Isnin, Disember 09, 2019

1ST GIVEAWAY BY YYSELLA


1st Giveaway by YYSELLA | Hi~ Assalamualaikum

Terjalan dan terjumpa giveaway ni dan terjoin sekali la. Sekali bukak Instagram disuruh follow, eh, daku melihat nama yang daku kenal. Haha kebetulan kah ini? 

Tak apa, tak apa. Kita cuba ja join, sekadar menyokong penganjur dan berkenalan.

Hadiah dia pun as simple as you like. Jom la, apa lagi kita meriahkan giveaway ni yang bakal berakhir hujung tahun ni. Jangan tunggu-tunggu ya, klik saja banner di atas.

Jaa Nee!

THAILAND MOVIE: SISTERS (2019)


Thailand Movie: Sisters (2019) | Hi~ Assalamualaikum 

Buat pertama kalinya, setelah sekian lama tak tengok cerita hantu. Haha Pecah rekod tengok cerita hantu sorang-sorang walaupun istilahnya ditemani anak-anak la kan. 


Tajuk: Sisters 
Genre: Drama, Thriller
Durasi: 1 Jam 45 minit
Cast: Ploiyukhon Rojakatanayoo, Nannaphas Loetnamchoetsakun
Sinopsis: Mengisahkan tentang kasih sayang  adik beradik perempuan yang satu darah. Seorang dilahirkan untuk membunuh dan seorang lagi dihantui. Pertarungan antara takdir yang kejam yang tidak pasti kesudahannya. Si adik yang sentiasa diburui oleh hantu dan si kakak perlu selamatkannya dengan latihtubi sebagai seorang Pemburu Hantu. 


Menurut Aien itu kisahnya seperti cerita hantu dong, senangnya. Penanggal a.k.a Kratsue dalam bahasa mereka. Ibu Veena menjaga adiknya, iaitu Mak Mora dari terus berleluasa kejahatannya. Namun, ada yang iri hati dengan mereka, lantas dibunuh keduanya. Namun, tika itu Veena dan Mora telah hadir di dunia. Mereka dipelihara oleh ayah Mora iaitu Pak Singha. 

Aksinya cerita ini, si Veena sang remaja yang ditugaskan menjaga adiknya, atau lebih senang adik sepupunya itu sampai dia kehilangan rasa kebebasan. Dia minat melukis, tapi perlu fokus dengan jampi. Dia suka akan seorang jejaka, namun jejaka itu minat akan Mora. 

Mora, telah dipisahkan dari rumah mereka kerana Pak Singha menyimpan hantu yang mati tika bersalin. Rupa-rupanya hantu itu keperluan untuk membunuh para penanggal itu di hujung cerita. Hantu itu tak boleh hidu bau Si Mora, sebab si Mora mewarisi saka maknya. Dan menjadi buruan musuh mendiang maknya. 

Kesudahan cerita Mora telah berjaya bunuh semua penanggal yang iri dengannya dan terbang bebas tanpa menghiraukan Veena yang sentiasa mencarinya. 

Eh, tercerita versi panjang pulak sinopsis dia. Tapi gitu la dia cerita sang penanggal. Nasib hantu tu keluar sekejap-sekejap je dan tak ada yang bakal membuat korang kena heart attack. So, boleh la tengok. 

Pelakon yang memegang watak Veena, muda lagi telah tercalon dalam Thailand Film Assocation Award untuk Pelakon Perempuan terbaik. Waa~ Walaupun cuma tercalon tapi, ini membuktikan kerja keras dia menarik perhatian. Semoga terus sukses! 

Okay, tu je review dia. Nak tengok boleh tengok di Kissasian. atau mana-mana la. 

Till next movie. Jaa Nee!

Ahad, Disember 08, 2019

MASIH..


Masih.. | Hi~ Assalamualaikum

Ingatkan sudah bertenang, tapi masih juga bertendang. Ingatkan sudah sepi tiada kunjung, tapi masih juga ia hadir kembali. 

Apa harus aku lakukan? 

Apa yang masih? 

Sejujurnya tak mengerti kenapa perlu begitu? 

Masih juga entry yang sama,menjadi tarikannya. Ikutkan tiada apa la sangat dalam entry tu. Hairan laa. 

Pelik bin ajaib. Tak tahu la nak buat apa lagi. kOrang pernah ke kena macam ni? 

Aien tahu sesetengah mereka kunjung ke mari ada bagi salam, ini tidak. Menakutkan la. Oktober dah berlalu, halloween pun dah lama pergi. Ni orang nak pergi holiday pun tak senang hati tau nak tinggalkan rumah yang dah diintai penyangak. Macam cerita Home Alone pulak. Soalnya, aku ni bijak ke macam budak tu? adooo.. 

Me is miserable la gini. Kome pegi la main jauh-jauh. kawe dok mau ler engkome singgah ke maghi. Kome tu la makhluk Tuhan yang penuh muslihat. Kawe heran le, ape le menarik sangat sampai kome nak layangi entry yang sama. Udah ampir setaun udah entry tu. kasi la chance entry lain pulak naik ui!! 

Udah ler.. Kawe perati je engkome ni smggu ni. Kalo idok juga berambuih~ kawe tutup kejap la lagu ni. Malaih nak ngadap. 

Till we meet again. Jaa Nee! T^T