Isnin, Mac 09, 2020

PERKAHWINAN | Persediaan Berkahwin Dengan Orang Jauh?



Hi, Assalamualaikum | Cuti sekolah bakal menjelma, ramai orang mungkin akan memilih dalam waktu seminggu itu untuk melangsungkan perkahwinan. Tak kurang memilih untuk majlis apa-apa pun kerana masa itu punya waktu yang panjang untuk menjemput sanak saudara datang berkunjung. 

Mengambil peluang ini, Aien nak juga bercerita tentang apa persediaan harus dilakukan sekiranya pasangan kita itu orang seberang, atau berpisah lautan? Aien kongsikan ini berdasarkan pengalaman Aien dan suami. ^_^


Masa pertunangan

Ada sesetengah orang mungkin akan memilih untuk membuat majlis pertunangan lebih kurang dengan majlis aqiqah atau doa selamat. Yang kadang memerlukan rewang kecilan untuk hidangan para tetamu. Walaupun tak banyak, ianya akan memakan kos yang agak banyak jugak dalam sedar tak sedar. 

Jadi untuk buat dalam bajet, cukup sekadar menjemput orang terdekat seperti ahli keluarga pasangan atau lebih mudah, keluarga kita-kita saja. Apa yang perlu difikirkan; 

1. tiket penerbangan

Oleh kerana kita memilih orang jauh, pasti keluarga akan teruja menaiki kapal terbang. Ini bukan cerita mereka yang selalu pergi bercuti. Ini kisah mereka yang rakyat marhaen yang hidup cukup seadanya. Jadi, untuk itu, pasti kita harus menaja seluruh ahli keluarga untuk memeriahkan lagi. 

2. Homestay

Tempat tinggal sementara kita berada di sana. Mengikut pengalaman Aien dan suami, kami cuma mengambil masa 3 hari 2 malam untuk majlis ini kerana banyak juga nak kena fikir untuk majlis seterusnya. Boleh saja menginap di rumah bakal besan, tapi keluarga mentua Aien suka berdikari sendiri.

3. Kenderaan

Semesti wajib dicari kerana ini bakal memudahkan kita untuk bergerak tanpa menyusahkan keluarga bakal besan. Jika punya bajet banyak, boleh saja. Untuk Aien dan suami, kebetulan di rumah ada banyak juga pilihan kereta. Di sini bajet dah jimat. Tinggal tambah duit minyak kereta ja. 


Untuk kos hantaran, kami fikir untuk majlis pernikahan nanti, malas pulak nak fikir dua tiga kali. Pelamin juga tiada, sebab memang koboi habis sebab nak tabur duit masa majlis nanti. Al-maklum la, Aien pemula untuk berkahwin dalam adik beradik. Buat kali pertama mesti banyak hendak difikirkan kerana tiada pengalaman lagi.


Selesai sesi merisik dan bertunang, maka bergelar tunangan orang, jaga diri elok-elok. Orang tua kata, orang bertunang ni darah manis. Ramai yang mencucuk jarum. Jaga hati, jaga perasaan bakal suami moga berjaya mengikat hubungan yang halal sampai syurga.


Aien rasa setakat ini sahaja dulu perkongsian, mana yang berkenan nanti Aien sambung lagi.

Jaa Nee!

K-DRAMA | MELTING ME SOFTLY


Hi, Assalamualaikum , macam janggal pulak nak mulakan entry tanpa gambar dahulu. Ini sebabnya Aien bebel dulu sebelum teruskan ke review, jom la kita lihat macamana benda ni diteruskan. 

Drama ni mengambil masa dalam seminggu jugak nak habiskan. Biasa la, sambil-sambil ngurus rumah tengok kejap. Sambil-sambil belek bebudak ni, pasang kejap. Kadang tu, baru je nak pasang, Nayla dah chop dulu laptop tu. Macam tau-tau je Ibu dia ni nak konker. Bertuah punya budak. Lepas tu, bukan tengok pun kartun dia. Hampeh~ Nasib la labu. Makanya Ibu penuhkan storage Ibu ni dengan drama je la. 



