Khamis, November 21, 2019

NEW YEARS GIVEAWAY BY EIKIN SOFI



New Years Giveaway By Eikin Sofi |Hi~ Assalamualaikum.

Thanks for the beautiful mei mei Suhana sebab tagged me in this giveaway.

Aien ni nak kata peminat mekap tegar itu lah tidak, cuma ya la kita kan perempuan, semestinya suka akan benda-benda yang mencantikkan diri ni. For those yang suka benda cantik tu, boleh la join giveaway ni.

Sebab apa Aien kata macam tu? Sebab korang memang sesuai la dengan hadiah utama contest ni. Pergh~ ni yang rasa nak pergi jenguk youtube tutorial eye make up lepas ni. 

Untuk three lukiest beautiful ladies out there, I'm tagging you.. 

Cik Bunga , Shu , KC

All the best untuk yang join. Oh ya, contest ni berlangsung sampai hujung tahun, kalau berminat cepat-cepat join dan klik saja banner tu atas. 

Peace! Jaa Nee!

Segmen Blogwalking by Mia Liana 2019


Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com bermula pada hari ini, 20 November 2019, iaitu tepat jam 10.00 pagi sehingga 11.59 malam 20 November 2019. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking 2019 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

5 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan akan dimasukkan ke bloglist Mia selama setahun pada tahun 2020. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 15 Disember 2019.

** jom support Mia Liana....


Selasa, November 19, 2019

REVIEW KOREA DRAMA: LOVE ALARM SEASON 1 (2019)


Review Korea Drama Love Alarm Season 1 (2019) | Hi~ Assalamualaikum


Dalam banyak-banyak drama korea pada tahun 2019 ni, ini adalah di antara drama yang Aien tengok.  Selepas tertengok Catch The Ghost  hari tu, teruja pulak nak tengok korea drama yang lain. 

credit: carian google

Tajuk: Love Alarm
No of Episode: 8
Genre: Romance, School, Youth
Channel: Netflix
Cast: Song Kang, Kim So Hyun, Jung Ga Ram
Sinopsis: Di dunia di mana sebuah aplikasi akan memberitahu di dalam kawasan itu ada yang menyukai mereka. Kim Jo Jo mengalami konflik percintaan di samping masalah peribadi. 
(sumber dramawiki)

Bila mana sebuah aplikasi jadi panduan untuk mengetahui rahsia hati seseorang, kadang-kadang agak kurang menyenangkan. Bagi orang yang gila populariti, mungkin ini satu kebahagian buat dirinya, tapi kehancuran buat mereka yang langsung tak dapat ping. 

Melihatkan pada pelakonnya, tak terdetik pun hati nak tengok walaupun genre kegemaran. Teruk kan? Memandangkan terjumpa satu channel yang menawarkan saiz video yang agak kecil, dan buat hilang bosan hujung minggu, makanya kita tengok aja. 

Kim Jo Jo, merupakan seorang pelajar yang tak merungut dengan kehidupannya yang menumpang, akan tetapi sepupunya iaitu Park Gul Mi seorang yang gilakan populariti menganggap Kim Jo Jo ini umpama parasit. Apatah lagi orang yang disukainya memilih Jo Jo daripada dirinya. 

Hwang Sun Oh, seorang remaja yang membesar daripada keluarga yang serba mewah, terkenal hasil dari Ibunya seorang pelakon dan ayahnya seorang ahli politik. Akan tetapi, dia ketandusan kasih sayang dari orang yang benar-benar ikhlas pada dirinya tanpa memandang harta keluarganya. 

Lee Hye Yeong pula anak kepada orang gaji di rumah Hwang Sun Oh, berusaha melindungi Sun Oh selepas melihat lelaki itu cub diracuni Ibunya sendiri ketika kecil. 

Namun, semua berubah apabila Sun Oh jatuh cinta pada Jo Jo yang tika itu juga disukai oleh Hye Yeong walaupun tahu Jo Jo mempunyai kekasih. Hye Yeong mengalah demi Sun Oh, akan tetapi Gul Mi memaksa Jo Jo untuk berpisah dengan Sun Oh. 

