Selasa, April 07, 2020
RANT | Benda yang paling aku takut bila BERKAHWIN.
Sebentar lagi, korang akan berkahwin, mempunyai pasangan, bersama-sama membina keluarga kecil kalian. Sama ada menjadi sebuah keluarga bahagia sehingga jannah, atau korang hidup seperti dalam neraka. Semua itu pilihan kita. Bermula dengan satu pilihan, kita menuruti perjalanan yang telah kita pilih itu.
Jujurnya aku berangan nak tulis sebuah entry post dengan penuh rasa memberi inspirasi which is not easy sebab terpaksa karang ayat umpama SPM bahasa Melayu. Jadi, disebabkan kepayahan itu, aku memilih untuk menaip selaju mungkin mengikut apa sahaja yang ada di kepala ini. Rant sebegini seharusnya aku taip sebelum aku menerima lamaran dari sang suami, tapi aku peram dalam kepala sampai tiba detik PKP yang membosankan, dan aku perlu keluarkan rant ini dari kepala.
"Best tak kahwin?" Soalan pertama yang diterima seusai sahaja tamat majlis pernikahan dan persandingan. Eh, bukan soalan bila kau nak ada anak ya. Dan kita sebagai ciptaan Allah yang terkenal dengan sifat pemalu pasti menjawab; "kalau nak tahu kau kahwin la dulu.." Skema syiak jawapan. Ini cerita di awal perkahwinaan. Seterusnya kau akan bertarung emosi macamana nak uruskan suami, rumah dan memastikan kewangan rumah tangga korang akan berjalan dengan lancarnya. Belom masuk cerita mak mertua yang asyik nak korang balik ziarah rumahnya, cerita ipar duai yang bertanya bila korang nak ada anak dan sebagainya. So, rentetan ini sangat la menakutkan buat seorang wanita.
Benda paling aku takut bila berkahwin adalah Sekiranya aku tersalah pilih seorang lelaki itu sebagai suami. Sesiapa pun yang bernama wanita itu pasti takut perkara ini selepas seramnya malam pertama. Benda ini membuatkan sejuta wanita yang bergelar anak dara takut untuk mendirikan rumah tangga buat masa kini kerana beberapa sebab di antaranya yang di atas, dan juga kos sara hidup yang semakin meninggi. Bila bercerita di kalangan mereka, pasti perihal ini dibangkitkan. Dan aku bercerita ini berdasarkan dari pengalaman aku sendiri, which is aku sejenis manusia yang selalu ikut flow yang mana aku tiada perancangan awal. La, bukan tiada langsung. Cumanya aku ini selalu berjalan jauh daripada perancangan asli aku. Heran kan? Itu namanya takdir. Kah!
Perkahwinan ini bukan seperti masa korang pilih siapa nak jadi teman lelaki korang, bukan nak fikir apa benda yang menyenangkan hati teman lelaki korang. Adeh~ macam ada trend anak-anak muda sekarang yang baru ber-kapel dan guna gelaran macam sudah mempunyai anak. Euwww~ Tak dapat bayangkan kisah seterusnya jika mereka ini mendirikan rumah tangga kelak. Bukan jaga jodoh orang ya.
Kerana tidak mahu semuanya menjadi igauan ngeri, sebelum berkahwin, doa yang baik-baik untuk 'masjid' yang bakal korang bina itu. Doa sememangnya senjata seorang mukmin yang sejati. Dalam apa jua urusan, doa merupakan kunci utama supaya Allah SWT yang Maha Berkuasa menjaga bahtera yang ingin kita bina. Sambil berdoa itu, jangan lupa usaha berapa banyak tips dan petua yang dikongsi oleh warga dunia, di merata media sosial. Apa yang penting, adalah tolak ansur, saling memahami antara sama lain dan selalu berkomunikasi antara pasangan.
Selain itu, benda yang paling sesiapa takut adalah bila suami itu seorang yang panas baran atau jenis suka mengangkat tangan. Ya Allah, ini betul-betul igauan ngeri. Nauzubillah min zalik. Kita sangat tidak boleh menilai seseorang itu dengan luarannya. Ada juga sejenis lelaki ini suka benar tabur janji manis, bila sudah dimiliki dia mampu untuk tunaikan semua yang dijanjikannya. Ada juga yang menanam tebu di tepi bibir, tapi hakikatnya habuk pun tarak. Masa ini, kita yang sudah sah menjadi isteri terduduk di bucu katil. Merenung nasib sendiri. Oh, pegang hati tu, ingat; Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuannya. Pujuk diri sendiri. Jangan disalahkan diri sendiri, hadapi dengan tenang. Kerana wanita itu luar biasa. Jika dilihat di luar sana, macam-macam cerita wanita-wanita hebat. Ceritaku ini hanyalah picisan yang dikurniakan keuntungan yang sering kali aku lupa untuk bersyukur.
