Sabtu, April 11, 2020

JURNAL | Najmi detected allergic ikan bilis


Memberi makanan saat anak sudah boleh belajar makanan solid satu demi satu adalah satu detik yang paling ditunggu oleh setiap Ibu. Perasaan teruja pasti kelihatan ketika kita memilih apa jenis makanan sesuai untuknya. Yang mana satu harus diperkenalkan terlebih dahulu dan sebagainya.

Pada masa Nayla, kakak Najmi ni, Aien memang teruja habis. tapi blur itu sentiasa ada dalam darah. Tak tahu mana satu harus diberikan dahulu. Teruja nak perkenalkan semua makanan apatah lagi dia kelihatan berselera dengan apa sahaja yang dihidangkan kepadanya. Namun, bagusnya ketika Nayla dahulu, Aien perkenalkan dia bubur nasi yang telah dikisar sebagai makanan pertamanya. Ini kerana nasi adalah makanan ruji rakyat Malaysia dan ianya sangat mudah diperolehi. Namun, saat mx and match sekalian jenis sayur dan lauk, Nayla mula menunjukkan kebosanan. Apatah lagi sang Ibu ini hanya ulang mana yang nampak dia berkenan iaitu bubur nasi dicampur dengan kentang. Tidak lama kemudian, Nayla mengalami sembelit dan sejak daripada itu sang Ibu ini give up dalam memberikan solid food yang berkhasiat untuk sang anak.

Berbeza dengan Najmi, dia diperkenalkan dengan brokoli dahulu sebelum nasi. Ada tips kata bagus diperkenalkan buah atau sayuran terlebih dahulu. Ado~ konfius mak. Tapi, tak mengapa kerana selera Najmi kelihatan tidak terhad pilihannya.


Perjalanan makan solid food Najmi lebih berjaya jika dibanding dengan Nayla. Bahkan kini, kadang-kadang Nayla juga turut serta dalam menghabiskan bubur Najmi. Sedap kot. Ibu dah expert! Ha, sempat puji diri sendiri. Najmi naik 7 bulan, Sang Ibu membaca boleh diperkenalkan yang namanya Ikan bilis yang telah dijadikan serbuk pada baby. Saat itu, badan Najmi memberikan respon yang sangat pantas lebih-lebih lagi dia seorang yang sangat alah pada panas.

Baca sini: alergic Najmi trigger

Pada mulanya, doctor suspek cuma disebabkan virus namun, kali kedua Aien cuba berikan Najmi serbuk ikan bilis dalam buburnya, dan dia diserang dalam bulan yang sama. Wah! Pasti sudah. Memandangkan dia mewarisi Sang Ibu yang sangat mudah naik alergic cuma tidak kelihatan, pasti juga mengikut Pak Usunya (adik Aien) yang juga mempunyai trigger yang sama. Cuma, adik Aien itu dari kecil terlalu bergantung dengan ubat, sehingga kini alergicnya pasti naik sekiranya salah makan.

Hari ini, apa yang membuatkan Aien bercerita kembali? Kerana menu sarapannya bersama kakak Nayla adalah jemput-jemput kentang yang dicampur sedikit dengan serbuk ikan bilis. Haha Dan dia pun menjadi pikachu. Tahu kamuorang siapa PIKACHU itu?

Nah, ini dia. Jangan sedih Ibu. Ada yang kata, after his first year dah boleh kenalkan balik. Phew~ times will pass. Kan? Pengajarannya sekiranya ada trigger selepas makan, kenal pasti apa jenis atau menu yang diperkenalkan kepada baby. Ada yang berkata, jika menurun daripada susu Ibu itu sangat mustahil, jadi bila dia dah makan, lagi kena perhatikan betul-betul. Fuh, masa Nayla lain cerita, dan Najmi pula begini. Ya, pasti la. Next, Ibu kena details lagi. Ayam dan ikan biasa tiada juga masalahnya. Cuma ikan bilis. Yaa..


Ikan bilis ini, atau nama lainnya, pusuk, sangat sedap sama ada digoreng rangup begitu saja, ataupun dibuatkan sambal dan ia juga terkenal kerana sentiasa dalam pelbagai menu sebagai penambah rasa. Ish... lapar pulak cerita ni. Soon,, sabar Ibu..

Jumaat, April 10, 2020

JURNAL | Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020


Sudah terduga bahawa ianya akan bersambung. Walaupun begitu, pasti ramai yang menanti pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin ibarat menunggu pengumuman raya. Dalam hati dah risau, 20 April nanti Najmi nak pergi annual check up ke Klinik Kesihatan. Macamana ni ya? 

