Jumaat, April 10, 2020

JURNAL | Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020


Sudah terduga bahawa ianya akan bersambung. Walaupun begitu, pasti ramai yang menanti pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin ibarat menunggu pengumuman raya. Dalam hati dah risau, 20 April nanti Najmi nak pergi annual check up ke Klinik Kesihatan. Macamana ni ya? 

Semoga rakyat Malaysia sangat PEKA dan #stayathome bersama-sama. Jangan sibuk fikir nak buat list untuk buat biskut raya, cari baju raya dan sebagainya walaupun kita sendiri tak pasti dengan bagaimana dan bila covid-19 ini akan berakhir. 

Bila baca di media sosial, ada kluster terbaru mengenai rakyat Malaysia pulang dari luar negara tapi tidak mengurung dirinya sendiri di rumah dan menyebabkan kematian orang lain, sangat-sangat pentingkan diri dan ada juga baca cerita seorang pesakit positif covid-19 buat pengakuan di media sosial tentang perjalanan dia keluar negara bulan lepas. Nasib juga dia faham dan terus menguarintinkan diri serta suaminya di tempat berasing daripada keluarga. Ada juga beberapa komplain tentang sumbangan makanan untuk mereka yang kuarintin setelah dibawa pulang dari luar negara dan juga untuk pelajar IPT. Fuh, fuh fuh fuh... 

Nasib ku baik, telefonku rosak. Cuma baca seketika membuat darahku zzzuppp! naik tahap pecah kepala. Saat begini, ada juga ya.. #alhamdulillah aku masih cukup makan, masih sihat dan masih juga dikurniakan nafas oleh ya Rabbi.

Sebelum tu, nak juga mengomel bahawa Pampers anak-anak yang diorder melalui shopee dikensel oleh seller dengan alasan dah tak ada stok. 


URGHHHH!!!! dari 26-03-20 order tau. Atas sebab Duduk rumah, shopee hantar! punya tagline. Sudahnya kebanyakan shipping slow down dek sebab PKP fasa kedua tadi. Dan cerita pampers bebudak ni tadi, ingatkan nak pakai untuk sesi April ni, sudahnya terpaksa beli di kedai dengan harga yang tak berapa nak murah sangat la. Pada hari beli tu, rate kedai 5 bintang. Hari ni tadi, tengok ada yang bagi 1 bintang kerana cara seller deal dengan customer seperti kami ini endah tak endah. Aku faham la sebab PKP ni kan. Tapi, kalau customer tak tanya, dorang tak ada informkan. Eh, aku salah kah? Ibu is stress! 


sudahnya dibalas begini dan mengharap agar diberikan rate yang baik dan berharap semoga dapat berkhidmat dengan kita lagi. Oh~ 

Aku nampak refund aje. Nak tunggu dia check stok tu berapa lama lagi memandangkan pampers bebudak ni dah sipi-sipi je. Menunggu BPN yang tidak juga nampak bayangnya. Ah~ ku menunggu, ku menunggu... 

Makan tak dak hal, ini barang bebudak penting. Setiap bulan, barang dorang mesti tak boleh culas. Sebelum berabis membeli stok dapur dan bahan kering rumah, pasti barang mereka didahulukan. Bila bahagian mereka jadi macam ni, kita susah hati bebenor la hai... 

Done la membebel. Ini kalilah aku membeli pampers di shopee ni. Ambik pengalaman ye dak. Murah macamana pun, bagus shopping di mall daripada menunggu janji yang tak pasti. Kah! 

Aku; sang penunggu. sekian.

Khamis, April 09, 2020

JURNAL | Nayla makin rancak bercakap, Ibu buat gaduh!

kredit: pexels

Di usia hampir dua tahun, iaitu 22 bulan bersamaan satu tahun 10 bulan, Nayla semakin petah menyusun perkataan. Satu demi satu ayat jelas kedengaran di bibirnya. Walaupun ada sesetengah perkataan itu cuma yang belakang sahaja kedengaran, jujur sebagai seorang Ibu yang selalu buat gaduh itu anak, terharu giler! 

Setiap kanak-kanak ada ada tahap perkembangan tersendiri walaupun ada pihak yang memantau tumbesaran mereka ini telah meletakkan beberapa garis panduan dan peringkat umur mana sepatutnya mereka berbuat sedemikian, dan seterusnya. Sebagai seorang Ibu, pasti benda ini harus dititik beratkan supaya sang anak membesar dengan sihat dan kuat! eh, dah macam iklan pulak. 

