Ahad, Disember 01, 2019

Happy December!

Happy December! | Hi~ Assalamualaikum 

Ini bulan baru, apa yang berlaku semalam harus ditinggalkan di belakang dengan harapan dan azam baru. Yes! Gambatte ne! 

Dan tak lupa selamat ulang tahun kelahiran buat adindaku Sofie Adie yang ke?? Moga Allah berkati kamu dengan segala apa yang ingin kamu kecapi dan permudahkan segala urusan buat dirimu, dan semoga kamu diperluaskan rezeki olehNya. 

Terasa sayang nak biarkan blog tanpa apa-apa. Walaupun pada hakikatnya selalu juga buat pada masa tertentu tapi tidak pada masa kita ada idea yang banyak. Membuahkan laharnya habis meletus kebaboomm!! 

Mungkin kehadiran dugaan semalam membuat Aien terpaksa buat keputusan untuk beralih ke sisi baru. How can we said about it? Biarkan iyanya berlalu dengan harapan dapat membina satu semangat baru buat diri ini. 

Should I say, thanks for those make this happen? Yeah, you. you. 

And mungkin cukup masa untuk peralihan baru. Yaa, tahun baru kan tak lama lagi, korang pun dah nak pergi bercuti tak lama lagi, krismas is around. Ya~ 

Ceritanya untuk November tamat semalam. Terima kasih kerana membantu Aien untuk buat keputusan ni, dan pada kamu, yang buat suggestion ni pada Aien, yah~ terima kasih jugak. 

Bila ditengok balik, rupa-rupanya November 2010 adalah merupakan ulang tahun Aien bersama blog ni. Dari zaman ntah tulis padam tulis padam, edit, buang, edit buang. Kali keberapa baru wujudnya blog AIENIENKA ni. 

Pada era tu, sibuk dok follow giveaway sana, contest sini, kenal rakan blogger yang lain. Dan, masa tu dok saing-saing ngan beradik. Hahaha Lagi-lagi bila contest yang kena tag orang tu. Haaa adik beradik mana yang ada blog la jadi mangsa. Haha 

Ntah, yang wujud adindaku seorang je. Yang kian laju meninggalkan sisternya di belakang. 

Tahniah adik, berjaya cipta satu entiti baru untuk diri kamu. Orang bangga punya adik seperti kamu. Well, good luck dalam apa jua kamu nak dan bakal buat. Semoga semua dipermudahkan urusannya. 

Apa yang berlaku disember ini banyak, antaranya Sabtu nanti ulangtahun hari lahir mentua Aien, and semalam gigih ajak En. Suami pergi Aeon Mall semata-mata nak kejarkan Black Friday sales yang berlangsung empat hari. Dan Aien nak grab something yang mentua nak dan perlukan untuk rumah, dan sebagai ucapan terima kasih sebab jaga Aien dalam pantang Julai lepas. 

Luckily again, nak beli barang tu kena ada member card dan bila buat tak perlu bayar. Yeay! Haha sakan shopping semalam dengan rezeki anak-anak, alhamdulillah dapat dorang baju baru. Ada sales, apa lagi, rembat banyak-banyak. Kah! 

18 Disember macam biasa check up adik mok kita, yang ke lima bulan. Yosh! Opah dia kata susut sikit sebab selsema dan Ibu pun tak sihat ni, adeh.  Selera makan ke laut. Nasib je la lapar lepas susukan dia, bantai la makan. Since khamis lepas, mood dalam rumah ni gloomy sikit sebab En. Suami tak sehat, saing dengan bini bertuah dia ni, Kakak Nayla yang on off demam dia. But currently tengah flu sebab asyik kena bersin dengan Ibu je. Haha 

Tak tahu la, Aien ni jarang demam. Setahun mesti akan kena sekali la, tapi bila dah demam mesti terus kondem. Dengan dibawak shopping semalam, dengan harapan sihat la lepas tu, halah~ tak jugak. Bahkan sekarang dah start kepala menggong. Nasib la labu~ Bila demam tu, nak saing dengan En.Suami. Mana taknya, tak pernah nak demam sorang-sorang. mesti wajib seret dia sekali. Seronoknya bila dia demam, tak ada ajak kita. Haha 

Bila sang Ibu asyik demam, susah household tu nanti, tiada enjin penggerak. Ini pun, ado la kasih~ pejam mata je tengok sini sepah, sana berterabur. Tunggu nanti dah sihat sikit, siap la kena semua tu. 

Dah la, bebel panjang-panjang tak ada siapa nak komen pun tak best jugak, ada unknown reader yang sibuk spam view yang entah apa-apa tu, haram jadah la dorang tu. 

Kan, terbebel lagi. Dah! Harapan semoga bulan terakhir bagi tahun 2019 ini menjadi pembakar semangat untuk kita terus sukses pada tahun hadapan. 

Jaa Nee!

Jumaat, November 29, 2019

KISAH SEDIH DI PETANG JUMAAT


Kisah sedih di petang Jumaat | Hi~ Assalmualaikum

Kenapa? Apa yang telah berlaku? 

Allahuma solli ala muhammad. Aien tak tahu nak gambarkan perasaan ni macamana lepas tahu benda ni. Dia macam mempersoalkan diri, apa salah aku post dalam blog ni?

