Rabu, Mac 11, 2020

JURNAL | Just another wednesday



I tried. Over and over. And I still at the same place. T^T



Okay. 




Yah, I know. But I know that I can do better than this. T^T




Just I don't have encouragement to move on. T^T

Isnin, Mac 09, 2020

PERKAHWINAN | Persediaan Berkahwin Dengan Orang Jauh?



Hi, Assalamualaikum | Cuti sekolah bakal menjelma, ramai orang mungkin akan memilih dalam waktu seminggu itu untuk melangsungkan perkahwinan. Tak kurang memilih untuk majlis apa-apa pun kerana masa itu punya waktu yang panjang untuk menjemput sanak saudara datang berkunjung. 

Mengambil peluang ini, Aien nak juga bercerita tentang apa persediaan harus dilakukan sekiranya pasangan kita itu orang seberang, atau berpisah lautan? Aien kongsikan ini berdasarkan pengalaman Aien dan suami. ^_^


Masa pertunangan

Ada sesetengah orang mungkin akan memilih untuk membuat majlis pertunangan lebih kurang dengan majlis aqiqah atau doa selamat. Yang kadang memerlukan rewang kecilan untuk hidangan para tetamu. Walaupun tak banyak, ianya akan memakan kos yang agak banyak jugak dalam sedar tak sedar. 

Jadi untuk buat dalam bajet, cukup sekadar menjemput orang terdekat seperti ahli keluarga pasangan atau lebih mudah, keluarga kita-kita saja. Apa yang perlu difikirkan; 

1. tiket penerbangan

Oleh kerana kita memilih orang jauh, pasti keluarga akan teruja menaiki kapal terbang. Ini bukan cerita mereka yang selalu pergi bercuti. Ini kisah mereka yang rakyat marhaen yang hidup cukup seadanya. Jadi, untuk itu, pasti kita harus menaja seluruh ahli keluarga untuk memeriahkan lagi. 

2. Homestay

Tempat tinggal sementara kita berada di sana. Mengikut pengalaman Aien dan suami, kami cuma mengambil masa 3 hari 2 malam untuk majlis ini kerana banyak juga nak kena fikir untuk majlis seterusnya. Boleh saja menginap di rumah bakal besan, tapi keluarga mentua Aien suka berdikari sendiri.

3. Kenderaan

Semesti wajib dicari kerana ini bakal memudahkan kita untuk bergerak tanpa menyusahkan keluarga bakal besan. Jika punya bajet banyak, boleh saja. Untuk Aien dan suami, kebetulan di rumah ada banyak juga pilihan kereta. Di sini bajet dah jimat. Tinggal tambah duit minyak kereta ja. 


Untuk kos hantaran, kami fikir untuk majlis pernikahan nanti, malas pulak nak fikir dua tiga kali. Pelamin juga tiada, sebab memang koboi habis sebab nak tabur duit masa majlis nanti. Al-maklum la, Aien pemula untuk berkahwin dalam adik beradik. Buat kali pertama mesti banyak hendak difikirkan kerana tiada pengalaman lagi.


Selesai sesi merisik dan bertunang, maka bergelar tunangan orang, jaga diri elok-elok. Orang tua kata, orang bertunang ni darah manis. Ramai yang mencucuk jarum. Jaga hati, jaga perasaan bakal suami moga berjaya mengikat hubungan yang halal sampai syurga.


Aien rasa setakat ini sahaja dulu perkongsian, mana yang berkenan nanti Aien sambung lagi.

Jaa Nee!

K-DRAMA | MELTING ME SOFTLY


Hi, Assalamualaikum , macam janggal pulak nak mulakan entry tanpa gambar dahulu. Ini sebabnya Aien bebel dulu sebelum teruskan ke review, jom la kita lihat macamana benda ni diteruskan. 

Drama ni mengambil masa dalam seminggu jugak nak habiskan. Biasa la, sambil-sambil ngurus rumah tengok kejap. Sambil-sambil belek bebudak ni, pasang kejap. Kadang tu, baru je nak pasang, Nayla dah chop dulu laptop tu. Macam tau-tau je Ibu dia ni nak konker. Bertuah punya budak. Lepas tu, bukan tengok pun kartun dia. Hampeh~ Nasib la labu. Makanya Ibu penuhkan storage Ibu ni dengan drama je la. 



