Jumaat, Januari 31, 2020

Januari | Sebulan percubaan telah tamat

Januari | Sebulan percubaan telah tamat


Hi, Assalamualaikum, tak sangka tapi ianya terjadi. Tamat juga kisah kita di Januari. Sedih meninggalkan bulan percubaan ini, yang pada mulanya semangat menyusun azam baru. Mencerna segala matlamat yang ingin dicapai pada tahun yang serba ditunggu ramai.

Perlahan-lahan semangat itu pergi meninggalkan jasad, dengan kerinduan pada kampung halaman. Pada kekanda dan adinda sekaliannya.

Baca sini:: Mak, Angah nak balik,!!


Bermula juga perjalanan si anak kecil yang petah berkata, si adik mula menyusun langkah, si Ibu kian tenggelam dek emosi. Sedikit demi sedikit dia kembali menjadi Nur yang langsung tidak memberi sinar pada sesiapa pun.

Demi sang anak, saban subuh dia bangkit dengan azam dan niat. You can be happy too.. 

Tapi sabarnya hilang, sedihnya menguasai akhirnya kalah pada emosi. sekali lagi.

Cerita Januari,
yang pada mulanya disusun rapi,
punah kerana emosi.
Tiada lain dikesali,
berdoa agar terus berdiri.

Cerita Januari,
Mungkin sampai di sini,
di simpan kemas dalam peti,
buat tatapan si anak nanti.

Ibumu bukannya supermom,
Sedih tawa harus dikemam,
Tiada sisi lain Ibu harapkan,
Semoga dikau dan adik sentiasa dikemaskan.


Menjadi seorang Ibu idaman semua wanita, menjadi seorang isteri yang sempurna juga sentiasa ada. Bila diri kalah dengan emosi, tiada bicara diluahkan. hanya air mata menemani .


be good Februari, be happy for me, cause I am lost in the sea. ♡

till next jurnal, Jaa Nee!


SEGMEN BLOGLIST 2020


Segmen Bloglist 2020 by Misakipureblood | Oh, Hi! Assalamualaikum

Terjalan ke Tiara Sapphire, ternampak segmen ni, dan klik banner. Pam! Jumpa budak ni yang masih die hard otaku fans dan blog dia sangat la comel yang membuatkan inner side of me jump high to the sky and hip hip hoooraaayyy!

Girl~ I support you.  Siapa nak join jom la klik banner di atas ok?


Rabu, Januari 29, 2020

Beeha Mencari Bloglist Baru


Hi, Assalamualaikum, mari la kawan-kawan support blogger.

Aien nak tag all of you yang tekan banner di atas tu, and specially for

Mamapipie dan Rabiah.

All the best. ^^ And salam perkenalan.