Isnin, Oktober 07, 2019

HOME MANAGER IS HARDER THAN YOU THINK


Hi~ Assalamualaikum | Home manager is harder than you think. 

Haa, gamaknya acaner kamu ni nak bercerita ni Nur? Aduh, aduh... Besar bete yer masalah kamu ni. 

Sejak dah naik umo 29 ni, kawe ni ghase tak seghupe manusia dah haa. Eh, bende tak seghupe manusia, otak ni da seghupe mesin dah, tak nghenti nghenti berfikir. Time nak tido pun sibuk dok itong bende ntah. 🙀 

Kawe ni cumanya nak belajo ler menghuruskan rumah tangga kawe ni jah! nak bagi seghupe oghang sikit. Kata oghang tu, ada anak kecik bukan penghalang ko nak buat mende apa yang ko suke. Tapinye ko kena cari ikhtiar lain. Kalo somi kamu tu udah bekerja kat luor sana tuh, kamu kena la bekerja keras untuk pastikan rumah kamu tu serba serbi cukup. pahe dok? 

-kamu tu, baca aje la dalam loghat mana kamu suka ye. Kawe ni dah bercampo bahasa smpai lupe asal usul sendiri diri bumi kenyalang. 

Eh,, sik kamek lupak kowh! iNgat jk. cuma pahm ka nisik kitakorang tuk kelak, nisik kamek tauk eh. 

Eh, bercerita pasai bahasa pulak kita. Kawe ni nak bebel pasal udah, penatnya berfikir. Mana tidaknya masuk muka buku dok skrol group kawan² dok suka ngemas. Kawe ni suka nak ngemas, ikutkan nak je buang semua. Tapi mende masih helok akhlaknya takkan ler nak dibuang begitu aja? Kan satu pembaziran namanya. 

Teringat ler pulok perange satu yang suka bebeno membazir. Laki kawe pun dah maroh dah. Suka bebeno membazir. Beli sana, beli sini.. 

Masa kita sendiri kerja, sakan membeli tak hinget dunia. Bila dah sendiri dok melango tengok barang menimbun, haa, ngange! 

Sekarang pun dah tak ada ke mana nak melawa pun, kat rumah aje ler.. So, baju zaman kolej dulu semua tersemat rapi dalam boxes a.k.a beg. Niat dari lepas pantang ritu nak jual preloved, risau pulak tak ada yang berkenan. Ye la, mak mak je suk nk beli² sana sini tapi tak pakai. La ni, dah inshof sikit haa..  

Inshof mende, yang ko dok follow hakak² bundle tu.. hadeh, hadeh.. itu buat cuci mata yang ui.. buat hilng boring. Skrol2 tengok deme buat sales, tapi kita bank yang tak terisi ni mampu like dan share je laa.. 

so, Hakikat sebenarnya menjadi manager sebuah rumah tu payoh lagi berat nanang. Kamu berjaya bentuk keluarga kamu, tahniah ler bete ucapkan. kawe ni ler yang terkial-kial cari rentak walaupun dah dekat 3 tahun kawen. Seronok tengok orang yang baru kawen dapat manage hidup deme dua laki bini. Kawe anak dah dua pun, baru nak pasang sampan ni haa. Lobang sana, lobang sini. Berfikir memang sarat. Tang duit datang, habis berkecai semua yang dalam pale dok suap nafsu. Heran tak? Kamu heran, saya lagi heran. 

Zaman semuanya dihujung jari. Duduk rumah pun terjebak dengan mende lagha nih. haha 

Udah ler.. penat pulak kamu semua nak membaca. Kawe nak sambung fikir lagi nih. Esok lusa kawe taip bende apa lagi yang difikirkan nyee. 

Selamat tinggal dunia! 

Ahad, Oktober 06, 2019

HMOVIE: THE WEDDING YEAR


Hi~ Assalamualaikum | The Wedding Year

Dalam satu tahun tu, mesti akan ada tahun yang dipanggil tahun perkahwinan. Eh, sebenarnya tiap-tiap tahun mesti ada punya. Lagi-lagi masa cuti sekolah. Lagi menjadi-jadi meriahnya jemputan kahwin. Seronok bukan? 

