Ahad, Februari 24, 2019

MISI KEMAS RUMAH PART ONE


Hi~ Assalamualaikum 

Bila mood rajin kau dah tiba, seboleh-bolehnya kau nak buat semua benda. Begitu la perumpamaannya. So, nak cerita la kan yang mood rajin Aien dah sampai serunya. Haha 

Dia lagi-lagi tengah mengandung ni, idea nak kemas tu apa orang kata , berlambak haa. Lagilah baru-baru Aien jumpa #kemasrumahwithhani di muka buku. Phew~ kawasan rumah dia tu, Aien tahu dan tahu besar mana kawasan dia. Still, Hani tu manage rumah kecil dia jadi as simple as minimalis. Lawa! Idaman setiap suri rumah dan isteri-isteri untuk menghias rumah secantik mungkin. Bezanya mahu dan tak mahu atau hendak seribu daya, tak hendak sejuta dalih. 

Aien pulak jenis yang cepat terikut gaya seseorang, macam chamelion. Lalang pun hado. Masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang lembu, mengembu.. haha kesimpulan Aien terpikat dengan gaya dan cara Hani ni tadi. Tetiba dia jadi idola pula dalam bab mengemas ni. Syiok tengok gaya dan tips yang dia kongsikan. Tak lokek gitu. 

Ikutkan kumpulan #kemasrumahwithhani ni, minggu ke-4 dah dalam misi mengemas rumah sampai raya nanti. Ada zon yang telah diasingkan oleh Hani dan langkah-langkahnya pun trlah disediakan. Mudah je. Tinggal nak ikut dan anda pasti akan berpuas hati dengan keputusannya. 

Ceritanya Aien dah plan nak kemas bermula dari dapur dan bilik pantri. Dah siap dah pun plan mengemasnya. Tapi, hari ni terkemas bilik baju pulak. haha

Alang-alang Aien nak keluarkan baju yang dah 5 bulan dok dalam plastik guni sejak pindah rumah dengan khidmat syarikat lori sewa September lepas, tu yang sekali jalan je.

. Malangnya, sebaik-baik perancangan itu, Allah dah tentukan the end of storynya. Haha 

Apakah itu? Aien plan nak decluttered kan semua baju yang tak guna, asingkan satu tempat. Akan tetapi, end up Aien gantung je semua baju-baju tu sebab tak ada kotak lagi nak asingkan dia. Nak guna plastik guni tu, kang bersepuk kat sudut macam tak syiok pulak tengok sedangkan niat asalnya nak buang plastik guni tu kan. 

Walaupun nampak messy jugak, tapi atleast dia messy di sudut tu je. Andai adik beradik atau keluarga in-laws datang, boleh bentang toto sebelah hadapan tu, masih ada ruang lagi. 

 

Asal kejadian bilik ini, dijadikan bilik sidai baju sebabnya al-maklum la rumah flat, jadi ruangan sangat terhad. Esok-esok tempat penyidainya bakal dikalihkan ke tempat lain, cuma masih mencari ruang. 


Lepas dah bawak semua harta karun yang hado, Fuh, leganya tengok bilik ni lapang. Masya Allah terasa luas pulak bilik ni. Haha 

Kalau perasan, gambar memula, tikar getahnya agak tak cukup di ruang depan. Dengan itu, Aien kalihkan ke belakang sana dan ditutupi oleh sudut gantungan tu. Nampak la penuh sikit tikar tu yang pada hakikatnya tidak sama sekali. Sekurang-kurangnya Nayla tak lagi kutil tikat getah Ibu. Haha


Kesudahan kejadiannya. See  nampak lapang sikit jika nak dibandingkan dengan sebelum ni. Seperti yang Aien cakap sebelum ni, atleast kalo ada tamu datang, dorang takkan tido di ruang tamu. Ye dok? 

Jangan ditanya kenapa tak pasang langsirnya. Sebab tingkap tu tinggi. Aien pulak tak ada tangga mahu pun kerusi. So, benda tu tak wajib sangat la. Haha Lagipun tingkat tiga, tak ada perlu dirisaukan. hehe

Hati ni berbelah bagi tau sebenarnya bila dah kemas macam ni. Nak berpuas hati tu macam tak sampai sangat. Tapi cuba nak pujuk hati  setidak-tidaknya ko dah kemas Nur! 

Next misi, dapur ngan bilik pantri tu. Hope dapat la buat esok atau Rabu nanti. Hari selasa tak buleh sebab Nayla check up. Tengok la. Nak paksa diri pun tak buleh sebab masih sedar diri lagi. 

Doakan dapat kemas before parents Aien nak datang bulan depan. Mrs. Umi tu confirm nak buat spotcheck kat rumah anak dia yang malaih ni. haha

#misimengemas2019

Jumaat, Februari 22, 2019

HAPPY 9 MONTH ANAK!


Hi~ Assalamualaikum 

Alhamdulillah tahniah anakku, kamu telah membesar dengan sehatnya selama 9 bulan ni untuk ibu dan ayah. Terima kasih menjadi penghibur hati kami. Terima kasih juga kerana menjadi yang pertama buat kami. 

Nayla Insyirah, pemberian yang istimewa. Kamu adalah hadiah dari Allah SWT setelah 6 bulan ibu dan ayah bersama. Selama itu juga kamu sentiasa dirindui dan dinanti ketibaannya. Sejak kehadiran kamu disedari, ibu mula berhati-hati agar kamu sentiasa dilindungi dan dipelihara Allah SWT. 

Senyummu, tawamu, bebelanmu kini kian jelas di mata dan telinga. Sungguh, ibu rindu kamu walau kamu ada di depan mata ibu sendiri. 

Moga membesar dengan baik dan sihat. Menjadi anak yang solehah, kakak yang baik dan menjaga adik-adikmu. Moga dirimu lebih memahami jiwa ibu daripada orang lain. Kamu la anak, kawan dan jiwa ibu. Moga Allah sentiasa pelihara kamu tika ibu tiada nanti. ♥ Ibu. 






Khamis, Februari 21, 2019

ADA HARI PASANG SURUTNYA...


Hi~ Assalamualaikum...

Menjadi lumrah namanya seorang perempuan, wanita mahu pun seorang ibu, ada masanya dia rajin yang amat. Ada masanya kemalasan dia tahap dewa sampai nak tinggal katil pun malas, tapi demi anak dan suami serta rumah yang serupa kapal lanun, dia bangkit.

Well, everyone mesti ada masa-masanya. Padahal iman juga ada turun naiknya. Moga kita sentiasa menjadi orang yang beriman. Aamin. 

Untuk bulan ni, pada masa sekarang adalah tahap kerajinan nak kemas rumah akan tetapi nak declutter sebahagian baju, perkakas ataupun benda tak penting yang wujud dalam rumah. The best part is, semua idea dah ada dalam kepala, cuma nak beli segala macam keperluan untuk hias semua tu balik melemahkan jiwa raga ni. Adoo.  Dan otak pun berfikir, ko tak nak ke buat sesuatu yang mendatangkan duit? Mula syiok tengok orang jadi agent cuckoo which my upper tu. Masyuk dia sekarang yang mana amount dia dapat bulan2 dah serupa orang bekerja luar. Sedangkan dia suri rumah, yang mempunyai dua orang anak. See... mana ada kemahuan di situ ada highway. Which me is tengok orang seronok dah sampai kat diri sendiri hangat hangat taik manok.

Krik krik je la diri jangan sibuk nak bandingkan life ko dengan orang lain. Haha

Entry ni bukan nak but sesiapa down, cumanya nak bebel kat diri.

K la.. malas dah nak bebel.. bai.