Rabu, Januari 08, 2020

ROSACEA DATANG LAGI


Rosacea datang lagi | Hi~ assalamualaikum 

Lamanya tak kena ni,, Dulu, buat pertama kali hadir di wajahku, dan setelah itu, daku membuat kajian tentangnya.

::Baca sini::  The Story About Rosacea 

Sebab apa boleh jadi? 

Mungkin sejak Aien bertukar skincare routine dan ada yang lain konon berani nak cuba dan PAP!  Masalah datang. Pada awal penukaran skincare ni, dia macam tak ada jelas sangat pada Aien, sebab mungkin moisturizer Honey Bee venom dari True Island itu banyak membantu.

::Baca di sini:: Beralih Angin pada HERV

Jujur Aien cakap ye, setelah dua bulan kot, rasa serasi dengan apa yang adanya barang-barang skincare Aien, sebab tu Aien berani nak tulis kesannya. Walapun begitu, Aien masih jenis malas nak bergambar apatah lagi berswafoto.

:: Baca sini:: Selepas menggunakan Herv Natural


Tapi, semuanya berubah sejak toner favorite dah habis sejak dua minggu lepas. Huwaa~ 

Nangis jap bila pedih, plus gatal, tambah tangan tak reti dok diam asyik nak kopek je. Nak cuci muka pun seram sebab pedih gais. Pedih yang amat, bila dah cuci takut nak guna apa-apa pulak. So, I decide just keep going la kan. Tapi tapi tapi... Ianya makin bertambah parah. 

APA TONER FAVORITE? 


Nampak dalam kotak pink tu, botol biru tu. Yep! Clinelle Lotion tu is my favorite sejak bertukar kepada Herv ni. Sebab dia ngam dengan produk herv ni. Yet, dulu Aien beli dua botol masa promosi Watson, dengan pembelian kedua dengan harga RM 0.10 je. Apak berbaloi! Lama kot Aien simpan sebab dengan dengan produk Good Virtue sangat tidak memberi kesan apa-apa. 

KENAPA? 

Rupa-rupanya selama tiga tahun memakai produk Good Virtue Co. yang langsung tak membawa apa-apa perubahan pada wajah kerana bahan-bahan yang ada tidak membantu kulit Aien. Dia mendap gitu tak serap. Kulit wajah Aien mati kerananya. Eh~ betul ke? 

Which is kebanyakan produk Good Virtue Co. mengandungi alcohol dan juga pewangi O M G !! Yang mana kedua-duanya itu adalah sangat dilarang untuk jenis kulit kering dan sensitif. Oh, silly me! 

Mungkin pada setengah orang ianya sangat membantu, tapi pada sesiapa yang terdiri daripada kulit jenis sensitif dan juga kering, usahla berangan memakainya. Jangan la. buat bazir duit walaupun produk dia boleh dikatakan murah di kalangan semua produk penjagaan wajah yang ada di drugstore. 

Yang tak bestnya untuk skin type dry plus sensitive ni, produk dia semua mangai rega.  Lagi yang suri rumah ni, tepuk dahi kejap la di hujung bulan macam ni.

Kembali la idung ku menjadi randolph. Merah dan gatal tahu. Huwaaa nak nangis la macam ni. Kenapa ingat Rosacea ni takkan kembali ye? Uh uh ... habis pipi dan hidung. Dahi pun dah kena juga sebab tangan tak henti nak menggaru. Okay, minggu ni nak peram dalam rumah je la. Tak mau keluar. ~T_T~

Dan pada masa tengah berduka pasal wajah, ada member ajak beli Mary Kay yang rega dia boleh buat menangis jugak. Lagi bertambah sedih plus hati bilang mau, poket kata tidak. Berganda la kau menangis. 

Dah la, 

Till next, Jaa Nee!

ADA APA DENGAN DUA PUSAR DI KEPALA?


Ada apa dengan dua pusar di kepala? |Hi~ Assalamualaikum 

Waduh, waduh ini topiknya panas hangat laris ni. Iya ka? Menjadi ibu bapa, paling tidak gemar bila anak kita ditolak bandingkan. Namun, kebiasaannya kalau pada anak orang tak apa. Haha Lumrah manusia gitu la. 

Masa Izz Najmi 3 bulan atau 4 bulan kalau tak silap Aien, baru terperasan yang anakku memiliki 2 pusar. Terus dalam kepala; APA??? DUA PUSAR?? 

Sendiri tepuk dahi, kawal emosi. Hah, padan muka kau! Itu lah, suka marahkan ama si Fateh atu, kan sudah kena anik pada anakmu. 

Jangan beritahu sesiapa dulu, biar dorang yang perasan. Haha 

Mitos orang dulu-dulu

Tapi sebenarnya, dari membaca sana, membaca sini, kelebihan memiliki dua pusar ini adalah mitos orang tua dulu-dulu yang mengatakan mereka terlebih nakal. Jika seorang anak itu ibarat kain putih, bagaimana dengan dua pusar ini menjadikan mereka nakal daripada kanak-kanak yang lain? Naa, tak logic kan. Aien baca di apps Theasianparents mengatakan bukan masyarakat melayu saja yang percaya hal ini. Bahkan di Vietnam, Filipina, America juga turut mempercayai mitos ini. Bahkan ada cerita yang menarik mengatakan terjadinya pergaduhan antara dua roh untuk memasuki tubuh tersebut. Haha ini lawak. 

