Selasa, Disember 03, 2019

CHINESE MOVIE: THE LIVING DEAD (2019)


CHINESE MOVIE: The Living Dead (2019) |Hi~ Assalamualaikum 

Rasa macam boring sekejap, jadi Aien tengok la mana movie yang tergendala hari tu. 


Genre: Action, Adventure, Historical, Wuxia, Fantasy
Duration: 1 hour 24 minutes
Cast: Zhen Fan Xing, Paul Yu, Gao Han, He Long Long
Sinopsis: Sebuah kota bernama Fu Feng, yang sebelum ini merupakan 'Kota yang Terang', namun ada kisah di sebaliknya 'Menghidupkan Lampu Pembunuh'. Wen Ning tiba di kota Fu Feng dan menyedari kepelikan kota tersebut yang dipenuhi dengan yang lemah dan sakit dan agak mundur. Bila malam menjelang, Wen Ning sengaja memasang lampu untuk menarik perhatian hantu tersebut. Apabila hampir berjaya menangkap mereka, dia bertemu libasan cahaya pedang biru yang merupakan kenalannya, Lin Sizhui. Akhirnya mereka berdua bersepakat untuk menyelesaikan misteri dan menangkap penjenayah di sebelaik kejadian misteri ini. -credit: mydramalist-


Dan ini dari sudut pandangan Aien yang agak juling jugak nak tengok dan faham cerita dia. Bak kata Kak Sha, jenuh jugak nak habiskan drama dia. 

Seram jugak cerita ni pada mulanya bagi Aien yang penakut ni kan, but don't worry. Seram itu cuma seketika saja. Fokus utamanya adalah pada Wen Ning dan SiZhui je.

Ikutkan watak utama cerita ni hanya mereka berlima sahaja. Iaitu, Wen Ning (of course la) Si Zhui, Xiao Yi, Zhou ZiShu dan Xiai Qing.

Kesimpulan daripada cerita ni, adalah kerana cinta terlarang, kukorbankan segalanya. Kerana nak hidupkan seorang, punah satu kota. Haa. Gitu~

Xiao Yi yang jatuh cinta pada akak dia, Xiao Qing, marah bila Zhou ZiShu 'rampas' Xiao Qing dari dia. Jadi dek kerana tak sengaja terbunuh akak dia tadi, dia pergi jadikn Zhou ZiShu ni boneka dia untuk bunuh orang di kota Fu Feng tu.

Itu la, kerana tamak dia sanggup buat apa saja. Kalau ikutkan geram juga sebab dorang twist jalan cerita dia yang pada mulanya kasihan ama Xiao Yi yang tertindas. Sian SiZhui tertipu dengan ilusi semata. Nasib Wen Ning ni bijak. Nama pun hero kan?

Kesudahannya, tunggu nanti Aien habis tengok The King's avatar tu. Sambil-sambil Aien tengok Catch The Ghost yang berbaki tiga episode tu. Siapa sangka twist cerita CTG ni lagi best. Nasib la Pak Belalang dia hensem. Haha

Till next drama, Jaa Nee!


Ahad, Disember 01, 2019

Happy December!

Happy December! | Hi~ Assalamualaikum 

Ini bulan baru, apa yang berlaku semalam harus ditinggalkan di belakang dengan harapan dan azam baru. Yes! Gambatte ne! 

Dan tak lupa selamat ulang tahun kelahiran buat adindaku Sofie Adie yang ke?? Moga Allah berkati kamu dengan segala apa yang ingin kamu kecapi dan permudahkan segala urusan buat dirimu, dan semoga kamu diperluaskan rezeki olehNya. 

Terasa sayang nak biarkan blog tanpa apa-apa. Walaupun pada hakikatnya selalu juga buat pada masa tertentu tapi tidak pada masa kita ada idea yang banyak. Membuahkan laharnya habis meletus kebaboomm!! 

Mungkin kehadiran dugaan semalam membuat Aien terpaksa buat keputusan untuk beralih ke sisi baru. How can we said about it? Biarkan iyanya berlalu dengan harapan dapat membina satu semangat baru buat diri ini. 

Should I say, thanks for those make this happen? Yeah, you. you. 

And mungkin cukup masa untuk peralihan baru. Yaa, tahun baru kan tak lama lagi, korang pun dah nak pergi bercuti tak lama lagi, krismas is around. Ya~ 

Ceritanya untuk November tamat semalam. Terima kasih kerana membantu Aien untuk buat keputusan ni, dan pada kamu, yang buat suggestion ni pada Aien, yah~ terima kasih jugak. 

Bila ditengok balik, rupa-rupanya November 2010 adalah merupakan ulang tahun Aien bersama blog ni. Dari zaman ntah tulis padam tulis padam, edit, buang, edit buang. Kali keberapa baru wujudnya blog AIENIENKA ni. 