Melting Me Softly; tajuk drama yang ditayangkan sebelum Catch The Ghost . Mempunyai 16 episod yang berdurasi sekitar 1 jam 5 minit, membariskan pelakon terkenal seperti Ji Chang Wook, Won Ji-A, Lee Hong Ki, Yoon Se Ah, Song Ji Eun serta memperkenalkan pelakon Choi Bo Min dari kumpulan Golden Child. Sinopsis drama ini mengisahkan tentang Ma Dong Chan (Ji Chang Wook) dan Ko Mi Ran (Woo Ji A) dibekukan untuk satu eksperimentasi selama 24 jam. Tetapi, daripada 24 jam itu, mereka bangun semula setelah 20 tahun kemudian. Disamping harus mengekalkan suhu badan mereka pada paras 31.5° . Dan paling maksimum pada paras 33.5°… 

Barisan Pelakon



Pada tahun 1999, Ko Mi Ran dan Ma Dong Chan dibekukan. 


Mereka bangkit semula pada tahun 2019 ketika orang di sekeliling mereka sudah pun berusia dan mereka kekal muda belia. 


Review Aien: 

Lama rasanya nak tengoi cerita ni, tapi asyik terbantut je sebab tengok heroin dia macam tak kenal. Lagipun Chang Wook ni tak la berapa gemor sangat lakonan dia walaupun dia hensem. Dek kerena sinopsis dia boleh la  dengan sains fiction macam ni. Moh ler kita layan. 

Dengan kelajuan 150 di pemain MX Player, cerita ni boleh dikategorikan slow sangat. Phew~ penat la nak fast forward. Padan la macam tak dapat sambutan. Eh, ke Aien je tak dengar.. Haha

Cerita yang membariskan kebanyakan pelakon lawak, memang itu je rencah dia. Hari tu baca di blog siapa ya, tu yang teringat nak tengok balik. Sama ada Suraya atau Tiara. Mereka dua ni memang kaki drama review. 

Pada Aien drama ni suam-suam kuku je la. Nak kata best sangat pun tak jugak  nak kata tak best tu pun tak jugak. 

Proses dia, Mi Ran & Dong Chan frozen > bangun 20 tahun > cuba nak adapt > keluarga Dong Chan dah down graded (padahal dorang kaya masa 1999 manakala keluarga Mi Ran kaya sebab dia sempat tinggalkan wasiat gitu. > Mi Ran cuba claim balik dengan syarikat produksi > Dong Chan masih Director > Ada orang jahat yang saudaranya dibekukan sama cuba nak bunuh dorang dua supaya saudara dia tak dibangunkan > Dong Chan cuba nak gali cerita sebenar > jatuh cinta dengan Mi Ran > bekas awek dia cuba nak balas dendam >  Orang jahat kena tangkap > tapi ada terlepas > cuba nak bunuh Mi Ran > Mi Ran masuk frozen semula sebab tak boleh dibedah bila suhu dia rendah sangat > Happy family at home 

Dah siap~ Ending dia macam kelam kabut sikit sebab pap pap pap dorang nak garapkan pengakhiran tu. Over all, boleh aje tengok. Time dah tak ada sangat idea nak tengok cita apa. 

Favorite Aien masa episod 11 sebab sepanjang episod tu dengan tajuk keluarga, memang fokus pada keluarga pasangan cyronic ni la.


Masa ni mak Dong Chan cakap kat Profosser Hwang - orang yang buat eksperimen frozen ni, kalau nak buat apa-apa buat kat dia dulu, daripada anak dia. Cukup la 20 tahun berpisah. 

Penghujung 

Drama ni sesuai la ditonton masa uolls dah tak jumpa sangat cerita apa nak tengok dan suka nak tengok cerita ngek ngok macam ni. Humor yang tak melampau, okay la. 


Till next drama. Jaa Nee!