Bila Nayla dan semakin rancak berkata-kata, Aien sebagai Ibu semestinya happy sebab sebelum umur dua tahun dia sudah faham akan apa yang disuruh dan disoalkan kepadanya. Bukan la yang memerlukan kemahiran untuk berfikir tahap budak yang sudah bersekolah tapi cukup untuk peringkat umur Nayla ni. Bahkan bila dia bermain dengan adiknya, dia juga boleh menghiburkan Najmi sampai budak tu ketawa. Ah~ sejuk perut Ibu nak.. 

Nayla kawan gaduh; itu lah selalu Aien cakap pada orang. Sebab apa? Sebab dengan dia saja penuh kosa kata seorang Ibu ni. Dia la diajak gaduh, dialah diajak bercakap. But, more to gaduh kami ni. Haha Lagi-lagi masa kita sibuk masa tu dia juga sibuk 'mengemas'. Musim PKP ni, walaupun ada si ayah di rumah, kedua-dua mereka gemar benar mengikut ke mana saja Ibu berada. Bahkan disuruh tengok kartun sementara Ibu masak di dapur, mereka pandai tutup laptop dan datang ke dapur seterusnya mengerjakan peti sejuk. 

Semestinya anak-anak ini dengan peti sejuk memang tak dapat dipisahkan. Peti sejuk itu mungkin ibarat 1001 box yang memenuhi perasaan ingin tahu mereka. Phew~ Bila anak dah pandai bukak peti sejuk memang bertambah kosa kata ibu ni. Cili padi jadi bahan mengira Nayla. Yang hijau dan merah dan seterusnya sayur-sayur yang sudah disusun rapi. Mana yang dalam bekas semua di keluarkan. Datang Najmi, diambil dan di bawa ke mulut saja kerjanya. Haaa! tambah lagi kerja Ibu nak ui.. 

Apa sahaja yang dibuat oleh ibu mereka, itulah yang menarik perhatian walaupun sekadar berbaringan. Memang umur mereka kan, menjadi BFF ibu ke mana saja. Cerita Nayla lagi, jika diajak berbual, pasti ada yang diingatkannya semula. Bila kena PKP, antara orang yang dia sentiasa sebut adalah nenek dan ucu nya di kampung sana. Ya la, setiap minggu pasti pulang ke sana, bila dah lama tak jumpa dia asyik teringat saja. Namun, tidak juga mahu bercakap di video call. Muka Nayla tersipu-sipu melihat nenek di skrin kecil itu. Jangan ditanya Najmi ke mana. Dia sudah berbuat hal sendiri, tidak mempedulikan orang yang sibuk nak tengok keletahnya.

Menonton Didi&Friends menambahkan lagi bait-bait perkataan dalam memori Nayla apabila diajak bersenam bersama, kira buah-buahan dan juga menyebut ABC. Yang kelakar, diajar kira jarinya, dari satu, dua boleh terus ke tujuh lapan. Haha Masa ni memang nak ketawa. Tapi disebut dia lagi. Bab ni, ibu bapa tak harus mengalah dalam mengajar anak-anak perkara asas kehidupan. Sambil-sambil mandi, ajarkan gosok badan, sabun sekali. Jangan lupa gosok gigi penting sekali. Acapkali juga menerima pujian daripada opah (mak Aien) gigi si Nayla ni cantik jika dibandingkan dengan gigi sepupunya yang telah pecah akibat jatuh ketika bermain. Belum usia dua tahun, giginya tinggal sebatang setengah. Doctor gigi juga tidak men-suggest-kan giginya untuk dicabut kerana itu adalah gigi susu dan sangat tidak baik untuk gigi kekal tumbuh awal sekiranya gigi susu itu dicabut. Kesian kan..

Sebut sepupu itu, Haziqah nama diberikan, itulah perbandingan dekat buat anak-anak kami. Phew~ stress plus menyampah pun ada. Tapi, lumrah la jugak kan. Bila ada yang sebaya itu dibandingkan. Sudahlah, kami (Aien dan adik) berkahwin dalam tahun yang sama, anak-anak pun produce dalam tempoh masa yang lebih kurang. Kah! jadi bahan gurauan kasar mak cik bawang ni. nasib la labu~

Oh berbalik certia Nayla tadi, Opah juga ada juga puji yang dia lagi nampak petah berbanding Haziqah yang baru No no tapi mudah untuk eksperesi dirinya melalui tantrum. FUh~ Nayla kalau tantrum Aien buat tak tahu je dulu. Nanti dah sudah dia pandai penat sendiri. Setakat ni masih boleh dikawal. Hehe

Orang kata, bila anak dah pandai bercakap, jenuh juga si ibu baa nak melayan setiap pertanyaannya kan? Seronoknya bila mereka juga faham apa yang kita katakan pada mereka. Well, anak-anak itu biasan didikan ibu bapanya. Bagaimana juga kita mahu melukis di atas kertas putih, dan pasti mahukan lukisan terbaik itu seharusnya diturunkan pada si anak tadi kerana mereka ibarat kain putih. Bagaimana juga kita didik, kadang-kadang sikap di luar sedar kita itu membentuk mereka.

