Isnin, Oktober 28, 2019

T-MOVIE: VELAI ILLA PATTADHARI 2 (2017)


Hi~ Assalamualaikum | T-Movie: Velai Illa Pattadhari 2. 

Happy Deepavali to all of you gais, and Happy Holiday sebenarnya kan. Actually this entry should be post semalam, tapi tapi tapi, tak sempat nak menaip bait-bait kata yang seharusya, maka tertangguh ke hari ini. 

Siapa temgok cerita ni semalam??  Kita geng! Sep sikit. Al-maklum la cuti-cuti ni Aien balik kampung mentua, sempat la jugak melayan cerita tv ni. Kalau tak,, mananya.  

Velai Illa Pattadhari 2 atau VIP 2 merupakan sambungan daripada Velai Illa Pattadhari yang mengisahkan seorang pelajar jurutera yang menganggur selepas tamat pegajiannya. 

Disebabkan Aien tak tengok yang pertama disebabkan pergi jemputan, Aien terus je la cerita yang VIP 2 ni je. 

VIP 2 ni pulak kisahkan Raghu yang telah pun mendapat pekerjaan sebagai jurutera dah telah dinobatkan sebagai jurutera hebat pada tahun itu. 

Kajol as Cik Ashu merupakan seorang jurutera yang terkenal dan syarikatnya merupakan syarikat no 1 di Selatan India yang menjadi idaman semua pelajar jurutera. Siapa kerja dengan kompeni dia memang akan dapat projek besar-besar. Biasa la kan, dorang jurutera ni dikenali dengan projek jutanam. 


Kesinambungan VIP 2 ini adalah bagaimana Raghu mengendalikan dunia pekerjaannya. Fuh  cerita ni penuh dengan kelakar je bagi Aien. Dan sedikit aksi dan yang penting semangat kesatuan mereka dalam ni. 

Raghu, yang telah dinobatkan sebagai jurutera terbaik tu tadi, telah cuba ditawarkan pekerjaan di syarikat cik Ashu ni tadi. Tapi, Raghu tolak atas alasan, dia takkan jadi kacang lupakan kulit, setelah En. Ram ambil dia bekerja sejak resumenya asyik ditolak oleh syarikat Ashu ni tadi. Oh mungkin dalam VIP tu, dia dah cuba banyak kali la kan. 

One more thing Ashu ni sombong sikit attitude dia, dan itu yang dijadikan cerita Ashu mula buat dunia pekerjaan Raghu ni porak peranda. 

Memang sesuai ditonton di musim perayaan macam ni la kan. Sebab banyak elemen yang diterapkan dalam ni. 

Kekeluargaan, antara Raghu dan isterinya, ayahnya serta adiknya. Dorang ni sudah kematian maknya yang merupakan tonggak utama pengurus rumah tu. So, bila bini Raghu ni ambil alih, dia tak habis² bebel. Part sini lawak giler. Puas la Aien gelak buang sendu yang ada di hati ni kan. Haha Serius masih terbayang lawak dia. 

Kemudian, part kesatuhatian mereka VIP ni tadi  apabila si Raghu telah berjaya bina syarikat dia sendiri, dan dapat projek besar tapi ping pang ping pung, corruption everywhere and projek tu diserahkan pada Cik Ashu. 

Ping pang ping pung,, Syarikat VIP dibeli oleh Cik Ashu. Dan dia ingat dia dapat beli kompeni org tu, dapat semua pekerja. Sayang, dorang pengikut setia Raghu yang nampak selenge, tapi sangat bijak. 

Huh, dari jam 3 sampai hampir jam 6 tak berganjak muntot ha tengok. Kecuali iklan saja. Haha puas gelak je sebenarnya. Terhibur sikit hati kan? Terapu cuti gitu. 


MORAL OF STORY
Whatever you do, do it with whole heart. And you will enjoy it. And brotherhood is stronger than everything. Whatever you do, don't forget your parents. 

Banyak laa kesimpulan boleh diperolehi dari filem ni. 

Sekian, itu saja. Till next movie. 





ORANGE POMANDER BALL MY VERSION


Hi~ Assalamualaikum | Orange Pomander Ball My version

Hari tu, Aien terjalan di blog Si hati Merah Jambu bercerita tentang Segarkan Rumah guna oRange Pomander ball ni, Aien macam berminat nak cuba tapi my version la kan. Haha Orang baru nak berjinak-jinak bercerita tentang lifestyle dia dengan lebih memberi inspirasi kepada orang lain. So, Sis azhafizah!! Kita dah buat.. hehe 

*Excitednya**


Sebelum tengok my version, meh la tengok macamana rupa Orange Pomander Ball ni sebenarnya. Dia merupakan buah oren yang telahpun dicucuk dengan bunga cengkih. Comel kan? Ada banyak design sebenarnya buat mereka yang kreatif. But for me yang tangan kaku ni, macam ni bawah ni rupa dia. ^_^


Hanya separuh saja berjaya ditanam bunganya, sebab cengkih dah habis. Hari tu pergi Mydin lupa nak grab cengkih sekali. T^T


And, ini adalah rupa keseluruhan the other side of this pomander ball. Comel je sebenarnya. And bau dia refreshing gitu. Dan Aien pun tinggal la pomander ball ni balik kampung dua hari. 

