Khamis, Januari 02, 2020

Katerer Cinta by Nurul Syahida


Katerer Cinta by Nurul Syahida | Hi~ Assalamualaikum

Yes, done baca. Novel kedua di Ookbee Buffet.

Novel yang merupakan anak ke enam dari Nurul Syahida, nampak lebih matang dari sebelumnya.

Teringat pulak novel pertama karya Nurul Syahida ni yang Aien beli. Muka depannya yang hot pink gitu membuatkan Aien terpikat dan sehingga sekarang menjadi idola adik ku yang seorang dek kerana nama wataknya.

Nurul Syahida ni suka cipta nama panggilan yang klasik dan kadang kita pun tak jangka.

Untuk Katerer Cinta ni, mengisahkan tentang Maira berkahwin dengan lelaki yang dicintainya sejak dia berusia 16 tahun. Demi cinta dan rasa sayang, dia korvankan kerjaua dan hidupnya demi menjaga ibu mertuanya, Puan Nas yang sakit. Pada masa yang sama, dia cuba menjadi isteri yang setia pada Annas yang bakal seorang doktor. Namun, beberapa minit sebelum menyambut hari jadinya yang ke-23  maira bergelar janda. Selama lapan tahun dia berusaha untuk membina semula hidupnya dan memperbaharui matlamat hidupnya dengan mengejar kerjaya yang cemerlang dalam bidang katering. Pengalaman masa lalu dilupakan dan dia fokus sepenuhnya pada perniagaan yang semakin beekembang. Tetapi bila klien terbaharunya adalah bekas suaminya sendiri, yang kini bakal mengahwini seorang wanita serba serbi  lebih daripada Maira, Maira harus membuat pilihan. Samada ada melarikan diri daripada kesakitan yang sudah lama dipendam atau berdepan dengan masa lalu yang kembali menghantui dirinya.


Kisah yang biasa-biasa yang tak pernah difikirkan orang, itu lah karya dari Nurul Syahida. Bukan cerita yang luar biasa, tapi garapan yang hebat buatkan kita terfikir bagaimana seorang katerer yang bergelar janda di usia menghadapi tiap majlis kegembiraan orang lain. 

Harus baca, sebab penulis berjaya bawa kita menyelusuri hati seorang katerer yang telah hancur oleh orang yang dicintainya kemudian kembali bangkit semula. 


SEGMEN BLOGLIST 2020


Hi~ Assalamualaikum | Segmen Bloglist 2020 by Tiara Sapphire

Do join for support member blogger. Oh ya, happy new year too all of you.




GIVEAWAY TAHUN BARU 2020 MAMAPIPIEDOTCOM

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Ini adalah sticky post sehingga 31 January 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Dah lama mama tak buat giveaway memang teringin nak buat tapi tak berkesempatan pula. So, sempena hari lahir mama yang jatuh pada 1 January yakni Tahun Baru yakni Hari ni, maka mama nak lancarkan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom. Jemput sama-sama meriahkan. Sebelum tu mama nak ucapkan selamat tahun baru 2020 kepada semua. Sekejapan aje kita dah di era 2020. Tetiba teringat pula Wawasan 2020 yang dilancarkan masa sekolah dulu. Macam tak percaya kita dah sampai ke tahun itu..

Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom

 http://www.mamapipie.com/2020/01/giveaway-tahun-baru-2020.html


Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom


  1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan pos. Sorry buat blogger negata jiran kalau mama buat segment bolehlah join nanti ye.
  2. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Tahun Baru 2020 Mamapipiedotcom". Tepek banner di atas beserta link ke post ini juga ye. Dalam post tu korang kena nyatakan hadiah nombor berapa yang menjadi pilihan korang. Mama akan randomly pick pemenang berdasarkan hadiah yang dipilih. Total ada 4 Hadiah.
  3. Wajib Follow blog mama: http://www.mamapipie.com
  4. Wajib Follow FB page: https://m.facebook.com/mamapipie/
  5. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com dalam bloglist korang (ini mama akan check satu-satu).
  6. Wajib Subscribe YouTube: https://m.youtube.com/channel/UCeU4OMTRsXMlU3WNy-FJUUA
  7. Digalakkan Follow Media Social Mama (ni tak wajib) || FB | Twitter | Instagram |   
  8. Tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  9. Pemilihan pemenang akan berpandukan En Random.org atau terpulang jika mama tetiba rajin nak pilih secara manual, mama akan pilih secara manual.

Tu je lah. Mudah saja kan. Bagi sesiapa yang ada masalah untuk nak buat perkara di atas dengan alasan munasabah mama tetap akan terima penyertaannya. Dun worry OK!


Hadiah Giveaway Tahun Baru Mamapipiedotcom 2020


Hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah. Walau bagaimanapun jika penyertaan melebihi 60 orang mama akan tambah lagi hadiah.. Setiap peserta akan di pilih berdasarkan hadiah yang menjadi pilihan korang.

Hadiah 1




Blouse design 1, warna kuning cair/cream. Free size Boleh refer size di bawah

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 2



Blouse design 2, warna peach. Free size Boleh refer size di bawah (sorry anak panah tu macam confusing sikit)

Bahu 15
Dada 40
Ketiak 18
Labuh baju 30


Hadiah 3



Set perfuma dan mandian Royale, Ada 3 barang dalam ni perfume, body mist Dan shower gel. Bau wangi u ol. Boleh jadikan hadiah buat yang tersayang juga ni


Hadiah 4


Wang tunai RM50 (akan terus bank in ke akaun korang)


Segment ini berakhir pada 20/01/2020 11.59 Malam.


Dan Aien memilih hadiah ke-4, kalau penuh sangat pilih hadiah ke 2.