Isnin, Januari 06, 2020

Jan Giveaway + BW by LieyzaNordin.com


Hi~ Assalamualaikum

Bulan Januari ni penuh dengan giveaway, so apalagi jom la kita join tanda sokongan rakan blogger. Mana tau ada rezeki. Senarai hadiah yang disediakan pun menarik tau. kOrang nak tau apa dia?


Berminat kan? Apalagi senang je, cuma klik di mana-mana pada banner di atas dan ikut garis panduan yang telah diatur oleh sis penganjur ni. Sangat mudah dn ringkas. Sambil tu korang boleh tengok dia makan. Pergh, terliur la. Sedap wei~ Aien tak pernah cuba tapi suka makan. Bila nak pergi tu tak tau la.

Anyway, dah borak panjang, klik banner la untuk join. Contest ini akan berakhir pada 4 Feb kelak. All the best!

Jaa Nee!

Jalan dan Lepak bersama Kakak


Jalan dan Lepak bersama Kakak | Hi~ assalamualaikum 

Alhamdulillah, akhirnya kami baik-baik saja. Sebenarnya Aien nak jugak menangis tadi, lamanya kami tak bertemu sehingga sejuta perasaan rindu itu datang ibarat hilang separuh nyawa. 
  
Beberapa perkara yang buatkan kami jauh seperti Warkah buat keluarga dan kakak kahwin sejak dari itu, kami bawak haluan masing-masing. Baru semalam ketemu. Paham kan? 

Rasa macam tak puas bersembang, bak kata orang Sarawak, berporet sampe tengah malam aie.. best eh.. 

Tapi tu la, masing-masing dengan kekangan dan tanggungjawab masing-masing. Aien pulak kalau sesiapa nak bawak jalan atau datang rumah, selalu akan cakap begini; Aku ada aje kat rumah ni tak ke mana. Aktiviti aku rumah atau kampung. Tu je. 

In shaa Allah hinggu minggu atau minggu depan dorang adik-adik pulak katanya nak datang. Rindunya. Semua berebut nak jumpa Izz masa baby ni. Haha 



Adik beradikku, my sisters we are angel. I ♡ you all. Missing you is one my depth feeling, Pray for all your happiness, and may Allah bless your life with joy and ease. 

Till we meet again. Jaa Nee!

Ahad, Januari 05, 2020

Aku, Si Pembalut Hadiah


Aku, si pembalut hadiah | Hi~ Assalamualaikum 

Pernah satu ketika, Aien terbaca note status seseorang yang Aien kenali, tentang tajuk ini. Aien pun bertanya padanya, Kenapa pembalut hadiah? Si dia cuba menjelaskan namun akhirnya dia berkata, lepas ko beranak nanti ko akan tahu. 

Okay, tak pernah lagi bertanya lepas tu. Setelah lama benda ni terkubur dengan sendiri, bangkit semalam lagi masa boring-boring tilik telefon ni, habis semua status whatsapp orang dibaca. Dan ternampak kawan tu masih menggunakan status yang sama. Now, I know why she said that. 

Tahu tak? Kebiasaannya pembalut hadiah semuanya cantik. Indah. disertakan sekali bersama bait-bait ucapan yang ingin kita sampaikan pada penerima, akan tetapi, bagaimana reaksi penerima apabila dia mendapat hadiah tadi? Dibuka dengan rakusnya atau dibuka dengan serba serbi cermat sebelum melihat isi dalamnya? Selepas itu, ke mana tuju pembalut hadiah tadi? Sama ada dibuang kerna sudah koyak, atau disimpan rapi dalam almari atau digunapakai untuk membalut hadiah yang lain?

Na, kesimpulan dari penerangan tadi adalah sebuah perumpamaan. Kita, wanita adalah yang terindah Allah SWT ciptakan di atas muka bumi. Cantik-cantik dengan kecantikan tersendiri. Indahnya cuma hiasan buat sang suami. Bagaimana seorang suami itu menjaganya tadi? Ibarat bagaimana penerima hadiah tersebut menerima hadiahnya. Pemberinya adalah Ibu bapa kita manakala sang penerima adalah si suami ni tadi. 

