Jumaat, November 01, 2019

HI, NOVEMBER!


Hi~ Assalamualaikum | Hi, November

November merupakan bulan kesebelas dalam kalendar Georgian dan merupakan bulan terakhir dalam lima bulan yang mempunyai hari kurang daripada 31 hari. November juga dikenali sebagai bulan kesembilan dalam kalendar Romulus. -wiki

November juga turut dikenali sebagai di antara bulan dalam musim luruh sebelum datangnya musim sejuk pada bulan Disember.

Pada kita warga Malaysia ni, November merupakan bulan pertama untuk musim tengkujuh. So, siap siaga warga kota dan desa yang sering terdedah dengan banjir kilat  banjir besar ni. Moga Allah pelihara kalian.

Buat Aien, november ni tak ada la special sangat dari apa-apa segi. Cumanya ada tarikh kelahiran beberapa orang yang penting dalam hidup Aien dan bulan ni kena dua kali dalam dua mggu pergi klinik. 👻

Pasai pa? Pasalnya si adik cucuk 4 bulan , tak buleh tarik pegi date kakak dan kakak pulak cucuk 18 bulan tak buleh tarik pegi adik punya date. Haa, nasib la labu.

Perancangan November tidak la meriah sangat kerana dah hujung tahun, cuti pun dah tak banyak. Budak-budak pun dah cuti sekolah, orang ramai bakal memenuhi tempat-tempat beriadah dan kita yang sendu ni cuma mampu duduk di rumah melayan karenah anak-anak kecil ni je la. Memandangkan minggu ni pun dorang start macam tak sehat.

Opening November seem like meriah dengan event sekitar kawasan berdekatan dengan tempat Aien tinggal terutamanya di Skudai dan Pontian. Haa, uolls tahu ke?

FESTIVAL KONVOKESYEN UTM -63 
sekaligus Pesta Makanan Viral Skudai, UTM bakal berlangsung dari 1 November sehingga 7 November. Wow, menarik kan? Boleh lagi cuci mata di awal bulan ni. Haha

UNTUK INFO LANJUT BOLEH LAYARI KLIK DI SINI

Macam biasa la kalau ada FESKO ni mesti ada jualan dan persembahan daripada artis jemputan. Antaranya Adam Corrie, Hael Hussaini, Rabbani dan ramai lagi. Jom bawak keluarga sanak saudara jalan-jalan cuci mata.

Yang keduanya menarik perhatian Aien semalam jalan-jalan di blog kak Mia Liana, terjumpa dia promote satu event di Bandar Pontian. So, sini Aien sharing lagi la kan,, untuk tatapan tambahan mata mana tahu ada warga blogger yang duduk di sekitar Aien ni kan.

UNTUK INFO LANJUT BOLEH LAYARI KLIK DI SINI

Syiok ni sebab kalau bab makan, Aien nombor satu. Bela saka buat masa ni, susah sikit nak diet. Uolls jangan dengki pulak. Makan bila sunyi, sedih dan gembira. Hidup untuk makan ke makan untuk hidup nih? 

Semoga November ini bawa barkah dan keajaiban buat kalian semua pembaca blog ni. Selamat berhujung minggu ya. 

Till the next event. ^^

Khamis, Oktober 31, 2019

TERIMA KASIH


Hi~ Assalamualaikum | Terima Kasih 

The simple words that can make anyone happy for everything they do for you right?

Me,, as past few month actually, before raya hari tu lagi, smartphone a.k.a telefon cabuk ni mula buat perangai dia. Itu tak kena ini tak kena. Hairan bin pelik la kan, why the because semua smartphone yang Aien pakai semua boleh bertahan atleast 2 years je yek? ke memang itu limit dia? Jeles sungguh tengok orang boleh pakai smartphone dorang dalam tempoh yang lama. 


Telefon Xiaomi Redmi Note 4x ni, telah pun berkhidmat dengan Aien sejak 2017 lagi. Hadiah dari husband la kiranya lepas kawen selain daripada hantaran yang ada. Rasanya August 2017 kalau tak silap. Gigih mencari sampai ke bandar sana sebab nak telefon ni. Actually note 4x ni kira limited stock la di Malaysia dan sangat rare buat masa tu. Nak beli kat Shopee takut tak sampai kat tangan kita pulak. 