Tips untuk kawal anak berpusar dua ini sama seperti anak-anak lain. Bezanya mereka ini memiliki energi yang lebih banyak, ideas yang lebih meluas berbanding anak-anak yang lain. Makanya, Ibu bapa jangan khuatir bila orang kata anak kamu nakal. Kerana Allah takkan berikan pada kamu melainkan kamu mampu. Believe in yourself for teach, handle your kids. Okay? 

Apatah lagi, Ibu bapa la pencorak dan role model untuk anak-anak ini. Jangan risau. Kata mertua Aien. Alhamdulillah dia positif bila Aien kasi tau. Haha Al-maklumlah, itu saja rakan gosip tiap minggu Aien. Berita yang best sekali adalah, anak yang berpusar dua ini ada luck dalam membela ternakan. In shaa Allah. 

Redha itu penting sebagai seorang muslim. Apapun yang terjadi pasti ada hikmah buat kita. Oleh sebab itu, Aien! Be hold against them, be strong for izz najmi. Aduh, dah la anak kedua yang memang terkenal dengan nakalnya. Ibu is pusing~ Haha Dugaan untuk Ibu. Atas dia kakak mungkin dia slow sikit kot. Pujuk diri. PadaMu aku berserah ya Allah. Kuatkan kesabaranku dalam menguruskan anak-anak. Aamiin. 

Hujung tinta, didik la anak-anak sama rata, ajarkan mereka adab-adab dan tatabicara kerana anak-anak zaman milenia takkan pernah sama dengan zaman kita dahulu. 

Till next jurnal, Jaa Nee!



Dapat Infant Carrier Car Seat Free?



Dapat Infant Carrier Car Seat Free? | Hi~ Assalamualaikum 

Alhamdulillah, akhirnya dapat car seat untuk Izz Najmi. Ini rezeki tak diduga betul. Dan sememangnya tak dijangka. 

Bagaimana? 

Seperti biasa, Encik Suami balik rehat, tapi kalo ni bunyi dia balik tu macam mengangkat plastik yang berat. Aien terfikir, apa benda Encik Suami ni beli kan? Nak kata Aien ada pesan apa-apa tak jugak. Rajin pulak dia nak membeli tengah waktu bekerja gitu kan. Lelaki ni bukan macam perempuan sokmo nak berbeli je. 

Alih-alih dia bawak masuk carrier car seat ni dengan Baby  carrier. Wow! Siap dengan plastik lagi kau. Macam baru beli gamaknya.

Tanpa ditanya, dia bercerita. Ada orang buang di recycle cage kat bawah. Penuh! Dengan mainan, walker, car seat dan carrier. Dia nampak molek dua hat yang memang ditunggu-tunggu bila nak beli, itu yang rembat terus bawak naik. Katanya, rumah hujung sama tingkat dengan kami ni nak pindah. Mungkin dia la kot buang.

Sebab apa buang? 

Mungkin juga dia dah tak ada anak kecil, dan kelihatan seperti car seat tu dah lapuk sangat dengan kulat. Ye la, barang dah lama tak pakai. Mungkin dia beli dulu, anak dia tak nak duduk. Sejak dari tu dia simpan dalam stor je. Elok berplastik original Sweet Cherry dan berikat dengan kabel tie. Manakala, baby carrier dia pulak elok lagi, masih dalam condition 80% lawa. Ini kalau dirembat dek bundle, beratus jugak deme jual balik.

Sebenarnya, sejak berita car seat diwajibkan untuk anak-anak kecil, kami ibu bapa mahrean ni cukup risau, cukup ke nak beli untuk anak-anak? Lagi-lagi tengok di pasaran, paling murah RM 150++ dan paling mahal usah la dicakap harganya berapa. Adoo, ini baru dua. Nasib dua. Mak mertua pun cakap, lepas ni kalau nak jalan dah tak boleh nak ikut. Tak ada space katanya. Haha, tak apa, adik ipar dah beli kereta. Kalau nak jalan, konvoi la gamaknya.

Tengok di jualan bundle, harga car seat secondhand pun serupa yang new item, alasannya dari singapore la, molek rupanya la. Hmmm,, Encik Suami ni diam aja tak berkutik. Car seat Kakak Nayla pun macam tu. Rezeki dapat dari cage tu jugak. Balik dari berjalan ke macamana, tengok sebijik car seat elok rupawan lagi, bersih pun ye jugak, terpempang kesunyian dalam cage tu. Halah², Encik Suami apa lagi terus bawak masuk dalam kereta la. Nasib tangga naik ke rumah memang bersebelahan dengan recycle cage tu. Senang kerja. Haha


Setelah dibasuh, serba serbi macam baru. Izz pun senyap je masuk dalam tu. Tak tau la nanti bila dah masuk kereta macamana. Yang penting, Kakak Nayla pun seronok sebab dia ingat dia yang punya. Haha

Lepas ni, dorang dua kena duduk belakang la. Kalai diikutkan SOP kerusi ni, memang kat belakang dan berposisi menghadap ke hadapan atau ke belakang untuk bayi.

Kita tengok la nanti macamana kan rupanya. Tunggu Encik Suami pasang dulu, akan update situasi sebenarnya di Instagram.

Till next jurnal, Jaa Nee!