Rabu, Januari 29, 2020

Beeha Mencari Bloglist Baru


Hi, Assalamualaikum, mari la kawan-kawan support blogger.

Aien nak tag all of you yang tekan banner di atas tu, and specially for

Mamapipie dan Rabiah.

All the best. ^^ And salam perkenalan. 

BANGKOK LOVE STORIES 2: OBJECT OF AFFECTION


Bangkok Love Stories 2: Object of Affection | 

S ambungan daripada drama Bangkok Love Stories. Actually tak ada kaitan pun. Tapi dari rangkaian siri yang sama. Drama Thailand ini ditayangkan di Netflix. 




Object of Affection menceritakan seorang repairman terjatuh hati pada pelanggannya yang mengalami Different Identity Disorder atau lebih dikenali sebagai DID. 

Drama ini telah dijayakan oleh Saiparn Apinya Sakuljaroensuk sebagai Jess/Pinky/Joey/Jenny dan Typhoon Kanokchat Munyadon sebagai Qten. Ada ramai lagi watak pelakon dia, korang boleh tengok di SINI.

* Dari sudut pandangan Aien*


Pada suatu malam, Jess ternampak satu kes di mana dua orang penyangak merogol dua orang wanita. Disebabkan dia tak mampu berbuat apa-apa, perbuatan mereka itu telah direkod dalam telefon bimbitnya. Akan tetapi, telefon itu pecah apabila dia cuba melarikan diri daripada penyangak ni tadi. 

Jess mula mencari tukang baiki untuk telefonnya itu bila rumah diserang oleh kedua penyangak. Ntah macamana dorang tau pun tak pasti. 

Dia berjumpa dengan Qten yang merupakan tukang baiki terkenal di Fortune Mall ni. Sebelum telefon itu ditinggalkan, Jess berpesan, "Jangan berikan telefon itu pada orang lain, walaupun muka mereka sama sepertinya melainkan yang bernama Jess."

Tak sampai seminggu berturut-turut tiga identiti Jess menunjukkan belang pada Qten dan pembantunya, Kang. 



Identiti pertama, beperwatakan seperti seorang penggoda, bernama Joey. Terkejut Qten. Ingatkan si Jess ni memang saja nak kenakan mereka berdua. Tapi, telefon itu tetap tidak beralih tangan.


Identiti kedua yang nampak lebih kuat berbanding sebelumnya, Pinky. Kali ni dia memaksa Qten agar telefon itu diserahkan kepadanya, sehingga mengikut Qten pulang ke rumah.

Dari sini Qten sedar yang Jess bukan berlakon. Dia mula curious tentang seorang Jess ini.


Identiti ketiga, Jess ketika usia 12 tahun, Jenny. Umur yang paling sedih buat Jess apabila dia kehilangan ayahnya dan dirogol oleh guru tariannya secara berkala. Setiap kali Jenny keluar, pasti Jess akan terus menangis kesedihan. Mengenangkan tiada siapa yang datang menyelamatkan dirinya tika dirogol oleh Bibo.

Dek kerana Qten ni mempunyai hati yang luhur dan semangatnya suka membaiki sesuatu yang rosak, dia mula mendalami identiti Jess yang lain sehingga jatuh cinta padanya.

Sweet gitu. Jujurnya cerita ni berkisarkan Jess dan Qten je. Ditambah rencah dengan telefon bimbit dia yang diingini oleh penyangak tu tadi, selain itu dengan Kang Tae Hee yang gilakan Qten.

Penghujung drama yang agak meh, menyebabkan turn off sikit la. They happily ever after. jika nak dibandingkan dengan Plead dulu.

Keseluruhannya, boleh laa. buat fikiran menerawang ke lain, dari termenung mengenang nasib.

Till next drama, Jaa Nee!

Selasa, Januari 28, 2020

BILA MOOD KE LAUT, IDEA UNTUK MENULIS MENCURAH


Bila mood ke laut, idea menulis mencurah | 

Sejak beberapa hari yang lalu, Aien sejujurnya, tiada semangat. Macam lost soul pun ada. Well, Because I am a mother, so I decide to go on with the usual routine. Yeah, seems bored right? 

