Selasa, Februari 11, 2020

Happy 3rd Anniversary


Happy Anniversary to Us! |Hi~ Assalamualaikum

Riangnya dalam hati,, Ibarat berkahwin lagi gitu. Tiap kali anniversary mesti naik gambar dari keluarga laki time depa nak naik belon. First time katanya. Ni ntah bila lagi nak naik tak tau eh. 

Tahun ketiga, masih di fasa pertama. Orang kata masih tahun jagung gitu. Fuh, rasa macam dah sejuta tahun. Padahal anak baru dua ketul. Hadiah memasing untuk ulang tahun kali ni  demam berjemaah. Sebab tu blog sunyi sepi ja tak ada berjalan sana berjalan sini. Demamnya sampai kepala pusing nak pitam. Bangun terhuyung hayang gitu. Dengan Izz pun agak meragam sebab dia kena sama tempias. Alhamdulillah Nayla tenang je bila kami berjalan serupa zombie. Dia sahaja tenaga tak sudah sampai tak mau tido. 

Stressnya usah dibawak bincang. Haha bila dah demam, ko p layan tak dak selera memang anak meragam. Kah! Sendiri dah tau, tapi nak marah jugak. 

Astaghfirullah al adzhim.. Patut sakit jadi penghapus dosa, ini.. Alhamdulillah sekarang semua dah baik-baik, moga setahun sekali je la. 

Kenangan untuk ulang tahun kali ni. Mencabar sikit. Apa-apa pun iyanya pengalaman. Tak kena mana nak tau. 

Satu lagi, Izz boleh kena jangkitan kulat, keesokan hari demam tu. Nasib ayahnya memang nak ke klinik, saing sekali la. Doctor kata trigger dia sebab berada tempat lembap. Padahal Aien baru tukar serbi serba alas cadar. Sob sob je rasa. Habis satu badan mulus Abe Izz kena flare merah-merah. Takut dia kena demam campak ke, eczema ke. Macam-macam dalam kepala. 

Setelah seminggu ni, guna cream klinik kasi, sapu dua kali lepas mandi. Alhamdulillah okay kecuali pipi dia kadang merah-merah macam pikachu. Suka sangat nangis-nangis p cari alas kaki untuk meratap. Anak la anak...

Baru dua dah huru hara. Acaner nak tambah ahli club ni? HAHA

Sekian, selamat ulang tahun buat suamiku. Terima kasih cinta, atas segalanya. ♥ 



DRAMA GANTUNG PUN BEST!



Drama Gantung pun, Best! 

Hi~ Assalamualaikum warga kota, eh! bukan warga blogger sekalian. Jika hari tu, Aien ada tulis tentang novel Gantung menarik untuk dibaca, kali ni Aien baru nak review pasal drama dia. 


cerita lama

Rupa-rupanya drama Gantung ni dahpun lama ditayangkan. Dan kenapa Aien tak tahu? HAHA 

Drama yang bergenre lebih kurang dari novel asalnya, persahabatan dan seram turut memakan masa juga nak habiskan. Boleh dikatakan sampai demam-demam satu rumah nak ngabiskan drama ni. Kah! 

Jika korang dah pernah baca novel dia, korang mungkin akan perasan jalan cerita drama ni diolah serba sedikit. 

Barisan pelakon Randy Pangalila, Ikmal Amry, Brandom Salim, Hafreez Adam, Mentari De Marel, dan Gita Sucia sudah menampakkan betapa drama ni bakal menjadi luar biasa.

Nak cerita panjang tak pandai la jugak, yang penting mesti tengok sebelum nanti movie dia. Mana la nak cari novel gantung 2 ni.

Isnin, Februari 10, 2020

Segmen Blog Review & Cheerful Bloglist by Hana



Hi~ Assalamualaikum | Demimu Hana, sorry lambat notice sebab Aien pun tak on blog sebab last week was a collapse time for us, so here we are.

Si Hana ni minta la sesuatu yang boleh dikongsikan sebagai satu motivasi bila diri tengah down to the earth.

Honestly, since Aien became a mom, kebanyakan masa memang down sebab housewife. whenever you don't talk with anyone unless your husband and your kids, automatically akan down. Pasai pa ntah? Rasa nak story mory, bergosip lebih kepada membawang. Dah settle tu, tak ada pulak nak down. Heran kan?

Tu je la asbab dia. Dia perlukan kawan nak bercakap. Tapi selagi kan tak jumpa I found one song yang mungkin bagi orang ianya bukan lagu motivasi, but yes to me.

Lauv - Never not

Di sini Aien kepilkan sekali lyric video dia, so that, you Hana will enjoy it. 

Why? 

Again, bila dah berkahwin Aien dah lama tak dengar lagu. Sejak mengenali VKM Bot channel di telegram di situ lubuk lagu mana yang Aien rindu Aien cari. Once Ada orang kata lagu Lauv sedap. Cuba cari apakan tajuk dia tu. Haa, Feelings by Lauv ni tadi. Tak kenan. Cari lagu lain macam sedap. Jumpa lagu Never Not tu. 

Dengar lirik dia, berbunyi lebih kurang macamana Aien jumpa husband Aien. Since zaman rebel, he is the one yang selalu baca text Aien membebel. Sampai dah kawen ni, dah dia selalu depan mata nak bebel pasal dia je la. Haha Pompuan dengan bebel memang tak boleh dipisahkan. Nak marah pun dia la jugak. Yang nak diceritakan pasal seharian dia jugak. Tak ada yang lain.

Sekali lagi, kenapa lagu ni? Melody dia santai, Lirik dia kena, (dengan Aien) dan kind of my flashback song gitu.

Dah la melarat pulak aku nak bebel ni. Layan dak sorang dok gusti Ibu sebelum tido tak jadi entry ni nanti.

Oh ya, gais. Jom la support ada Hana ni. Klik banner comel untuk join. ^^

tarikh tamat: 15 Februari 2020