Khamis, November 14, 2019

PERGINYA TAKKAN KEMBALI


Perginya takkan kembali | Hi~ Assalamualaikum.

Sebelum apa-apa, mari kita sama-sama sedekah al-fatihah buat allahyarham. Al-Fatihah,

credit: carian google

Berita sedih yang diterima semalam merupakan khabar trauma buat sesiapa sahaja. Walaupun arwah bukan la kenalan rapat Aien, tapi beliau merupakan teman sekerja Encik Suami.

Serba sedikit tentang arwah yang Aien dengar daripada Encik Suami, adalah merupakan seorang yang baik dan sepanjang hampir tiga tahun berkahwin dengan Encik Suami, adalah dalam kurang dari sepuluh kali Aien berjumpa dengan arwah.

First jumpa masa majlis mengundur, beliau datang dan diperkenalkan oleh Encik Suami. Terkejut, dan satu je ayat terdetik dalam hati. Baiknya Encik Suami berkawan tak memilih orang. Hati kecil ini sangat terharu melihat keadaan arwah buat masa tu. Beliau boleh dikategorikan sebagai seorang cacat rupaparas namun itu tak menghalang beliau untuk bekerja.

Kali kedua berjumpa tika Pertandingan bowling anjuran Kelab Keluarga tempat kerja Encik Suami dan melihatkan beliau juga turut serta dalam bermain bowling, jelas kelihatan, arwah memiliki semangat yang waja untuk hidup.

Dan masa menunggu tarikh Izz lahir, Encik Suami khabarkan bahawa beliau disahkan menghadapi kanser kulit dan bakal menghadapi pembedahan. Allah~ arwah memang sepatutnya pencen tahun hadapan kalau tak silap Aien, akhirnya pergi tanpa kembali buat selamanya.

Sedih, sebak tika petang semalam jam 3 petang, Encik Suami hantar pesanan, "Abang Jabar dah meninggal." 

Zap! Sentap.

Baru Ahad lalu, Encik Suami dan pengawai atasan menziarahi arwah apabila mereka dimaklumkan oleh adiknya, beliau dimasukkan ke hospital semula kerana didapati kanser sudah merebak ke hati dan berada di tahap ke-empat. Allah~

Sedih. Bulan lalu, sempat juga kami menziarahi arwah di rumah ibunya di Pasir Gudang. Terkejut melihat dirinya terlalu kurus dan tangannya sudah tiada. Sedih kerana beliau seorang yang kuat semangat itu, telah tiada. Namun, masih juga tidak berputus asa. Masa boleh tersenyum bercerita akan sesi rawatannya yang dipindahkan dari satu hospital ke satu hospital kerana kekurangan pakar. Bayangkan, dari Izz lahir sampai Izz dah 2 bulan, baru dapat ziarah arwah. Dan kini.. 

Kembalinya beliau selepas zohor tadi, dan telahpun dikebumikan selepas solat asar. Encik Suami pun tak sempat melihat jenazah kerana kesesakan lalulintas dan cuma berkesempatan melihat kuburnya.

Moga arwah tenang di sana. Bersemadi bersama roh-roh orang yang beriman. Al-Fatihah.

credit: carian google

Rabu, November 13, 2019

K-DRAMA: CATCH THE GHOST (2019)

credit: carian google


K-DRAMA: CATCH THE GHOST (2019) | Hi~ Assalamualaikum warga blog.

This time Aien wanna share with you guys satu drama yang belom habis tengok lagi and masih bersiaran la jugak. Excited nak share dengan korang semoga terpengaruh. Haha 

Title: Catch The Ghost / Catch Yoo Ryung
No. of Episode: 16
Genre: Thriller, Romance
Cast: Moon Geun Young, Kim Sun Ho
Sinopsis: Yoo-Ryung (Moon Geun-Young) is a rookie detective. Her twin sister with autism has gone missing. To find her sister, Yoo-Ryung applies to the subway police team. Yoo-Ryung has exceptional space perception. She solves cases using her exceptional space perception and strong sense of justice. Her partner detective is often busy cleaning up behind her. (credit:asianwiki)


Aien ingatkan cerita ni sama macam Oh My Ghost! ke, atau Bring me Ghost ke, rupanya tak. Lawak pun ada bila Chief Inspector Ko (Kim Sun Ho) yang sentiasa ikut rules, follow je Yoo Ryung ni sebab sense dia lagi kuat untuk tangkap orang jahat tu. Haha 