Oh,, Izz dah boleh makan. Yeay! First food dia is brokoli. Eeuuuew~ hahaha after that follow with papaya  dan dua hari lepas bubur. Semalam dia cranky sebab sakit perut, nak yak. Sebab dah tiga hari dia tak yak. Sian dia. Biasa la budak yang menyusu baru nak makan, of course ada susah sikit nak berak. Actually tak ada la sembelit macam Nayla dulu, tapi ya la. Baru belajar nak yak keras. Haha 

Senonoh la Omak kau ni Izz. Orang lain makan papaya senang nak yak, kau susah pulak. Apa pun, perjalanan makan pertama dia without gula dan garam is going well. Alhamdulillah. Dia pun tak ada la excited sangat nak disumbat macam-macam. Haha I tried okay. Harap sampai awak dua tahun la ye sayang.

Nayla, as usual budak 20 bulan. And dia dah pandai cakap. Yeay! a bit yet dan boleh faham apa yang dicakap. Jelas. Minum guna cawan tanpa sokongan. A bit lambat, but who care kan? Janji dia sehat  even though agak cekeding. Ikut la pak awok tu yang.. Yang tak best bila dah pandai cakap is sokmo nanya benda yang sama. Haha Ibu is pening. Layankan aje la. 


Back to story, sejak dua menjak ni mood memang ke laut betul la. Tak tau pasal apa. Stress dia lain macam. Jangan la buat macam-macam. Dengan Izz yang mula cranky, clingy and c--- . apa tah lagi satu ni, paling jauh boleh pergi dok lepak depan dia main tepon. Tu ja. Tak boleh hilang dari depan mata. Pakat riau seblok. Adeh, Ibu mu ini... 

Bukan nak mengeluh tapi sometimes I felt like I am  a loser. Cause sering lost temper to Nayla. Somehow, dalam hati ni menangis je sebab tak mau buat macam tu. Tapi, Ibu takuad. 

Ibu lost.. Ibu miss Opah. Ibu nak balik. Ibu nak balik kampung Ibu. 

Selalu balik kampung Encik Husband. Tengok how lucky he can eat his mom food, talk with his mom. Bila dua minggu tak balik kampung ritu, dia mesti rindu sambal telur hancur mak. And I? 

Ever since my adik-adik datang hari tu, si bongsu tu la kan, masakkan masakan style my mum masak. Allah, rindu teruk wei!! 


Sesungguhnya, hati ini tak boleh nak tersenyum lagi? Eh, hati boleh tersenyum ke? 

Ini la lumrah bila berkahwin antara benua ni. Payah. Sedih-sedih pun mampu sob sob di bantal busuk sorang-sorang. Paling jahat pun mampu video call je la. Nak tunggu dapat balik tu, tunggu husband cuti. Tak pun, tunggu la durian musim lagi sejuta kali. 

I miss my old me. Eh, tak tak. I mean, miss my old me. Yeah, I still my old me. Tiap kali tak boleh nak ekspresikan emosi ikut jasad, sebab itu cuba untuk ekspresi emosi ikut tulisan. 

Ingat, bila Aien pernah cakap tulis  yang Aien dulu pernah bercita-cita nak jadi penulis novel. Haha 

Dan idea tu cuma datang bila Aien tak boleh keluarkan emosi ikut diri, Aien rasa nak menaip dan menaip dan menaip. Aien tulis ikut emosi, tak ikut fact. Huuu~ 

lahir laa, Mak Angah nak balik! 

Ini sedih tak boleh bawak bincang, dan Aien larut dibawa air mata. 

Bermula la bermain peti memori dari mana yang disimpan rapi, dan mana yang lupus hilang tak boleh dicari. 

Kalau korang berminat nak baca amatur writer ni menulis, boleh la singgah di : The secret Dungeon 

Dan jika baik hati lagi tulus, komen la bagi inspirasi. Eceehhh~ 

Baik la, jurnal habis di sini. Doakan Aien kuatkan diri sampai raya nanti baru dapat balik, in shaa Allah. T^T 

Jaa Nee!