Tapi tidak bagi Mara Hickey yang dilakonkan oleh Sara Hylands yang merupakan seorang comitmen phobia. Mara ni dia jadi phobia sebab mak ayah dia divorced. So, paham-paham je la kan.

So, dia dan boyfriend dia decide daripada 15 wedding yang dijemput berapa dorang dua nak pergi. Kebetulan pulak, kakak Si Mara dan Abang si Jake iaitu boyfriend Mara ni nak kahwin. 

Dah la kena pergi masa reception, pahtu kena jumpa keluarga pasangan masing-masing. 

So, daripada 15 jemputan ni, dorang dua pergi 7 sahaja, termasuk wedding kakak si Mara dan Abang si Jake ni. 

Sepanjang tu, Mara dan Jake diuji la kan, dengan keluarga Mara yang mak pak dia yang dah divorced 10 tahun tu pun asyik nak gaduh je tiap kali jumpa. Manakala keluarga si Jake pulak dengan fikiran kuno dorang yang seorang isteri ni kilang melahirkan anak, orang gaji dan sebagainya dan yang paling penting, dok membandingkan si Mara ni dengan ex Jake iaitu Nicole. 

Oh ya, by the way, Jake ni kulit hitam so biasanya macam racist sikit la bila Mara ni jadi pilihan Jake daripada Nicole yang sama bangsa dengan dorang tu. 

End up, cerita ni.  Aien kasi 9 bintang sebab dia best. Ayat-ayat dia boleh dijadikan best dialog in the movie. 

Banyak juga pengajaran dia. Bawak kita fikir sejenak apa maksud perkahwinan itu sebenar. Walaupun itu dari dorang la kan. Atleast berfikir sejenak. Cinta sahaja takkan menggerakkan sebuah perkahwinan. So, need more effort for marriage. 


Selamat menonton! Jaa Nee!





Sabtu, Oktober 05, 2019

Bakal Merindui Andai Benar...



Hi~ Assalamualaikum | Bakal merindui andai benar ia akan terjadi. 

Khamis lalu, Encik Suami bertanya, nak tak pindahkan rumah bawah? Ada orang tu nak keluar bulan 11 ni. 

Daku menjawab of course mahu, sebabnya penat naik turun tangga duduk tingkat tiga ni. 

Dua hari berfikir. Syioknya dapat pindah. Dapat deko rumah baru. Dapat beli perabot dah pelan-pelan. Dah dok tingkat satu, mesti dok lama sikit walaupun kuarters je. Girangnya hati seorang pengurus rumah tangga ni. Encik Suami pun tak payah nak turun naik tinggi-tinggi tiap kali balik rehat. Tak payah bersusah payah tiap kali kalo angkat tong gas bila emergency habis. Dan tak susah la jugak tiap kali berbeli barang keperluan rumah. Tingkat satu je. Naik 18 tangga ja dah sampai. Daripada yang sekarang dekat 50 anak tangga jugak tu. ke lebih? haha 

Itu la delima bila duduk rumah tinggi ni. Tapi, petang tadi, dengan hujannya. Dengan redupnya, dengan sepinya di tingkat tiga ni buat Aien terfikir. Mahukah aku dengar bebudak lari-lari tiap petang kat tingkat satu tu?  

Hati menjawab, tak apa. Lagipun nanti Nayla ada kawan. 

Encik Suami pun ada kata, rumah tu sekarang catnya warna terang. Masa tak fikir panjang, kata cat aja. Hehe 

Aduh, berbolak balik pulak hati ni. Ikutkan penat nak je pindah. Tapi, ikutkan tenang. Adooo.. 

Okay, be positif. Akan tenang jugak kot. hehe Lagipun dok tingkat satu, senang keluarga nak datang. Kalau duduk atas sangat ni, mesti orang berdolak dalih nak datang. Sebab malas nak panjat. 

Gambar di atas adalah view dari belakang rumah. Syiok kan? Agak-agak kalau duduk tingkat satu? dapat ke view ni? 😅 

Fikir-fikirkan laa..