Khamis, Mac 26, 2020

10 PERKARA AKU SYUKURI SEMASA Covid-19


Hi, Assalamualaikum | Idea datang selepas singgah ke blog Elly Matin yang mengajak kita sama-sama  kekal positif dalam membanteras virus covid-19 dari terus merebak. 

Yang sebenarnya, pada mulanya Aien tak suka juga dengan perintah ni, sebab kami (keluarga Aien) baru nak berkumpul demi menyambut Anniversary parents. Ingat dapat spend time before raya, sebab lama sangat tak jumpa. Last jumpa, selepas majlis Kakak Sulong Aien. dah siap prepare dah semua barang untuk bbq dan sebagainya, yet perancangan Allah SWT itu yang terbaik. 

1. Luang masa dengan keluarga kecil 

Rumah sendiri is the best place ever - unknown

Well, actually Husband tanya nak balik kampung atau nak stay rumah cuti PKP ni. Aien decide nak bahagi la kan. First week, rumah sendiri. Dapat la kemas apa patut. Angannya begitu. Next weeknya, baru balik kampung. When covid-19 got so serious, rumah sendiri la sepanjang 28 hari ni. Bahagia dalam hati gitu. sedih juga bila Nayla asyik menyebut nenek, but bagi la Ibu freedom sat nak oi.. Biar la dorang bermain dua beradik, kita empat beranak golek-golek bahagia gitu.



Ini bukan 10 ni Nur, Haha.. cumanya bersyukur sangat, dengan Covid-19 ni, anak-anak more relate dengan ayah dorang. Kalau tak asyik nak Ibu aje kan. Bila kena perintah berkurung di rumah macam ni, dapat pulak rumah sendiri is nothing I was thankful more. Sambil-sambil sendiri juga boleh cari masa untuk diri sendiri. Make up for another me time.

Jadi ke setiap 10 perkara yang Aien syukuri ni, the most is.. I got my small family keep safe. And doakan korang semua stay safe k. Jangan mengelayo kata orang sarawak kalo tak ada hal penting. Semoga wabak ni terus nyah dari Malaysia dengan sikap kita sendiri yang prihatin terhadap satu sama lain. Stay at home. Stay strong k. Hehe


SEGMEN | Segmen Bloglist 2020 Cida


Hi, Assalamualaikum | Thanks Shu jemput Aien join segmen ni. Haa, masa kena #stayathome diam-diam ni la kena rajin jalan-jalan ke blog kawan blogger. 

oKay, tanpa buang masa apa lagi korang, jom support. ^^

klik banner untuk join k. 

Rabu, Mac 25, 2020

CHINESE DRAMA: ETERNAL LOVE OF DREAM (2020)


Hi, Assalamualaikum | Seperti yang dijanjikan, sudah tonton buat la reviewnya. Nah, aku di sini dong~ 

As much as you may know, drama series Eternal Love dari China Mainland ni banyak sangat sequel dia. Kalau tak silap, ianya adaptasi daripada novel terkenal dari negara sama, Three Lives  Three Worlds, Ten Miles Peach Blossom yang ditulis oleh Tang Qi Gong Zi. 

Beberapa tahun lepas, Aien dah tengok yang first series dari drama ni, iaitu Chinese Drama: Eternal Love (2017)  Kan dah kata dorang memang akan buat sequel versi Fengjiu (anak buah kepada Bai Qian) dan Emperor Dong Hua. Nah, lama juga kan nak tunggu. 

Mungkin ada juga tak suka tengok drama china ni sebab meleret kadang-kadang. Well, we got plenty time here. PM tambah lagi dua minggu. Lepas ni nak tengok apa lagi?

Info drama: 



Title:  Three Lives, Three World, The Pillow Book (Eternal Love of Dream)
Genre: Wuxia, Fantady, Romance
Episode: 56 Episode
Cast: Dilraba Dilmurat, Gao Weiguang
Sinopsis: 2000 years love story of Bai Feng Jiu and Dong Hua Din Jun


Review Aien: 

Again, me dengan kegigihan menghabiskan drama is the other way to find my "me time". 

Yeay! Finally, The Pillow Book dah ditayangkan. Masa tengok kisah Bai Qian dan Ye Hua tu, curious betul la macamana ending Dong Hua Din Jun yang Ice Face dengan Feng Jiu yang nakal ni. Comel sangat. 