Jadi, buat wanita-wanita di luar sana, yang kuat dan menghadapi dugaan, terutama seperti ummiku, inginku peluk sekiranya kita dipanjangkan umur lagi untuk berjumpa. Buat mereka yang baru saja membina dan seperti aku yang baru berada di fasa pertama alam perkahwinan ni, sering aku panjatkan pada Ilahi, agar menjaga bahtera kami ini. Supaya sekiranya dilanda badai suatu hari nanti aku dikuatkan jiwa untuk menghadapi.
Jangan pernah takut untuk hidup berpasangan, kerana kita ini memang diciptakan yang Maha Esa untuk hidup berdua. Saling melengkapi antara sama lain. Apa cerita sedih itu, namanya asam garam kehidupan. Tiada juga manusia yang gembira senantiasa, dan tiada juga yang sentiasa dalam kesedihan. Kerana alam juga Allah ciptakan ada pelangi sebaik saja hujan. Ada juga cahaya selepas gelapnya malam. Apapun yang berlaku selepas kita pilih itu, anggap saja ujian untuk kita tanda Allah sayang pada kita. Seperti kisah semalam aku baca di blog rakan blogger, 'This too, shall pass." Ini juga akan berlalu. Don't worry, be happy.
Apa juga dugaan yang pernah terdetik di hati ini yang mungkin bakal berlaku, antaranya jika suami atau aku yang pergi dulu? bagaimana kehidupan aku selepas itu bersama anak-anak? Adakah masih di Tanah Semenanjung ini atau pulang ke kampung halaman? Atau kenalkah lagi anak-anak akan keluarga sebelah ku nanti? jika bahtera kami diuji dengan orang ketiga? Perihal ini pernah jugak aku berbincang dengan mertuaku. Beraninya kau? Kah! Pasti jawapan mak kepada suamimu akan berkata, "alah, dia takkan la buat begitu.." Tapi, hati seorang isteri pasti runsing perkara begini. Bukan mendoakan benda ini berlaku, kita cuma memikirkan kebarangkalian untuk berlaku. Sangka baik juga salah satu method yang terbaik selepas berdoa. Kerana bila kita fikir yang baik-baik, pasti yang baik-baik akan berlaku. Kan? Bila kebarangkalian itu seperti tinggi, apa juga yang kau akan lakukan untuk perkahwinan ini? sama ada teruskan bersama atau berpisah secara baik?
Wah, ceritanya apabila aku seketika di Majlis Agama Islam Miri, peratus untuk berpisah di kalangan anak muda sangat tinggi kerana mereka ini sering terikut trend semasa. Aneh bukan? Oh, kawan aku bercerai dengan suaminya. Aku pun boleh. Berkerut dahi aku dengar. Apa juga mereka fikirkan tika menerima lafaz nikahitu serupa mudahnya menjatuhkan lafaz talak? Pening kepala mak oi~ Pusing sejuta kali, belum usia 30-an sudah bercerai nikah lebih dari 10 kali. Haa, enaknya kau. Ini perumpamaan saja. Anda begitu, kata orang tua dulu, menabur benih zuriat. Pahtu yang susah menjaga sang bini tergapai-gapai. Siapa juga yang susah? wanita juga. Again, pening kepala.
Panjangnya bicara rant ini. Sudahnya, terlalu banyak juga perkara yang aku takuti. Esok, aku cerita tentang apa lagi yang aku takut selepas ini. Membawa minda jauh daripada terus memikirkan virus covid-19 ini bila nak habis kan? Akhir bicara, doakan semoga rumah tangga yang kita bina ini sampai ke syurga, sehingga hujung nyawa, pimpin lah tangan pasangan masing-masing bersama mencari redha Allah SWT.
Isnin, April 06, 2020
JURNAL | Messy home during PKP is fun!
Hi, Assalamualaikum | Sebelum meneruskan menaip; ini merupakan cerita tanpa gambar. Ya Tuhan~ berapa stressnya kaum ibu-ibu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini apabila bersama anak-anak yang sedang membesar. Sang Ibu nak rumah sentiasa rapi dan kemas, tapi sekumpulan anak-anak 'mengemas' dengan cara mereka sendiri. Ada yang sudah jadi tarzan kah itu? Nasib, dalam termenung di musim ini, Aien berjaya mengawal suara daripada terus mengaum mengalahkan singa di dalam hutan. Phew~ Itu sangat tenang ye kawan-kawan.
