Jumaat, Mac 27, 2020

HARI KESEPULOH PKP: Reaksi rakyat tentang Mak Cik Kiah


Hi, Assalamualaikum | Hari kesepuluh rasa macam dah sejuta tahun tak keluar rumah. sambil sidai baju, termenung tengok jalan belakang rumah yang sunyi. Eh, tak ada la sunyi sangat. Kejap dengar la jugak bunyi kereta lalu, motor ke lalu. Acik 'pasar bergerak' lalu tet tet.. Tapi, apa boleh buat masih juga tak dapat keluar. 

Hari ni kecoh rakyat slash netizen atas Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh PM kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin jam 3 petang tadi. Kecoh juga netizen #MakcikKiah ni. Alhamdulillah terima kasih PM dan kerajaan PN atas semua yang diperuntukkan. 

Kita tak keluar rumah, jadinya rasa macam semuanya normal saja. Tak tahu macamana sunyinya kedai-kedai di luar tu jika tak tengok berita. Ada juga manusia yang degil rasa diri punya imun badan superpower masih bekeliaran. Eh, itu tak tahu. Apa yang Aien tahu, jiran baru sebelah rumah ni, anak-anak dia sokmo lelari pagi kejap, tengahari kejap, petang kejap, malam kejap. Ada la masa dia jika nak dibandingkan awal PKP dulu. Saban hari main di luar. Hish, stress juga dengar. Mungkin dia ada mak cik dalam kawasan kuarters ni, jadi boring-boring, dia lari ke rumah mak cik deme. Sampai Nayla pun pandai menjengah keluar kalau dengar bunyi bebudak tu berlari atau bersembang depan rumah. Aien ni jadi stress dengar suara di luar rumah tau. Sangka baik aje laa. 

Haa, berbalik kisah Mak cik Kiah tadi, tak ada apa pun nak diceritakan cumanya saja nak ambil port pasal hal ni. Nak cerita betapa la dah tepu dok rumah, kiasan mak cik kiah pun boleh jadi hiburan. Apatah lagi kerajaan mengumumkan bagi duit untuk rakyat. Seronoknya. Tapi kena beringat, berapa lama tempoh PKP ni akan berlangsung? Minggu kedua ni pun sendu nya nak habis rasa. Bagaimana la minggu ketiga dan keempat nanti? Ada yang dah resah di kalangan para penjual yang risau sumber pendapatan mereka. Ada yang risau, anak-anak yang bersekolah dan bakal mengambil ujian besar seperti SPM, PT3 dan UPSR tahun ni bagaimana? Dan, macam-macam la. 

Jika ditanya pada Aien, apa yang merisaukan Aien adalah, Adakah covid-19 ni takkan reda sampai kita raya nanti? Atau berlanjutan sehingga hujung tahun? Nauzubillah min zalik. Aien cuma mahu berjumpa keluarga saja ni. Walaupun kadang selalu juga di video call, tapi takkan pernah sama duduk semeja. 

Risaunya juga jika, tahun 2020 ini berlalu dengan awan mendung yang susahnya beredar tanpa angin. Ibarat Aien lihat di laman sosial Twitter, ada yang mempersoalkan, bolehkah uninstall 2020 ni? banyak sangat virus. 

Oh, jika semudah itu.. Pasti seronok. Risaunya anak-anak kecil bagaimana masa depan mereka nanti jika wabak pandemik ini tidak surut jua. 

Masa ni ambik peluang merenung, di mana nasib kita? Tetiba rindu dengan zaman Aien bersekolah dahulu. Rindunya itu dengan nasyid daripada Qatrunada, Mawaddah dan bait-bait sajak yang ditulis oleh Almarhum Abuya. Bukan memuja, tapi serba sedikit apa pesanannya dahulu kian benar berlaku. Tak segera, perlahan-lahan mengambil tempat. Tapi, jiwa ini, jasad ini masih bergelumang dengan dosa. Allahu rabbi~ Diam-diam menangis sendiri. Apakah aku layak menjadi Ikhwan yang dirindui Nabi? Adakah aku ini layak mendapat syurgaMu ya Allah? 