Oh, Nayla dah pandai sebut alamak! Ibu suka sangat alamak! tu turun ke anak. Haha


Selasa, April 07, 2020

RANT | Benda yang paling aku takut bila BERKAHWIN.


Sebentar lagi, korang akan berkahwin, mempunyai pasangan, bersama-sama membina keluarga kecil kalian. Sama ada menjadi sebuah keluarga bahagia sehingga jannah, atau korang hidup seperti dalam neraka. Semua itu pilihan kita. Bermula dengan satu pilihan, kita menuruti perjalanan yang telah kita pilih itu. 

Jujurnya aku berangan nak tulis sebuah entry post dengan penuh rasa memberi inspirasi which is not easy sebab terpaksa karang ayat umpama SPM bahasa Melayu. Jadi, disebabkan kepayahan itu, aku memilih untuk menaip selaju mungkin mengikut apa sahaja yang ada di kepala ini. Rant sebegini seharusnya aku taip sebelum aku menerima lamaran dari sang suami, tapi aku peram dalam kepala sampai tiba detik PKP yang membosankan, dan aku perlu keluarkan rant ini dari kepala. 

"Best tak kahwin?" Soalan pertama yang diterima seusai sahaja tamat majlis pernikahan dan persandingan. Eh, bukan soalan bila kau nak ada anak ya. Dan kita sebagai ciptaan Allah yang terkenal dengan sifat pemalu pasti menjawab; "kalau nak tahu kau kahwin la dulu.." Skema syiak jawapan. Ini cerita di awal perkahwinaan. Seterusnya kau akan bertarung emosi macamana nak uruskan suami, rumah dan memastikan kewangan rumah tangga korang akan berjalan dengan lancarnya. Belom masuk cerita mak mertua yang asyik nak korang balik ziarah rumahnya, cerita ipar duai yang bertanya bila korang nak ada anak dan sebagainya. So, rentetan ini sangat la menakutkan buat seorang wanita. 

Benda paling aku takut bila berkahwin adalah Sekiranya aku tersalah pilih seorang lelaki itu sebagai suami. Sesiapa pun yang bernama wanita itu pasti takut perkara ini selepas seramnya malam pertama. Benda ini membuatkan sejuta wanita yang bergelar anak dara takut untuk mendirikan rumah tangga buat masa kini kerana beberapa sebab di antaranya yang di atas, dan juga kos sara hidup yang semakin meninggi. Bila bercerita di kalangan mereka, pasti perihal ini dibangkitkan. Dan aku bercerita ini berdasarkan dari pengalaman aku sendiri, which is aku sejenis manusia yang selalu ikut flow yang mana aku tiada perancangan awal. La, bukan tiada langsung. Cumanya aku ini selalu berjalan jauh daripada perancangan asli aku. Heran kan? Itu namanya takdir. Kah!


Perkahwinan ini bukan seperti masa korang pilih siapa nak jadi teman lelaki korang, bukan nak fikir apa benda yang menyenangkan hati teman lelaki korang. Adeh~ macam ada trend anak-anak muda sekarang yang baru ber-kapel dan guna gelaran macam sudah mempunyai anak. Euwww~ Tak dapat bayangkan kisah seterusnya jika mereka ini mendirikan rumah tangga kelak. Bukan jaga jodoh orang ya. 

Kerana tidak mahu semuanya menjadi igauan ngeri, sebelum berkahwin, doa yang baik-baik untuk 'masjid' yang bakal korang bina itu. Doa sememangnya senjata seorang mukmin yang sejati. Dalam apa jua urusan, doa merupakan kunci utama supaya Allah SWT yang Maha Berkuasa menjaga bahtera yang ingin kita bina. Sambil berdoa itu, jangan lupa usaha berapa banyak tips dan petua yang dikongsi oleh warga dunia, di merata media sosial. Apa yang penting, adalah tolak ansur, saling memahami antara sama lain dan selalu berkomunikasi antara pasangan. 

