Selasa, Februari 04, 2020

Novel Gantung, BEST!


Novel Gantung, BEST! | Hi~ Assalamualaikum


Hasil dari berjalan ke blog Farhan Jafri yang menceritakan berkaitan dengan novel ni, terus hati rasa macam, I must read this book!

Cuba tengok di Ookbee mungkin ada, YES! Ada e-pub dia. Tambahkan di simpanan, tapi disebabkan Aien tak sabar nak tahu best-nya cerita ni. Gigih baca malam tadi. 

Sudah la ini novel FIXI pertama yang Aien baca, dan cerita nya begini. Macam, I was watching The Vampire Diaries campur dengan Ghost Whisperer punya skrin. WOW! 

Sebenarnya Aien dah sneak peak sikit dari drama dia dan macam ingin tahu dari versi novel. Mula-mula tu takut nak baca sebab kena bahagian 'benda'.  Dalam kepala, Oh ni cerita hantu. Esok je la baca. Again, tak penyabar teruskan jugak baca. 

Oh, my oh my.. I'm gonna love this novel. Patut la kebanyakan orang sekarang kalau baca cari novel FIXI sebab bahasanya tak terikat dengan Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Okay, now I get it. 


Gantung 

"Musketeer Code - no all for one, just one for all." 

Gibbs, Ray, KJ dan Troll - sekumpulan pelajar lelaki paling popular dan paling akrab di sebuah sekolah asrama elit. Mereka berempat mencipta Mustketter Code - peraturan yang tudaj membenarkn sesiapa antara mereka mempunyai steady girlfriend, tetapi sebarang skandal amat dialu-alukan untuk dikongsi oleh semua. 

Sehingga peraturan itu dilanggar... Seorang awek psiko mencetuskan tragedi yang bakal menghantui hidup mereka semua. Kemudian --
kredit: fixi

 Next, drama dia pulak. Jaa Nee!

Isnin, Februari 03, 2020

10 TEMPAT MENARIK DI MIRI WAJIB PERGI


Bendera Daerah Miri

10 Tempat Menarik di Miri Wajib Pergi | Hi~ Assalamualaikum 

Cuti sekolah bakal menjelang bulan tiga nanti, korang ada yang dah susun plan ke? Kalau belum, meh Aien nak share dengan korang tempat best jika korang nak ke Miri, Sarawak. 

Seperti yang korang tahu, Bandar Miri merupakan salah satu bandar di Bumi Kenyalang yang terkenal dengan apa ya, HAHA malunya nak ngaku anak jati Miri sebab Aien pun tak tahu. Adeh, sedih la. Yang Aien tahu, Miri terkenal sebab dia dekat dengan Brunei Darussalam. Ada lagi la sebab apa korang mesti singgah Miri. Meh, tengok!

1. Hawaii Miri

Korang ingat, Miri ni tak ada pantai lawa ke? Ada.. Kalau rasa nak fefeeling, mohon la bawak diri mendengar deruan ombak pantai.

Lokasi: Kampong Bakam, Miri



2. Taman Negara Loagan Bunut

Selain Taman Negara Mulu, Taman Negara Loagan ni juga korang wajib singgah. Sebelum tu, pastikan korang baca la dulu kisahnya baru terjah. Kenapa? Korang kena tengok sendiri keindahan semulajadi tempat ni. Tak best la spoil kan.

Lokasi: Loagan Bunut National Park, Miri



3. Bukit Kanada

Sudah la tadi Pantai Hawaii, ada pula Bukit Kanada, tak meriah koo Sarawak ni. Di Bukit ni ada Muzium Petroleum dan korang boleh tengok sunset serta keindahan bandar Miri di waktu malam. 

Lokasi: Bukit Kanada, Miri 


4. Pantai Tusan Bekenu

Pernah tengok gambar viral pantai di Malaysia ada lampu warna biru di persisiran pantai dia? Haa, kat sini la pantainya. Fuh, terujanya kalau dapat tengok dengan mata sendiri. 

Lokasi: Exit Jalan Bekenu-Miri Coastal, Miri



5. Miri Crocodile Farm & Mini Zoo

Rugi kalau pergi Miri tak singgah Zoo kat sini. Bukan untuk kanak-kanak je tau, malahan untuk orang dewasa sama. Jangan sombong, ambil ilmu tentang jenis buaya di Sarawak. 

Lokasi: Lot 164, 24KM, Miri-Kuala Baram Road, Miri



6. Piasau Nature Reserve 

Hutan simpan yang terjaga. Hutan ini cukup kaya dengan flora dan fauna yang pelbagai. Yang paling menarik, korang berkesempatan melihat burung kenyalang yang menjadi kebanggaan Sarawak dalam alam hijau ini. 

