Jumaat, Januari 17, 2020

BAYANG


Assalamualaikum, Hi! | Bayang 

B ayang atau bayang-bayang merupakan sesuatu yang mengikuti kita. Sama ada kita dikawal olehnya atau kita yang mengendalinya. 


Bagaimana? 

Kita selaku manusia, pasti mempunyai bayang sendiri. Bayang itu lah mengambarkan bahawa kita ini hidup . Dalam erti kata lain, hantu mana ada bayang-bayang. Kan? Apabila kita hidup, kita pasti boleh mengawalnya. Jika seperti Aien, hidup di balik bayang-bayang orang lain memang sangat sukar. Apatah mempunyai ibu atau bapa yang suka membandingkan semua orang dikeliling mereka tak kira tua ataupun muda. Bahkan yang si kecil bayi juga mahu dibandingkan. Susah kan? 

Sehingga kini, boleh dikatakan Aien masih hilang dalam bayang. Sama ada bayang sendiri ataupun bayang orang lain. Kenapa ya? 


Takut.

Takut merupakan kunci utama kenapa masih hidup dibayangi serata manusia. Aku mahu kaya, seperti orang ini. Aku mahu berjaya macam dia. Aku mahu... Semuanya mahu, tapi dimana usaha itu? Kata orang dijadikan idola, jujur tiada langkah dibuat dek kerna ketidakpercayaan pada diri sendiri dan takut dikecam. Ya, sebab utama juga tu kenapa masih di situ. 


Puji.

Kerana tidak mendapat pujian juga salah satu punca diri tak punya kekuatan untuk mengambil langkah pertama. Pujian ini merupakan satu sokongan moral yang sedikit sebanyak membuatkan diri akan mampu berubah. Kalau seperti Aien, orang puji, pergh~ semangat terus high level gitu.  Kalau dalam bab masak, kena puji sedap. Hari-hari la kau ngadap menu yang sama. Macam Mona, dek kerana ahli keluarga puji dia masak asam pedas sedap, haaaa sampai termuntah Pak Abu, Rose dan Yummy nak makan. 


Sumber.

Maksud sumber ni terdiri dari pelbagai segi. Sumber semangat yakni pujian tadi, sumber kewangan, sumber ilham mahupun sumber sokongan. Eh, semangat dan sokongan tu tak sama ke? Semangat tu kasi panas enjin, sokongan tu untuk kuatkan lagi diri nak bergerak. Gitu.  Apa-apa la kau jemah. 

Jadi, kunci untuk bangkit atau keluar dari bayang orang ni adalah usaha dari kita sendiri sebenarnya. Oleh sebab tu, kita sebagai orang, jangan pernah menilai buku dari kulit luaran sahaja. Oh, benda tu normal la kan. Semua orang pernah buat kan? Haha 

Dah la, Aien rasa macam skema guna bahasa cenggini. Tak reti. Haha 

Me, adalah seorang yang suka taip ikut dan dia je. Aduhh,, macamana nak jadi editor atau penulis novel ni Aien??!! Tapi, bila orang salah eja, sibuk je nak betulkan kan?? Kan? Usah ler ko nak menipu aku jemah, aku tau perange ko tu. 

Udeh ler, hari mulia ni maghi la kita sama-sama baca al-kahfi dan jangan lupa selawat banyak-banyak. 

 اللهم صلى على محمد وعلى الي محمد


Jumpa lagi di nukilan seterusnya, Jaa Nee!

Rabu, Januari 15, 2020

GIVEAWAY BERSAMA NIEYL


Assalamualaikum, Hi! | Giveaway bersama Nieyl 

Kan dah cakap, memang kerja join giveaway dan segmen je la. Haha 

Jom support sis Nieyl ni pulak. Yeay! Comel giler banner dia. ♥

Hadiah dia pun comel dan sehat gitu. Oh, giveaway ni tamat 28 Januari 2020. Jom!

