Khamis, Disember 05, 2019

ANIMASI MOVIE: BOBOIBOY THE MOVIE 2 (2019)


ANIMASI MOVIE: BOBOIBOY THE MOVIE 2| Hi~ Assalamualaikum

Akhirnya dapat jugak nak cerita Animasi meletup keluaran tempatan ni. 

Tiada apa la ingin Aien petik disini, cuma hendak mengambarkan perasaan teruja akhirnya dapat tengok walaupun tidak la semeriah di pawagam. Yet, I'm so focus sampai lupa nak kasi anak mandi. Kah! 

Betul la kata orang, animasi Malaysia semakin maju. Aien tabik sama animasi studio di Malaysia. Lepas ni menunggu pulak Ejen Ali yang ramai orang kata best sangat. Huwaaa!! 


Dalam filem nombor dua ni, menceritakan Boboiboy melawan Retak'ka yang merupakan pemilik asal kepada kuasa elemental yang dimiliki. Setelah kehilangan 4 dari 7 kuasa elementalnya, Boboiboy disuruh oleh Komendar Tapops untuk mencari Hang Kasa tapi disebabkan kerosakan data maklumat arahan untuk misi tersebut, Boboiboy dan Gopal berguru dengan Hang Kasa untuk memperkasakan lagi ketangkasan dan kecekapan mereka berdua. 

Jujur Aien katakan, dalam boboiboy ni satu benda Aien perasan ialah Tidak mendengar arahan. Haha Bukan dari sudut yang yang tak betul, macam si Boboiboy ni, baik hati sangat nak pergi ke stesen Tapops pada masa dorang terima mesej kecemasan dari Komendar. Padahal, Komendar dah keluarkan arahan pergi ke Planet Quabaq. See? 

No, no tak kritik. Just menyuarakan apa yang Aien nampak. you know what I mean? 

Baik hatinya Boboiboy ni jugak menyebabkan kawan-kawan dia bengang jugak la dia suka pergi selamatkan makhluk asing nakal si Adudu dan pembantunya Probe tu. Bak kata Adudu, Ex-kawan. 

Dan pada masa Boboiboy dan Gopal dan jumpa Hang Kasa tu, tak sangka pulak Hang Kasa tu rupanya BFF dengan si Retak'ka ni suatu ketika dahulu. 

Banyak twist jugak la dalam filem ni. Macam kita pun tak boleh jangka dia macamana. Bagi Aien, yang agak teruja nak tengok, mesti Aien akan tanya orang tau dia macamana macamana kesudahannya pada orang yang dah tengok. 

Tapi, disebabkan orang yang nak ditanya tu tak suka share spoiler, malas la nak tanya. Biar je kita excited sorang-sorang, sampai anak sorang tido di pangkuan, dan si kakak lupa nak dimandikan. Nasib perasan jam dah lewat. Kalau tak berterabur. 

Nasib juga dah dimuatturun. Boleh pause, atau replay balik. 

Secara keseluruhan filem ni memang menarik. Terbaik! 

Tunggu Ejen Ali pulak.. Sob sob je baca review dorang semua. Everywhere is saying about that. Apa yang menarik, Ejen Ali: Misi Neo telah mendapat kutipan terbanyak untuk animasi tempatan. Wow! That Wau Animation. Good Job! 


Jom la kita layan soundtrack dari animasi ni semua. 


extra dari Ejen Ali, buat penawar hati yang tak sabar ni.


Till next update. Jaa Nee!


Rabu, Disember 04, 2019

CHINESE DRAMA: PRETTY MAN (2018)





Title: Pretty Man 
Other Title: Bring The Nation's Husband Home
Episode: 28 episode
Genre: Family, Romance, Drama
Cast: Sierra Li, Dylan Xiong, Hsin Tien, Wang Yu Ting, Jerry Yu
Sinopsis: Kisah cinta antara Lu Ji Nian dan Qiao An Hao selama 13 tahun. Prrtama kali bertemu ketika di bangku sekolah, kemudiannya mereka berpisah kerana salah faham. kini, Lu Ji Nian merupakan Raja yang susah didekati dalam bidang hiburan. Manakala An Hao adalah pendatang baru. Takdir membawa mereka bertemu dan An Hao menjadi isteri olok-olok kepada Ji Nian. 



