Rabu, Januari 22, 2020

MAK, ANGAH NAK BALIK!!!

Mak, Angah nak balik! | Angah duduk termenung di pondok. Jauh sehingga tak menyedari Along datang dari arah tepi lalu membaling batu kecil padanya. 

"Aduh!" Angah mengadu. Terus kepala dipandang ke Along yang tersengih-sengih. 

"Kau kenapa jauh termenung. Dah macam orang kat Hospital Permai aku nengokkan." 

Angah diam. Malas hendak melayan perangai Along yang kaki menyakat. Melihatkan Angah masih tidak berganjak, lalu tangan Angah ditarik dari duduknya dan dibawa ke suatu tempat. 

"Kau nak bawak aku ke mana? Aku penat laa.. " 

"Taraaaa!" Along menunjukkan ke arah sebiji kek chocolate di hadapan mereka. Angah diam. Masih juga tiada reaksi. 

"Ko kenapa? Aku dah belikan kek pun masih tak nak senyum lagi.. Susah la ko ni..." Marah Along. Langsung mencuit kek lalu dibawa ke mulut. sedikit krim dicalit ke arah Angah. 

Angah tetap juga seperti hilang dalam dunianya. Along menarik nafas panjang. sesungguhnya dia juga hilang idea dalam memujuk Angah. 

"Cuba kau cakap dengan aku, apa kau nak? Semalam kau cakap dengan aku, kau nak makan kek kan. Aku dah belikan ni. tak jugak muka kau banyak senyum." 

Angah terduduk. Air mata keluar tanpa dipinta. Sedu datang menjengah dengan lajunya. Terkedu Along. sedih sangat dah ni. 

"Angah nak balik.. Jumpa mak. jumpa ayah. Makan masakan mak. Sembang dengan mak." kata Angah dalam tangisannya. 

Giliran Along pula terdiam. 

Angah rindu mak... Angah nak balik. Angah tak nak cakap dalam telefon je dengan mak. Angah tak nak tengok mak dalam video je tiap kali kita video call. 

Angah cuma nak balik. Balik rumah mak. 

Boleh? 

kredit: @jellynajal



Isnin, Januari 20, 2020

MENANG GIVEAWAY SANA SINI, alhamdulillah!


Menang Giveaway sana sini, Alhamdulillah! |Bahagianya dalam hati, bagai diberi bunga, seisi dunia, ana yang punya!

Siapa manusia yang tak gembira dapat hadiah bilang sikit? Yang nama perempuan itu, gembiranya dapat hadiah itu seperti diberi bunga oleh kekasih hati doang. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Khabar gembira buat bulan pertama tahun 2020 ni. Masya Allah~ 


Pertama. 

[ Menang sini ]

Kali ni betul-betul unexpected hadiah dan hadiah tu tak pada Aien pun. Sedih, tak ada rezeki. Kalau tak bertambah koleksi hadiah tudung bawal dari blogger Aien. 

Kisahnya, Aien menang secara rawak oleh blogger Suhaila ni. Bila tengok link blog sendiri naik, ya Allah sukanya! Laju whatsapp Cik blogger nak tuntut hadiah. Dan hadiah pun dikirim. 

Mana cerita tak best adalah, hadiah tak sampai sebab posmen telefon Aien dan Aien tak angkat. Dan dijangka mungkin tak ada di rumah padahal dua minggu ni Aien tak ke mana-mana pun pada tarikh yang dikhabarkan. 


Sedih. Tak apa la. Sorry Ella. Aien tak berniat pun tak nak ambil hadiah tu, cuma minggu lepas Encik Suami sibuk, Aien tak boleh drive dan tak terfikir pulak nak cari runner tolong ambilkan. Hurm.  


Kedua.

[ Menang sini ] 

Sebagai salah satu matlamat Aien 2020 adalah untuk menjadi orang yang lebih teratur, Aien beli E-Book Susunatur by Hani Mynis  dalam 30 hari di #DrUrusrumah. Kalau korang cari di media sosial, terutama Facebook yang selalu memuatnaik segala panduan dari Hani Mynis ni. 

Antaranya:: Barang saka WAJIB beli 

Bila dah beli E-Book tu, Hani Mynis buat giveaway review untuk E-Book tersebut. Apa lagi, cuba la nasib dan tak sangka menang. Ya Allah, terima kasih. Dan korang yang rasa nak lebih terurus sama ada dari segi apa-apa pun, rasa tak ada garis panduan, boleh follow Hani Mynis di Facebook dan Instagram . 

(nanti dah sampai hadiahnya Aien update lagi.) 


Ketiga. 

[ Menang sini]

Yang ni pun juga join for fun actually. Tanda support junior masa belajar dulu. Dah jadi Youtuber tentang deko murah dan haul. Comel-comel tau. The other side of her yang Aien tak tahu. follow youtube dia Atieka Addeen kalau nak tahu lebih lanjut. 

Berbalik pada cerita, malam tadi dia muatnaik satu video, sekaligus cabutan untuk para pemenang. Alhamdulillah, nama IG Aien terpilih. Alhamdulillah. Rezeki anak-anak. 

