Ahad, April 05, 2020

JURNAL | Indahnya pelangi selepas hujan


Hi, Assalamualaikum | Indahnya pelangi~ terngiang-ngiang lagu Didi&Friends si Kakak Nayla. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, memang dia saja yang menguasai laptop ni. Ibu pulak dah semakin bosan dek kerana telefon sudah kembali ke rahmatullah. Eh! Kisahnya semalam, termenung dan terus termenung. Hari semalam, Ibu dah pun buat beberapa kerja cleaning. Dah datang seru nak cleaning, hari kembali suram dengan hujan yang dikira alhamdulillah, sejuk sikit hari. Ibu kembali ke sarang dengan perasaan malas. Terus termenung lagi. Terima kasih ada beberapa rakan blogger singgah nasihat jangan terlalu lama termenung. Thanks semua~ 

Cerita pelangi ini, seharusnya cerita gembira di sebalik kedukaan. Bila dah selalu sangat termenung, daku pun asyik nak tikam belakang semua memori yang tak sepatutnya berdaftar lagi dalam slot kepala. Seharusnya dipadamkan sejak dulu. Jadi, bila dah teringat kisah sedih bercampur duka. semuanya bersatu dan sudahnya meratap di bucu. Sendiri cari pasal, sendiri sedih. Memang tiada kesudahan cerita macam ni kan? 

Tapi, lain pulak kali ni. Sambil meratap tu, Aien buat remark. Contohnya sambil menulis la. Ala, macam anak dara tulis surat cinta sedih-sedih cintanya ditolak kerana kekasih hati sudah berpunya. Dia pun menulis sehingga habis basah tiap helaian muka surat buku tersebut. Pernah kan? Macam tu la kiasannya. Tiba di sebuah memori sedih yang di tikam belakang itu, Aien perasan sesuatu. Kisahnya terbalik sehingga tak jadi nak menangis lagi dan sendiri kesat air mata. Oh, tamat ceritanya di situ. Aien sudah jumpa penghujung cerita yang sepatutnya sedih itu tadi dengan satu penyelesaian sekaligus memberi satu idea yang bernas. Itu konklusi kepada indahnya pelangi selepas hujan. 

I got my rainbow after cried thousand times. Fuh~ penat jadi seorang wanita ini adalah berperang dengan emosinya sendiri. Jangankan lelaki tak pernah faham akan diri wanita itu, bahkan mereka wanita sendiri takkan pernah faham apa yang mereka mahukan sebenarnya. Cuba lihat, siapa saja yang jadi bawang rangers? Dalam kata, aku tak mahu jadi mak cik bawang, tapi masih membawang? Alamak, terkena pada diri sendiri la pulak. Maka, kisahnya begitu la diari hati wanita. Takkan pernah sunyi dalam battle of emotion. 

Bila dah kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, dah masuk minggu ketiga juga, bayangkan seorang suri rumah yang sememangnya tak keluar rumah sebelum dari PKP ini dikuatkuasa, dan sekiranya virus covid-19 ni terus berleluasa, dan PKP ini bakal dilanjut sehingga raya kebarangkaliannya, Masya Allah~ Ya Tuhan! Kang betul-betul talian Nur atau befrienders tu penuh dengan panggilan dari aku je nanti. Kah! Habis juga satu buku aku tulis selesai virus covid-19 ni nanti. Amacam?

Nak pratikkan skill memasak atau baking, yang sudahnya tiada juga yang sudi nak makan, haram jugak nak membazir saat barang kering dan basah menjadi dua kali ganda harganya daripada harga promosi. Aduh~ di sini saja tempat daku membebel. 

Ceritanya lagi, rupa-rupanya pihak Lazada mahupun Shopee juga turut menundakan segala sesi posting segala barangan yang ditempah oleh masyarakat. Ke Aien sorang je yang terasa? Bayangkan Aien order pampers anak-anak untuk kegunaan PKP ni, atau senang cerita untuk tempoh bulan April ni, yang penghujung cerita, Encik Suami terpaksa beli di Mydin. kata seller, terpaksa tunda sebab PKP fasa dua ni makin ketat, dan paling awal dorang boleh pos sekitar tamat PKP ni nanti. Tak tahu la nak menangis ke meratap ke macamana ni. Benda ni sudah juga Aien bebel dalam post yang lepas. Tapi, masih juga nak bebel lagi. Dek kerana kita yang kena marah sebab tak baca elok-elok. Ceh! Aku tengok rates majoriti kata sangat bagus servis. Jadi, kita expect the unexpected gitu~ adeh! 

Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bersambung lagi, sehingga betul-betul reda, Aien tak tahu macamana akan terjadi pada diri sendiri. Okay, done bebel! Sekian. 

Next, sambung bebel kalau emosi masih tak stabil. HA HA HA HA


Rabu, April 01, 2020

JURNAL | Suramnya MARCH, sinar baru pada APRIL



Hi, Assalamualaikum | cerita di bulan March sangat tiada menariknya apabila cuti sekolah dipanjangkan sehingga sebulan lamanya. Maka, seluruh dunia juga turut berduka dengan peperangan bersama jisim yang tiada bayangnya iaitu  covid-19. Oh, juga segala apa yang dirancang pada March lalu tiada juga mampu dicapai. Yang penghujungnya duduk rumah diam-diam.

Kisah March, aku dan keluargaku masih di sini. Bergolek-golek bersama mereka. Melihat Nayla kian petah berkata-kata menyusun bait-bait kata. Melihat Najmi kian kuat menjadi taiko di sebalik kakaknya. Adeh! Apa pun masa hampir sebulan duduk rumah diam-diam ni, aku termenung merenung ke luar jendela kerena telefon XIAOMI NOTE 4x yang telah berkhidmat dengan ku, sejak pertama kali dibaiki oleh encik suami dan seterusnya dibaiki dan dibaiki dan akhirnya menghembus nafas terakhir tika penyambung nyawanya telah terputus sama. Oh, jangan ditanya betapa bosannya Perintah Kawalan Pergerakan aku ni. Sudah terputus drama dan cuma melihat drama dua kanak-kanak riang seronok menyepahkan rumah. Ulang la lagi tengok drama yang masih tak boleh bergerak darinya Eternal Love of Dream dan kadang-kadang buka juga lagi Crash Landing On You. Balik-balik, gitu la ceritanya. Tiada apa juga menarik sampaikan idea nak update blog ada, jika linenya juga parah. Tak juga bernafas.

Sambil-sambil godek-godek la melihat barisan telefon yang mampu milik untuk dicari ganti. Semoga encik suami berbesar hati menaja sebuah telefon pintar ni. Tepu sudah bini nya ani..

Oh, cerita April, dengan Ramadhan kian menghampiri, termenung sendiri lagi diri. Agaknya itu saja kerjaku sejak PKP ni. Termenung, termenung dan termenung.

Sudah la, tiada apa juga yang menarik. Baca kisah orang yang memberi inspirasi lagi bagus. Da!



Selasa, Mac 31, 2020

SEGMEN | Segmen Bloglist Blogbabyshambles


Again~ Hi! Meriahkan lagi segmen rakan blogger di kala kita dalam PKP ni ye.. Haha Jangan boring pulak singgah. Aien support ye..

Macam biasa klik banner untuk join!