Isnin, Januari 06, 2020

BARU DAPAT TENGOK FROZEN 2 (2019)


Baru dapat tengok Frozen 2 | Hi~ Assalamualaikum

Setelah sekian lama kan, itu la kerja suri rumah bila ada kelapangan. Lepas dah settle mengemas serba sedikit, lepak dengan anak-anak pasang la movie ni.

Bukan tak nak support yang terbaik di pawagam, al-maklum la ada anak kecil, pawagam yang paling best adalah rumah. Tempat paling selesa nak golek-golek kuak lentang adalah tilam di depan televisyen. So, kenapa perlu membazir?

Okay, kebanyakan orang mesti dah pulun tengok masa cuti sekolah hari tu kan. Ada yang bagi berbagai tingkat rating untuk animasi dari US ni. Tapi majoriti memang akan bagi lima bintang ke atas.

Sinopsis Frozen 2 ni mengisahkan Elsa, Anna, Kristoff, Olaf dan Sven meninggalkan Arendelle untuk menjelajahi hutan ajaib. Di situ mereka mengetahui asal usul kekuasaan Elsa dan berusaha untuk menyelamatkan Arendelle.

Ceritanya di hutan ajaib yang mempunyai kuasa alam iaitu Roh Air, Roh Api, Roh Tanah dan Roh Angin dan dijaga oleh suku kaum Nothralla (kalau tak silap la) Raja Arendelle masa tu, King Runeard membuat perjanjian harmoni dengan suka kaum Notralla ni dengan kesejahteraan sejagat. Tapi di sebalik perjanjian ni tadi, rupanya twist cerita dia, King Runeard nak sekat segala kuasa yang ada di dalam hutan ni dari menganggu gugat Arendelle. Pada masa tu menyebabkan semua roh yang ada dalam hutan tu marah akan persengketaan yang dibawa oleh Arendelle. Sejak dari tu hutan ajaib ditutup dari semua orang dan tiada siapa pernah masuk mahupun keluar dari hutan tersebut.


Quotes menarik apabila Elsa tahu kebenaran di sebalik rahsia penutupan Hutan ajaib ni.

King Runeard: " Magic makes people feel  too powerful. Too entitled. It's makes them think they can defy the will of a King."

Elsa: "That is not what magic does. That just your fears. Fears is what can't trusted."


Kesimpulan menyeluruh dari Frozen 2 ni adalah mengajar kita selagi kita berasa takut, dan biarkan takut itu menguasai diri kita, selagi tu kita tak akan bergerak ke mana-mana. Adeh! Sedas kena batang idong. Wei~ cite budak-budak kot ni. Haha  

Terkesan sungguh pada mak budak ni. Apa pun, movie Frozen 2 ni best sebab lagu dia, animasi dia. And baju Elsa dan Anna semua cantek dalam ni. Nasib anak dara Aien yang sorang tu belom tahu lagi. Kalau dah faham, siap la. Balik-balik itu je la.

Till next movie, Jaa Nee!

Jan Giveaway + BW by LieyzaNordin.com


Hi~ Assalamualaikum

Bulan Januari ni penuh dengan giveaway, so apalagi jom la kita join tanda sokongan rakan blogger. Mana tau ada rezeki. Senarai hadiah yang disediakan pun menarik tau. kOrang nak tau apa dia?


Berminat kan? Apalagi senang je, cuma klik di mana-mana pada banner di atas dan ikut garis panduan yang telah diatur oleh sis penganjur ni. Sangat mudah dn ringkas. Sambil tu korang boleh tengok dia makan. Pergh, terliur la. Sedap wei~ Aien tak pernah cuba tapi suka makan. Bila nak pergi tu tak tau la.

Anyway, dah borak panjang, klik banner la untuk join. Contest ini akan berakhir pada 4 Feb kelak. All the best!

Jaa Nee!

Jalan dan Lepak bersama Kakak


Jalan dan Lepak bersama Kakak | Hi~ assalamualaikum 

Alhamdulillah, akhirnya kami baik-baik saja. Sebenarnya Aien nak jugak menangis tadi, lamanya kami tak bertemu sehingga sejuta perasaan rindu itu datang ibarat hilang separuh nyawa. 
  
Beberapa perkara yang buatkan kami jauh seperti Warkah buat keluarga dan kakak kahwin sejak dari itu, kami bawak haluan masing-masing. Baru semalam ketemu. Paham kan? 

Rasa macam tak puas bersembang, bak kata orang Sarawak, berporet sampe tengah malam aie.. best eh.. 

Tapi tu la, masing-masing dengan kekangan dan tanggungjawab masing-masing. Aien pulak kalau sesiapa nak bawak jalan atau datang rumah, selalu akan cakap begini; Aku ada aje kat rumah ni tak ke mana. Aktiviti aku rumah atau kampung. Tu je. 

In shaa Allah hinggu minggu atau minggu depan dorang adik-adik pulak katanya nak datang. Rindunya. Semua berebut nak jumpa Izz masa baby ni. Haha 



Adik beradikku, my sisters we are angel. I ♡ you all. Missing you is one my depth feeling, Pray for all your happiness, and may Allah bless your life with joy and ease. 

Till we meet again. Jaa Nee!