Selasa, Mei 14, 2019

PENGALAMAN NAIK FLIGHT MASA NGANDUNG


Hi~ Assalamualaikum

Selamat sudah landing di tanah air terchenta. Allahu~ Rindunya hanya Allah yang tahu walau sebenarnya hati berkecamuk. Tapi, kali ni rasa lain sebab first time fly masa tengah mengandung. Lainnya sebab kena perlu dokumen bagai sebagai pengesahan kita ni mengandung berapa bulan atau lebih tepat berapa minggu. 

As my experience it's so bad. Sebabkan masa 30hb April memang dah minta dengan doctor untuk surat pengesahan ke apa, but the doctor said they just gave a memo for information. Yet, the memo doesn't have exactly date bila memo tu di issue kan sehingga kan Aien pun sebenarnya tak perasan.

Sudahnya terpaksa membongak mengatakan kandungan baru 27 weeks sebab dah last minute nak terbang kan. Dengan syarat sampai di Miri, nak terbang balik Johor kena dapatkan pengesahan baru. Benda senang, kenapa la nak susahkan?


Setelah bersusah tawaf Hospital Miri mencari di manakan aku nak dapatkan pengesahan tu semua. Alhamdulillah semua senang. Dan ground offficer Airasia di Airport Miri pun tak banyak songeh sebab bulan Puasa kan? Sampai di atas, Flight Attendant tu macam ada yang tak puas hati, tapi sebab ground officer dah lepaskan, so go on. Alhamdulillah journey untuk balik pun selamat. Cuma balik tu sangat la kurang selesa sebab baby asyik mengeras je.


***

Setelah hampir seminggu balik dari Miri, baru ada mood nk update entry ni. Nampak teruk sangat bahana puasa tu yek? Alhamdulillah, hampir sepuluh hari berpuasa, Aien dapat puasa dengan bahagia. Baby pun bagi kerjasama dengan baik. I love you~ baby! Cuma puasa yang lepas je la, tak sempat nak digantikan. T^T


Jumaat, Mei 03, 2019

HELLO MAY!


Hi~ Assalamualaikum

Yeay! Mid of the year. Ish pejam celik je kan. Lagi 5 hari nak masuk Ramadhan. Bersedia dah ke kita? By the way, sebelum tu Selamat bercuti pada mereka yang bercuti dan Selamat hari pekerja buat semua warga bekerja. 

Well, ke mana saja cuti-cuti ni? Bawak family gateaway before Ramadhan? Atau dah shopping baju raya? Haa, buat warga Johor Bahru, boleh la singgah ke Festival Konvo UTM yang ke - 63 untuk cuci mata tengok baju raya yang dijual dengan harga yang berpatutan dan menikmati pelbagai makanan Thai yang tengah viral sekarang nih. 

Eh, terpromo pulak. Benda baik kena promo, supaya sama-sama dapat keistimewaannya. 

Itu je la nak kabo. Sekadar nak bagi status blog ni cantek sikit. Hehe 

Doa-doa la entry untuk May ni cantek sikit sebab positif vibes is coming back! hehe

Till we meet again! Jaa ne!

Selasa, April 30, 2019

SUMMARY OF APRIL 2019


Lihat lah langit, di sore hari, 
berwarna biru, sebiru hatiku.. 

Eh.. Ternyanyi pulak. Hi~ Assalamualaikum uolls.  Haa, penatnya nak kumpul positif vibes setelah hampir sebulan dilanda negatif vibes. Huh! Shush! Go away. I don't want to play with you anymore. Lagi seminggu nak masuk Ramadhan, lagi sebulan nak Raya. So, I need a good feeling one to feel great for those month. Yeah or nay?!

Hope uolls sehat-sehat belaka ye.. 

Okay as usual untuk year 2019 ni, Aien buat summary by monthly so that I keep a track in my monthly activity. Disebabkan April such a pasif month, Aien malas la nak summary benda yang negatif ni. Tak best pun. Apa-apa pun we need to grown up to be matured so people would not piss off with us anymore. Bagi mereka yang suka sangat jadi batu api ke, tikam belakang ke, tak kira la dalam berkawan ke atau beradik's -hey, jangan ingat dalam beradik's tak ada okay?- stop la being childish. Tak penat ke nak jadi attention seeker ni? Ko kalo nak orang pandang ko je, jangan la sampai orang sekeliling ko semua nampak jahat. Damn you! 

Eh, tabuleh tabuleh.  Baby sorry! Hahaha dah! malas nak bebel. Biar dia la. Aku tak kacau hidup kau, dan aku cuma nak tengok je jauh mana ko boleh pergi. Jealous sangat tengok life orang, jangan la dengki sampai membusuk kat situ. Sampai bila-bila kau takkan senang, get it? 

Ha, bebel lagi! *face palm* 

Dok bebel-bebel kan dah lupa nak cerita apa tadi. Adoyai! So, starting this week, Aien dan mula check up dua minggu sekali. Macam sekejap je rasa sebulan sekali. Doakan ye kawan-kawan, (kot ade la yang membaca kan) Baby tadi scan, doc kata kepala dia kat atas. Harap next scanning kepala dia dah turun la yek. Semoga dipermudahkan sehingga dia keluar nanti. 

Kalau dah start dua minggu sekali, means next month, tiga kali kitaorang akan jenguk KK tu. Haha Banyaknyaa.. Rasanya mcm tiap minggu je pergi. Haha Sebabnya next month baby Nayla, eh... Kakak Nayla kena check up satu tahun! Yeay! Alhamdulillah, besar dah dia. Tak berasa kan? Ikutkan kalendar Islam, 9 May ni dia dah setahun sebab lahir 4 Ramadhan. 

Akal pun makin panjang. Bijak main memek muka, pandai express diri dia. Paham apa kita cakap dengan dia. So, Ibu dan Ayah kena la makin aware setiap gerak geri dia yang semakin lincah. Geram je tengok dia buat muka comel tiap kali kena jerit dengan Ibu. Haha 

Nanti macamana gaya dia dah jadi kakak ye.. Kadang-kadang pandai dia, bila tanya adik mana? Laju je mata dia dilirik ke perut Ibu ni haa.. mOga jadi kakak yang penyayang ye sayang. 

Ha, 4 May ni pulak, satu-satunya kakak Aien akan melangsungkan majlis pernikahannya di Miri. Sebab itu, kami nak balik Khamis ni! Yey! Excited ke? Haha, naaa.. Hati cuma tak sabar nak balik makan makanan Sarawak je. Untung adik berkesempatan Ibu menjamah sebelum dia keluar. Kalau Nayla dulu, jenuh jugak. Sampai dah tak ada hati nak makan. So, sempat la berpuasa dengan Mak pak kat sana. Nanti Raya dah tak payah balik. Raya sini lagi.. 

So, over all untuk April is bulan yang depressed sampai Aien rasa macam hopeless sangat life ni. Sedangkan negatif vibes tu dah lama dah tau tak singgah, alih-alih dia nak singgah.. Sebulan jugak nak pulih. Dah la, pegi main jauh-jauh. Buruk prasangka semua tu dah tak mau. Aku nak hidup keep positif and be happy. Kan? 

That's a wrap for April. Till we meet again!