Rabu, Jun 19, 2019

DAH HABIS BERAYA KE TU?


Assalamualaikum w.b.t

Hai, lama tak jumpa kan? Sejak dari Ramadhan lepas rasanya mood nak menaip entry untuk blog semakin merundum. Nak kata berkabung di masjid tak ada la jugak. Busy pun tidak tapi penatnya yang amat. Emosi dan mental kurang sihat, menyebabkan otak langsung tak boleh menghasilkan idea untuk entry. Eceh..

Memandangkan kita masih dalam bulan Syawal lagi, Aien nak ucapkan Selamat Hari Raya la pada uolls yang  keep coming here, (eh, ada ke? ) hehe dan tak jumpa jugak Tuan Tanahnya ni. 

Well, bila dah raya mesti kita nak ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kan? Tapi, Aien serius segan giler kalau ada member kata nak datang beraya. hee~ bukan apa tahun ni tak ada buat persediaan apa-apa melainkan baju raya saja. Nak berbeli pun fikir bajet untuk berpantang nanti. Moga lepas pantang mood nak deco rumah tu datang la ye, dengan harapan Raya tahun hadapan in shaa Allah orang dah boleh datang beraya. Haila, dah fikir raya tahun depan. Puasa yang lepas dah ganti ke? Haha Alhamdulillah puasa tahun ni penuh walau sarat mengandung. Rezeki adik la, dan terima kasih juga izinkan Ibu berpuasa. Betul la kata orang, semua itu tinggal hendak dan tak je. Tak apa, lepas berpantang nanti. Kita slow² ganti yang kakak Nayla punya pulak. 

Sebut pasal ziarah ni, Aien nak kisahkan la sikit ni. Ada sorang member ni, raya tahun lepas tak ada pulak dia sibuk nak datang ke hape, or mungkin sebab Aien berpantang jauh kot (sangka baik) tetiba tahun ni, dari raya pertama dok tanya ada kat rumah ke tak? nak datang. Hadoh hadoh hadoh... Kita ni, tau dia ada anak kecik, sibuk nak kutip duit raya untuk anak dia. Halah, kita pun ade. Tak sibuk jugak nak beraya. Rasa malas lagi ada sebab si kecik ni tak nak dengan orang. Meleset kat ayahnya aje. Sian pulak. Baik dok rumah makan kek lapis yang Mak ayah bawakkan hari tu. Haha 

Tahun ni, masih beraya dengan MIL sebab awal Ramadhan dah balik Miri. Parents pun datang sini tapi beraya di Melaka. Cik Suami ajak ke Melaka, malas je lebih nak jalan jauh ni. Masa tu sibuk je sakit muntot bagai. Ade je alasan kan? haha

Sudahnya berjumpa dengan keluarga pada Raya ke-empat sekaligus di majlis sambut menantu kakak di Bukit Gambir. Haa~ senang. 


Hasilnya ,inilah potret Raya kami. Boleh la dari tak ada. Kami pun lambat datang sebab sibuk singgah Raya di Kluang. Belom tambah dengan jammed highway lagi.


Yang ni, family penuh la jugak except adik ipar sorang tak ada. Tiga dah menantu laki Pak Ashadi. Cucu pun nak tambah dua lagi tahun ni. Haha Such a happy family je nampak. Tak tahu menahan bahang panas bawah khemah ni macam apa. Well, semoga Syawal hadapan kita masih boleh tersenyum begini lagi. 

Tu je ceritera Raya keluarga kami. Nak jalan sangat pun Cik Suami tak berapa sehat dek cuaca yang tak menentu sekarang. 

Selamat Hari Raya dari Aien,
Maaf Zahir Batin. 😘 

Isnin, Mei 20, 2019

2 HARI LAGI FIRST BIRTHDAY NAYLA!


Hi~ Assalamualaikum semua.. 

Baru balik dari bercuti ke tu? Kelupaan semalam is Hari Wesak for who's those celeberating the day. Biasa la jadi suri rumah, kadang alert dengan cuti-cuti ni. Kadang terlupa terus. Lagi-lagi bila dah ada anak yang sudah bersekolah, bertambah la alert dia. Kalau macam Aien ni, anak baru setahun jagung.. Mana kan nak alertnya. Cuma alert tarikh penting je cause it will me a memories. 

Well, like few days coming, my beautiful daughter will celebrating her first birthday in Ramadhan. Haha, dah namanya lahir masa bulan Ramadhan, memang la birthday dia akan bertemu dengan Ramadhan. Untuk first time after came into the world 4 Ramadhan last year, this year she will celebrate on Nuzul Quran day's. Bertuah rasanya kan? Disebabkan jatuh pada bulan seluruh umat Islam berpuasa di siang hari, makanya sambutan ditunda. haha 

Untuk first birthday ni, dia bakal sambut di klinik je, sebab nak kena cucuk bagai. Hope dia tak demam la because kalau dia demam, apak dia kena extra work and the because she is daddy's girl. 