Melting Me Softly; tajuk drama yang ditayangkan sebelum Catch The Ghost . Mempunyai 16 episod yang berdurasi sekitar 1 jam 5 minit, membariskan pelakon terkenal seperti Ji Chang Wook, Won Ji-A, Lee Hong Ki, Yoon Se Ah, Song Ji Eun serta memperkenalkan pelakon Choi Bo Min dari kumpulan Golden Child. Sinopsis drama ini mengisahkan tentang Ma Dong Chan (Ji Chang Wook) dan Ko Mi Ran (Woo Ji A) dibekukan untuk satu eksperimentasi selama 24 jam. Tetapi, daripada 24 jam itu, mereka bangun semula setelah 20 tahun kemudian. Disamping harus mengekalkan suhu badan mereka pada paras 31.5° . Dan paling maksimum pada paras 33.5°… 

Barisan Pelakon



Pada tahun 1999, Ko Mi Ran dan Ma Dong Chan dibekukan. 


Mereka bangkit semula pada tahun 2019 ketika orang di sekeliling mereka sudah pun berusia dan mereka kekal muda belia. 


Review Aien: 

Lama rasanya nak tengoi cerita ni, tapi asyik terbantut je sebab tengok heroin dia macam tak kenal. Lagipun Chang Wook ni tak la berapa gemor sangat lakonan dia walaupun dia hensem. Dek kerena sinopsis dia boleh la  dengan sains fiction macam ni. Moh ler kita layan. 

Dengan kelajuan 150 di pemain MX Player, cerita ni boleh dikategorikan slow sangat. Phew~ penat la nak fast forward. Padan la macam tak dapat sambutan. Eh, ke Aien je tak dengar.. Haha

Cerita yang membariskan kebanyakan pelakon lawak, memang itu je rencah dia. Hari tu baca di blog siapa ya, tu yang teringat nak tengok balik. Sama ada Suraya atau Tiara. Mereka dua ni memang kaki drama review. 

Pada Aien drama ni suam-suam kuku je la. Nak kata best sangat pun tak jugak  nak kata tak best tu pun tak jugak. 

Proses dia, Mi Ran & Dong Chan frozen > bangun 20 tahun > cuba nak adapt > keluarga Dong Chan dah down graded (padahal dorang kaya masa 1999 manakala keluarga Mi Ran kaya sebab dia sempat tinggalkan wasiat gitu. > Mi Ran cuba claim balik dengan syarikat produksi > Dong Chan masih Director > Ada orang jahat yang saudaranya dibekukan sama cuba nak bunuh dorang dua supaya saudara dia tak dibangunkan > Dong Chan cuba nak gali cerita sebenar > jatuh cinta dengan Mi Ran > bekas awek dia cuba nak balas dendam >  Orang jahat kena tangkap > tapi ada terlepas > cuba nak bunuh Mi Ran > Mi Ran masuk frozen semula sebab tak boleh dibedah bila suhu dia rendah sangat > Happy family at home 

Dah siap~ Ending dia macam kelam kabut sikit sebab pap pap pap dorang nak garapkan pengakhiran tu. Over all, boleh aje tengok. Time dah tak ada sangat idea nak tengok cita apa. 

Favorite Aien masa episod 11 sebab sepanjang episod tu dengan tajuk keluarga, memang fokus pada keluarga pasangan cyronic ni la.


Masa ni mak Dong Chan cakap kat Profosser Hwang - orang yang buat eksperimen frozen ni, kalau nak buat apa-apa buat kat dia dulu, daripada anak dia. Cukup la 20 tahun berpisah. 

Penghujung 

Drama ni sesuai la ditonton masa uolls dah tak jumpa sangat cerita apa nak tengok dan suka nak tengok cerita ngek ngok macam ni. Humor yang tak melampau, okay la. 


Till next drama. Jaa Nee!

Sabtu, Mac 07, 2020

JURNAL | KELUAR JALAN BERSAMA KAKAK


Hi, Assalamualaikum | Sebelum tu, jom belanja mata tengok ladang tulip di netherlands dulu ye. 

Wah, rasa macam lama tak ada update jurnal selepas

Kisah lalu: Februari | Bulan mencabar selepas percubaan

Disebabkan hari ni manyak happy, Aien nak la sambung tulis jurnal ni. Nanti boleh hadap apa yang berlaku sepanjang hidup aku dalam 2020 ni. Kah! 

Terutamanya, terima kasih kakakku, serta adik iparnya sudi singgah berambeh kata orang Sarawak ke rumah kecil kami. 

