Isnin, November 18, 2019

IZZ NAJMI TURN 4 MONTH



Izz Najmi Turn 4 Month | Hi~ Assalamualaikum 

Tahniah, anakku! Kamu sihat dan bahagia hingga ke hari ini. Moga terus bersama Ibumu sampai hujung nyawa Ibu. 

Alhamdulillah. Syukur. Najmi telah menjangkau umur 4 bulan. Kedatangannya yang tak dijangka, Allah Maha Kaya, kelahirannya tidak diduga, Allahu akbar. 

Izz Najmi nama diberi setelah hari ke empat kelahirannya. Bermaksud, bintang kekuatanku. Moga besar menjadi seorang nak yang soleh, adik yang baik hati dan diri yang punya kerdipan yang tersendiri. 



Kalau nak diceritakan sepanjang tempoh 4 bulan ni, tak banyak ragamnya. Adalah kadang-kadang datang manjanya, datang gedik dia tu normal. Haha 

Tidur nak bau ketiak Ibu, kadang malam dah pandai kejut Ibu bangun subuh, dah tak perlu jam alarm lagi. Pantang ditinggalkan kalau belom lengkap keperluan dirinya. Pasti akan kedengaran siren dipasangnya. Kelam kabut Ibu dibuatnya. 

Alhamdulillah, setakat ni anak-anak Ibu belom lagi yang high demand. Masing-masing ada pasang surutnya. Orang kata anak lelaki kena jaga rapi sikit, cepat kena angin pasang. Bagi Aien pula, sama saja. Dua-dua dalam tempoh berpantang jarang nangis, Moga yang seterusnya pun tak ada la. Haha Tak sanggup Ibu nak jadi panda lagi  

Haa, sebut pasal seterusnya tu.  Itu la tu.. Baru terfikir nak tanya misi pasal pil perancang. Risau nau ada yang terbabas lagi. Bukan tak nak, tapi itu laa.  Tahun 2020 tu mencabar yang amat bagi mereka yang marhaen dan bersama anak-anak kecil dibawah usia 10 tahun. Agak-agak la how the others survive? 

Well, walaupun begitu, tak kurang jugak ibu bapa yang excited untuk baby 2020 ni. All the best! 

Till next story. Jaa Nee!

Ahad, November 17, 2019

12/112


12/112 | Hi~ Assalamualaikum, salam hujung minggu. 

I was shock by myself. Last night, lepas wondering around, blog walking to others, and check my post, balas komen orang and tetiba terdetik hati  nak tengok berapa dah post Aien untuk tahun 2019. Thanks for suggestion someone, Farhana Jafri or orang lain, Aien tak ingat sangat.  '*_*, suh letak post by hieracy, glad I made it, and tau berapa dah post Aien? Wow, 

itu la nombor yang di atas. So, thanks for those who's keep coming back to this lonely personal blog, and post the comment, make me want to keep posting even though sometimes benda tu tak ada relate dengan apa-apa event seharian pun. But, most of them sentiasa ada relate pun. Haha Kalau tak ada, mustahil ada ideas untuk keep posting. And for you guys~


Di atas rasa gembira yang Aien share dengan korang, doakan Aien dapat laksanakan one things for you guys atas penghargaan itu. Well, I know my mistake didn't make money from this blog, actually I done it before, till now adsense tak bagi jawapan lagi. Harap la tahun 2020 memberi sinar baru untuk blog ni. Salah satu hobi mungkin boleh menjana pendapatan Aien dari sini. 

Banyak sebenarnya ideas dan tugasan yang termeteri dalam kepala Aien ni, cuma mampu tak mampu nak buat itu yang kadang-kadang mendatangkan keraguan pada diri. 

Sempena keseronokan melihat kejayaan untuk 2019 yang merupakan tahun yang paling banyak blog entry, let's us, keep fighting, chiayok and do our best for being a good blogger. 

Di sini la cerita sedih yang kebanyakan tersimpan di draft, cerita gembira, dan cerita anak-anak. Moga tika nafas ini sudah tiada, apa yang buruk itu dapat dipadamkan, dan segala yang baik memberi manfaat pada semua. 


