Sabtu, Mac 02, 2019

WORDLESS SATURDAY #1


Try to be positive for a new month. Happy weekend gais..  ^^

Jumaat, Mac 01, 2019

HELLO MARCH!


Hi~ Assalamualaikum

Salam Jumaat pertama di bulan ketiga tahun dua puluh sembilan belas ini. 

Semoga bulan ketiga ini membawa rahmah dan berkah untuk kita semua walaupun terpaksa menghadapi cuaca yang agak panas sehingga mengancam kesabaran kita. 

Itu saja. Happy weekend guys! 


Khamis, Februari 28, 2019

SUMMARY FEBRUARI 2019


Hi~ Assalamualaikum

Here me again after awhile have nothing to story about, again. Actually ada je benda nak diceritakan cumanya Aien terlalu mencapai mim alif lam sin tahap yang abadi, so I guess I just do a summary for the thing happen to us in this month. 

Februari, month of our wedding aniversary, month of loving thing happen in our life. Of course orang ingat celebrate valentine, naa~ itu tak pernah wujud dalam kamus hidup seorang Khafisah. Kah! Ingat anniversary dapat sweet-sweet nak p repeat honeymoon yang tak pernah ada pun tak tercapai dek jangkauan sara hidup di zaman Tun Mahatir sangat mencekik darah. Really, kalau kita tak tengok berita tak baca surat khabar, orang akan categorize-kan kita as jumud dan mundur tak tahu perkembangan, but if we do watch and read those thing, it just make me more miserable. Ah! tips untuk orang bahagia pun jangan dok bukak media social, baca berita dan sebagainya. As human, we do suka compare our life to other. haha 

Okay, sebelum 5 jam kemudian Aien masih membebel benda yang sama, we should move further from this topic. 

Holiday CNY 

As Aien told you guys mungkin a past weeks ago, Tuan Izwan dan juga Nayla diserang demam yang mungkin disebabkan perubahan cuaca or perhaps pembawaan baby yang mana Aien terkecuali daripadanya. Ha! Segala perancangan untuk ke sana ke mari terbantut yang akhirnya menjadi penunggu setia di kediaman mak mertua Aien. Sia-sia katanya cuti dua hari tapi tak ada buat apa. Tak apa la yang oi, janji awak dan kakak sehat kembali, itu sudah memandai. 

11.02 - Our 2nd Anniversary 

Again, tak ke mana sebab jatuhnya pada hari Isnin dan kemurungan bertambah bila apa yang dirancang dari tahun lepas tak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan. So, doa dan harapan saja yang mampu diberikan sebagai ganti moga Tuan Izwan sentiasa tetap bersama till I die. Or lebih indah sampai jannah.

Apa yang gembiranya, tetiba bukak Rin Ahmad punya blog, she is back with Miss Untouchable. Malangnya version pendek je. Ah~ lama benar tak baca novel. Last beli novel Love Lila dan Mr. Grey tu la. Lepas tu, biar expired kad rakan Popular dan MPH masih ada sampai June nanti. 

Rancang Misi #kemashiasdecorumah2020

Okay, yang ni entah macamana Aien terjumpa #kemasrumahwithhani dan ianya menarik minat dan semangat nak kemas rumah. As usual, bila dah ada je kekangan makanya kemalasan pun datang. But, with Hani Mynis ni, Aien rasa it's okay nak kemas rumah without belanja besar sebab bersyukur apa adanya janji pandai kemas. Tertiba dia jadi idola untuk suri rumah sendu ni,  untuk pasang azam mengemas rumah dengan lebih efisien lagi. Jadi, misinya mungkin lepas beranak nanti la. Kumpul sikit-sikit dulu apa yang patut. Kalau tak patut, sampai sudah la macam tu je kan? In shaa Allah, niat dah ada. Tinggal nak usaha je lagi. Chiayok!

Morning Sickness dah kurang, asyik nak masak! 