Selain itu, benda yang paling sesiapa takut adalah bila suami itu seorang yang panas baran atau jenis suka mengangkat tangan. Ya Allah, ini betul-betul igauan ngeri. Nauzubillah min zalik. Kita sangat tidak boleh menilai seseorang itu dengan luarannya. Ada juga sejenis lelaki ini suka benar tabur janji manis, bila sudah dimiliki dia mampu untuk tunaikan semua yang dijanjikannya. Ada juga yang menanam tebu di tepi bibir, tapi hakikatnya habuk pun tarak. Masa ini, kita yang sudah sah menjadi isteri terduduk di bucu katil. Merenung nasib sendiri. Oh, pegang hati tu, ingat; Allah takkan menguji hambaNya di luar kemampuannya. Pujuk diri sendiri. Jangan disalahkan diri sendiri, hadapi dengan tenang. Kerana wanita itu luar biasa. Jika dilihat di luar sana, macam-macam cerita wanita-wanita hebat. Ceritaku ini hanyalah picisan yang dikurniakan keuntungan yang sering kali aku lupa untuk bersyukur. 

Jadi, buat wanita-wanita di luar sana, yang kuat dan menghadapi dugaan, terutama seperti ummiku, inginku peluk sekiranya kita dipanjangkan umur lagi untuk berjumpa. Buat mereka yang baru saja membina dan seperti aku yang baru berada di fasa pertama alam perkahwinan ni, sering aku panjatkan pada Ilahi, agar menjaga bahtera kami ini. Supaya sekiranya dilanda badai suatu hari nanti aku dikuatkan jiwa untuk menghadapi. 

Jangan pernah takut untuk hidup berpasangan, kerana kita ini memang diciptakan yang Maha Esa untuk hidup berdua. Saling melengkapi antara sama lain. Apa cerita sedih itu, namanya asam garam kehidupan. Tiada juga manusia yang gembira senantiasa, dan tiada juga yang sentiasa dalam kesedihan. Kerana alam juga Allah ciptakan ada pelangi sebaik saja hujan. Ada juga cahaya selepas gelapnya malam. Apapun yang berlaku selepas kita pilih itu, anggap saja ujian untuk kita tanda Allah sayang pada kita. Seperti kisah semalam aku baca di blog rakan blogger, 'This too, shall pass." Ini juga akan berlalu. Don't worry, be happy. 

Apa juga dugaan yang pernah terdetik di hati ini yang mungkin bakal berlaku, antaranya jika suami atau aku yang pergi dulu? bagaimana kehidupan aku selepas itu bersama anak-anak? Adakah masih di Tanah Semenanjung ini atau pulang ke kampung halaman? Atau kenalkah lagi anak-anak akan keluarga sebelah ku nanti? jika bahtera kami diuji dengan orang ketiga? Perihal ini pernah jugak aku berbincang dengan mertuaku. Beraninya kau? Kah! Pasti jawapan mak kepada suamimu akan berkata, "alah, dia takkan la buat begitu.." Tapi, hati seorang isteri pasti runsing perkara begini. Bukan mendoakan benda ini berlaku, kita cuma memikirkan kebarangkalian untuk berlaku. Sangka baik juga salah satu method yang terbaik selepas berdoa. Kerana bila kita fikir yang baik-baik, pasti yang baik-baik akan berlaku. Kan? Bila kebarangkalian itu seperti tinggi, apa juga yang kau akan lakukan untuk perkahwinan ini? sama ada teruskan bersama atau berpisah secara baik? 


Wah, ceritanya apabila aku seketika di Majlis Agama Islam Miri, peratus untuk berpisah di kalangan anak muda sangat tinggi kerana mereka ini sering terikut trend semasa. Aneh bukan? Oh, kawan aku bercerai dengan suaminya. Aku pun boleh. Berkerut dahi aku dengar. Apa juga mereka fikirkan tika menerima lafaz nikahitu serupa mudahnya menjatuhkan lafaz talak? Pening kepala mak oi~ Pusing sejuta kali, belum usia 30-an sudah bercerai nikah lebih dari 10 kali. Haa, enaknya kau. Ini perumpamaan saja. Anda begitu, kata orang tua dulu, menabur benih zuriat. Pahtu yang susah menjaga sang bini tergapai-gapai. Siapa juga yang susah? wanita juga. Again, pening kepala.

Panjangnya bicara rant ini. Sudahnya, terlalu banyak juga perkara yang aku takuti. Esok, aku cerita tentang apa lagi yang aku takut selepas ini. Membawa minda jauh daripada terus memikirkan virus covid-19 ini bila nak habis kan? Akhir bicara, doakan semoga rumah tangga yang kita bina ini sampai ke syurga, sehingga hujung nyawa, pimpin lah tangan pasangan masing-masing bersama mencari redha Allah SWT.