Pada era tu, sibuk dok follow giveaway sana, contest sini, kenal rakan blogger yang lain. Dan, masa tu dok saing-saing ngan beradik. Hahaha Lagi-lagi bila contest yang kena tag orang tu. Haaa adik beradik mana yang ada blog la jadi mangsa. Haha 

Ntah, yang wujud adindaku seorang je. Yang kian laju meninggalkan sisternya di belakang. 

Tahniah adik, berjaya cipta satu entiti baru untuk diri kamu. Orang bangga punya adik seperti kamu. Well, good luck dalam apa jua kamu nak dan bakal buat. Semoga semua dipermudahkan urusannya. 

Apa yang berlaku disember ini banyak, antaranya Sabtu nanti ulangtahun hari lahir mentua Aien, and semalam gigih ajak En. Suami pergi Aeon Mall semata-mata nak kejarkan Black Friday sales yang berlangsung empat hari. Dan Aien nak grab something yang mentua nak dan perlukan untuk rumah, dan sebagai ucapan terima kasih sebab jaga Aien dalam pantang Julai lepas. 

Luckily again, nak beli barang tu kena ada member card dan bila buat tak perlu bayar. Yeay! Haha sakan shopping semalam dengan rezeki anak-anak, alhamdulillah dapat dorang baju baru. Ada sales, apa lagi, rembat banyak-banyak. Kah! 

18 Disember macam biasa check up adik mok kita, yang ke lima bulan. Yosh! Opah dia kata susut sikit sebab selsema dan Ibu pun tak sihat ni, adeh.  Selera makan ke laut. Nasib je la lapar lepas susukan dia, bantai la makan. Since khamis lepas, mood dalam rumah ni gloomy sikit sebab En. Suami tak sehat, saing dengan bini bertuah dia ni, Kakak Nayla yang on off demam dia. But currently tengah flu sebab asyik kena bersin dengan Ibu je. Haha 

Tak tahu la, Aien ni jarang demam. Setahun mesti akan kena sekali la, tapi bila dah demam mesti terus kondem. Dengan dibawak shopping semalam, dengan harapan sihat la lepas tu, halah~ tak jugak. Bahkan sekarang dah start kepala menggong. Nasib la labu~ Bila demam tu, nak saing dengan En.Suami. Mana taknya, tak pernah nak demam sorang-sorang. mesti wajib seret dia sekali. Seronoknya bila dia demam, tak ada ajak kita. Haha 

Bila sang Ibu asyik demam, susah household tu nanti, tiada enjin penggerak. Ini pun, ado la kasih~ pejam mata je tengok sini sepah, sana berterabur. Tunggu nanti dah sihat sikit, siap la kena semua tu. 

Dah la, bebel panjang-panjang tak ada siapa nak komen pun tak best jugak, ada unknown reader yang sibuk spam view yang entah apa-apa tu, haram jadah la dorang tu. 

Kan, terbebel lagi. Dah! Harapan semoga bulan terakhir bagi tahun 2019 ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus sukses pada tahun hadapan. 

Jaa Nee!

Jumaat, November 29, 2019

KISAH SEDIH DI PETANG JUMAAT


Kisah sedih di petang Jumaat | Hi~ Assalmualaikum

Kenapa? Apa yang telah berlaku? 

Allahuma solli ala muhammad. Aien tak tahu nak gambarkan perasaan ni macamana lepas tahu benda ni. Dia macam mempersoalkan diri, apa salah aku post dalam blog ni?

Beberapa bulan lepas, Aien perasan Instagram dan Facebook sekat  link blog daripada media sosial tersebut. Pahtu  dah cari-cari tak jumpa apa sebab dia, Aien pun assume sebab Aien tak aktif dalam blog ni. Tetiba tadi, lepas dah post satu entry tu, Aien tergerak hati nak tengok statik blog ni. 

Macam pelik kenapa makin ramai pulak penonton blog ni daripada luar negara terutama negara Eropah sana? Like, siapa yang aku kena dok sebelah sana? And perasan referral link or sites Aien daripada yang sangat mencurigakan. Aien tekan juga tengok kan. Even fishy somewhere. Mak aih~ 

Gugur luluh hati Ibu ni nak. Daripada nak karang sejuta ayat dalam blog ni jadi puhhh~ hilang kerana sebab ni. 

cari sana, cari sini tak tau nak cari keyword dia apa, end up Aien tanya pada beberapa rakan blogger yang Aien kenal. 

Terima kasih sebab bantu. Anda tahu siapa anda. 

Setelah sekian lama berblog ini kali pertama berlaku, macam.. nak ghaib sekejap la. Nanti datang balik, boleh? 

Kalau rindu, nanti Aien datang la jenguk tengok penyangak tu dah blah ke belom. Sedih la macam ni.. 


Korang pernah tak kena macam ni? DM Aien untuk halau dorang. Dah la tetamu tak diundang. Guwe takmau mereka. 
 T^T

Sob sob ni dengan dah la tak sehat, dapat lagi berita tak sehat dari blog. alah alah alah labu..