Rabu, Januari 16, 2019

TOP 5 BEAUTY PRODUCT ALL THE TIME


Top 5 Beauty Product all the time | Hi~ Assalamualaikum 

Perempuan dan kecantikan memang takkan dapat dipisahkan. Well, hakikatnya mana-mana orang yang konon tak menjaga rupa pun mesti akan pakai skincare atleast kan? 

Untuk Aien pulak, I do recognize my skin type yet I still not found my suitable skincare or make up for my face. Currently, I just something that I felt comfortable with and something that I did buy with a regret. Adoo...

Pilihan di luar sana terlalu banyak sampai kadang-kadang make me hate the promoter yang terlalu nak sales, sampai tipu customer. So girl like me always tertipu. Bwahaha ini nak gelak sendiri. I do jealous to my other sisters yang reti bergaya dan make up or they do know which the best skincare for their face. Masalahnya sekarang is, the more expensive is the better. Which I can't afford to buy that thing. Makanya, skincare yang digunakan pada hari ini adalah kerana diriku yang begitu malas nak stay pada satu-satu rutin.

PS: I don't blame at other. I just get lazy with getting beautiful and lazy is the great enemy for women. Kan?


And this is my beauty product all the time. Yup, the most favorite sekarang la kan.

1. Vaseline Intensive Care
 The most favorite ever since I know her. Ceh~ Benda ni tak pernah tak ada dalam my beg mekap. Sentiasa ada even dia dah expired. haha Aien suka guna yang size besar sebab dia takkan pernah habis, dan tetiba rasa membazir beli besar macam tu. Why the because? Is takkan pernah habis sampai dia expired sedangkan Aien gunanya bila keluar saja. Sometimes bila bibir over dry baru calit sikit. So, dear myself esok lusa tahun depan, mohon beli yang kecik. Senang dan mudah bawak ke mana.

2. Lipstick 
Bila seorang wanita tu keluar dari rumah, calit lipstick sikit pun dah bagi confiden pada dia untuk berhadapan dengan mensia di luar sana. Pergh~ ayat. Jenis kulit Aien is kuning langsat or putih pucat? Haa itu tak pasti. Sometimes people kata kuning langsat. Kadang putih pucat sampaikan nak disamakan dengan Kak Lang. Tahu tak siapa tu Kak Lang? Haha

So, demi untuk tidak la disamatarafkan dengan Kak Lang, calit la sikit lipstik. Currently yang ada dalam beg is Silkygirl Lipstick no 07. Itu pun dah patah sebab cair kena panas. Masih simpan sebab adik ipar tegur In 2 It Lipstick 04 tu terlalu terang buat daku. Eleh, kalau ikut nombor pun jauh na beza kan? haha

3. Good Virtue Toner 
Ini salah satu favorite since dari kolej lagi. Sejak product GV ni sentiasa ada di Watson, and Aien berkenan sangat dengan bau dia. Jadi GV product jadi pilihan Aien untuk skincare. Sampai kawen pun, product GV jadi hantaran. Sekarang je tak pakai sangat sebab dia macam sensitif sangat pada muka Aien sekarang ni.

Toner ni bagus la bagi Aien kan sebab dia macam repair kulit yang kering tu dengan cepat, which is bila Aien combinekan dengan Clinelle Moisturizer tu hurt sikit. Rasanya moisturizer ni tak ngam ke hape. Sebab muka pun macam teruk sekarang. Konfius la sis nak guna apa.

4. Biore UV Sunblock 50spf
Yang ni sebenarnya Aien tak tahu dia untuk kulit berminyak. Haha Tapi, me pakai is okay je. Tak ada macam dry ke oily ke. Aien assume dia sesuai la dengan muka even review ada mengatakan dia untuk oily type. Aien kenal ni dari tahun lepas bila ada member kata sunblock is the most important in ur routine. Dan sejak Aien menggunakan sunblock ni, balckhead pun nampak kurang di wajah. eceh~ Ini bukan tipu yek. Still ada but , which is muka sekarang dah kering sangat sekitar hidung  makanya pedih sikit bila pakai. Makanya, guwe berenti dulu gunakannya. Padahal benda ni basic kan dalam skincare rutin? Adoododo..

5. Aloe Vera
Yang ni boleh dikatakan dah lama cari di seluruh Watson akhirnya jumpa di Watson Miri. Haha Serius benda ni favorite baru sebab dia aloe vera. Currently Aien cuma guna ni je kat muka. Adeh, dia punya pedih tu tak terkata. Macam pakai aloe vera yang original. Quite nice actually. And this product pun share dengan Nayla dan Tuan Izwan. Masing-masing ada dry part of body. So, letak laa Nayla sejenis mensia yang tak tahan panas. Bila dia panas, part kering tu dia akan garu. Kalau Tuan Izwan biasalah, orang kerja dalam penghawa dingin. Cepat la kulit dorang kering.

Last but not least, this is not my favorite actually sebab sejak tukar ni muka jadi macam teruk sangat. Aien rasa benda ni menyesal jugak beli sebab satu mahal dan duanya Aien beli dua botol. Mesti korang wonder why beli dua kalau rasa nak mencuba? cause kena bodek dengan promoter dengan promo buy 1 free 1. Huwaaa.. Dia sebenarnya sedap dan okay pakai. Kenapa la pulak? Sebab Aien pakai kat tangan somehow tangan rasa soft and luka yang ada kat tangan cepat betul healed. Tapi, why kat muka tu teruk? Sedih la rasa sebab muka pun makin teruk sekarang ni. Tak tahu nak pakai produk apa. Dia punya kering tu, rasa macam tak pakai apa. Even Aien dah guna moisturizer kat muka masih terasa keringnya. Which lead me to another conclusion yang mana daku ni kurang air dalam badan. bwahaha. udah ler aok tu nyusukan anak, bela la sorang kat dalam tu. Air pulak tak dapat nak masuk. Masuk je, muntah. Phew~ cabaran jugak tu. Untuk itu, tembikai la solusinya. Hehe Makan tembikai boleh kenyang dan hilang haus dalam masa yang sama. Kan?

