Ahad, Februari 02, 2020

Memang betul, daftar U-Pustaka boleh baca free di Ookbee Buffet


Memang betul, daftar U-Pustaka boleh baca free di Ookbee Buffet | Hi, Assalamualaikum 

P ermulaan tahun 2020 hari tu, Aien menanam azam dan niat untuk terus menjadi warga netizen yang gemar membaca. Kerana membaca kita dewasa. Eh, tetiba. 

Dan, arakian ceritanya Aien terpengaruh muat turun aplikasi Ookbee Buffet oleh Kak Sha, blogger Kasihku Amani. Beliau boleh dijadikan idola juga dalam bab sifu membaca ni di kalangan blogger yang Aien kenal sebab saban hari entry beliau tentang buku, nivel, bahan bacaan ilmiah, mahupun komik. She reads everything. Oh, me is surrender dulu. 

Sebab Aien is picky reader. I only read my own genre like favorite genre. Urgh~ silly me. Sebab tu selalu living on her dream fantasy. 


Dan bila dah habis tempoh percubaan dari Ookbee Buffet, Aien macam.. Waa~ nak baca lagi. Tapi fulusnya ngak ada. So, teeus dicampak masuk dustbin. Bai! 

Beberapa hari kemudian, Aien baca di blog adik Tiara Sapphire berkongsi tentang Ookbee BuffetXu-Pustaka.  Aien apa lagi, benda free harus la dicuba. Akan tetapi  gagal untuk memahaminya. Sob sob sebab tak berjaya. Me like.. 


Sekali lagi, Ookbee tu kena campak ke bakul sampah. Apa boleh buat. Storage dah limited, nak tak nak campak je la kalau tak guna.

Akhirnya, Kak Sha naik entry tentang OokbeeXu-pustaka ni.  Ohoo~ rupa-rupanya ada lagi step kemudiannya. Sebab masa Aien dah install balik apps tu, katanya email Aien tu dah didaftarkan sebelum tu. Macam___ oh, pahtu tak boleh ke? Padahal memang kena pakai email yang sama. Bila Kak Sha terang dengan lebih jelas, baru la dapat. And... Now, Aien dah boleh baca balik novel di Ookbee Buffet. Yeay!

Bestnya aplikasi ni, dia lengkap sekali dengan surat khabar, majalah dan buku resepi pun ada. Boleh jadi one stop read aplikasi giteww~

Bagi korang yang gemar membaca, apa kata korang download sama. Mari la kita sama-sama menjadi warga pembaca yang setia! Eh.

Sementara masa ada tempoh masa percuma dia tu, pulun la baca novel banyak-banyak ye. ^^




Sabtu, Februari 01, 2020

Misi 100K PV


Misi 100K PV | Hi, Assalamualaikum!

Dalam kesedihan Januari, dibuka dengan satu status yang agak menarik. Akhirnya, setelah hampir 8 tahun berblog secara aktif la jugak kan, akhirnya PV meningkat dan meningkat. Alhamdulillah. 

Walaupun, PV ini bukan la menjadi sasaran Aien dalam menjadi blogger, tapi ia tetap mencuri perhatian untuk terus diperhatikan. 

Siapa tak suka kan? Rasa dunia ana yang punya sekali lagi. Eh, dah baik ke mood tu? Haha, Alhamdulillah la jugak. Buat apa nak merajuk lama-lama. Buat penat emosi sendiri je kan? Bulan baru kena la buka buku baru. New page giteww~

Sejak kes di-ngintai oleh puak yang sangat la memberi bulu roma tegak melangit, membuatkan diriku kaku tak terkata. Terus bersara kejap untuk dua minggu.

Baca sini: Kisah Sedih Petang Jumaat

Di kerana blog ini satu-satu ruang untuk surirumah ini bernafas, di buka semula pada umum setelah dinaiktaraf. Akhirnya berjaya memiliki domain. Yeay!

Tapi, masih juga mereka mengintai juga tapi lebih menarik sekali, menggunakan bot dan menyebabkan Adsense guwe ditolak. Apaan apaan ini. Mereka G.AS ingat Aien beli bot tu untuk naikkan PV. Oh, tak ada kerja la daku nak berabis duit ke situ.

Secara tak langsung kerja mereka ini, menaikkan PV blog sendu ni, dan yah! Here I am. HAHA

Misi 100K PV.

misi 100K PV

Bunyi macam tak sedap pulak bila diulang tayang cerita semalam. Harap la dengan lepas 100K PV ni, G.AS berbesar hati menawarkan duit buat daku. Tolong la, ini je duit tabung ayam nak deco rumah. Ada tabung lain. Tapi yang nyata tu selalu kena sembelih.

Ohh,, bounce rate di google analytics pun nampak menaik. Ada Aien baca ya, kalau makin menaik tu tanda bagus. Betul ke? HAHA

misi 100K PV


Tunggu jap, nanti nak gali la ilmu pasal mengawal traffic haram giteeww~ Baik la. Itu saja nak share la kan.

Blog yang sendu ni, cuma dikongsi apa yang tersirat lagi tersurat. Apa yang dilihat dan dirasa. Apa yang diluahkan itu lah yang terbuku di hati. Yang sudi mengunjung terima kasih Aien/Nur ucapkan pada kalian. Tanpa kalian siapa la penulis amatur ni. Aien doakan moga korang terus sukses dalam dunia blogger. Kerana, dunia maya ini tempat kita bersatu. Eceeewaahhh~ dah laa..

Till next 100K PV, Jaa Nee!

Jumaat, Januari 31, 2020

Januari | Sebulan percubaan telah tamat

Januari | Sebulan percubaan telah tamat


Hi, Assalamualaikum, tak sangka tapi ianya terjadi. Tamat juga kisah kita di Januari. Sedih meninggalkan bulan percubaan ini, yang pada mulanya semangat menyusun azam baru. Mencerna segala matlamat yang ingin dicapai pada tahun yang serba ditunggu ramai.

Perlahan-lahan semangat itu pergi meninggalkan jasad, dengan kerinduan pada kampung halaman. Pada kekanda dan adinda sekaliannya.

Baca sini:: Mak, Angah nak balik,!!


Bermula juga perjalanan si anak kecil yang petah berkata, si adik mula menyusun langkah, si Ibu kian tenggelam dek emosi. Sedikit demi sedikit dia kembali menjadi Nur yang langsung tidak memberi sinar pada sesiapa pun.

Demi sang anak, saban subuh dia bangkit dengan azam dan niat. You can be happy too.. 

Tapi sabarnya hilang, sedihnya menguasai akhirnya kalah pada emosi. sekali lagi.

Cerita Januari,
yang pada mulanya disusun rapi,
punah kerana emosi.
Tiada lain dikesali,
berdoa agar terus berdiri.

Cerita Januari,
Mungkin sampai di sini,
di simpan kemas dalam peti,
buat tatapan si anak nanti.

Ibumu bukannya supermom,
Sedih tawa harus dikemam,
Tiada sisi lain Ibu harapkan,
Semoga dikau dan adik sentiasa dikemaskan.


Menjadi seorang Ibu idaman semua wanita, menjadi seorang isteri yang sempurna juga sentiasa ada. Bila diri kalah dengan emosi, tiada bicara diluahkan. hanya air mata menemani .


be good Februari, be happy for me, cause I am lost in the sea. ♡

till next jurnal, Jaa Nee!