Ini sebenarnya warna yang Aien nak, tapi malangnya dah nama rare item, so yang biru ni dah tak ada. Ambil saja warna gold. 

Sepanjang perkhidmatannya dalam hampir 3 tahun ni, Okay saja la. Atleast menepati citarasa Aien yang kaki movie, kaki download, kaki music and kaki game. Haa, sekali sekala kaki selfie. Yang penting masa tu, telefon ni agak mampu milik dah sekarang harga dia pun dah drop down sangat². haha 

Biasa laa, bila dah overload dengan pelbagai gambar, apps yang tak ada la guna sangat tapi mesti ada, itu la buat dia kondem. Lebih-lebih lagi, Aien ni jenis tak penyabar dan sangat la orang kata tak buleh hidup tanpa telefon. 😛  Dan apabila dia bercas, Aien sibuk nak main jugak even though tahu itu bad habit. Until I realise sebenarnya itu yang buatkan bateri yang besar macamana pun kapasiti dia pasti akan rosak sebab dia tak dapat nak co-op dengan charging port. Apatah lagi charging port tu selenge rosak sokmo. 

Haha Itu sebenarnya kisah dia since raya lepas. Charging port rosak! dan bila charging port rosak, kau rodok macamana pun usb cable tu, akan payah nak masuk. Mula-mula salahkan kable la kan. Pahtu dah tukar kable  seminggu je bertahan. Pun sama jugak. Bateri macam pendek sangat hayat dia. Al-maklumlah kan, bila kita ada anak yang pintar dan sel otaknya bersambung, pantang tengok Ibu dia pegang telefon. Dia pun nak jugak. Tak dibagi marah, di bagi pun dia campak. Haa, conclusionnya Ibu jangan pegang telefon masa dia jaga. Haha 

Bila dah selalu sangat kena campak, terjatuh masa dia tengah charging. Fuh, itu penambah rasa semua tu. Dan itu yang buat telefon ni makan parah. 

Before raya hari tu, hantar repair, disebabkan tak ada dalam stok dorang, dia cuma kasi betulkan charging port tu. Katanya dah terjungkit tinggi. Haha Padan la aku dok tolak separuh nyawa dia tutup slow naik, cepat habis. Ni bukan fast charging, ini fast dying. 

And after that, sampai la habis pantang baru ada stok dia. Actually, Encik Husband ni dia bijak dalam godek-godek gadget ni, dia siap bukak nak tengok dan cari charging port tu acaner rupa. And cari-cari di Shopee yang semua benda ada jual, dan jumpa! Haa, tapi katanya tak ada delivery ke Malaysia. Disebabkan itu, gigih hantar kedai yang repairnya tiada warranty sebanyak RM100 upah tukar. 😂 

Alih-alih tak sampai setahun dah rosak lagi. Ingatkan kable lagi, beli la kable baru. Oh,, betul la kable rosak. Tak sampai sebulan tukar kable, tup tup cas tak masuk lagi. Ah~ sudah... apa lagi. Encik Husband bising. Kasi anak main la apa la kan.. Sedangkan budak tengah bijak membesar, dengan semua port letrik berada di jangkauan beliau, heh, petik jari je. Beli pulak extansion yang wayarnya cuma 1m. Haa, lagi laa... lagi laaa.. Kreatifnya otak anak aku. 

So, Terima kasih buat Encik Husband yang gigih dari semalam tanya ada barang dia sampai ke idok. Alih-alih hadiah Aien pulak sampai. 😌😌 Dan barang yang ditanya tu, dihantar ke box bawah (dok flat) yang rasanya tak pernah lagi jumpa posmen yang deal barang Shopee buat macam tu. Rupa-rupanya charging port daku! Aduhh.. terharunya. Senyap² dia, ingatkan tak peduli satu-satu hiburan isteri dia ni dah separuh nyawa. Aien dah siap google dah telefon baru. haha Konon,, nak simpan la bajet pelan-pelan. Sekali dia dah siap tukar petang tadi, tak jadi. Jimat duit. Agaknya dia beli bawah dari RM50.. haa, kan dah jimat dari hantar repair kedai. Terima kasih Encik Husband! <3 

Penat baca tak? Berjela tulis rupanya untuk suami yang disebelah jeh? 