Apabila anda mengaum, sejuta sel dalam kepala akan trigger dan secara tak langsung anda akan mula menjadi pemarah. Yes! Phew~ tarik nafas dan baca perlahan-lahan. Itu lumrah bila anda menjadi seorang ibu. Jika melihat di beberapa kumpulan di muka buku, ramai juga ibu-ibu buat beberapa perkara yang kreatif bersama anak-anak di antaranya:
1. buat bisnes dealing with kids.
Contohnya: sediakan beberapa jenis makanan ringan/ roti/ biskut/ dan sebagainya sebagai habuan. Seterusnya melengkapkan beberapa perkara yang anda ingin anak-anak lakukan. Tetapkan nilai di setiap perkara yang telah mereka lakukan untuk harga habuan mereka. Boleh bayangkan tak? Sebagai contoh; Nayla kemas bilik, nilainya RM1 (guna duit saidina atau jutaria) dan beberapa jobs yang lain, dan nilai itu dikumpul dengan habuannya dia mahu menonton kartun. Kreatif kan?
2. buat arts work.
Buat la apa-apapun jenis arts work bersama mereka anak-anak. Lagi-lagi mereka yang terlebih kreatif yang suka nak menconteng, melukis dan mewarna. Masa ni kita ambil peluang untuk bersama dengan mereka.
Itu cerita untuk mereka yang mempunyai anak-anak yang lebih faham dan suka kerja seni dengan lebih banyak daripada membiarkan mereka menghabiskan masa dengan gadget masing-masing. Pasti banyak ibu-ibu di luar sana dah buat kan?
Kisah Aien pulak bersama dengan babies bawah dua tahun ini cuma banyak masa dengan mereka. Main hide & seek, main lari-lari. Sambil itu si ibu dan ayah juga turut bersenam sama. Mau lemau dah hampir tiga minggu asyik baring, dan baring memandangkan rumah di lapangkan tanpa sebarang sofa mahupun meja makan. Selebih daripada itu, tengok kartun dan drama bersama, golek-golek bersama. Sembang dan ya~ babies apa saja la kerja dia. TIDUR dan ITU YANG PENTING.
Sambil-sambil tu tambah skill buat makanan untuk babies ni, bila dah terkumpul idea banyak dari AYBITES. Sayangnya di buat biskut, ibu yang habiskan. dorang tak nak makan! Serupa ayahnya. >.< dibuatkan potato fingers, ibu juga yang makan. Dan ibu pun termenung lagi macamana nak tarik minat dorang untuk makan.
Apa yang penting, jangan disangka, babies takkan buat messy ye anak-anak. Ya Tuhan! mainannya cuma sebakul kecil, tiada la apa sangat, tapi satu di hujung sudut sana, selonggok di sudut sana, apa yang seronok sekali bila di malam hari nak kemas, makin surut semua mainan. Wonder mana pergi semua mainan ni dorang letak? Petang bila nak tutup pintu (jenis sliding door) yang dibiar buka sekaki, waaa~ rupa-rupanya.. di luar sudah semua.
Mencari alasan untuk keluar ye anak-anak? bukan kita je yang dah bosan. Dorang anak-anak lagi perlukan vitamin D untuk terus membesar dengan sihat. Untuk yang duduk di rumah burung macam Aien ni, jika ada balkoni baik depan mahupun belakang, boleh la buat jengah sekejap. Setakat 10- 20 minit pun dah cukup bahagia. Untung la jugak kalau duduk rumah kampung. Yang kedudukan dengan si jiran sebatu jauhnya, haa boleh juga keluar kan? hee~ Apa-apapun bersyukur ye Ibu~
Okay, entry is done, Nayla dah sibuk asking for her kartun. Time to say bai~
Enjoy the other weeks of PKP dan harap la ianya tak bersambung,,, Nak raya dengan keluarga ni..