Semoga rakyat Malaysia sangat PEKA dan #stayathome bersama-sama. Jangan sibuk fikir nak buat list untuk buat biskut raya, cari baju raya dan sebagainya walaupun kita sendiri tak pasti dengan bagaimana dan bila covid-19 ini akan berakhir. 

Bila baca di media sosial, ada kluster terbaru mengenai rakyat Malaysia pulang dari luar negara tapi tidak mengurung dirinya sendiri di rumah dan menyebabkan kematian orang lain, sangat-sangat pentingkan diri dan ada juga baca cerita seorang pesakit positif covid-19 buat pengakuan di media sosial tentang perjalanan dia keluar negara bulan lepas. Nasib juga dia faham dan terus menguarintinkan diri serta suaminya di tempat berasing daripada keluarga. Ada juga beberapa komplain tentang sumbangan makanan untuk mereka yang kuarintin setelah dibawa pulang dari luar negara dan juga untuk pelajar IPT. Fuh, fuh fuh fuh... 

Nasib ku baik, telefonku rosak. Cuma baca seketika membuat darahku zzzuppp! naik tahap pecah kepala. Saat begini, ada juga ya.. #alhamdulillah aku masih cukup makan, masih sihat dan masih juga dikurniakan nafas oleh ya Rabbi.

Sebelum tu, nak juga mengomel bahawa Pampers anak-anak yang diorder melalui shopee dikensel oleh seller dengan alasan dah tak ada stok. 


URGHHHH!!!! dari 26-03-20 order tau. Atas sebab Duduk rumah, shopee hantar! punya tagline. Sudahnya kebanyakan shipping slow down dek sebab PKP fasa kedua tadi. Dan cerita pampers bebudak ni tadi, ingatkan nak pakai untuk sesi April ni, sudahnya terpaksa beli di kedai dengan harga yang tak berapa nak murah sangat la. Pada hari beli tu, rate kedai 5 bintang. Hari ni tadi, tengok ada yang bagi 1 bintang kerana cara seller deal dengan customer seperti kami ini endah tak endah. Aku faham la sebab PKP ni kan. Tapi, kalau customer tak tanya, dorang tak ada informkan. Eh, aku salah kah? Ibu is stress! 


sudahnya dibalas begini dan mengharap agar diberikan rate yang baik dan berharap semoga dapat berkhidmat dengan kita lagi. Oh~ 

Aku nampak refund aje. Nak tunggu dia check stok tu berapa lama lagi memandangkan pampers bebudak ni dah sipi-sipi je. Menunggu BPN yang tidak juga nampak bayangnya. Ah~ ku menunggu, ku menunggu... 

Makan tak dak hal, ini barang bebudak penting. Setiap bulan, barang dorang mesti tak boleh culas. Sebelum berabis membeli stok dapur dan bahan kering rumah, pasti barang mereka didahulukan. Bila bahagian mereka jadi macam ni, kita susah hati bebenor la hai... 

Done la membebel. Ini kalilah aku membeli pampers di shopee ni. Ambik pengalaman ye dak. Murah macamana pun, bagus shopping di mall daripada menunggu janji yang tak pasti. Kah! 

Aku; sang penunggu. sekian.

Khamis, April 09, 2020

JURNAL | Nayla makin rancak bercakap, Ibu buat gaduh!

kredit: pexels

Di usia hampir dua tahun, iaitu 22 bulan bersamaan satu tahun 10 bulan, Nayla semakin petah menyusun perkataan. Satu demi satu ayat jelas kedengaran di bibirnya. Walaupun ada sesetengah perkataan itu cuma yang belakang sahaja kedengaran, jujur sebagai seorang Ibu yang selalu buat gaduh itu anak, terharu giler! 

Setiap kanak-kanak ada ada tahap perkembangan tersendiri walaupun ada pihak yang memantau tumbesaran mereka ini telah meletakkan beberapa garis panduan dan peringkat umur mana sepatutnya mereka berbuat sedemikian, dan seterusnya. Sebagai seorang Ibu, pasti benda ini harus dititik beratkan supaya sang anak membesar dengan sihat dan kuat! eh, dah macam iklan pulak. 

Bila Nayla dan semakin rancak berkata-kata, Aien sebagai Ibu semestinya happy sebab sebelum umur dua tahun dia sudah faham akan apa yang disuruh dan disoalkan kepadanya. Bukan la yang memerlukan kemahiran untuk berfikir tahap budak yang sudah bersekolah tapi cukup untuk peringkat umur Nayla ni. Bahkan bila dia bermain dengan adiknya, dia juga boleh menghiburkan Najmi sampai budak tu ketawa. Ah~ sejuk perut Ibu nak.. 