Dilraba Dilmurat ni, memang lately cerita dia banyak sangat sebab muka dia unik dan dia sangat comel. Lagi-lagi dia bawak watak nine tails fox yang memang nakal ni. Eee~ 

Back to our story, bila kita dah tunggu sesuatu drama, confirm kita ada the higher expectation untuk drama ni. As usual, sama ja dengan Eternal Love yang lepas, cuma kisahnya beralih dimensi pulak. Dalam series ni, banyak sangat kisah cinta yang di-highlight kan, sampai kita ( as me je kot) nak tahu how they begin and how will they be. Gitu~ 

Tribute perjalanan drama:

Dong Hua Din Jun, Emperor yang terkenal dan paling kuat di Eight Sea and Four Dessert dan  dikagumi ramai fairies sampai semua memang berangan nak rapat dengan dia. Again  dia the Ice Face susah sangat nak rapat dengan orang dan asyik nak sarkastik je kerja dia. Buat orang nangis tu memang kerja dia. Sehingga la, hadirnya Feng Jiu dalam kehidupan seharian Dong Hua. 

Bai Feng Jiu, merupakan puteri tunggal untuk generasi ketiga dari Fox Clan selepas Bai Qian. Sangat nakal dan ada saja idea nakal dia tu. Sampai dia rasa nak pergi approach the Ice Face, yang memang menjadi idola-nya dan cinta pertamanya. 

Mula dia merayu pada Si Ming, tukang tilik (ke peramal gitu) juga kawan baik kepada Fox Clan, untuk seludup dia masuk ke Tai Chen Palace, tempat kediaman Dong Hua Din Jun di Sky Kingdom sebagai seorang maid. Siap janji, dia takkan buat apa-apa pada Dong Hua Din Jun ni dengan Si Ming. Sebab kesan pada kreditibiliti Emperor ni nanti. 

Bila orang terkenal dan sememangnya kacak, walaupun Ice Face gelarannya pasti ramai saingan untuk Feng Jiu ni, lagi-lagi tiada siapa kenal dia sebagai Puteri QingQiu buat masa ni. 


Rival Pertama - Princess Zhihe adik angkat kepada Dong Hua Din Jun yang kematian ibu bapa dan diangkat oleh bapa Princess Zhihe. Bila dia rasa dia dekat ngan Dong Hua Din Jun, dan selagi bukan dia menjadi Empress, tiada siapa boleh. Sehingga la dia rasa dia memang takkan dapat perhatian Dong Hua walau apa sekalipun dilakukannya. Untuk itu, memakan beberapa tahun juga selepas dia hilang keistimewaan daripada Dong Hua sendiri. 


Feng Jiu rasa Princess Zhihe ni lebih-lebih sangat sampai bila dia dah kembali ke Sky Kingdom sebagai Princess of Qingqiu, dibuli dia balik Princess Zhihe ni atas perasaan semberono dia masa Feng Jiu jadi little fox, haiwan peliharaan Dong Hua. 


Rival kedua - First Princess demon Clan, Princess Ji Heng yang nak dikahwinkan dengan Dong Hua Din Jun oleh King Demon iaitu abang kepada Ji Heng. Disebabkan bapa Princess Ji Heng merupakan kenalan ke apa ntah pada Dong Hua Din Jun, dia terima sebab nak rawat Princess Ji Heng yang dah terkena racun mende ntah. 


Feng Jiu selalu berkecik hati atas layanan Dong Hua Din Jun pada Princess Ji Heng. Terasa diri dia diabaikan oleh Dong Hua bila ada kehadiran Princess Ji Heng. Sampai dia tiga kali jumpa balik dengan Ji Heng ni pun, dia sentiasa rasa Dong Hua Din Jun ada perasaan pada Princess Ji Heng. 


Rival ketiga - Miao Lou a.k.a Banshee kot, yang dikurung oleh Dong Hua Din Jun sebab mungkin dia bawa kemusnahan pada keharmonian antara Heaven and Earth. Banshee ni selalu nak musnahkan Dong Hua yang dirasa terlalu angkuh dengan pangkat yang dia ada padahal dia rasa terancam sangat Dong Hua akan konker realm. kot. Bila dia tahu kelemahan Dong Hua Din Jun, iaitu Feng Jiu ni makin dia rasa Dong Hua tak layak untuk kurung dia. 


Untuk Banshee, Feng Jiu tak rasa terancam sebab dia tahu Dong Hua takkan layan mana-mana sexual attractive ni. Kecuali perempuan psiko yang obses. Haha 

Kesimpulannya drama Eternal Love of Dream ni, memang dream sangat, sebab antara Emperor yang hebat dan Little Goddess yang baru nak naik. Umur pun jauh na beza. Haha 

Untuk turut terjebak dengan sequel yang terlalu meleret dan banyak sangkut paut dia kalah politik yang hado, kena mula dengan movie dia. Sebab Aien juga begitu dulu.

Baca sini macamana nak tahu: Once Upon A Time

Bila dah mula curious, boleh go on dengan the next series. Giteww~ Nak tahu Feng Jiu dan Dong Hua ni dapat bersama atau tak, kena la tengok kan. Jangan bosan-bosan pulak kat rumah tu. Aien pun dah boring nak masak. Haha

Nak try tengok ada satu sequel tu, macam barisan pelakon yang sama, tapi tak tau sequel dia juga ka tak. Nak tahu yang mana? tunggu ye..