Selasa, Mac 03, 2020

Blog review dari rakan blogger bikin terharu


Hi, Assalamualaikum | Bila seseorng menulis sesuatu yang tentang diri kamu, hargai la mereka. Ceritanya seorang adik manis bernama Hana, dia anjurkan satu segmen masa tu dia tengah down sangat-sangat. And asked for some motivation word, quotes or what so ever.

And I was sharing some inspiration song that I always listening when I felt down too.

Kemudiannya, alhamdulillah terpilih di antara semua yang menyertai untuk direview oleh adik manis ni.

Bila baca review yang lain, seram je macamana la adik manis ni nak tulis or ceritakan tentang diri ni kan, like my blog is miserable, cacamerba, dan segala word tunggang langgang la. But, her word was so comfy menyebabkan diri ni terharu sangat, sampai I must write something to respon.

Terutamanya, terima kasih. Terima kasih atas kata baikmu, terima kasih sudi singgah walaupun picisan saja, terima kasih sebab tak jemu tinggalkan komen walau tiada ganjaran. Terima kasih sebab sudi jadi rakan alam maya diri ini.

Ucapan ini juga buat semua yang sudi singgah di blog ini. Terima kasih banyak-banyak. Moga Allah merahmati kalian. Andai suatu hari nanti, diri ini telah tiada, doakan yang baik-baik ya untuk diri ini kerana kalian la penghibur teristimewa ketika diri ini perlukan perhatian. Semoga Allah merahmati kalian dalam apa jua urusan kalian.

Oh ya, jangan lupa singgah ke blog adik manis ni.. Moga korang sudi berkenalan dengannya kerana orang baik itu harus dikongsi bersama. Share the positive vibes. Yeay!


Isnin, Mac 02, 2020

Pencarian bloglist pertama Elly Matin



Hi, Assalamualaikum | Member blogger sabahan kalau tak silap Aien, blog yang simple minimalist dan orang yang tak lokek berkongsi ilmu dan pengalaman.

Elly menganjurkan segmen pertama beliau, dan Aien seperti biasa la, jadi supporter kan. Haha

Korang jangan segan segan mari la kita memeriahkan lagi segmen member blogger ni.

Sis Elly minta share kan gambar lipstik favorite gitu... Gigih la amek gambar selingan berebut dengan anak. Haha


Mana satu ni favoritenya? Jawapannya tak ada sebab tiga-tiga pakai. Satu simpan dalam beg, dua lagi kat rumah. Pakai la mana-mana rasa nak pakai. Yang penting, tiga-tiga memang selalu pakai bila di rumah mahupun keluar. 

Dua warna hitam tu, jenama Anastasia hadiah dari adik. Katanya tak ngam dengan kulit dia, so bagi la kakaknya anik. 



Ini pula kod nama mereka. Sorry la terbalik berebut dengan anak-anak dua nak amek. Warna yang berbeza. Soft pink ala-ala lite mekap la kan. Bila rasa nak jadi darker guna roses. Bila mengedik guna la peachy. In2it tu warnanya agak terang, jadi kita pakai just dap dap kat bibir then ratakan. That's all. Done~

Eh, terpanjang pulak nak share pasal lipstik ni.

Dah baca sampai habis, klik banner la untuk join yaa.. Jaa Nee! 

PAGE VIEW MENJANGKAU 100K



Hi, Assalamualaikum | Akhirnya PV telah mencapai sasaran di awal Mac. Atau mungkin di penghujung malam 29? siapa tahu kan? Apa yang penting, bila Aien bukak detik semalam yakni 1 Mac, PV telahpun seperti yang tertera di bawah.


Meriah tengok kan? Alhamdulillah. Aien tak pasti sama ada ada lagi spamming bot yang penting entry yang sama masih duduk di ranking atas. Saban hari pasti aja ada yang membaca. Harap dapat memberi manfaat la kan?

Jika tengok berdasarkan di kalangan audience masih lagi dari Malaysia menduduki carta teratas diikuti negara matahari terbit, dan kadang kalanya negara China. Wow sangat~

Apa yang mereka temui di sebalik blog ini, harap yang baik-baik aja la kan?

Oh ya, bila dah capai target ni moga seterusnya akan dapat memberi manfaat dan info yang berguna buat para pengunjung. Blog picisan ini cuma berkongsi apa adanya.

Semoga yang baik-baik saja ya. Jaa Nee!