Untuk itu, klik saja banner comel di atas sana.

Till next giveaway, Jaa Nee!

Aku menulis demi sebuah kenangan


Assalamualaikum , Hi! | Aku menulis demi sebuah kenangan

Boring di hari rabu, Aien buat sesuatu untuk perubahan lagi. Hurm, harap yang kekal sampai sudah. 

Macam yang korang perasan, Aien dah tukar warna utama untuk blog ni. Warna yang buat Aien jatuh cinta betul dengan warna sakura. 

Persian Red dan Sundown

Mencari warna untuk blog atau logo bukan sesuatu yang mudah. Kita pasti mahukan kelainan untuk gambarkan diri kita. Seperti Aien, mahukan pink dan coklat sebagai warna utama, akan tetapi  apabila dilihat pada tona warna yang ada iya mempunyai nama lain. Fuh, belajar kenal warna memang kaya. Terlalu banyak sampaikan tak boleh nak hadam pecahan warnanya itu.

Alhamdulillah bertemu dengan dua kod warna ini  membuat Aien jatuh suka pulak. Moga terus kekal la yek.


Menanti Adsense 

Google Adsense memang menjadi idaman setiap blogger dalam menjana pendapatan. Akan tetapi, sejak berubah domain, Aien dah hampir 5 kali ditolak. Lepas satu satu alasannya. Yang terkini kerana traffic source yang tak tahu daripada mana yang kemungkinan spam traffic. Ada juga Aien baca dek kerana bot. Nak cuba buat tak pandai-pandai.

Dua bulan lepas, kali pertama Aien perasan pada 29, November, 2019 dan selepas ditutup blog selama dua minggu mereka masih menziarahi.

Memang menjadi impian blogger, pageview naik melambung, tapi bukan dengan cara spam begini.

Sudahnya, En. AS ingat Aien beli traffic tu. What? Hurm.. Tunggu la nanti baru mohon baru. Bagi lapang dulu. Apa-apa pun, boleh relax-relax join GA dan segmen. Haha

Oh, berbalik pada tajuk. Mencari niche untuk blog memang susah. Sebagaimana setengah orang pernah bertanya, tamau jadi mommy blogger ke? atau momterprenur? (betul ke eja gini?) Aien milih untuk stay low je la. Haha

Tulis demi sebuah kenangan. Yang mana buat bahan bacaan anak-anak di kemudian hari, atau tika aku sudah tiada. Kenangan, yang tak boleh dijual beli, yang mungkin tiada di kedai yang boleh dicari.

Kerana aku yang tak punya nama, aku yang tak punya harta. Yang aku miliki cuma sebuah cerita yang kusimpan ketat-ketat.

Eh, emosi pulak? puitis ke tu? Haha Tak la, macam kena rhythm dia kat situ. Acah-acah sastera gitu. Iya la sastera sangat.

Mungkin esok, lusa ada rezekinya siapa yang tahu kan? Apa pun,

Aien jatuh cinta dengan dua warna ni. Ah~ sudah. 😍

Baik la, cerita untuk sebuah kenangan tamat di sini.

Eh, belum. Nak cerita betapa si Nayla tepu ke kuarintin dalam rumah tak boleh main di taman dek statik wabak influenza menular di Johor sangat tinggi. Risau je kan? Tambahan jiran sebelah rumah, pasangan suami isteri kena demam denggi. Fuh, lagi seram. Moga Allah pelihara anak-anak dari semua sakit berjangkit ni.

Izz pulak Aien perasan sejak dua menjak ni dia macam ada dry spot kat badan dia. Harap tak ada yang teruk sesi check up dia isnin depan. Nayla nak tumbuh gigi taring tiga sekali. الحمدالله Nayla tak pernah demam kalau dia nak tumbuh gigi. Harap kali ni pun tak jugak la. Haha

Itu saja untuk jurnal kali ni. Jaa Nee!