Aien meletakkan drama ini dipertengahan. Currently di save box yang baru dilihat dalam beberapa episode jika hendak dibandingkan dengan animasi dia. Sangat menyedihkan? Kenapa? 

Sebab ini real life drama ni, jadi slow yang amat. Ke Dylan Xiong tu berlakon kaku atau Aien yang terlalu pesimis dengan pelakon dia? 

Yang penting, kimia antara pelakon sangat fake. Ah~ sepalsu pokok bunga di atas televisyen aku, fake lagi lakonan mereka. 

Just, tak berkenan la, apatah la sekarang sudah habis ditayangkan bahagian kedua untuk drama ni. Nak tengok, tapi.. tapi..  Put it aside dulu la, nanti bila dh boring sangat, kadang-kadang cerita slomo gini pun layan jugak. 

Aien pertama kali berjumpa dengan cerita ni, sejak terlihat animasi dia di youtube. Jika ditaip saja tajuknya pastu ketemu. Lagi seronok nak tengok. Ah~ sudah. Tak habis la nak kutuk betapa kakunya pelakon dia semua. Ke, ke, ke..  Ada bahagian angle yang tak berapa sedap nak difahami or aku yang cerewet? 

Dah, tak payah nak bebel panjang itu je nak cerita. 

Till next drama, Jaa Nee!

Selasa, Disember 03, 2019

CHINESE MOVIE: THE LIVING DEAD (2019)


CHINESE MOVIE: The Living Dead (2019) |Hi~ Assalamualaikum 

Rasa macam boring sekejap, jadi Aien tengok la mana movie yang tergendala hari tu. 


Genre: Action, Adventure, Historical, Wuxia, Fantasy
Duration: 1 hour 24 minutes
Cast: Zhen Fan Xing, Paul Yu, Gao Han, He Long Long
Sinopsis: Sebuah kota bernama Fu Feng, yang sebelum ini merupakan 'Kota yang Terang', namun ada kisah di sebaliknya 'Menghidupkan Lampu Pembunuh'. Wen Ning tiba di kota Fu Feng dan menyedari kepelikan kota tersebut yang dipenuhi dengan yang lemah dan sakit dan agak mundur. Bila malam menjelang, Wen Ning sengaja memasang lampu untuk menarik perhatian hantu tersebut. Apabila hampir berjaya menangkap mereka, dia bertemu libasan cahaya pedang biru yang merupakan kenalannya, Lin Sizhui. Akhirnya mereka berdua bersepakat untuk menyelesaikan misteri dan menangkap penjenayah di sebelaik kejadian misteri ini. -credit: mydramalist-


Dan ini dari sudut pandangan Aien yang agak juling jugak nak tengok dan faham cerita dia. Bak kata Kak Sha, jenuh jugak nak habiskan drama dia. 

Seram jugak cerita ni pada mulanya bagi Aien yang penakut ni kan, but don't worry. Seram itu cuma seketika saja. Fokus utamanya adalah pada Wen Ning dan SiZhui je.

Ikutkan watak utama cerita ni hanya mereka berlima sahaja. Iaitu, Wen Ning (of course la) Si Zhui, Xiao Yi, Zhou ZiShu dan Xiai Qing.

Kesimpulan daripada cerita ni, adalah kerana cinta terlarang, kukorbankan segalanya. Kerana nak hidupkan seorang, punah satu kota. Haa. Gitu~

Xiao Yi yang jatuh cinta pada akak dia, Xiao Qing, marah bila Zhou ZiShu 'rampas' Xiao Qing dari dia. Jadi dek kerana tak sengaja terbunuh akak dia tadi, dia pergi jadikn Zhou ZiShu ni boneka dia untuk bunuh orang di kota Fu Feng tu.

Itu la, kerana tamak dia sanggup buat apa saja. Kalau ikutkan geram juga sebab dorang twist jalan cerita dia yang pada mulanya kasihan ama Xiao Yi yang tertindas. Sian SiZhui tertipu dengan ilusi semata. Nasib Wen Ning ni bijak. Nama pun hero kan?

Kesudahannya, tunggu nanti Aien habis tengok The King's avatar tu. Sambil-sambil Aien tengok Catch The Ghost yang berbaki tiga episode tu. Siapa sangka twist cerita CTG ni lagi best. Nasib la Pak Belalang dia hensem. Haha

Till next drama, Jaa Nee!