Rabu, Mac 18, 2020

JURNAL | Mana pergi menghilang?



Hi, Assalamualaikum | Wah, lama menghilang ya, ke mana aja tuh? Ndak ke mana bah, lagi anik sudah dikasi lesen duduk rumah aja. Lagi aku suka. 

Kisahnya, tempat yang selalu aku meluahkan rasa dan gadget utama untuk menjadi sumber itu, terkaku tanpa bateri. Setelah si anak bertuah mencampakkan dirinya ke dalam tong sampah barang semalam, lalu gadget itu merajukkan dirinya tidak mahu dicas semula. Seperti kisahnya yang lalu, telefon ini acap kali meminta ditukar portable chargernya. Tapi, untuk kali ini bukan portable saja yang rosak, sampai memakan masa berhari dicas, buatkan aku malas nak berharap yang dia akan hidup semula. 

Tepu tu tepu, nampak sangat dah tak bolrh hidup tanpa telefon, tapi tu la. Siap kerja rumah aku. Siap semua tanpa perlu stress. Sampai tak tahu nak buat apa. Haha 

So, semalam Encik Suami pergi repair sendiri lagi. Katanya portable itu tak ada la senget mana, tapi .. Cukup la tu tahun dia berkhidmat. Haha Aku ni kalau pakai telefon tu, lebih dari 2 tahun tanpa sebarang masalah tu ajaib la kan. Ini kan pula dah masuk tahun ke tiga. memang minta nyawa la tu. 

Oh ya, sekarang dah kena bekurung dua minggu  istilahnya jangan keluar jika tiada apa-apa urusan. Ingat nak pulun tengok drama. Haaa, tapi drama yang dimuat-turun telah selamat di tonton. Apa lagi? 

Stay safe u olls. Jaga diri. Apa-apapun... Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. ^^

Rabu, Mac 11, 2020

JURNAL | Just another wednesday



I tried. Over and over. And I still at the same place. T^T



Okay. 




Yah, I know. But I know that I can do better than this. T^T




Just I don't have encouragement to move on. T^T

Isnin, Mac 09, 2020

PERKAHWINAN | Persediaan Berkahwin Dengan Orang Jauh?



Hi, Assalamualaikum | Cuti sekolah bakal menjelma, ramai orang mungkin akan memilih dalam waktu seminggu itu untuk melangsungkan perkahwinan. Tak kurang memilih untuk majlis apa-apa pun kerana masa itu punya waktu yang panjang untuk menjemput sanak saudara datang berkunjung. 

Mengambil peluang ini, Aien nak juga bercerita tentang apa persediaan harus dilakukan sekiranya pasangan kita itu orang seberang, atau berpisah lautan? Aien kongsikan ini berdasarkan pengalaman Aien dan suami. ^_^


Masa pertunangan

Ada sesetengah orang mungkin akan memilih untuk membuat majlis pertunangan lebih kurang dengan majlis aqiqah atau doa selamat. Yang kadang memerlukan rewang kecilan untuk hidangan para tetamu. Walaupun tak banyak, ianya akan memakan kos yang agak banyak jugak dalam sedar tak sedar. 

Jadi untuk buat dalam bajet, cukup sekadar menjemput orang terdekat seperti ahli keluarga pasangan atau lebih mudah, keluarga kita-kita saja. Apa yang perlu difikirkan; 

1. tiket penerbangan

Oleh kerana kita memilih orang jauh, pasti keluarga akan teruja menaiki kapal terbang. Ini bukan cerita mereka yang selalu pergi bercuti. Ini kisah mereka yang rakyat marhaen yang hidup cukup seadanya. Jadi, untuk itu, pasti kita harus menaja seluruh ahli keluarga untuk memeriahkan lagi. 

2. Homestay

Tempat tinggal sementara kita berada di sana. Mengikut pengalaman Aien dan suami, kami cuma mengambil masa 3 hari 2 malam untuk majlis ini kerana banyak juga nak kena fikir untuk majlis seterusnya. Boleh saja menginap di rumah bakal besan, tapi keluarga mentua Aien suka berdikari sendiri.

3. Kenderaan

Semesti wajib dicari kerana ini bakal memudahkan kita untuk bergerak tanpa menyusahkan keluarga bakal besan. Jika punya bajet banyak, boleh saja. Untuk Aien dan suami, kebetulan di rumah ada banyak juga pilihan kereta. Di sini bajet dah jimat. Tinggal tambah duit minyak kereta ja. 


Untuk kos hantaran, kami fikir untuk majlis pernikahan nanti, malas pulak nak fikir dua tiga kali. Pelamin juga tiada, sebab memang koboi habis sebab nak tabur duit masa majlis nanti. Al-maklum la, Aien pemula untuk berkahwin dalam adik beradik. Buat kali pertama mesti banyak hendak difikirkan kerana tiada pengalaman lagi.


Selesai sesi merisik dan bertunang, maka bergelar tunangan orang, jaga diri elok-elok. Orang tua kata, orang bertunang ni darah manis. Ramai yang mencucuk jarum. Jaga hati, jaga perasaan bakal suami moga berjaya mengikat hubungan yang halal sampai syurga.


Aien rasa setakat ini sahaja dulu perkongsian, mana yang berkenan nanti Aien sambung lagi.

Jaa Nee!