Sabtu, Februari 01, 2020

Misi 100K PV


Misi 100K PV | Hi, Assalamualaikum!

Dalam kesedihan Januari, dibuka dengan satu status yang agak menarik. Akhirnya, setelah hampir 8 tahun berblog secara aktif la jugak kan, akhirnya PV meningkat dan meningkat. Alhamdulillah. 

Walaupun, PV ini bukan la menjadi sasaran Aien dalam menjadi blogger, tapi ia tetap mencuri perhatian untuk terus diperhatikan. 

Siapa tak suka kan? Rasa dunia ana yang punya sekali lagi. Eh, dah baik ke mood tu? Haha, Alhamdulillah la jugak. Buat apa nak merajuk lama-lama. Buat penat emosi sendiri je kan? Bulan baru kena la buka buku baru. New page giteww~

Sejak kes di-ngintai oleh puak yang sangat la memberi bulu roma tegak melangit, membuatkan diriku kaku tak terkata. Terus bersara kejap untuk dua minggu.

Baca sini: Kisah Sedih Petang Jumaat

Di kerana blog ini satu-satu ruang untuk surirumah ini bernafas, di buka semula pada umum setelah dinaiktaraf. Akhirnya berjaya memiliki domain. Yeay!

Tapi, masih juga mereka mengintai juga tapi lebih menarik sekali, menggunakan bot dan menyebabkan Adsense guwe ditolak. Apaan apaan ini. Mereka G.AS ingat Aien beli bot tu untuk naikkan PV. Oh, tak ada kerja la daku nak berabis duit ke situ.

Secara tak langsung kerja mereka ini, menaikkan PV blog sendu ni, dan yah! Here I am. HAHA

Misi 100K PV.

misi 100K PV

Bunyi macam tak sedap pulak bila diulang tayang cerita semalam. Harap la dengan lepas 100K PV ni, G.AS berbesar hati menawarkan duit buat daku. Tolong la, ini je duit tabung ayam nak deco rumah. Ada tabung lain. Tapi yang nyata tu selalu kena sembelih.

Ohh,, bounce rate di google analytics pun nampak menaik. Ada Aien baca ya, kalau makin menaik tu tanda bagus. Betul ke? HAHA

misi 100K PV


Tunggu jap, nanti nak gali la ilmu pasal mengawal traffic haram giteeww~ Baik la. Itu saja nak share la kan.

Blog yang sendu ni, cuma dikongsi apa yang tersirat lagi tersurat. Apa yang dilihat dan dirasa. Apa yang diluahkan itu lah yang terbuku di hati. Yang sudi mengunjung terima kasih Aien/Nur ucapkan pada kalian. Tanpa kalian siapa la penulis amatur ni. Aien doakan moga korang terus sukses dalam dunia blogger. Kerana, dunia maya ini tempat kita bersatu. Eceeewaahhh~ dah laa..

Till next 100K PV, Jaa Nee!

Jumaat, Januari 31, 2020

Januari | Sebulan percubaan telah tamat

Januari | Sebulan percubaan telah tamat


Hi, Assalamualaikum, tak sangka tapi ianya terjadi. Tamat juga kisah kita di Januari. Sedih meninggalkan bulan percubaan ini, yang pada mulanya semangat menyusun azam baru. Mencerna segala matlamat yang ingin dicapai pada tahun yang serba ditunggu ramai.

Perlahan-lahan semangat itu pergi meninggalkan jasad, dengan kerinduan pada kampung halaman. Pada kekanda dan adinda sekaliannya.

Baca sini:: Mak, Angah nak balik,!!


Bermula juga perjalanan si anak kecil yang petah berkata, si adik mula menyusun langkah, si Ibu kian tenggelam dek emosi. Sedikit demi sedikit dia kembali menjadi Nur yang langsung tidak memberi sinar pada sesiapa pun.

Demi sang anak, saban subuh dia bangkit dengan azam dan niat. You can be happy too.. 

Tapi sabarnya hilang, sedihnya menguasai akhirnya kalah pada emosi. sekali lagi.

Cerita Januari,
yang pada mulanya disusun rapi,
punah kerana emosi.
Tiada lain dikesali,
berdoa agar terus berdiri.

Cerita Januari,
Mungkin sampai di sini,
di simpan kemas dalam peti,
buat tatapan si anak nanti.

Ibumu bukannya supermom,
Sedih tawa harus dikemam,
Tiada sisi lain Ibu harapkan,
Semoga dikau dan adik sentiasa dikemaskan.


Menjadi seorang Ibu idaman semua wanita, menjadi seorang isteri yang sempurna juga sentiasa ada. Bila diri kalah dengan emosi, tiada bicara diluahkan. hanya air mata menemani .


be good Februari, be happy for me, cause I am lost in the sea. ♡

till next jurnal, Jaa Nee!


SEGMEN BLOGLIST 2020


Segmen Bloglist 2020 by Misakipureblood | Oh, Hi! Assalamualaikum

Terjalan ke Tiara Sapphire, ternampak segmen ni, dan klik banner. Pam! Jumpa budak ni yang masih die hard otaku fans dan blog dia sangat la comel yang membuatkan inner side of me jump high to the sky and hip hip hoooraaayyy!

Girl~ I support you.  Siapa nak join jom la klik banner di atas ok?