Nayla kawan gaduh; itu lah selalu Aien cakap pada orang. Sebab apa? Sebab dengan dia saja penuh kosa kata seorang Ibu ni. Dia la diajak gaduh, dialah diajak bercakap. But, more to gaduh kami ni. Haha Lagi-lagi masa kita sibuk masa tu dia juga sibuk 'mengemas'. Musim PKP ni, walaupun ada si ayah di rumah, kedua-dua mereka gemar benar mengikut ke mana saja Ibu berada. Bahkan disuruh tengok kartun sementara Ibu masak di dapur, mereka pandai tutup laptop dan datang ke dapur seterusnya mengerjakan peti sejuk. 

Semestinya anak-anak ini dengan peti sejuk memang tak dapat dipisahkan. Peti sejuk itu mungkin ibarat 1001 box yang memenuhi perasaan ingin tahu mereka. Phew~ Bila anak dah pandai bukak peti sejuk memang bertambah kosa kata ibu ni. Cili padi jadi bahan mengira Nayla. Yang hijau dan merah dan seterusnya sayur-sayur yang sudah disusun rapi. Mana yang dalam bekas semua di keluarkan. Datang Najmi, diambil dan di bawa ke mulut saja kerjanya. Haaa! tambah lagi kerja Ibu nak ui.. 

Apa sahaja yang dibuat oleh ibu mereka, itulah yang menarik perhatian walaupun sekadar berbaringan. Memang umur mereka kan, menjadi BFF ibu ke mana saja. Cerita Nayla lagi, jika diajak berbual, pasti ada yang diingatkannya semula. Bila kena PKP, antara orang yang dia sentiasa sebut adalah nenek dan ucu nya di kampung sana. Ya la, setiap minggu pasti pulang ke sana, bila dah lama tak jumpa dia asyik teringat saja. Namun, tidak juga mahu bercakap di video call. Muka Nayla tersipu-sipu melihat nenek di skrin kecil itu. Jangan ditanya Najmi ke mana. Dia sudah berbuat hal sendiri, tidak mempedulikan orang yang sibuk nak tengok keletahnya.

Menonton Didi&Friends menambahkan lagi bait-bait perkataan dalam memori Nayla apabila diajak bersenam bersama, kira buah-buahan dan juga menyebut ABC. Yang kelakar, diajar kira jarinya, dari satu, dua boleh terus ke tujuh lapan. Haha Masa ni memang nak ketawa. Tapi disebut dia lagi. Bab ni, ibu bapa tak harus mengalah dalam mengajar anak-anak perkara asas kehidupan. Sambil-sambil mandi, ajarkan gosok badan, sabun sekali. Jangan lupa gosok gigi penting sekali. Acapkali juga menerima pujian daripada opah (mak Aien) gigi si Nayla ni cantik jika dibandingkan dengan gigi sepupunya yang telah pecah akibat jatuh ketika bermain. Belum usia dua tahun, giginya tinggal sebatang setengah. Doctor gigi juga tidak men-suggest-kan giginya untuk dicabut kerana itu adalah gigi susu dan sangat tidak baik untuk gigi kekal tumbuh awal sekiranya gigi susu itu dicabut. Kesian kan..

Sebut sepupu itu, Haziqah nama diberikan, itulah perbandingan dekat buat anak-anak kami. Phew~ stress plus menyampah pun ada. Tapi, lumrah la jugak kan. Bila ada yang sebaya itu dibandingkan. Sudahlah, kami (Aien dan adik) berkahwin dalam tahun yang sama, anak-anak pun produce dalam tempoh masa yang lebih kurang. Kah! jadi bahan gurauan kasar mak cik bawang ni. nasib la labu~

Oh berbalik certia Nayla tadi, Opah juga ada juga puji yang dia lagi nampak petah berbanding Haziqah yang baru No no tapi mudah untuk eksperesi dirinya melalui tantrum. FUh~ Nayla kalau tantrum Aien buat tak tahu je dulu. Nanti dah sudah dia pandai penat sendiri. Setakat ni masih boleh dikawal. Hehe

Orang kata, bila anak dah pandai bercakap, jenuh juga si ibu baa nak melayan setiap pertanyaannya kan? Seronoknya bila mereka juga faham apa yang kita katakan pada mereka. Well, anak-anak itu biasan didikan ibu bapanya. Bagaimana juga kita mahu melukis di atas kertas putih, dan pasti mahukan lukisan terbaik itu seharusnya diturunkan pada si anak tadi kerana mereka ibarat kain putih. Bagaimana juga kita didik, kadang-kadang sikap di luar sedar kita itu membentuk mereka.

Oh, Nayla dah pandai sebut alamak! Ibu suka sangat alamak! tu turun ke anak. Haha