Nanti dah sampai hadiah Aien update ya. 


Keempat.

[ Menang sini ] 

Okay, yang ni memang tertinggal kereta api sungguh. HAHA Sebab kadang-kadang join GA pahtu lupa bila tuan anjur umumkan pemenang. Bila terlambat, atau kadang tak ingat la dah claim ke belum, tapi rasa macam belum. Haha Nanti kita tengok macamana. 


Secara keseluruhannya, rezeki untuk first half Januari 2020 ni sangat lumayan. Cuma hadiah-hadiahnya belom sampai lagi. Sob sob laa.. 

Sambil-sambil tunggu hadiah tu sampai jom la layan drama. Jaa Nee!

BELI PETPET DIAPER DAPAT T-SHIRT PONEY



Beli PetPet Diaper dapat T-Shirt Poney | Siapa yang tak suka beli barang dapat hadiah percuma? Lagi-lagi hadiah dia sangat berguna untuk kita. 

Kisahnya, Aien saban bulan wajib tengok aplikasi Hargapedia untuk semak senarai harga barang terutama sekali barang anak-anak. Ya la, kita nak beli sekali bundle, jadi kena cari yang lebih jimat. Aien ada tengok Shopee kadang-kadang menawarkan harga yang agak lumayan. Tapi, kalau duit dah jatuh di tangan susah nak kembali ke akaun. Betul tak? 

Sejak dari Nayla bayi, dia serasi dengan lampin pakai buang jenama Petpet. Jadi, bila lahirnya Izz, kami cuba latihkan dia dengan jenama yang sama, alhamdulillah serasi juga. Bertambah senang kerja Ibu ayah dia. Bila Izz dah makin bambam dan Nayla semakin kecik (tamau makan) diet sokmo. Akhirnya mereka berdua berkongsi saiz yang sama. 

PetPet boleh dikatakan sangat berbaloi apatah lagi tiap-tiap bulan ada saja promosi di serata shopping mall. Tapi nak kena pandai bandingkan harga. Mula-mula dulu selalu beli kat AEON sebab rate harga dia sekitar RM27-30 satu pek. Itu bergantung juga pada saiz lampin tersebut. 

Bila Mydin Mall dah buka di Mutiara Rini, kami selalu borong di sana memandangkan Mydin juga sediakan kad keahlian yang agak lumayan. Bila dua beradik berkongsi satu saiz, senang Ibu nak kira berapa lama mereka guna satu pek tersebut. 

Fuh, menangis jugak, tapi demi anak-anak. Tunggu nanti Nayla dah start training potty dan diapers free, boleh la tarik nafas panjang sikit. 

Kekerapan penggunaan lampin pakai buang ni menyebabkan satu pek tu cuma tahan seminggu buat mereka dua beradik. Kalau maintain saja, boleh la lebih kurang seminggu lebih dua harim Giteww~


Econsave menjadi pilihan untuk bulan Januari untuk stok bulan Februari. Pasai dia memang terlajak murah berbanding dengan yang lain dan ada hadiah yang menarik iaitu T-shirt daripada Poney. Mungkin kolabrasi antara PetpetxPoney juga, wallahu alam.

 Ada juga stok MEGA PACK yang mana dua pek biasa digabungkan menjadi satu dengan harga Rm55-58 . Walaupun masih ada percuma pinggan buluh yang comel, tapi Encik Suami memilih untuk pek biasa yang harganya murah sikit dibandingkan dengan Mega Pack tadi. Yang mana satu pek saiz M ada 72 keping dijual dengan harga RM27.68. Beli dua pek dapat satu T-shirt. Kan lebih berbaloi jika dibandingkan dengan Mega Pack tadi. Bila dah beli 6 pek, dapat la claim tiga T-shirt. Rezeki Nayla dapat baju tu lebih sebab budak yang jaga kaunter redeem hadiah tu bagi stok yang tinggal satu ja. Habiskan je la.


Alang-alang kan? Tinggal satu, buat apa biarkan dia tak berteman. Seronok hati Ibu yang memang dalam hati asyik nak cari T-shirt buat anak dara ni. Buat sesi declutter hari tu, baru sedar seluar dia lagi banyak dari baju. Kesian naa~

Bila dah dapat t-shirt ni, Nayla secara tak langsung jadi Fir pulak.  Haha Siapa Fir? Alah, Ungku Ismail dalam cerita Adellea Sofea tu. Kan asyik pakai baju plain putih je. Nasib Nayla punya bercorak la.


Dah basuh macam ni, lawanya tengok semua putih. Last tengok semua putih gini masa dalam pantang ja. Sedihnya, sidai-sidai semalam, terjatuh satu baju sangkut di ampaian rumah tingkat satu. Selalu jatuh kat tingkat dua, sampai Encik Suami pun marah asyik jatuh je kerja. Bila ampaian tak cukup dah kau sidai baju sejuta helai memang la pakda sidai kat luar. Datang clumsy tu, ada la jatuh sehelai.

Nanti kita cerita beli apa lagi dapat percuma. Jaa Nee!