Khamis, September 26, 2019

FESTIVAL BELIA MELETOP 2019


Hi~ Assalamualaikum.. Warga berdedikasi blogku!

Eh, macam nak berpidato la pulak. Yehaa~ gaji dah masuk. Boleh jola joli hujung minggu ni. Buat mereka bangsa Johor dan warga kota di mana anda berada, Moh ler kita serang Festival Belia Meletop 2019 yang dianjurkan oleh UTM Skudai Johor bermula dari 27 September 2019 sehingga 6 Oktober 2019. Ada pelbagai aktiviti menarik uolls~ Haa, yang penting kaki makan tu, meramai la kita serang juga, 


Viral Food Festival juga ni. Yum Yum!  Aien nak jadi promoter dia tak kenan laa, tak tau gayanya. Dengar kabo ada macam-macam pertandingan ada, termasuk la pertandingan mewarna buat si kecil, pertandingan beyblades, pertandingan pakaian beragam, dan pertandingan streer soccer. Ada juga artis dan penceramah jemputan untuk memeriahkan lagi suasan di antara Khai Bahar, Zarul Umbrella, Naim Daniel, dan ramai la. Da'i Azam Alkankari pun hado. 

Uolls tunggu apa lagi? Simpan bajet untuk shopping juga tu, sebab ada Pesta Lelong terbesar di Johor ni. Alamak~ belom hapa hapa lagi fulus sudah kata bai bai.. 

Yang penting dan sangat penting uolls~ sambil shopping dan makan-makan tuh, ada cabutan bertuah untuk mereka yang bertuah sebanyak RM 10K. Halamak~ syioknya kalo dapat ni. 

Kbai, sis nak kira bajet ni. Kita jumpa sana ya hujung minggu. bai!


Rabu, September 25, 2019

CMOVIE: LOVE THE WAY YOU ARE (2019)


Hi~ Assalamualaikum |Love the way you are (2019)

*giggles* O M G.. This movie so sweet even untuk mother macam Aien ni. Haha 

As those movie I always sharing with you gais tak lain tak bukan genre dia mesti romance, even though I am not the romantic one. Still my favorite genre of drama or movie must had this romance. *gatai na.. * 

Bukan apa, refresh balik rasa cinta pada laki sendiri, tengok cerita cintan ni aplikasikan ke life sendiri. ye dak? eceh.. sembang lebih.. 

Back to our movie. 

This movie, as the title, so sweet and refreshing. The heroin was a happy go lucky girl named Zhou Linlin played by Vivian Sung that also play in Our Times recommended by Sofie Adie. Fang Yuke played by Song Wei Long is skema type nerd boy. 

Cerita cinta mereka merupakan childhood sweetheart by the guy. Linlin ni seorang yang happy go lucky dan kebiasaan nya malas belajar. Dia dipaksa belajar oleh mak dia sebab mak dia jealous tengok Fang Yuke ni selalu berjaya dalam study dia. 

Kalau ikutkan jalan cerita, Linlin tak pernah expect yang Yuke ni akan suka dia. Twist cerita ni bila laki tu rewind balik semuanya. Ahak~ sweet bebeno. Muda² lagi dah jatuh cinta. Dua kali ulang dalam sehari. Sebab terjatuh tangga dengan hero dia yang muka mulus lagi tulus. Siap googling siapa dia,, end up... O M G.. So good to be young. T^T sobbing hujung katil jap. 

Good luck la ye dalam dunia lakonan. Muka hensem tu jauh perginya. Makanumya, kita pun mengoogling semua cerita si Song Wei Long ni berlakon dan nak tengok. Ahak~ gila tak gila. 

Den jatuh tangga dengan Yang Yang pun cerita terbaru dia The King's Avatar  yang 51 episode tu pun tak tertengok. Hadeh.. apa pasal la chinese drama ni suka bebeno buat sampai sejuta episode? 

Haa, kang nak bebel pulak ni. Uolls kalau rasa nak fly up the high romance sweet gitu, meh ler tengok movie ni. So, korang pun curious, tang bila aku mula jatuh tangga? 

Klik di Love the way you are ni kalau rasa berkenan la kan.

Happy watching!

Ahad, September 22, 2019

KDRAMA: HOTEL DEL LUNA


Hi~ Assalamualaikum warga blog yang sendu ni..


Ada orang ke tu?

Minggu ni kita rehat sikit dari rutin harian, makanya kita spend our time golek-golek with anak-anak sambil layan k-drama. Iye? Masih la lagi layan. Itu pun kalau cerita menarik perhatian.

As you know as I tell you too, every year mesti ada cerita wajib ulang buat Aien di antaranya The Master's Sun dan The Lonely and Great God: Goblin. Setakat ni dua cerita ni wajib ulang. Lain-lain macam Moon Scarlet Heart ke ulang gitu-gitu je. Tak ada la repeat dari episode satu sampai habis macam dua yang atas tu. Hehe

So, untuk tahun 2019 ni, satu-satu buat setakat ni yang menarik minat Aien untuk tengok dari mula sampai habis ialah....  Hotel Del Luna. 

Gabungan pelakon yang agak okay buat Aien, as IU yang berlakon, dan bila tengok jalan cerita dia macam best. Alih-alih sampai 16 episode Aien tengok.

Well, buat buang boring boleh la kan. Cerita ni dimainkan tengah Julai hari tu, ingatkan nak layan masa dalam pantang. Tapi... haha sendu dengan line internet maka, sampai dah habis pantang baru boleh layan. Nasib dia dah habis tayang, lagi senang nak layan.

Cerita Hotel Del Luna ni berkisarkan tentang Jang Man Wol (IU) yang rohnya diikat dengan pokok bulan oleh deity. Dia tidak di alam kehidupan, dan juga tidak di alam kematian. Untuk dijadikan cerita, deity ni menghantar seorang budak lelaki untuk menguruskan Man Wol untuk teruskan perjalanan dia ke alam seterusnya.

Koo Chang Sung (Yeo Jin Goo) merupakan caterer yang dipilih oleh deity untuk menguruskan Hotel Del Luna yang dibina untuk para roh sebelum ke alam seterusnya disamping Jang Man Wol.

Rupanya penulis skrip cerita ni sama dengan Master's Sun tu. Agak-agak cerita ni nak ulang tengok juga ke macam Master's Sun tu? hehe

Jalan cerita lebih kurang je antara dua drama ni, bezanya Hotel del Luna grand sikit dari Master's Sun yang lebih spesifik dan details lagi. pLus, ada So Ji Sub dengan Hyo Jin. 😘

Well, depends pada korang minat yang mana la kan. Lagu soundtrack dia best-best. Hehe

Kalau berkenan, korang boleh try tengok di LINK HOTEL DEL LUNA INI ye.

Happy watching..