Beberapa bulan lepas, Aien perasan Instagram dan Facebook sekat  link blog daripada media sosial tersebut. Pahtu  dah cari-cari tak jumpa apa sebab dia, Aien pun assume sebab Aien tak aktif dalam blog ni. Tetiba tadi, lepas dah post satu entry tu, Aien tergerak hati nak tengok statik blog ni. 

Macam pelik kenapa makin ramai pulak penonton blog ni daripada luar negara terutama negara Eropah sana? Like, siapa yang aku kena dok sebelah sana? And perasan referral link or sites Aien daripada yang sangat mencurigakan. Aien tekan juga tengok kan. Even fishy somewhere. Mak aih~ 

Gugur luluh hati Ibu ni nak. Daripada nak karang sejuta ayat dalam blog ni jadi puhhh~ hilang kerana sebab ni. 

cari sana, cari sini tak tau nak cari keyword dia apa, end up Aien tanya pada beberapa rakan blogger yang Aien kenal. 

Terima kasih sebab bantu. Anda tahu siapa anda. 

Setelah sekian lama berblog ini kali pertama berlaku, macam.. nak ghaib sekejap la. Nanti datang balik, boleh? 

Kalau rindu, nanti Aien datang la jenguk tengok penyangak tu dah blah ke belom. Sedih la macam ni.. 


Korang pernah tak kena macam ni? DM Aien untuk halau dorang. Dah la tetamu tak diundang. Guwe takmau mereka. 
 T^T

Sob sob ni dengan dah la tak sehat, dapat lagi berita tak sehat dari blog. alah alah alah labu.. 


Planner 2020 Giveaway by Messarah


Planner 2020 Giveaway by Messarah | Hi~ Assalamualaikum

Telah tiba saatnya daku menyebarkan link blog ke merata blogger yang lain. Haha


Eh, tetiba pulak kan? Haa, Aien katakan tu sebab join ni pun tak mengharap la dapat planner lagi kan, sebab dah dapat satu tu yang warna ungu bulan lepas, Hadiah dari kak Shikin Razali kita. 

Cumanya, mengharap dapat kenal ramai rakan blogger yang lain dan dengar kata walaupun tak dapat planner tu, boleh singgah rumah Messarah ni untuk setahun, yeke? Haa nak tau ke tak, jom la follow dan turut serta dalam giveaway adik manis ni. 

Aien nak kongsikan one qoute yang Aien jumpa dalam cerita Love Alarm. Aien ada juga buat review tentang drama ni. Hehe


Ayat ni sangat mendalam maksudnya pada sesiapa sahaja. Baik mereka yang baru saja kehilangan ataupun mereka yang terasa diri mereka sendirian di muka bumi ini. Adapun seseorang pasti akan berkata, Tuhan kan ada? Well, I guess ayat ni bukan la bermaksud kita tak percaya dengan adanya Allah SWT disamping kita, tapi, dengan adanya seseorang bersama kita, tika jatuh dan bangun kita, tika susah atau senang kita. It's mean a lot. 

I grew with toxic parents, our siblings was broken for awhile ago, now the recreate it so much difficult cause we are broke then before. 

Ayat ni juga bagi kesan pada Aien apabila Aien baca orang mati sebab bunuh diri disebabkan stress dan depress, dan some tweet yang kata Depression adalah sakit nombor satu yang akan menyerang para anak-anak muda. Dan some random poll said, Should Malaysia catu bilangan anak dalam setiap keluarga? 

For some reason I say PATUT, sebab me as a young mother sendiri pun emosi tak terkawal, apatah lagi our future kids. Lebih-lebih lagi dengan sekarang ni mulut bawang manusia terlalu banyak atau adakah hati manusia yang selalu berkecil? 

Everything we do seem wrong everywhere, somewhere somehow it's makes people can't think what is right for them? 

Sebab tu, pentingnya seseorang berada di samping kita. Sokong kita. Dalam apa jua yang dibuat. Dan again, bukannya jenis membuta tuli support tau. Haha Kang ada jugak pembaris macam Aien ni, lurus je ukur apa yang orang kata. Adeh! 

Ada juga orang pesan, be bold untuk diri sendiri, tapi tak bermaksud you need to hilang rasa hormat pada orang tua. Ada juga orang kata voice up your opinion, tak bermakna kita suarakan tanpa fikir kesan darinya. Ada pro and con dalam apa jua yang kita lakukan, harap kita bijak dalam mencari teman dan membina kehidupan kita untuk ke alam seterusnya. 

Dan lebih seronok lagi kalau orang yang boleh sokong kita itu adalah terdiri daripada ahli keluarga kita, dan manisnya jika itu suami kita. Haa~ gitu. Eh, terminum gula pulak ni..  haha Lagi-lagi kita as perempuan cepat betul nak touching sana, touching sini dan Aien sebagai perempuan tak pernah mengerti akan perasaan ini. ah~ sudah la kau dengan drama kau ni.  

Buat Adik Messarah yang manis lagi comel, study well, eat well and remeber to play well too. Don't forget your ibadah, and jaga iman. Happy birthday, saeng il chukka hamnida, senah helwah moga Allah terus lindungi kamu dalam apa juga yang kamu lakukan, pelihara kamu dari segala fitnah manusia dan semoga Allah permudahkan apa yang kamu usahakan. Keep going tho'. fighting! Chiayok! Gambatte ne!

Haa, dah baca klik la banner untuk kenal adik Messarah kita ni dengan lebih lanjut. Jaa Nee!