat Meletop, takut membazir. Sama je fungsi dia dengan Seoul Garden. Bwahaha Meletop sedap makan ramai-ramai dan dengan mereka yang suka makan. Masa kerja dengan Taska dulu, dorang pernah buat majlis makan-makan kat Meletop, Taman Teratai. Masa tu Aien dah 6 bulan kot. Mengah kau nak makan! Ikut kan nafsu nak sumbat lagi. Tapi daya ibu mengandung ni sikit-sikit isi tapi cepat lapar. haha 

Hari tu, try beli daging. Unfortunely, daging dia sangat tak empuk bila dah disangai. Nak kata salah potong, Aien potong sikit ja. Dan betol tentang urat dah pun. Beli daun salad, sejambak tu, boleh habis sorang. Wow, marvelous! Nampak tak cravingnya masih tersangkut di situ. 

I miss my sista~ dorang sangat support member suka makan, janji kena chia. Haa~ laju deme makan. Buku pink pun belom buat lagi. Takut kena bebel dengan nurse sebab jarak dekat la sangat. This is unplanned the plan. Haa~ actually bila dah breastfeed, Aien ingat it's okay la tak datang period, sekali.. Selera makan terabur. Nasi campur (nasi berlauk) tak nak masuk, air masak minum muntah. Haa~ simptom yang sama dengan Nayla dulu. Tapi dia, craving makan dulu dan sensitif yang amat. Bab, tak lalu semua ni, after dah buat buku pink sampai berat badan turun kau. Ni pun turun jugak berat badan. Dapat la balik berat Aien masa sebelom ngandung Nayla. Tapi, tapi tapi.. Den lapo.. struggle is real now. Breastfeed and pregnancy. Double triple. Wow! 

I'm not to bebel about this thing  because I know some other people yang nak merasa mengandung, ada anak sendiri sejak mula kahwin sampai ntah dah lama mereka mendirikan rumah tangga still tak ada rezeki anak, Aien doakan moga 2019 ni tahun kalian. In shaa Allah mana tau. Aien sampaikan kenan pantas wa subur ni pada kalian. Aien ni dah ngikut baka Mrs. Umi Aien. Subur sangat. 😌 The unplanned plan ni, sangat sangat sangat make me shocked dan unspeak thought. Pray me well. Semoga tabah menghadapi tantrum Nayla yang telahpun bermula. Manja dia, ngada-ngada dia and struggle bawak seorang lagi insan dalam perut ni. 

Esok lusa ke minggu depan la nak p buat buku pink sebelum kena bebel dengan nurse sebab lambat pulak. 😣 Haha 

Itu je la cerita untuk 1/1/19 ni. Tahniah pada siapa yang baca sampai habis~