Dan bila dicari di carian google, Kim Sun Ho ni rupanya kira pelakon naik daripada drama Two Cops. Aha~ dan dia pun hado dalam Welcome to Waikiki. Tengok rupa macam muda lagi. ahaha rupanya sebaya dengan Encik Suami. Haha 

Moon Geun Young pulak dah lama tak berlakon. Aien memang minat dia berlakon, and biasanya cerita dia berlakon yang Aien tengok semua sedih, but ini satu kelainan la untuk dia. Good Job! Macam Park Bo Young la pulak. Tapi Park Bo Young memang selalu berlakon jadi kak long kawasan. Haha 

Okay, excited ni nak sambung tengok la memandangkan malam ni baru episod 8 gais. Oh,, lamanya lagi.. Agak-agak dapat tak dia jumpa adik dia balik ye? 

Jaa Nee! Till next drama. 

Selasa, November 12, 2019

CERITERA SEMALAM


Ceritera Semalam | Hi~ Assalamualaikum 

Kabare semuanya? Waras ya? Dua hari menghilang kerana kehilangan idea untuk bercerita. Selalunya ada saja idea. Tapi, bila mood malas kau datang, semua benda kau tak nak buat. Haha Include buat post even nak schedule post tu.

So, here I am want to story some of my aktiviti last weekend and few days ni.

First of all, 11.11 merupakan satu tarikh keramat buat warga penjual dan tak kurang juga orang memilih tarikh ini sebagai tarikh perkahwinan mereka. senang nak ingat kan? Untuk Aien pula, 11.11 merupakan bulan ke 8 perkahwinan kami, that's mean 11 NOVEMBER ni, dah masuk 2 tahun 8 bulan. Sekejap je rasa nak masuk tiga tahun dah. Anak pun dah dua ketul. Ahak~

Al-kisah nak taip entry ni untuk semalam, tapi kekangkan diri dari pegang tepon, sebab nanti pegang tepon mesti nak tengok lazada or shopee, masa media social mesti ada iklan dorang. Sama juga dengan muka buku Aien banyak follow seller bundle dan mereka jugak buat sales gempak. O M G! Nasib la,, dalam bank tak ada duit. Haha Kalau ada tu, memang terpengaruh juga la. Al-maklum la tengah bulan, kena utamakan yang utama sebelom menghabiskan duit untuk bukan-bukan. Dengan itu, kita mampu tarik napas dan.  let it go!

Nasib baik, mak mentua kata nak datang buat suprise singgah rumah, haa, boleh la sibukkan diri. Dan bila mak mentua nak datang, semua benda nak dikilatkan. Haha Lebih lagi datang dengan biras. O M G! Lagi sekali I need a maid. Nasib dah ada sebijik maid mudah ai tu. Haha

what the chaos week kan? Untuk hujung minggu lepas, Aien dibawa Encik Suami pergi Forest City. Lamanya tak pergi sana. Masa bila kami cuba nak pergi, tapi Encik Suami takut nak masuk, sebab dia tengok ada guard terpacak kat situ. Hakikatnya memang situ saja la jalan masuk dia. Itu lah, baru semalam dia cuba lagi, siap pasang gps. Haha

Masuk ke dalam, ingat nak bergambar la dekat tepi pantai tu,  sayangnya kawasan tu ditutup. Ya ada cuma kolam mandi awam yang perlu dibayar. Ntah berapa pun tak tahu la. Kata kolam mandi awam, sebab masuk situ pun free, why the because kena bayar. Hurm.. Tak apa la. Nayla pun disuruh mendekat dengan kolam takut  apatah lagi nak bawak mandi. Haha

Cukup la sekadar berjalan-jalan tengok kawasan yang bakal dibangun di dalam Forest City tu, tengok contoh rumah dia yang takkan mampu dimiliki oleh rakyat marhaen macam Aien ni.

Nayla pun suka dapat jalan-jalan. Bila dilepaskan dia berjalan, puas hati berjalan. Sampai penat. Tak sampai setengah jam dalam perjalanan balik, dia dah tertido. 😂

Itu la dia ceritera semalam yang nak diabadikan di sini.


Jaa Nee!