Ahad, April 05, 2020
JURNAL | Indahnya pelangi selepas hujan
Hi, Assalamualaikum | Indahnya pelangi~ terngiang-ngiang lagu Didi&Friends si Kakak Nayla. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, memang dia saja yang menguasai laptop ni. Ibu pulak dah semakin bosan dek kerana telefon sudah kembali ke rahmatullah. Eh! Kisahnya semalam, termenung dan terus termenung. Hari semalam, Ibu dah pun buat beberapa kerja cleaning. Dah datang seru nak cleaning, hari kembali suram dengan hujan yang dikira alhamdulillah, sejuk sikit hari. Ibu kembali ke sarang dengan perasaan malas. Terus termenung lagi. Terima kasih ada beberapa rakan blogger singgah nasihat jangan terlalu lama termenung. Thanks semua~
Cerita pelangi ini, seharusnya cerita gembira di sebalik kedukaan. Bila dah selalu sangat termenung, daku pun asyik nak tikam belakang semua memori yang tak sepatutnya berdaftar lagi dalam slot kepala. Seharusnya dipadamkan sejak dulu. Jadi, bila dah teringat kisah sedih bercampur duka. semuanya bersatu dan sudahnya meratap di bucu. Sendiri cari pasal, sendiri sedih. Memang tiada kesudahan cerita macam ni kan?
Tapi, lain pulak kali ni. Sambil meratap tu, Aien buat remark. Contohnya sambil menulis la. Ala, macam anak dara tulis surat cinta sedih-sedih cintanya ditolak kerana kekasih hati sudah berpunya. Dia pun menulis sehingga habis basah tiap helaian muka surat buku tersebut. Pernah kan? Macam tu la kiasannya. Tiba di sebuah memori sedih yang di tikam belakang itu, Aien perasan sesuatu. Kisahnya terbalik sehingga tak jadi nak menangis lagi dan sendiri kesat air mata. Oh, tamat ceritanya di situ. Aien sudah jumpa penghujung cerita yang sepatutnya sedih itu tadi dengan satu penyelesaian sekaligus memberi satu idea yang bernas. Itu konklusi kepada indahnya pelangi selepas hujan.
I got my rainbow after cried thousand times. Fuh~ penat jadi seorang wanita ini adalah berperang dengan emosinya sendiri. Jangankan lelaki tak pernah faham akan diri wanita itu, bahkan mereka wanita sendiri takkan pernah faham apa yang mereka mahukan sebenarnya. Cuba lihat, siapa saja yang jadi bawang rangers? Dalam kata, aku tak mahu jadi mak cik bawang, tapi masih membawang? Alamak, terkena pada diri sendiri la pulak. Maka, kisahnya begitu la diari hati wanita. Takkan pernah sunyi dalam battle of emotion.
Bila dah kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni, dah masuk minggu ketiga juga, bayangkan seorang suri rumah yang sememangnya tak keluar rumah sebelum dari PKP ini dikuatkuasa, dan sekiranya virus covid-19 ni terus berleluasa, dan PKP ini bakal dilanjut sehingga raya kebarangkaliannya, Masya Allah~ Ya Tuhan! Kang betul-betul talian Nur atau befrienders tu penuh dengan panggilan dari aku je nanti. Kah! Habis juga satu buku aku tulis selesai virus covid-19 ni nanti. Amacam?
Nak pratikkan skill memasak atau baking, yang sudahnya tiada juga yang sudi nak makan, haram jugak nak membazir saat barang kering dan basah menjadi dua kali ganda harganya daripada harga promosi. Aduh~ di sini saja tempat daku membebel.
Ceritanya lagi, rupa-rupanya pihak Lazada mahupun Shopee juga turut menundakan segala sesi posting segala barangan yang ditempah oleh masyarakat. Ke Aien sorang je yang terasa? Bayangkan Aien order pampers anak-anak untuk kegunaan PKP ni, atau senang cerita untuk tempoh bulan April ni, yang penghujung cerita, Encik Suami terpaksa beli di Mydin. kata seller, terpaksa tunda sebab PKP fasa dua ni makin ketat, dan paling awal dorang boleh pos sekitar tamat PKP ni nanti. Tak tahu la nak menangis ke meratap ke macamana ni. Benda ni sudah juga Aien bebel dalam post yang lepas. Tapi, masih juga nak bebel lagi. Dek kerana kita yang kena marah sebab tak baca elok-elok. Ceh! Aku tengok rates majoriti kata sangat bagus servis. Jadi, kita expect the unexpected gitu~ adeh!
Jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bersambung lagi, sehingga betul-betul reda, Aien tak tahu macamana akan terjadi pada diri sendiri. Okay, done bebel! Sekian.
Next, sambung bebel kalau emosi masih tak stabil. HA HA HA HA
Langgan:
Catatan (Atom)