Selasa, Jun 25, 2019

TIK TOK TIK TOK...... JULY IS COMING, HERE I COME IBU!!


Hai hai Assalamualaikum~ 

Comel je kan kalau bayangkan baby lambai macam ni? Aha, 37 weeks is around. Alhamdulillah tadi sesi check up 2 minggu sekali telah pun selesai dengan sekejap dan mudah. The last scan keadaan baby dalam kandungan pun going so well la, moga-moganya. And the more I shocked is, berat baby lagi berat daripada kakak Nayla. 😵 O M G.. Mudah-mudahan boleh bersalin normal lagi la. huh, bisa terankan dia keluar huhu

Barang-barang pun boleh la dah prepare tinggal nak angkut balik rumah mentua je lagi. Hope this confinement journey going so well, disebabkan dah pernah sekali, makanya mental is prepare very well.. hehe 

Harap nye la kan. Dengan line tak ada, 😅 gitu je la rehat ngadap anak, ngadap kakak Nayla nanti. hehe

Itu je la.Nak bebel. kbai

Ahad, Jun 23, 2019

BOOK REVIEW: DEVILISH DELILAH BY RIN AHMAD


Hai hai Assalamualaikum,,

After long time didn't had a really good reading, here me with Rin Ahmad 2nd baby with alaf21. Dan sesungguhnya Rin Ahmad tak pernah mengeciwakan bagi Aien yang memang meminati karyanya dari Untuk Semua Dosaku, sampai yang latest ni even dah bertukar penerbitan. 

Karya yang semakin matang as membawa kita bersama Delilah yang selamba dalam tutur katanya, belajar erti cinta dengan mengenali diri sendiri dahulu, baru mencintai orang lain. 

Well, Aien tak la berapa nak fokus sebab tiap kali nak baca Nayla kacau, so my reading was like takes two days untuk finish-kan buku ni. 

Ending yang agak slow, tidak la membawa kita harapan yang tinggi bahawa setiap novel itu berakhir dengan happy ending. Haha but it's always happy ending. Tiap kita ada happy ending, cuma perlu mencari saja. 

Nak review penuh, kang spoiler because I'm not a boookworm anymore yet I still love the smell of new book. 


Next, Rin Ahmad. haha 


Me as your fan always waiting for a new baby. 😘 

Rabu, Jun 19, 2019

DAH HABIS BERAYA KE TU?


Assalamualaikum w.b.t

Hai, lama tak jumpa kan? Sejak dari Ramadhan lepas rasanya mood nak menaip entry untuk blog semakin merundum. Nak kata berkabung di masjid tak ada la jugak. Busy pun tidak tapi penatnya yang amat. Emosi dan mental kurang sihat, menyebabkan otak langsung tak boleh menghasilkan idea untuk entry. Eceh..

Memandangkan kita masih dalam bulan Syawal lagi, Aien nak ucapkan Selamat Hari Raya la pada uolls yang  keep coming here, (eh, ada ke? ) hehe dan tak jumpa jugak Tuan Tanahnya ni. 

Well, bila dah raya mesti kita nak ziarah menziarahi sanak saudara dan sahabat handai kan? Tapi, Aien serius segan giler kalau ada member kata nak datang beraya. hee~ bukan apa tahun ni tak ada buat persediaan apa-apa melainkan baju raya saja. Nak berbeli pun fikir bajet untuk berpantang nanti. Moga lepas pantang mood nak deco rumah tu datang la ye, dengan harapan Raya tahun hadapan in shaa Allah orang dah boleh datang beraya. Haila, dah fikir raya tahun depan. Puasa yang lepas dah ganti ke? Haha Alhamdulillah puasa tahun ni penuh walau sarat mengandung. Rezeki adik la, dan terima kasih juga izinkan Ibu berpuasa. Betul la kata orang, semua itu tinggal hendak dan tak je. Tak apa, lepas berpantang nanti. Kita slow² ganti yang kakak Nayla punya pulak. 

Sebut pasal ziarah ni, Aien nak kisahkan la sikit ni. Ada sorang member ni, raya tahun lepas tak ada pulak dia sibuk nak datang ke hape, or mungkin sebab Aien berpantang jauh kot (sangka baik) tetiba tahun ni, dari raya pertama dok tanya ada kat rumah ke tak? nak datang. Hadoh hadoh hadoh... Kita ni, tau dia ada anak kecik, sibuk nak kutip duit raya untuk anak dia. Halah, kita pun ade. Tak sibuk jugak nak beraya. Rasa malas lagi ada sebab si kecik ni tak nak dengan orang. Meleset kat ayahnya aje. Sian pulak. Baik dok rumah makan kek lapis yang Mak ayah bawakkan hari tu. Haha 

Tahun ni, masih beraya dengan MIL sebab awal Ramadhan dah balik Miri. Parents pun datang sini tapi beraya di Melaka. Cik Suami ajak ke Melaka, malas je lebih nak jalan jauh ni. Masa tu sibuk je sakit muntot bagai. Ade je alasan kan? haha

Sudahnya berjumpa dengan keluarga pada Raya ke-empat sekaligus di majlis sambut menantu kakak di Bukit Gambir. Haa~ senang. 


Hasilnya ,inilah potret Raya kami. Boleh la dari tak ada. Kami pun lambat datang sebab sibuk singgah Raya di Kluang. Belom tambah dengan jammed highway lagi.


Yang ni, family penuh la jugak except adik ipar sorang tak ada. Tiga dah menantu laki Pak Ashadi. Cucu pun nak tambah dua lagi tahun ni. Haha Such a happy family je nampak. Tak tahu menahan bahang panas bawah khemah ni macam apa. Well, semoga Syawal hadapan kita masih boleh tersenyum begini lagi. 

Tu je ceritera Raya keluarga kami. Nak jalan sangat pun Cik Suami tak berapa sehat dek cuaca yang tak menentu sekarang. 

Selamat Hari Raya dari Aien,
Maaf Zahir Batin. 😘