Sebenarnya, satu-satu kakak Aien ni telah pun berhijrah dari Februari lepas dari Melaka ke Johor Bahru yang serba mencabar ni. Sekarang ni pun tengah struggle nak cari rumah sewa di sekitar kawasan Bandar Baru Uda - Larkin. Korang sesiapa yang ada contact rumah sewa hello, hello la Aien ye. 

Eh, sempat lagi kau ni ye. Disebabkan dia nak tengok anak-anak buah dia, bermalam la hujung minggu di sini.

Kakak ngajak keluar yang mana perkara yang Aien takkan tolak apapun sebabnya. Haha 

Sasaran tempat kami adalah Paradigm Mall  Johor Bahru. Which is agak lenggang jugak di hujung minggu. Tak apa. Lenggang lagi bagus. Kakak nak mengajak Aien cuba Mykori yang agak baru bukak di Paradigm ni. Dan menghabiskan voucher yang dia dapat sebelumnya. 

Sayangnya, Aien tak dapat nak amek gambar sebab phone penuh dengan drama la pulak. Apa da~ 


Kaison Paradigm Mall,  JB

Boleh dikatakan memang Aien suka nak cuci mata di kedai deco bajet ni. Mampu cuci mata, aim dulu la mana berkenan. Nak beli menumpang ikut orang. Bajet pun masih tabung cap ayam. 

Masuk-masuk je, Nayla dah rembat mainan seguni. Hurm, halal la. habis pusing. O M G~ tengok tu, dah terbayang deco rumah sendiri. Tengok tu, nak sambar. Eh, bahaya la macam ni. Nasib dalam poket tak ada duit ungu. Kalau tak memang tak nampak dah jalan keluar ni. 

Tunggu ye. Saba ye. Next~ 

Mykori Paradigm Mall, JB

Seperti yang Aien katakan, maaf tiada gambar. Hanya tulisan mengambarkan suasana dan perasaan teruja cuba makanan hispter. Kah! 

Selepas pesan, Chocolate Tiramisu Kakigori se, Kenko Kakigori Yogurt Ice which is not very my taste and Passion Fruit Frappe sebagai bekalan untuk En. Suami yang ditinggal -me time- sendiri. Terbalik la pulak. Haha 

Terlupa la pulak Tiramisu itu, basednya adalah coffee, tapi sedap. Tak menolak walaupun Paradigm Mall tu sejuk. Haha Habis makan. Seronok la bebudak Mak Long dorang belanja KFC yang berada di seberang Mykori ni. Tak lama lepak, orang pun mula memenuhi Mykori ni, dan kami beredar untuk mengosongkan meja. 

Secara keseluruhan untuk Aien yang cepat berpuas hati ni, puas la. Lain kali nak cuba kek dia. 


Cuci mata di SSF

Wah, wah sakan kau berjalan ya. Sebenarnya nak sangat buat story IG but, again my phone is dying like hell. Urgh! Stress. But nevermind. I record it with my eyes and keep it in my mind. Haha 

Kalau boleh Aien ni, keluar mesti nak tengok port-port deco ni tau. Mak  mak be like. Hurm, umur pun nak masuk 3series, berubah la pulak. 

Kalau tadi dah singgah Kaison, lepas makan singgah la pulak SSF yang dikatakan kedai perabot bajet jugak. Tapi  jujur Aien cakap la kan, tak juga bajet la jika dibandingkan dengan IKEA. Kata orang, kena pandai bandingkan harga. Biar alah membeli, lama memakai. Gitu~ 

Jalan-jalan cuci mata masuk di satu kawasan showroom dia, which is so homey~ macam nak tinggal situ je. Pergh. Kenot describe my feeling when step inside that house. Dan Nayla pulak enak masuk macam rumah sendiri terus duduk di sofa. O M G~ dalam hati. Kau doakan Ibu ayah kau ni murah rezeki ya kak, nanti kita duduk rumah yang lengkap. 

Dan terdetik juga sekarang tika menaip ni, apa yang membuatkan sebuah rumah itu rasa homey? tahukah korang apa rasa homey itu? Jika sekarang, Aien tengok (mungkin sebab Aien follow jugak) banyak para ibu-ibu sibuk nak mendeco rumah bagi cantek dan selesa serta indah di mata orang. Tapi, apakah ianya rasa seperti berada di rumah? 


Bukan nak cerita pasal deco la pulak. Adeh~ Apa la..  boleh la cari pasal macamana nak jadikan rumah rasa rumah? Eh, kata omputihnya, A house feels like home. Nah, beza kan? 

