Selasa, Februari 25, 2020

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAK BERGIGI



Hi, Assalamualaikum | Jalan blogwalking sekejap terjumpa OM publish a giveaway. Yeay! Of course mesti la join kan? 

Nah, term and condition for joining this giveaway. 

SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 February 2020 sehingga 11.59 malam 24 March 2020. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 4 pemenang bertuah dicari.
Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak Bergigi dan Follow Instagram @ombakbergigi 
  1. Buat entri bertajuk SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  2. Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 24 March 2020.
  6. Pemilihan pemenang akan berpandukan En.Random.org atau terpulang kepada OM jika tiba-tiba rajin nak pilih secara manual.


So, the main point of joining this giveaway of course wanna share with you gais the happiest greatest opening of 2020 for me. Voila gitu~ 

Januari is fun month for Aien not just because we are entering a new year with new hope also we came with the new azam. Wow~ seronoknya bersemangat gitu mulakan tahun baru. Bahkan Januari lepas menjadi tahun 2020 lebih bermakna bila Aien menang giveaway like a thousand million times. Ehe~ 

Awesome jap rasa diri sebab biasanya Aien ni not such a lucky person. So when that came, Yeeehhhaa~ 

Hai senangnya dalam hati.  menang sana sini. 


A greatest Januari ever gitu..  Bilakan lagi dapat macam tu tak tau la. Haha dia luck tu datang sedebuk gitu.. kalo tak sikit pun tak nyinggah. haha Yang penting bila dah kena, ibarat matahari timbul di pagi hari, membawa sinar mentari.. bergemerlapan... Eh~ ni macam lirik lagu je. Dah sudah~

Jadi apa yang menceriakan hari Aien pada Januari 2020 adalah saya menang giveaway dan alhamdulillah mengingatinya membuat saya bersyukur. =jawapan ikut skema. Kah!

Haa, dah habis korang boring baca cerita Aien ni, nak tahu hadiah-hadiah apa untuk para pemenang nanti?? 

Klik saja banner di atas. Alang-alang udah klik tu apalagi.. Join la support rakan blogger ni.. Tata titi tutu~ 


Ahad, Februari 23, 2020

TEMPAT MAKAN HALAL DI PHILIPPINES



Hi, Assalamualaikum |Bulan Mac kian menghampiri, korang dah rancang ke nak cuti ke mana tu? Jom join Aien usha negara jiran ni. Macam best je kan?

Philippines adalah salah satu negara yang tersenarai bagi benua Asia Tenggara. Banyak jugak faktor kenapa Philippines ini menjadi salah satu negara tumpuan pelancong dari luar negara. Keindahan yang tersergam indah di sekitar pantai dan pulaunya menjadi antara salah satu faktor utama. Selain daripada itu, terdapat juga kawasan-kawasan bersejarah yang boleh dilawati. Tak lupa juga dengan kewujudan flora dan fauna yang ada di hutan tropicalnya.

So dah berminat ke nak ke Philippines tu? Kalau ada jom la cek tiket flight yang ada di Traveloka ni. Promo flight ticket dia boleh tahan jugak murah ni. Banyak airlines yang korang boleh pilih untuk ke Philippines dan salah satunya ialah Cathay Pacific. Cathay Pacific ni merupakan syarikat penerbangan dari Hong Kong dan penerbangannya dah sampai ke Benua Eropah, Amerika mahupun Afrika. Wow sangat! Jadi korang boleh la kan expect servis penerbangan di tip top gitu. Selain daripada itu, korang boleh jugak book flight tickets to Bali online kat Traveloka ni sebagai pilihan kedua korang kalau korang dah pernah ke Philippines. Sebabnya Traveloka ni dah banyak servis ke destinasi-destinasi menarik ke seluruh dunia. Kita ni sebagai umat Islam, mendapatkan makanan halal tak kira di mana kita berada dah menjadi satu kewajipan kecuali betul-betul darurat. So bercuti tu, bercuti la jugak. Makan kena cukup dan biar masa makan tu boleh makan tanpa rasa was-was. Baru perut kenyang senang hati, gitu~ Jadi meh Aien share la dengan korang beberapa port makanan halal sebagai persediaan korang bila bercuti ke Philippines nanti.

Samurai Halal Express

Siapa kata dah sampai Philippines ni dah tak boleh makan makanan Jepun? Haa, ni ada satu kedai makan yang ada segala bentuk jenis menu. Dari menu citarasa ala ala Malaysia sampai la ke Jepun. Contohnya macam ramen. Walaupun kedai ni saiz dia tak la besar mana, tapi susun atur dalam kedai ni cukup selesa untuk korang menikmati hidangan korang tu. Kalau rasa malas nak ke kedai dia, korang boleh je order sebabnya kedai ni ada servis delivery. 



Al-Sham Middle East Cuisine

Bercuti kat Philippines, tapi makan hidangan ala ala timur tengah. Baru rare sikit. Yang penting ianya halal toiyiban untuk di makan. Kedai ni saiz dia boleh kira macam kedai mamak kat Malaysia. Ruang yang luas dan selesa.

middle east cuisine


Lady Lani's Halal Eatery 

Kalau korang nak sarapan pagi ala Malaysia  macam mee goreng ke, bihun goreng ke, korang boleh la singgah ke Lady Lani's ni. Makan in shaa Allah diyakini halal. Bukan tu saja, korang boleh jugak menikmati nasi campur dengan pelbagai jenis lauk seperti ayam, ikan, daging serta sayur-sayuran. Sebijik macam kedai kat tepi jalan di Malaysia ni. So, korang jangan risau kelaparan masa bercuti tu. 