Agak complicated kan? Jap Aien lukis.


Gigih I olls lukis. Haha Nampak tak dari peta ni? Ceritanya pusing-pusing kat situ la untuk siri pertama ni.

Bila satu sekolah dapat tahu bahawa Sun Oh suka akan Jo Jo tapi masing-masing tak kecam Sun Oh, tapi Jo Jo. Kesian Jo Jo tu. Tak pasal-pasal disebabkan sepupu yang busuk hati tu. Geram je Aien tengok Gul Mi tu tau. Acah bagus je. Tapi, dia tak sedar, orang yang suka dia tu la sebenarnya orang yang dia nak sangat jumpa di episod terakhir nanti. Haha Bak kata orang, ludah ke langit di jilat semula. Eh, ada ke pepatah ni? Lebih kurang la kan.

Mata ke mata, hati ke hati, eh ternyanyi pulak. Hwang Sun Oh ni curious dengan Jo Jo ni ada pelbagai sebab. Antaranya, Jo Jo adalah satu-satunya gadis yang berani tengok muka dia. As seseorang yang popular, mesti la ramai orang suka tapi takkan tengok tegak ke arah muka dia kan? apabila Jo Jo tengok dia macam, eh aku kenal ke mamat ni? Trigger dia nak tahu Jo Jo ni suka dia ke? Twist dia kat situ la kan? 

Dan bila Jo Jo bertarung dengan dirinya yang agak trauma tika ibu bapanya cuba membunuh diri mereka sekeluarga, tetapi Jo Jo sempat tersedar dan lari menyelamatkan dirinya. Ketika sekolah mereka menganjurkan school trip ke Pulau Jeju, Jo Jo teringat balik pengalaman pahitnya. 

Walaupun boleh dikatakan drama ni cuba sembunyikan siapa developer aplikasi Love Alarm ni, dari satu episod, Aien dah boleh agak dah si Duk Gu ni. Duk Gu yang kelihatan nerdy je suka pada Gul Mi, tapi ditolak mati matian oleh gadis tersebut. Boleh agakkan sebab dia? 


Sedih juga jadi Duk Gu ni, bila cintanya ditolak, dia cuba bangun balik. Walaupun tahu, sukarnya nak bangun kerana mereka masih berada dalam kawasan yang sama. 


Duk Gu kasi smartphone pada Jo Jo untuk Jo Jo mengetahui isi hati dia sebenarnya. Well, dia tak bermaksud nak bagi kat Jo Jo, memandangkan orang yang dia nak bagi tu tak sudi. Haha Sayang seribu kali sayang. Aien dok tengok ni pun geram jugak. Ohh ya, untuk pengetahuan korang, drama ni berdasarkan webtoon yang popular di Korea. Kiranya adaptasi komik la drama ni


Melihatkan segala konflik yang dialami Jo Jo, Duk Gu telah memberikannya satu pelindung untuk aplikasi Love Alarm. See, dari sini Aien tahu, Duk Gu tu pencipta aplikasi ni. Bijak tak bijak? 

Bila dimuatnaik pelindung ni, Sun Oh ditinggalkan Jo Jo demi untuk tidak melukakan hati mana-mana pihak dan dia dapat bebaskan dirinya dari bebanan perasaan. Heartbroken? No one want it right? 

Kesudahan untuk siri pertama ini, adakah Jo Jo cuba nak buktikan bahawa dia memang tak suka dah dengan Sun Oh tu ataupun hatinya masih milik Sun Oh lagi? 


Ah~ tak sabarnya tunggu siri kedua yang setakat ni dorang dah buat pengumuman memang akan ada siri kedua. Palli!!

Kesian Sun Oh tu tau. Sedih dia sebab orang yang dia sayang semua tinggalkan dia. Ha, korang dah tengok belom? Kalau belom, boleh la cari di Dramanice atau di mana-mana link atas talian.

Till next drama. Jaa Nee!