Sangat la clingy dengan ayah dia since nak dapat adik ni. Aien dia buat pandang sebelah mata ja. Menyakat tu kerja nombor satu dia. 

Pejam celik kan, dah setahun berlalu. Masih terngiang since giving birth dia. Ish, tahun ni bakal mengalaminya lagi. Walau dah berpengalaman, masih jugak rasa seram nak menghadapi detik melahirkan tu. Fuh, moga dipermudahkan la semuanya. 

Setelah hampir setahun my baby girl living ni, beberapa lepas baru dapat kaki hasil usaha keras ayahnya. Amboi, itu pun kena peras ugut suh dapat kaki cepat. Nanti Raya boleh beli kasut. haha Nampaknya Nayla pun tak menyabar nak dapat her first shoe ever. But, no worries. Her teeth not coming yet. Biar la lambat sikit, orang tua kata lambat rosaknya. 

So, demi her first birthday.. Me as her mom want try write a love letter for her. So that her and us as her parent will remember how we waiting for her, and met her. Longing for her exist, yet we still make a mistake while taking care of her. 

Dear daughter, 

My first born child that always be my love. After six month of our marriage, you came to us. Bring a joy and happiness after awhile waiting. Thanks for giving me a chance to being a mother and take care of you. Forgive me for any mistake I did to you cause I am just a normal human that always make a mistake yet not to admit it. 

Uri ttal, remember till you die, that Ibu always love you for what matter and reason in the world. Kadang-kadang seorang Ibu takkan menyedari yang dia menyayangi anaknya kadang jelas berbeza. But, I tried my best for loving all my children fair and square. 

Doa Ibu untuk kakak, since this is your first birthday, semiga membesar dengan sihat dan afiat, diberikan senyuman terindah untuk penghibur hati ayah dan Ibu, menjadi anak yang solehah teladan untuk adik-adikmu, soon you will be a sister but I pray I will not burden you with such a heavy duty. 

Selalunya orang berkata, anak sulung perempuan memegang tanggungjawab yang berat di samping menjadi anak contoh buat adik-adiknya. 

Ibu cuma harap kakak enjoy masa kakak dan ingat Ibu always love you. Thanks for being my daughter. <3

And happy birthday to you, Nayla iNsyirah. 

Sabtu, Mei 18, 2019

PERSEDIAAN UNTUK NEW COMING BABY!


Hi~ Assalamualaikum 

Who's getting excited with a newborn?? Yeay! The nervous and excited getting near with 31 weeks pregnancy. Nervous sebab takut nak bersalin lahi. Excited sebab dapat cium bau baby lagi and beli baju dan barangan baby. Haha Yet, Aien tak buat apa-apa persediaan pun. Masa first pregnancy dulu, time cenggini alhamdulillah 80% barangan berpantang dan baby dah standby. Beg baju untuk emergency pun dah standby. Ini, jangankan semua tu, buku pink pun kadang-kadang lupa nak usung bersama. Yadoi, la anak.. 

Well, setelah pemeriksaan lanjutan pada Selasa yang lepas, misi dah noted la kan, make sure barangan baby dah standby apa semua. So, Aien amek insiatif kemas segala barangan baby yang lepas. Normally when you get a second born, you don't get so excited like the first one. Lucky you kakak~ Second born ni dia recycle la apa adanya demi kekangan bajet nak raya dan sebagainya. Harap la rezeki dia ada di tempat lain. Pray I will love you both fair and square sayangku. 

Kemas punya kemas, hampir sebakul penuh jugak baju yang terdiri daripada romper, jumpsuit and sleepsuit sahaja. Wow, sakannya Ibu kau berbelanja masa kakak yer. Ye la, dulu bekerja. Ada duit tambahan pe semua. Sekarang ni, huhu je la kita ye. Nak sakan sangat dah tak boleh. Janji apa adanya. So, padan la second born ni calm and cool je. Kah~ Just because Ibu is the second born, I'll proud the pronounce I'm getting excited to get know you baby~ 

Kain bedung, mittens and booties, topi, handkerchief, dan barut semua dah ada. So no worries. La ni, dapat duit BSH untuk raya boleh la spend untuk pampers, tuala mandi, ubat-ubatan untuk confinement. Harap la tak membazir macam dulu. So many thing yang end up tak makan dan tak guna pun. Sedih jugak bila difikirkan. But, who knows kan. Anak sulung always make a new parent excited to. 

So, hoping this time Ibu boleh manage emosi dan mental dengan lebih baik la sebabnya kemungkinan Ibu akan berpantang lagi di rumah nenek. Opah jauh. Kekangan dari segi selesa tu nak kena jaga lebih sikit supaya emosi tu lebih terkawal. 

Moga diriku lebih selesa dari dulu dan mesti rindu rumah tu lebih, sebab rumah sendiri is more comfy dari mana-mana tempat, ye dok ? 

Agaknya acaner la jadi mak anak dua yer.. huhu