Di sini, korang pasti sudah faham bagaimana jalan ceritanya kan? Tapi, itu kefahaman secara menyeluruh. Manakalah bagi kawan Aien ni tadi, maksudnya kau akan faham selepas beranak adalah perasaan seorang wanita selepas bersalin takkan pernah sama sebelumnya. Dia pasti bergantung harap pada si suami 200%. Jujur ya. Walaupun dia tahu suaminya pinjaman Tuhan  tapi suaminya juga menjadikan dia kena 'buatan' orang. 9 bulan 10 hari si kecil dikandungnya. Keluarnya si kecil, serba serbi dijaga oleh ibunya. yang memerlukan sejuta pemerhatian dari sang suami. 

Faham, tak pernah menyalahkan mana-mana pihak, tapi itu maksudnya dia. Dia cuma sehelai pembalut hadiah yang selalu dilupakan oleh sekelompok golongan. Betul kan? Kita juga faham la maksudnya di situ. Bukan menandakan dia bersedih dengan kehidupannya, cuma dia mengingatkan dirinya. Secantik-cantik apapun dia, pasti dilupakan oleh manusia yang bernama suami. 

Kini, Aien faham. Sangat faham dan cuba untuk fahami dari segi positifnya. Mencari sinonim kata yang sesuai untuk dibandingkan dengan pembalut hadiah ni tadi. 

Ah, kosa kata dah tak banyak bila otak dah penat. Konklusi dari cerita ini, banyak kisah yang boleh diambilkan pengajaran dan banyak juga kisah yang boleh dibuat teladan. 

Setiap pasangan itu, dikurniakan Allah SWT untuk saling lengkap melengkapi. Kita seharusnya bijak mencuri peluang yang ada sebelum sang penyondol datang. Ceritanya masing-masing itu harus tepuk dada tanya iman. 

Apa yang menyebabkan korang kahwin in first place? 

Jika sebab cinta - teruskan la rasa kasih sayang itu. 

Jika sebab keterpaksaan - kenapa perlu ada rasa itu padahal cinta boleh dipupuk?  Atau kenapa teruskan jika anda rasa terpaksa? 

Jika kerana tanggungjawab - teruskan rasa itu namun dihiasi dengan kasi sayang. 

Ceritanya perkahwinan itu, banyak kisahnya. Ada turun naiknya, ada pasang surutnya. Ada juga datang dan pergi. 

Sepanjang Aien praktikal di Pejabat Agama Islam dahulu, kebanyakan pasangan muda zaman kini berkahwin kerana tiga sebab. Cinta, nafsu dan trend. Apabila bercerai juga kerana tiga sebab. Tak ada kesefahaman, dia ada orang lain dan trend. Sedih kan? 

Ada banyak pihak cuba membetulkan kembali apa yang perlu dibaiki dalam hal rumah tangga. Banyak informasi yang berguna di media sosial, majalah mahupun akhbar yang bercerita asam garam rumah tangga. Bahkan drama, movie telenovela juga memaparkan cerita yang serupa. Banyak sangat pengajaran dan teladan. 

Kuncinya, sabar, setia dan banyakkan berdoa. Moga Allah SWT pelihara perkahwinan kita sampai ke syurga. Moga pasangan kita adalah orang yang sama pimpin kita ke jannah dengan mawaddah dan sakinah. Komunikasi teras utama dalam perhubungan. Jika sebelum kawen boleh 24/7 whatsapp, message dan call, lepas kawen jangan pernah tertinggal benda ni.  

Okay? 

Sebelum Aien dah boleh hikayat tentang ni, jom kita berhenti dulu di sini. 


Dari cerita pembalut hadiah ni tadi, marilah kita hargai diri sendiri sebelum mengharapkan orang lain.

Till next , Jaa Nee!