And guess what?? Dah tak wangi!! T^T 

Adakah aku yang tersalah beli oren? atau dia nak pakai oren yang sunkist tu je? atau.. aku yang tak cium bau dia betul-betul sebab selsema? Haha 

Balik dari kampung dengan cuaca yang tak menentu ni, diri mula minta perhatian. Huhu 

Well, it nice to try. And I will do it again, sebab bau dia sedap sebenarnya. Bunga cengkih tu dah la memang wangi, dengan bau oren yang meyegarkan tu. Pergh! Semangat tau nak masuk dapur. 

Okay itu je nak cerita. Awak2 semua nak try, apa yang anda perlukan hanyalah sebijik oren dan dua bungkus cengkih kalau rasa nak letak banyak. If not, cukup la memadai dengan sebungkus. Korang boleh cuba macam-macam design untuk pomander ball ni. 

Hasilnya, anda pasti puas hati. Antara salah satu fungsi pomander ball ni selain daripada menyegarkan ruang dapur anda, ia juga bertindak sebagai pembasmi lalat yang suka nau nak singgah dapur tu, lagi-lagi la masa anda sibuk nak masak kan? 

Sungguh praktikal kan pomander ball ni. Selamat mencuba! 





Ahad, Oktober 27, 2019

C-DRAMA: MY GIRLFRIEND IS AN ALIEN


Hi~ Assalamualaikum | Chinese  Drama Review: my Girlfriend Is An Alien.

Akhirnya, setelah sekian lama masuk dalam wishlist must watching chinese drama 2019 Aien ni, baru dapat tengok haa. Ragu-ragu jugak la nak tengok dengan (macambiasa) episode banyaknya dan nobody that I recognize in this drama. But, bila jalan-jalan di youtube that everyone (who loves watch chinese drama) kata cerita ni comedy romance, so why not kita tengok untuk buang boring, layan fefeeling, and untuk hiburan semata. 


As anyone who watch Korean drama yang Kim Soo Hyun berlakon tu, mesti rasa eh, sama ke jalan cerita dia? Thailand pun ada buat drama yang titles yang sama, so wonder adakah story line those drama sama? And one more coincidence yang sama dengan My Boyfriend is An Alien? Ah~ sudah,, banyaknya semua jadi alien nihhhh??? 

Jangan pening, jangan risau. Korang tengok la mana-mana pun drama mesti story line dia lebih kurang, tokok tambah di sana dan di sini. So,, just enjoy will ya? 

Okay, yang ni pulak ceritanya tentang Xiaoqi dan tortoise-nya Xiaobu tersesat di bumi disebabkan addicted dengan hormon manusia yang namanya lelaki. Haha 

Dek kerana ketagihannya itu, Xiaoqi kehilangan satu-satu kunci untuk dia pulang ke planetnya. Maka bermulalah pengembaraan mereka di atas muka bumi. 

Fang Leng yang dilakonkan oleh Hsu Thassapak menghadapi penyakit yang aneh akibat daripada trauma yang lepas. Iaitu dia akan hilang ingatan pada hubungan yang ada sekiranya dia terkena hujan. Akan tetapi, selepas dia bertemu dengan Xiaoqi, dia tidak pernah lupakan Xiaoqi melainkan tabung memorinya itu dipadam. 

Fang Lie pulak adik kepada Fang Leng. Adik mak lain la kan, sebab ayah dia kawen lain selepas kematian mak Fang Leng. Biasa la cerita mak tiri ni of course ada krisisnya. Tapi, Fang Lie ni sangat sayang dengan abangnya dan kesian kepada awek² abang dia ni bila abang dia lupa pada mereka. 

Jangan risau, Fang Lie cuma kesian kat first love abang dia ja, dan merangkap first love dia jugak. Haa~ klise tak klise. 

Dan bila first love mereka ini tidak berpuas hati apabila dirinya dilupakan begitu saja oleh Fang Leng, dan dia mengetahui akan rahsia Fang Leng ni, so.. Dendam kesumat yang tersemat di dada sehingga misinya berjaya. 

Yang jadi mangsa keadaan ialah Xiaoqi. Kesian dia. Dah la semua orang tak puas hati dengan dia, dan dia pun bodo-bodo la ingatkan semua manusia ni baik. Adeh~ Nasib ada Fang Lie yang dianggap prince charming olehnya. 

Anda boleh rasa lawak dia kan? Haa, apa lagi.. penat je Aien cerita ni, uolls tak tengok,, sedih ni..  


Macam biasa la kan, korang boleh tengok di mana-mana laman sesawang yang ada memuatnaik drama cina ni. Atau KLIK DI SINI

Dah puas baca, tengok la lagi best. Boleh gelak sorang-sorang. 

Okbai. Till next drama.