Isnin, Disember 23, 2019

YES!


YES! | Hi~ Assalamualaikum

Year end sales? Anyone? Hi, Hai, Ni Hao, Alhamdulillah, make a comeback after hiding behind the wall for awhile. Tick! 

The light was open, so I found a new hope perhaps, we'll see if it's working or not. 

For now, let's us celebrate almost krismas! Yeay! But, jangan salah faham la kan, dahulunya Favorite season Aien is always winter and krismas cause from krismas it's holiday begin until new year. Yeay! And kalau di tanah Miri sana, bila bekerja di shopping mall perayaan paling meriah is CNY and Krismas. Ehe~

Raya tu bukannya tak meriah, cuma raya tu insaf sikit. Kalau dibandingkan promotion barangan di Shopping Mall pun masa yang paling kaw kaw markdown harga masa CNY dan krismas. Ya, itu dari pemerhatian Aien la kan. Krismas tu sebab dah hujung tahun  jadi harga promosi jadi lagi meriah dengan jualan hujung tahun.

Haa, apa lagi. Mula la pecah tabung. Aien saving tahun ni dan banyak burn lepas balik dari Miri beberapa bulan yang lepas. So, krik krik je la hujung tahun ni. Dok rumah, buat cleaning untuk hadap tahun baru. Susun atur semua life yang misery ni. Dengan dua ketul yang semakin membesar. Macamana nak manage emosi agar diri dan anak-anak serta seluruh isinya terurus. Well, it's easy pitsy ya..

Welcome back dear myself. Pray for those bugs didn't came back from hell. And boleh la susun balik life untuk blog ni. Nice to meet you all.

Itu je khabar nya. Harap semua baik-baik aja nih.

Till next entry. Jaa Nee!

Isnin, Disember 09, 2019

1ST GIVEAWAY BY YYSELLA


1st Giveaway by YYSELLA | Hi~ Assalamualaikum

Terjalan dan terjumpa giveaway ni dan terjoin sekali la. Sekali bukak Instagram disuruh follow, eh, daku melihat nama yang daku kenal. Haha kebetulan kah ini? 

Tak apa, tak apa. Kita cuba ja join, sekadar menyokong penganjur dan berkenalan.

Hadiah dia pun as simple as you like. Jom la, apa lagi kita meriahkan giveaway ni yang bakal berakhir hujung tahun ni. Jangan tunggu-tunggu ya, klik saja banner di atas.

Jaa Nee!

THAILAND MOVIE: SISTERS (2019)


Thailand Movie: Sisters (2019) | Hi~ Assalamualaikum 

Buat pertama kalinya, setelah sekian lama tak tengok cerita hantu. Haha Pecah rekod tengok cerita hantu sorang-sorang walaupun istilahnya ditemani anak-anak la kan. 


Tajuk: Sisters 
Genre: Drama, Thriller
Durasi: 1 Jam 45 minit
Cast: Ploiyukhon Rojakatanayoo, Nannaphas Loetnamchoetsakun
Sinopsis: Mengisahkan tentang kasih sayang  adik beradik perempuan yang satu darah. Seorang dilahirkan untuk membunuh dan seorang lagi dihantui. Pertarungan antara takdir yang kejam yang tidak pasti kesudahannya. Si adik yang sentiasa diburui oleh hantu dan si kakak perlu selamatkannya dengan latihtubi sebagai seorang Pemburu Hantu. 


Menurut Aien itu kisahnya seperti cerita hantu dong, senangnya. Penanggal a.k.a Kratsue dalam bahasa mereka. Ibu Veena menjaga adiknya, iaitu Mak Mora dari terus berleluasa kejahatannya. Namun, ada yang iri hati dengan mereka, lantas dibunuh keduanya. Namun, tika itu Veena dan Mora telah hadir di dunia. Mereka dipelihara oleh ayah Mora iaitu Pak Singha. 

Aksinya cerita ini, si Veena sang remaja yang ditugaskan menjaga adiknya, atau lebih senang adik sepupunya itu sampai dia kehilangan rasa kebebasan. Dia minat melukis, tapi perlu fokus dengan jampi. Dia suka akan seorang jejaka, namun jejaka itu minat akan Mora. 

Mora, telah dipisahkan dari rumah mereka kerana Pak Singha menyimpan hantu yang mati tika bersalin. Rupa-rupanya hantu itu keperluan untuk membunuh para penanggal itu di hujung cerita. Hantu itu tak boleh hidu bau Si Mora, sebab si Mora mewarisi saka maknya. Dan menjadi buruan musuh mendiang maknya. 

Kesudahan cerita Mora telah berjaya bunuh semua penanggal yang iri dengannya dan terbang bebas tanpa menghiraukan Veena yang sentiasa mencarinya. 

Eh, tercerita versi panjang pulak sinopsis dia. Tapi gitu la dia cerita sang penanggal. Nasib hantu tu keluar sekejap-sekejap je dan tak ada yang bakal membuat korang kena heart attack. So, boleh la tengok. 

Pelakon yang memegang watak Veena, muda lagi telah tercalon dalam Thailand Film Assocation Award untuk Pelakon Perempuan terbaik. Waa~ Walaupun cuma tercalon tapi, ini membuktikan kerja keras dia menarik perhatian. Semoga terus sukses! 

Okay, tu je review dia. Nak tengok boleh tengok di Kissasian. atau mana-mana la. 

Till next movie. Jaa Nee!