Terduduk memeluk lutut. Melihat anak-anak kecil hidup tanpa dosa, yang ada di depannya contoh yang serba kekurangan. Allahu rabbi.... 

Kenapa tetiba entry ini jadi sedih? Sebab sendiri tak punya harta sedikit pun jika ditanya, yang ada hanya dua ketul anak yang jika ditanya nasabnya itu buktiku. Bila kerajaan bagi bebanyak macam ni, terfikir sejenak.. Aku masuk golongan mana? Ketawa sekejap. 

Rezeki Allah ada. Kata kakak. Jika tiada dalam list bantuan yang disebut PM, pasti ada di tempat lain. Oh.. Hilang sudah pergantungan pada ya rabbi. Masya Allah.  

Jangan lupa yang kawan-kawan. Covid-19 ini datang tanpa khabar, perginya juga tiada jejak. Semoga perginya itu dalam kadar segera dan kita dapat bersama-sama berjemaah solat taraweh di masjid. Rindunya itu.. solat di pagi raya. 

Pergi la dikau covid-19.. Bawa la segala dosa kami, kerana kau juga tentera Ilahi, untuk mengingatkan kami. 

Semoga aku dan kalian terpelihara dari segala wabak penyakit ini. Moga kita daripada orang yang taat dan mendengar kata. Moga kita di antara orang yang bersyukur di atas nikmat-nikmatNya. Pasti semua ada hikmah di sebaliknya. 



Khamis, Mac 26, 2020

10 PERKARA AKU SYUKURI SEMASA Covid-19


Hi, Assalamualaikum | Idea datang selepas singgah ke blog Elly Matin yang mengajak kita sama-sama  kekal positif dalam membanteras virus covid-19 dari terus merebak. 

Yang sebenarnya, pada mulanya Aien tak suka juga dengan perintah ni, sebab kami (keluarga Aien) baru nak berkumpul demi menyambut Anniversary parents. Ingat dapat spend time before raya, sebab lama sangat tak jumpa. Last jumpa, selepas majlis Kakak Sulong Aien. dah siap prepare dah semua barang untuk bbq dan sebagainya, yet perancangan Allah SWT itu yang terbaik. 

1. Luang masa dengan keluarga kecil 

Rumah sendiri is the best place ever - unknown

Well, actually Husband tanya nak balik kampung atau nak stay rumah cuti PKP ni. Aien decide nak bahagi la kan. First week, rumah sendiri. Dapat la kemas apa patut. Angannya begitu. Next weeknya, baru balik kampung. When covid-19 got so serious, rumah sendiri la sepanjang 28 hari ni. Bahagia dalam hati gitu. sedih juga bila Nayla asyik menyebut nenek, but bagi la Ibu freedom sat nak oi.. Biar la dorang bermain dua beradik, kita empat beranak golek-golek bahagia gitu.



Ini bukan 10 ni Nur, Haha.. cumanya bersyukur sangat, dengan Covid-19 ni, anak-anak more relate dengan ayah dorang. Kalau tak asyik nak Ibu aje kan. Bila kena perintah berkurung di rumah macam ni, dapat pulak rumah sendiri is nothing I was thankful more. Sambil-sambil sendiri juga boleh cari masa untuk diri sendiri. Make up for another me time.

Jadi ke setiap 10 perkara yang Aien syukuri ni, the most is.. I got my small family keep safe. And doakan korang semua stay safe k. Jangan mengelayo kata orang sarawak kalo tak ada hal penting. Semoga wabak ni terus nyah dari Malaysia dengan sikap kita sendiri yang prihatin terhadap satu sama lain. Stay at home. Stay strong k. Hehe


SEGMEN | Segmen Bloglist 2020 Cida


Hi, Assalamualaikum | Thanks Shu jemput Aien join segmen ni. Haa, masa kena #stayathome diam-diam ni la kena rajin jalan-jalan ke blog kawan blogger. 

oKay, tanpa buang masa apa lagi korang, jom support. ^^

klik banner untuk join k.