Rabu, Mac 04, 2020

Segmen Bloglist April-Jun 2020



Jom support Cik La. klik banner untuk join ya.. ^^


K-DRAMA REVIEW | My Holo Love (2020)



H
i, Assalamualaikum | Minat pulak nak layan cerita yang membariskan pelakon utama yang bukan terkenal. Atau mungkin Aien tak familiar.

Drama Korea yang merupakan Original Netflix Series yang bergenre sains fiction dan romance, membuatkan Aien teruja sikit nak tengok.

Mempunyai sekadar 12 episode cukup menarik minat sesiapa saja nak tengok. Lebih-lebih lagi mereka yang tak gemar episode umpama sinetron Indonesia.


Sinopsis: 

A lonely woman with face blindness finds the perfect companion upon getting to know a humanlike hologram modelled after its genius creator. 

kredit: asianwiki

Siapa pelakon utama dia? Ntah tak familiar sangat lakonan dia, 


Yoo Hyun Min ni kalau ditengok senarai tv show dia, semua cerita best-best, cumanya Aien je yang tak tengok. haha Sama juga dengan Heroin dia, Go Sung Hee ni. Disebabkan kenal Chan Sung moh ler kita tengok. 

Review Aien: 

Han So Yeon seorang asisstant manager di sebuah syarikat cermin mata yang menghadapi face blindness dek kerana psychology trauma. 

Holo, sebuah AI hologram yang hampir menyamai seorang manusia, akan tetapi hanya penggunanya saja boleh melihatnya melalui cermin mata - smart glass. 

Ketika Yoo Jin - pengerusi Gio Lab dikejar oleh orang jahat yang cuba untuk memiliki smart glass tersebut, Holo memilih So Yeon di kalangan orang ramai untuk menyimpannya. 

Apabila So Yeon sudah selesa dengan keberadaan Holo, Ko Nan Do - pencipta Holo cuba menjejaki smart glass itu dan hampir memperolehinya. Tapi, gagal. 

Rupa-rupanya twist cerita Nan Do dan So Yeon kenal antara satu sama lain. Dan orang yang menyebabkan So Yeon face blindness adalah orang yang sama cuba merompak smart glass a.k.a Holo. 

Fuh, bila nak habis baru macam thriller sikit cerita dia. Pasti tak menyesal la tengok. 

Walaupun cerita dia macam slow sikit, tapi jalan cerita dia best. Korang boleh la simpan dalam wishlist ye.. 

Best jugak kalau dapat cermin mata macam Holo ni. Kah! #beranganitupercuma

Jaa Nee! 

Selasa, Mac 03, 2020

K-MOVIE REVIEW | The Negotiation (2018)



Hi, Assalamualaikum | Bila dah sudah tengok drama gandingan Hyun Bin dan Son Ye Jin, ada rakan merekomenkan filem mereka berdua pulak.


Sinopsis: 

An Ace crisis negotiator attempts to figure out the real motivation of a man who has kidnapped two people and crack his calm demeanour.

-kredit: wiki


REVIEW AIEN: 

Memang wow, dan terima kasih pada akak yang suggests-kan filem ni. Macam sinopsis Han Chae Young ( Son Ye Jin) adalah seorang polis. Pada awal filem ini, menunjukkan Chae Young kena berinteraksi dengan dua penjenayah yang cuba membunuh orang awam selepas merompak rumah mereka. Akan tetapi, Chae Young gagalkan menyelamatkan hostage kerana ada di antara penembak senyap memulakan tembakan. Dek kerana kegagalannya itu, Chae Young mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana lelah melihat orang mati di hadapan matanya sendiri. 

Sebelum dia berhenti, dia cuba berbincang dengan orang atasannya (Kapten Jung) tentang kes rompakan tersebut, tapi Kapten Jung bergegas hendak pergi bercuti. 

Pertengahan cerita, Chae Young dipanggul oleh Ketua Polis dan tanpa apa-apa maklumat dia diminta menjadi pengantaraan dengan seorang pengedar senjata Korea iaitu Min Tae Gu. 


Apa yang mengejutkan Chae Young adalah Kapten Jung menjadi tebusan pada penjenayah tersebut. Bila rundingan tidak berjaya, Kapten Jung mati ditembak oleh Tae Gu ni tadi. Dan Chae Young sedih sangat. 

Kemuncak cerita ni adalah bila Chae Young bersama pasukannya, menyiasat apa sebenarnya di sebalik perbincangan dua hala ni tadi. Rupa-rupanya ia melibatkan kes rasuah di kalangan orang atasan kepolisian, dan Tae Gu sebenarnya sedang membalas dendam atas kematian adiknya. Yang mana kes rompakan yang Chae Young gagal selamatkan hari tu. 

Phew~ plot twist la bila dah masuk second half filem ni. Dan seperti biasa la cerita ada Ye Jin ni pasti ada menangis dan ending dia, sangat tak dijangka. 

Cerita ni berbaloi jugak la nak tengok. yang pertamanya bagi peminat Hyun Bin, dalam ni dia macho sikit jika nak dibandingkan dengan dalam drama. Bila dah tengok dorang dua sweet-sweet gitu, moh ler beralih genre aksi pulak dengan mereka ni. Pasti puas hati la sikit. 

Jangan lupa baca : Crash Landing on You