Apa yang penting syukur kerana kita punya rumah untuk berteduh. Ada orang mungkin lagi susah dari kita  we never know. 

Last but not atleast, makan lagi. Kerja ompuan ni memang makan aje ler. Jalan, makan, makan jalan. Itu je la. Jangan ditanya duitnya ntah kemana. 


Myeong-dong Topokki, Paradigm Mall JB

Ini juga atas suggestkan kakak dan adik iparnya. Mereka memang suka cuba-cuba makan ni. Memang dari zaman teman serumah sampai jadi kakak-adik ipar. Katanya pernah cuba di Melaka, nak la jugak cuba topokki yang lain pulak. Wah~ segannya dibelanja aja ni. Moga murah rezeki korang ya. 

PS: gambar tak molek sangat ye. 

Amek port yang tersembunyi sikit, senang nak bf si Najmi yang dah lelah berjalan. Eleh, padahal didukung. Ahah Port yang senang jugak si Kakak main. Cumanya, tak best which is penghawa dingin tak terasa dalam shoplot dia. Berpeluh-peluh kami duduk makan di sini, seolah makan di street pulak rasanya. 



Adik ipar kakak pesan menu Dol-sot Bibimbap yang dia teringin nak cuba. Terpengaruh la tu tengok drama selalu dok bukak peti sejuk amek je segala side dish dan masuk dalam nasi gaul. Masya Allah~ ceritanya yang kami gelar -nasi anjing- digaul semua ibarat nasi goreng yang tak digoreng. YUM. Sedap licin. Cuma hangit sikit. Kata kakak , Myeong-dong Melaka juga hangit. Agaknya memang trademark chef Myeong-dong ni. 

Portion yang besar juga, kami bertiga boleh kongsi. Plus Nayla sikit. Tekak Banjar  susah nak masuk makanan pelik-pelik ni. 



Aien order Myeong-Dong Topokki Cheese yang ingatkan sikit je. Rupanya besar jugak. Siap tapau bawak balik. Topokki yang memang diperbuat daripada tepung beras, agak liat sikit. Tekak Nayla tak ngam. Maunya nasi jugak. Secara keseluruhannya boleh la lepak sini. Price pun kenyang perut. 

Lain kali mungkin boleh pergi lagi. Staff majoriti melayu. Siapa nak join? Ahaha 


Popular Bookstore

Salah satu tujuan asal kakak Aien nak ke mari. Sekali pusing Aien sibuk tengok novel Anjell atau Rin Ahmad terbaru, hilang dah dari radar kakak dan adik iparnya. Haa, sudah~ mana.  Haha lupa yang dia kata nak pergi cari buku untuk budak-budak tempat dia mengajar. Apa laa~

Done jalan di dalam Paradigm Mall sekitar 4 jam kemudian. Phew~ penatnya. Nasib jumpa jalan balik. Nak cari lauk lagi. Stok seminggu. Singgah la KipMall, Tampoi. 


KipMall, Tampoi

Seronok berbelanja di sini, lengkap semua barang basah. Banyak kali orang tua datang singgah rumah, baik mak sendiri mahupun mak mentua, masing-masing dibawa singgah ke mari. Ya la, orang tua. Mana suka nak berbeli lauk ke mall macam kita, asal jumpa ja beli. Mereka mahukan yang segar dan boleh tawar-menawar. 

Masa dengan adik-adik Aien datang ke main lagi mereka puji murah di sini. Bawak RM100 boleh beli lauk serta sayur untuk seminggu dan ada bakinya lagi. Sekali lepas Raya Cina Aien dan En.Suami pergi  tak ingat kedai mana  kena cekik wei.  Sayur stok seminggu kena RM50. Menangis jap air mata darah. Udah ler lauk pun tak ada ikan, apa yang lain. Adanya ayam je. Haha Tobat lahum jap nak ke sini lagi. Tu la ni meyinggah lagi. Cuba nasib lagi. Fuh, jumpa dah kedai mana pergi ritu murah. Haha Set !ingat. Kang esok lusa lupa lagi. 

Haa, sampai tertido Nayla kepenatan bila cari lauk. Cukup la tu jalan setengah hari tinggalkan ayah. Jom anak-anak kita balik. 

ps: jarang Aien jalan tinggalkan laki ni. Haha