Actually dari bulan lepas lagi mencuba dan terus mencuba masak. As you guys boleh tengok kat instagram Aien tu, ada la mencuba buat karipap, sardin la, karipap kentang la. Itu yang dimuatnaik. Yang tak which is Tart Telor yang hangin srbab terlupa kerana tidurkan Nayla, tapi seronok bawa balik kampung kasi adik ipar makan, dia suka. Mee goreng basah untuk trial ke berapa kali masih failed untuk penuhi tekak sang suami. Actually dia suka mee goreng mamak which me is no. haha

Apa lagi yang cuba masak, bergedil daging is winner sebab dari dia Aien tahu macamana style makan Aien untuk mengandung kali ni. Minggu lepas cuba masak daging masak itam, yang mana passed, akan tetapi failed dalam potong dagingnya. Pergh, liat juga walau direneh lama. Walau dah direbus. Sebabnya salah potong urat.Orang tua kata potong menyilang, ekau potong menegak siapa suruh? Memang la ekau gagal ajo. Apa-apa pun kita belajo yek. Satu lagi mende failed yang buat Aien trauma terus is, corn dog cheese yang selalu tengok berlegar resepinya di Instgram dan muka buku. Pergh, tengok macam senang resepi. Sekali den cuba~ mangai! Muak namati. Sayang cheese terpaksa dicuci dan buang saja. baik goreng gitu je sosejnya. haha Another trial which is Popia Carbonara yang boleh jugak la tahan rasanya sebab resepi dia senang dan sedap la jugak.

Untuk minggu ni, tercatat dalam note nak buat Roti Sosej telor, bihun soto, dan mee goreng. Tapi tak bestnya tempat beli barang dapur tu, serai tak dop, sawi tak dop, nyilek! Namun, setelah menelaah #FJBihunsoto dan #FJSambalKicap, berkobar Aien nak masak. Puhlish! Adakan serai pulak teda.

End up, semua Aien tak buat sebab, 1. Sosej yang nak dibuat roti sosej tu, direbus kembang namati. Which habis terus dingap begitu saja. Kah! 2.Tuan Izwan ada gotong royong dan membuatkan beliau makan tengahari di tempat kerja, so wat gapo nak bazir masak bebanyak.

Satu mende je jadi, adalah #fjsambalkicap. Fuh, syiok dia jadi even pedas gak. Minggu depan buleh la beli tempe, goreng, dan cicah! Yum!

Lawatan Klinik Ibu dan Nayla

19-02-19 Ibu dulu pergi check up. End up timbang tak naik-naik lagi. Sabar je la. HB okay, and ada catit Edema dalam buku pink, misi letak -1-. Apa maksudnya? Belum google lagi ni. And lepas tu, Misi suggest jumpa Dentist memandangkan Doc dia dah turun ke Klinik Ibu dan Anak. So, ambil la kesempatan mengadu gigi "tumbok" sebelah kanan sakit bila nak kunyah. Kesudahannya, check ada lubang and dentist suggest suruh cuci sekali. Owh,tidak! Sepanjang usia besar Aien tak pernah lagi scaling gigi walau dah diajak oleh adik beradik untuk scaling. Hurm, takutnya. Setelah sejam juga menunggu selepas ditanya nak tampal ke cuci dulu, Aien pilih cuci je untuk minggu ni. Next week, check up Nayla, kita tampal pulak. 

Ngilunya amat dentist cuci tu, urgh! Assistant dentist tu pulak laki. Ado~ segannya. Lantak la, demi gigiku yang terlalu parah karangnya. Lepas cuci terasa rongak depan. Sebelum dentist cuci tu, dia check one by one which gigi is probs. Alhamdulillah 92% la gigi masih kukuh. Uhu~ cumanya berlubang di beberapa gigi sebelah bawah. Memang itu dari kecil lagi. huhu

Sudahnya tak pergi tampal gigi pun sebab Tuan Izwan ada program pada hari Nayla check up tu, berhuhu kami berdua Nayla dari jam 7.30 pagi di KK. Sedangkan appointment jam 10. Apak dia la tunggu lama. Nayla pulak kengantukan. Tapi sebab tengok orang ramai, seronok dia nak bermain. Lepas jam 10, pung pang pung pang, tak sampai setengah jam tunggu dah siap check up a.k.a timbang berat dia dan cucuk 9 bulan. Sekejap kan? Haha

Itu la yang berlaku untuk bulan ni. Tak ada yang menariknya pun. Harap next month ada yang menarik la kan. Oh ya, by the way Happy birthday untuk anak buah Mak long a.k.a Muhammad Fatih Mardzuqi Mohd Hamdan. Happy 3rd year! Sangat lincah dan semoga menjadi anak yang soleh, abang long yang baik dan penghibur hati ummi dan abi awak.

Untuk teman-teman semua, jaga diri di musim panas ni. Minum air banyak-banyak, kurangkan aktiviti luar. Mudah-mudahan kita dikuatkan antibodi untuk menghadapi panas yang melampau ini.

Sekian rumusan bulan dua untuk #littlemiinkafamily.. ♥