Any suggestion untuk kulit extra kering? heeee...

Selasa, Januari 15, 2019

STEP DAFTAR BUKU PINK UNTUK KALI KEDUA


Step daftar buku pink untuk kali kedua |Hi~ Assalamualaikum 

9 Januari 2019

Hari ini, Aien buat keputusan nak pergi klinik kesihatan untuk daftar buku pink memandangkan sudah 12 minggu usia kandungan. Kalau lambat nanti, takut kena marah dengan pihak Klinik Kesihatan pulak. Tapi, tak sampai 10 minit dah balik semula sebabnya kita kena daftar appointment dulu baru boleh daftar buku. Bukan macam masa Nayla tahun lepas, datang bawak dokumen siap-siap. And terus daftar! Itu pun lepas datang tanya la kan. haha Kelupaan deh~ Al-maklum la dah tahun baru. Patut la hati ni berdetik nak suruh Tuan Izwan prrgi tanya dulu kat Klinik Kesihatan tu, in case benda macam ni la. Haha Never mind. Pengalaman. Tak cuba tak tahu kan? So, nurse kasi appointment untuk Aien next Monday which is, at 8am kena terpacak la. Tapi, kalau 7.30 pun dorang KK dah bukak, so Nayla, kita kena bangun awal sikit la dari biasa ye~ 

- ini draft dulu, sebelum terlupa la kan. Haha Hari kejadian nanti kita sambung tulis.

14 Januari 2019 - Hari kejadian

Selesai mendaftar. Step dia macam biasa, hantar buku sekali ngan document selepas dorang dah confirmed kan appointment kita. Tunggu la dia panggil. KKTU ni slow sikit sebab mesin no dorang always rosak, so dorang pakai manual kertas je untuk nombor giliran.

Sesi mendaftar tu seperti biasa la kan. Dorang nak tau rekod kita yang terdahulu untuk kepastian. Dan apa yang penting, bila kita mengandung terlalu rapat, yang mana seperti daku ini, Haha Pastinya kena tebalkan telinga untuk mendengar bebelan mereka para misi. Pasai pa? pasai mereka itu risau keselamatan diri kita. Kerana sesungguh, kelahiran yang kurang dari masa setahun ini, memberi risiko kepada ibu terutamanya. Maka, sayangi la diri anda.

Lepas tu, check air kencing di kawasan triage. Sian Nayla dah ngantok. Haha Kena bangun awal gamaknya. Nak tinggal, kesian. Lepas tu, check berat, check hb, dan apa tu, blood pressure semua, alhamdulillah okay semua. Terus kena p amek darah pulak check HIV. Seram shiak tengok jarum. Siap ada budak India tu kena bebel ngan nurse sebab dia takut. haha  Aien pandang tempat lain je masa dia cucuk tu. Tak sanggup den nak tengok. Part paling tak best bila kena check up is kena amek darah je. Harap la mengandung kali ni pun tak kena minum air gula. haha

Kali ni dapat buku warna pink bak hang ~… nipis je sebab rasanya dorang nanti main topup je la tiap kali datang check up. Actually, next week appointment dengan doctor pulak. Maybe scan perut pulak kot.


Bahagian yang paling menyedihkan adalah nurse suruh waen off Nayla dari nyusu. Huwaa~ Target nak sampai 2 tahun ntah dapat ntah tak. Dia cuma risau kita tak dapat co-op nutrisi untuk baby dan kita. Lagipun my morning sickness kind a teruk jugak. Better lepaskan Nayla dulu, sepanjang ni, bila dah kuar baby nanti, boleh share. Itu saja nak cerita pasal step kali kedua ni. Sama je cuma sometimes bila macam Aien bawah 2 tahun ni takut tu lebih. haha Alhamdulillah nurse semua okay je la.

Kalau mampu nak kejar sebelum usia 35 tahun, tapi dengan sara hidup tinggi. In shaa Allah dapat sepasang nanti, rehat sekejap la. Mental pun tak cukup kuat jugak kalau handle dorang ni tecik-tecik. haha

Kesimpulan dari bebelan panjang step nak daftar buku pink kedua ni ialah: Sediakan dokumen penting anda. 

1. sediakan fotokopi sijil nikah anda
2. buku pink yang latest

tu je? Senangkan. Selebihnya ialah, disoal siasat untuk daftarkan dalam buku tebal Klinik Kesihatan tu. Yang ni pandai sendiri la jawab ye. Jangan risau tiada dikenakan apa-apa bayaran pun.

Selesai semua tu, barulah anda akan melangkah ke sesi rutin selepasnya iaitu ambil cawan, pergi buang air kecil dan tinggalkan di makmal or macam ni KK tempat Aien ni letak aje di kawasan Triage. Kalau di KK sementara yang Aien tumpang masa pantang dulu, dia check HB dulu, pergi pergi kencing. Haa, itu terpulang la pada setengah KK kan?

Kadang-kadang benda dah lama kan, walaupun macam Aien yang selang lima bulan je pun lupa, haha apatah lagi yang selang dua tahun tu kan. So,, good luck! Semoga dipermudahkan urusan.

Jaa Nee!

Jumaat, Januari 11, 2019

SALAM JUMAAT KEDUA 2019



Janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam. Na 'uzubillah min zalik. Minta kita semua dijauhkan dari kematian selain dalam keadaan Islam. 

Tazkirah ini dikreditkan daripada telegram Dakwah Tanpa Henti.