Heheh Jangan marah,, Nak cerita,, if uolls ada masalah telefon macam Aien ni, uolls tak payah susah2 hantar kedai. Janji ada screwdriver dr Mr.Diy ni

dah boleh tengok set charging port telefon korang di Shopee. Lagi-lagi la sekarang banyak telefon brand daripada China. haa, senang je. 

Kalau tak berani, I would not suggest this action for you guys la kan. Bimbang kat macam tikus membaiki labu pulak kang. 

So, this entry dedicated for the Husband yang seem not pay attention so much yet he is everything in my galaxy. 😂 Thanks my love~ 😘 


Rabu, Oktober 30, 2019

BERJALAN...


Hi~ Assalamualaikum | Berjalan... 


Hidup ibarat roda, sentiasa berputar. Ada masanya kita berada di atas dan ada masanya kita kecundang. Gagal sekali bukan maknanya gagal buat selamanya. 

Kita harus sentiasa berjalan, melihat dan mengambil iktibar dalam apa jua yang dilakukan, dilihat dan didengari. Itu sebenarnya erti sebuah kehidupan. Kita yang pada hakikatnya takkan pernah berhenti belajar. Nak pandai kena belajar. Nak tahu, kena baca. Nak buat apa saja pasti ada jalannya. 

Bezanya adakah jalan itu yang ditunjuki oleh orang lain  atau kita yang mencarinya sendiri. Namun, buat zaman serba canggih dan moden serta semuanya di hujung jari, tinggal mahu tak mahu saja. 

Eh,, panjang pulak ko bebel ye nur. 

Al-kisah nak bagi semangat buat diri sendiri dan teman-teman yang datang membaca ni. Setiap apa yang kita buat pasti ada sebabnya. Kita merancang, rancangan Allah itu lah yang terbaik. Cuma kita kadang-kadang degil nak terima. 

I'm so proud for those yang sentiasa positif dalam hidup mereka. Alhamdulillah dengan wujudnya mereka, orang macam kita terutamanya Aien yang always being negative ni, perlahan-lahan nak bangkit. 

As much I seen today, my younger siblings, they all doing a great job for getting up on their feet. Even though, that's hard and I always knew they can do it. Chiayok adik²! 

And for their sis yang keep mereput ni, cuba cari the other side yang positif untuk melangkah setiap hari. 

I am so envy for those yang ada pekerjaan sendiri. Yang bijak mencari sesuap rezeki untuk diri ataupun untuk keluarga. May Allah permudahkan urusan kalian! Kerana itu adalah impian seorang suri rumah. Yang pada pandangan masyarakat lain, mereka ini hanya duduk di rumah. Duduk. duduk dan terus duduk. Nak berjalan pun susah even ada lesen sendiri. Kah! And  doakan la azam 2020 nanti  nak bawak kereta tu sendiri!! O M G. People always laughed at me. ada lesen tapi tak guna. adakah mereka tahu?? betapa betapa betapa mahunya aku membawa kereta itu. Berjalan ke mana saja aku suka? membawa anak-anakku ke mana saja yang aku mahu? menggantikan suamiku yang kadang kepenatan? Adoo.. 

Haa, emosi pulak dah. Lain sebenarnya nak cerita. Itu antara salah satunya. 

October kian melabuhkan tirainya. 2019 tinggal 2 bulan saja lagi. Apa yang dah dibuat oleh mu tahun ini? Semalam sudah Rabiul awal, sudahkah kau menggantikan puasamu itu? Ah, monolog diri yang terlalu banyak sehingga terbawa di alam mimpi. Bagaimana mau mimpi yang indah ni? 

Makanya, bermula pasang niat, nak buat itu  nak buat ini. dan dengan berbaki dua bulan ini, harapnya tahun 2019 akan meninggalkan kenangan yang terindah buat diri ini.

Moga tragedi oktober ini membawa pergi segala duka yang ada di hati ni. iN shaa Allah november bakal membawa sinar baru buat diri.


Till next jurnal. Be safe everyone! Sekarang musim tengkujuh. Hujan, panas silih berganti. Jaga diri, jaga kesihatan dan jaga iman. Moga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT. ^^