Lokasi: Piasau Reserve Park, Miri


7. Boulevard Hypermarket 

Miri bukan saja kaya dengan alam semula jadi, dan jika korang rasa rindu nak tengok pusat membeli-belah, Miri ada juga pusat membeli-belah yang jadi tarikan pelancong dari Brunei. Boleh la shopping cuci mata, sambil makan dan beli keperluan. 

Lokasi: Jalan Merpati, Miri


8. Luak Bay Esplanade

Lokasi kegemaran warga tempatan mahupun pelancong untuk berkelah dan berkhemah serta ber-BBQ sambil menikmati angin pantai dan melihat keindahan matahari terbenam. Jika bertuah, korang mungkin dapat mengira bintang juga. 

Lokasi: Luak Esplanade Bay, Miri


9. Air Terjun Pantu

Salah satu sebab kenapa air terjun ni kurang mendapat sambutan walaupun keindahannya tak kurang hebat dengan air terjun yang lain adalah kerana kedudukannya agak jauh daripada HQ Taman Negara dengan pendakian dan perjalanan turun naik bukit yang secara keseluruhan memakan masa sekitar satu jam. 

Lokasi: Taman Negara Bukit Lambir, Miri


10. Gua Rusa

Mendapat nama Gua Rusa kerana penduduk setempat sering terlihat rusa datang berteduh ke dalam gua ini dan menjilat garam yang menyelaputi batu kapur pada gua.

Untuk sampai ke gua ini, korang perlu mengikuti trek yang sepanjang 3KM yang mana korang boleh menikmati pemandangan hutan hujan dan sungai yang mengalir segar.

Lokasi: Gua Rusa, Gunung Mulu National Park, Miri


Tergoda bukan? Haa, jangan kan korang bahkan Aien sendiri rasa macam nak balik Miri je terus ni. Hadeh! Kau tunggu aku balik nanti. Kau tunggu.

Apa lagi korang, jom ke Miri. Jangan risau, untuk ke Sarawak dan Sabah korang tak perlu passport melainkan korang berkad pengenalan MERAH kerana sebaik saja tiba di mana-mana Lapangan Terbang yang ada di Sarawak atau Sabah, korang akan diberikan pass kebenaran melawat selama seminggu. Jangan hilangkan tau!


kredit: Telegram Tauk ka sik Kawu? 

Ahad, Februari 02, 2020

HADIAH YANG DITUNGGU DAH SAMPAI~

Hadiah yang ditunggu dah sampai~ | Hi, Assalamualaikum 

Akhirnya sampai juga set home binder selepas menang buat review e-book di muka buku. 




Seminggu kemudian, Dr. Hani ada telefon kata dia nak hantar hadiah, but Aien lambat perasan dia kol, so dia dah sampai ke bandar. 

Lama lepas tu, baru semalam dia kol lagi. And cakap dia just tinggalkan hadiah tu di peti surat sebab takut asyik lupa je. Al-maklum la Dr. Hani sekarang sedang sibuk re-deco rumah. Tak sabar tengok rupa rumah baru dia nanti. 

Bila dah ambil, Allah,, terujanya dalam hati. Mungkin ini salah satu sebab kenapa Aien stress. HAHA

Macam seronok menang sana sini, but hadiah tak sampai pun macam krik krik la jugak. Buat ku ternanti-nanti. 

But, among all the present I win, this one is the most I expecting. Sebab dia bakal banyak membantu Aien dalam proses menjadi surirumah yang berkaliber gitu. 


Tiga magnet planner extra, sticker untuk planner, dan home binder dalam pembalut di tengah tu. Aien dah bukak cuma belom berkesempatan lagi untuk snap gambar cantik home binder tu disebabkan Izz Najmi langsung tak boleh berpisah dengan Ibu!! 

Ingatkan masa dia tido, boleh bangkit jadi penyamun kemas sana sini. Ah~ anganmu saja tu. Sudahnya menghabiskan bateri telefon ni. Kalo habis, bangun p cas, konfem deme dua ni bangun. Konfem! No doubt. 

Set sticker barang dapur tu, Aien dapat hadiah sempena pengomen pertama di group #tipshanimasak di Facebook. Okay, jimat duit. Hehe 

Boleh dah planning deco rumah perlahan-lahan. Hati geram je nak buat, tapi tunggu duit dalam tabung cap ayam penuh dulu. Sabar ye.. 

Itu je nak cerita. Ada lain hadiah lagi, tunggu ye..