Junaid Halal Food

Untuk korang nak merasa bihun sup, mee sup, bihun goreng, mee goreng dan pelbagai jenis makanan lagi tapi style Philippines, korang boleh la singgah di kedai si Junaid ni. Selain daripada tu, hidangan nasi dengan lauk seperti ikan bakar juga ada disediakan. Kedai ni terletak di Quiapo, di mana majoriti masyarakat sekitarnya adalah beragam Islam. Dah settle makan, apa lagi jalan shopping la pulak kat gerai-gerai di area tu. Masyuk~ 


Dulang Halal Restaurant

Adalah restoran yang menyediakan nasi berlauk bagi anda yang wajib mendapatkan nasi bagi makan tengah hari. Di kedai ni, lauk-lauk mereka dimasak dengn gaya Philippines. Meraka banyak menggunakan kelapa parut ataupun santan. Antara lauk pauk yang menjadi pilihan pengunjung ialah ikan yang dimasak bersama rempah ratus dari Asia, sup daging yang terasa umph~ padu gitu…

Itulah beberapa kedai atau restoran halal yang ada kat Philippines ni. Banyak lagi sebenarnya restoran halal yang ada lebih-lebih lagi kalau korang jalan di kawasan Muslim Community dorang di Quiapo. Kat situ korang boleh jumpa macam-macam makanan halal. Megi Kari pun hado haa~ Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Settle bab makan, jom jalan lagi p shopping ka. 

Okay, kita jumpa di entry lain pulak. Aien nak susun bajet dulu ni. Selamat bercuti buat korang. Bila dah jalan tu, jangan lupa jaga keselamatan dan kebersihan yaa.. Jaa Nee! 


Selasa, Februari 18, 2020

REVIEW MOVIE | Mr. Hurt (2017)


Hi, Assalamualaikum.

Setelah sekian lama movie ni duduk dalam peti simpanan movie Aien, akhirnya tertengok jugak. 

Sinopsis

Mr.Hurt mengisahkan tentang Don Sri- Chang, yang dilakonkan oleh Sunny Suwanmethanon merupakan seorang pemain tenis dunia yang sangat perfect dan menjadi idola setiap orang. Dia sangat bertuah baik dalam permainannya mahupun dalam percintaan. Akan tetapi semuanya berubah apabila dirinya ditinggalkan oleh kekasih hati demi musuh ketatnya dan hidupnya mula terumbang ambing dan menjadi kutukan umum. 


Pandangan Aien

Wah,wah... Sunny punya cerita tak pernah mengecewakan. Buat peminat filem mahupun drama Thailand pasti kenal siapa Sunny ni kan? 

Pernah tengok, I Fine, thank you! ? Haa, Filem Thailand romantik komedi yang mampu mengubat hati lara gitu buat para penonton. So, pelakon laki tu la tu. 

Jujurnya, untuk Mr.Hurt ni kureng kick sikit la sebab macam meraban sangat lawak dia. Mungkin sebab Aien tengok masa tak berapa nak ketawa tapi ketawa terbelahak jugak sebab lawak. Kah Kah Kah Faham ke idok ni? 

So, cerita pasal Don Sri- Chang ni bila dah ditinggalkan kekasih hati, dia mula menganggap dunia ini tiada apa untuknya. Ayah beliau, selaku jurulatih beliau amat la susah hati. Maka, dibawak masuk watak si Dew, teman lama si Don ni tadi. 

Dew, kawan lama di perjiranan Don yang selalu melihat Don melihat sedari kecil dan dia telah keluar negara untuk merawat penyakit tumor otak. Dew berjanji pada Don, sekiranya Don berlatih bersungguh-sungguh dan menjadi juara, dia akan pulang untuk Don demi sepinggan donut. Demi Dew, Don berusaha la kan. Akan tetapi, saat dia memenangi Kejuaraan Tenis peringkat remaja Dew tak datang. Bahkan sebenarnya telah pun meninggal dunia. 

Habis yang datang memberi semangat pada Don tika dia merasa dunia ini tiada apa-apa itu cuman actor upahan bapaknya saja untuk menaikkan semula semangat si Don ini tadi. Kebetulan pulak si pelakon ini, turut memiliki penyakit yang sama. 

Bila Don mengetahui perkara sebenarnya, dia berusaha dengan lebih gagah supaya orang yang dicintainya memunculkan diri untuknya. 

Kesudahannya

semesti aja dia bertemu kekasih hati barunya, siapakan namanya lupa pulak. 

al-kisahnya sampai situ je tengok sebab gado ngan bebudak yang tak mau tido tapi meragam pasai depa tak tido siang pasai ada orang dok bertukang baiki tingkap untuk tingkat bawah dan mestilah dengar sampai ke langit ke tujuh gitu. 

Sekian, itu saja review semata untuk keep this blog hidup. Kah! Oh, anyway, Izz Najmi dan 7 bulan. Happy monthsary dear, bujang! 

Till next filem, Jaa Nee!