Selasa, Mac 24, 2020

HARI KETUJUH RMO: Buat apa je tu??


Malas la nak edit tulisan besar. Hi, Assalamualaikum | lama anik ndak update blog. Sorry la, telepon ku anik sudah binggong. stress aku cas dari malam jumpa malam balik tak penuh-penuh. Sob sob merenung dinding. Nasib HANI MYNIS ada bagi cabaran untuk 14HariRMo ni. 


Dan Aien pun buat la pelan-pelan bila telepon tu macam meragam, haaa buat la sibuk sendiri. Kalo dia molek, kita muat turun drama bebanyak. Kah! Eh, Episod je banyak. #currently watching Eternal lOve of Dream. Haa, nanti dah sudah Aien review. 

Berbalik pada cabaran 14HariRMO ni tadi, Aien dah buat mana yang simple macam lap tombol pintu which is clean with anti bacterial tips. Haaa, tak tau la. Janji kemas, bersih suda. setakat ni yang berat dah buat cuma bersihkan peti sejuk bahagian luar dan dalam, bersihkan bilik air/mandi  mangkuk jamban. Haa, gitu laa. 

Tak ada apa yang menarik. Yang lain bersih simple-simple suda. nak buat operasi ekstrem tu belom boleh lagi. 

Haa, tu je la nak kabo. Nak kabo. tak buleh nak apdet selalu, tepon dah nyawa kus kus. segalanya dari sini, laptop ada tapi buat layan drama la. nak online tak buleh. kan? 

U olls stay safe tau. #stayathome .. 

Khamis, Mac 19, 2020

CHINESE DRAMA | Find Yourself (2020)

Hi, Assalamualaikum | Berjaya juga tengok drama ni sampai habis. Pada mulanya memang drama ni ada tersimpan dalam wishlist, nak tengok tak ada mood. Sekali dah nak tengok. Pergh~ banyak juga nasihat best dalam ni boleh digunapakai. 



Drama yang berdurasi 45 minit pada setiap 41 episod ini agak berat jugak nak habiskan memandang terlalu banyak episod dia. Tapi, kita ada cuti yang panjang kan?  Tengok la demi adik manis yang baru nak naik ni, Song Wei Long. 

First Aien kenal dia, dalam cerita Love The Way You Are , dan lakonan dia best sangat. Plus dia comel. Muda lagi. Kemungkinan untuk dia jadi next best actor ni tinggi kot. 

Sementara heroin dia pulak, Victoria Song, penyanyi dari kumpulan f(x) kalau tak silap la kan, beralih menjadi pelakon di tanah air sendiri sejak beberapa tahun ni. Hasil lakonan dia juga tak mengecewakan sejak Aien tengok dia dalam Moonshine & Valentine juga sebagai heroin. Orang nya lawa kot. Manis gitu. Juga berpontensi untuk berlakon lebih banyak drama. 

Sinopsis

Drama Find Yourself ini mengisahkan kisah cinta antara seorang wanita bekerjaya He Fanxing  dan lelaki muda, Yuan Song. Lebih kurang mengisahkan perjalanan hidup He Fanxing dalam mencari erti cinta sejati dengan selingan persahabatan serta keluarganya. 

Dalam masa sehari gigih Aien habiskan seluruh drama ni demi nak mengetahui adakah He Fanxing ni dapat bersama dengan Yuan Song ni balik ke tak? Phew..

Jalan cerita yang agak perlahan tapi kena pada rentaknya membuatkan korang takkan boring demi persahabatan unik antara He FanXing dan kembarnya He CanYang serta bersama Song Xue dan Yang LouYu. Boleh dikatakan setiap karakter dalam drama ni memberi impak juga pada Aien yang menonton dan terfikir best juga ada kawan gitu. Hehe

Okay la, korang baca sendiri beberapa screenshot yang Aien rasa deep betul la.. 

- Bila Song Xue, dapat tahu suami Yang Louyu ada skandal. Dan tipu la kata seorang isteri tak tahu kan?







Padahal dia masuk dalam bilik air, termenung sendiri fikirkannya.


satu lagi part bila masa, He Fanxing marah kat mak dia, sebab macam asyik mendesak dia berkahwin dengan lelaki yang ada stable life, yet bukan orang dia suka. So ayah dia nasihatkan He FanXing ni tadi. Well, seronoknya cara ayah dia nasihat ni, lembut. tapi menusuk ke hati.














Haa, kan banyak dah screenshot ni. Haha  k la. Uolls nak tahu apa cerita sebenarnya, Find yourself la..  Haha

#stayathome


Rabu, Mac 18, 2020

CHINESE DRAMA | Well Intended Love Season 2



Hi, assalamualaikum | Yes! Season 2 telahpun ditayangkan. Yehee~ boleh tengok lagi sweet lover Mumu ngan husband dia. Lepas dicari, rupanya season one punya tak ada buat review daa.. Tak apa la. Haha

Sinopsis

Masih mengekalkan pelakon yang sama daripada siri satu, dan juga plot yang lebih kurang yang mungkin seperti deja-vu kepada Xia Lin dan juga Yi Zhou. 


Review Aien 

jika lihat di atas, boleh tahu yang Aien memang tunggu dorang punya siri kedua ni, tapi tak sangka pulak director mengekalkan plot yang sama. La, macam lebih kurang tengok siri yang pertama  cumanya Yi Zhou tu, daripada episod satu dia dah panggil Xia Lin dengan nama timangannya Mumu. Haa~ konfius sat.  ini ulangan ke atau.. ah.. konfius laa.. 

Dengan 16 episode saja tak ada bosan sangat nak tengok. Boleh la buat buang boring kena kuarintin ni kan. Hehe