Doakan semoga tahun 2020 nanti akan terlaksana impian ni. Oh ya, moga kalian semua menikmati hujung minggu dengan aktiviti yang menarik! 

Till we meet again. Jaa Nee!

Jumaat, November 15, 2019

BAJU TIDUR UNTUK NAYLA, DAH SIAP!


Baju tidur untuk Nayla, dah siap! | Hi~ Assalamualaikum semua dan salam penghulu segala hari. 

Beberapa bulan sebelumnya, baju tidur milik Aien ni tetas di bahagian jahitan tepinya, mak mentua suruh buat kain buruk. Kain sedap, sejuk, dan paling penting agak molek lagi jika nak dibuat sebagai kain buruk. Terus idea ni muncul dalam kepala. 

Dan minggu lepas, terjumpa baju tidur tu balik, baru teringat. Hampeh tak? Hahaha Nak dijadikan cerita, hari terjumpa tu, da adalah Aien sibuk sangat dengan kerja rumah zap zap zap,, dah siap bajunya. 

Eh, bukan terus siap tau. haha Aien lupa pulak nak ambik gambar baju tidur tu sebelum dikerat jadi baju tidur si kecik ni. 


Baju tidur yang ini dijadikan template untuk baju tidur yang bakal buat nih. Amek baju yang dia kenan pakai, baru la semangat sikit nak memotong. 

Sebenarnya nak dikatakan, Aien ni dah ada dah basic menjahit semua tu, pernah satu ketika dahulu mengikut kelas jahitan percuma di apa tu, Aien lupa. Bukan Giatmara. Tapi,, under goverment jugak la. Situ Aien belajar hampir kesemua template baju dah pernah jahit. Dari baju kurung je baju melayu, dari jubah ke kemeja dan kecundang di baju dress kanak-kanak sekaligus smoking. Aduhh,, sebab tu tak dapat sijilnya. Nak amek tempahan pun tak berani. 

Setelah sekian lama, asyik dok jahit yang simple-simple je, akhirnya jadi sepasang baju buat anak terchenta. Satu kepuasan bila tengok dia pakai baju tu semalam. #terharu gitu. 


Bajunya yang dipotong lebih besar sedikit dari template. Akan tetapi, Aien malas nak jahit kelim, so biarkan aje. Nampak legend sikit. Masih ada banyak perlu diperbaiki daripada tangan kaku ni. Al-maklum la jari Aien tak ada la runcing seperti orang tua dulu-dulu selalu cakap. Kalau jari runcing, bila menjahit memang lawa dan kemas. Kah~ Cukup la seadanya. 


Seluarnya yang telahpun siap dalam masa sepetang bersama Nayla. Izz la, langsung tak nak bagi kerjasama. Sekejap-kejap nangis nak tido la, nangis sebab pampers tak selesa la, nangis nak susu la. Adooo, itulah tukang iklan dia yang buatkan baju tidur kakak dia ni tergendala. 


Taraaa!! Si comel dengan bajunya. O M G! So, cute laa. Ibu is geram sangat. Walaupun agak kekok dan semuanya dijahit tangan, apa-apapun Ibu berpuas hati dapat hasilkan sepasang baju tidur untuk kau kak. May Allah bless you, my little angel. 

Itu la, cerita baju tidur Nayla. Seronoknya hati seorang Ibu dapat menyiapkan baju untuk anak-anaknya. Puas hati dan sangat berbangga. Teringat masa kami kecik dulu, baju sekolah kami, dari tudung sehingga kain sekolah semuanya homemade by Mrs.Umi. Selesa sangat. Baju kurung pun begitu, apatah lagi baju tidur. Untuk pengetahuan, Aien ni berminat bab menjahit ni dari selalu tengok Mrs. Umi menjahit dahulukala. Terus rasa macam, one day I will learn this and make my own baju. Tapi, belom ada lagi baju sendiri dari hasil sendiri. Baju anak pun jadi. Hehe 

Moga Ibu kau ni, kak.. Dapat buatkan baju untuk kau dengan lebih rapi dan kemas lagi ye. Bak kata orang, di mana ada kemahuan di situ ada highwaynya. eh! 


Till we meet again. Jaa Nee!