Sabtu, April 18, 2020
JURNAL | Najmi turns 9 month! Happy monthsary...
Lama dah tak bercerita perihal anak-anak dengan lebih details. Iya kah? Kau lupa kau baru bercerita minggu lepas?
Oh, lupa! Jadi, masih juga la aku nak bercerita tentang Izz Najmi ni, yang bakal 9 bulan esok. Hari ni kan 18hb baru, dia masih fresh lagi belum kira sehari. Esok, secara rasmi dia dah 9 bulan. Kalau ikutkan Ibu nak tukar tekstur makanan awak, yet Ibu ni blur lagi nak pelbagaikan menu itu. Awak pulak renyah benar mengutip sisa kakak awak makan ye..
Izz Najmi, cerita dia fresh from oven A Late Post in the middle of Sept yang usai sesi berpantang bersama ibu mertua di kampung yang sememangnya tiada segala sambung internet. Jadi, cerita itu diabadikan bila Najmi dah berusia lebih sebulan.
Sekarang apa yang Najmi pandai?
- merangkak semesti, dah nak berdiri sendiri.
- yang penting, sangat suka nak memanjat!
- makan, dah boleh berubah tekstur kepada lebih keras,
- gigi belom ada lagi >.<
- gusti kakak!
- Babbling, yahhhhh~ takkkkkk! (ibu hilang....)
Oh, my son.. Macam tak percaya budak gedik sorang ni, sangat bambam. Urgh, ibu tak larat nak angkat walaupun. Geram juga bila dia asyik nak merengek but it's normal. Saja nak suaranya stress. Kah! Senyap-senyap dia dan Nayla pasti ada dikerjakan.
20hb, baru nak pergi appointment seperti biasa, tapi masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni macamana la gayanya. Tak terbayang la. Dia pun sibuk nak keluar rumah. Sabar je la anak kecil pun dah tepu duduk diam rumah lama-lama. Nak buat macamana selagi covid-19 ni tak settle, kita masih la di rumah. Sampai bila tu, ntah-ntah sampai September nanti...
Berbalik cerita Najmi, bila ada sepasang anak ni, jenuh jugak nak hadamkan sistem dorang. Memang tak boleh la kan nak guna taktik sama. Ibu pun tak kreatif sangat nak ajarkan kamu nak.. Kita sama-sama belajar ya.. Garang-garang Ibu pun Ibu masih sayang kamu harta ibu. Stay safe, stay sihat, semoga ibu sempat solat berimamkan kamu..
Love,
Ibu.
NOVEL | Kerinduan by Pena Kayu
Tajuk: Kerinduan
Penulis: Pena Kayu
Terbitan: Karya Seni Sdn. Bhd.
Sinopsis:
Saya Hajar. Nama penuh, Siti Hajar binti Shamsuddin. Saya seorang janda. Gelaran ‘J’ saya pikul setelah lelaki yang menerima nikah saya, pergi selamanya. Dia pergi ketika usia perkahwinan kami belum cukup satu bulan.
Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.
Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.
“Saya nak Aliff.” - Din
“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar
“Saya ayah saudara dia.” - Din
“Saya bonda dia.” - Hajar
“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din
Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.
Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.
“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar
"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din
Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
Oh, ada satu rahsia penting. Saya janda anak satu. Sebenarnya, janda dengan seorang anak tiri. Namanya Aliff. Aliff anak tunggal arwah Abang Fadhil, amanah yang mesti saya jaga sebaiknya.
Jadi emak segera ni rupa-rupanya agak payah. Apatah lagi ketika Aliff sedang membesar dengan segala macam ragam. Tetapi ragam yang ditimbulkan oleh bekas adik ipar saya lebih dahsyat. Din namanya. Din itu serupa King Kong jahat yang asyik mengacau hidup saya dan Aliff.
“Saya nak Aliff.” - Din
“Tak boleh. Aliff selesa dengan saya.” - Hajar
“Saya ayah saudara dia.” - Din
“Saya bonda dia.” - Hajar
“Bonda? Pembetulan. Awak cuma bekas emak tiri Aliff. Dan hubungan awak dengan Aliff putus apabila arwah Abang Fadhil meninggal.” - Din
Minta maaflah Din, sebab saya takkan mengalah. Aliff saya jaga. Din sila jaga diri sendiri.
Tetapi, apa jadi kalau Din ajak Hajar praktikkan konsep ganti tikar? Din kata demi Aliff.
“Din, kalau pun awak dah kahwin, saya takkan lepaskan Aliff. Kalau pun awak nak bawa kes ni ke mahkamah, saya pun takkan lepaskan Aliff.” - Hajar
"Semua tu dah tak perlu, Hajar. Saya nak kahwin dengan awak." - Din
Menerima cadangan Din bermaksud Hajar jatuh ke dalam gaung. Kalau menolak pun Hajar jatuh gaung juga. Gaung bukan sebarang gaung. Di dalamnya ada rahsia hitam Hajar dan ada manusia-manusia yang menunggu masa untuk melihat Hajar tersungkur. Kalau sudah begini, pilihan apa lagi yang tertinggal? Apa yang Hajar tahu, dia tak sanggup kehilangan Aliff.
-credit: goodreads
Baca semula novel di kala telefonmu tiada, dan kamu sudah tidak mempunyai apa lagi yang harus dilakukan. Yah, selongkar kembali stok novel yang ada di rumah ini. Jumpa la seketul dua. Antaranya novel ni. Dibeli pada mula berkahwin dulu, suka benar baca karya Pena Kayu ni yang boleh dikategorikan santai dan enak juga dibaca. Tak stress dengan over drama, dan senang kata SANTAI!
Oh, berdasarkan sinopsis kalian dah boleh bayangkan macamana kesudahan cerita ni. Antara Din dan Hajar. And, satu benda yang buat aku wonder? kenapa orang bernama HAJAR ini begitu malang hidupnya? No offense. Tapi, really? Boleh sesiapa jawab kan tak?
Jika dibaca sejarah nama SITI HAJAR ini, banyak juga liku-liku berduri yang perlu dihadapinya. Bukan saja dalam novel ni. Bahkan sejarah nama itu sendiri. Yeah, sedih juga bila Hajar dibuli oleh Din yang jelas tak bercerita dengan lebih details. Penulis ni memang berjaya buat aku menangis part Aliff tak nak berpisah dengan bondanya. Walaupun begitu, dia juga tak mahu Uncle Din itu dirampas oleh Auntie Dahlia. Dan apa yang penting, watak antagonis itu sangat tidak boleh dijangka oleh seseorang yang pada mulanya unknown dan penulis berjaya juga la bawak watak Najah tu. Eh, alih-alih polis tahu dia yang buat semua kerja jahat.. hurm.. bukan senang ye kawan-kawan bila kita nak end the story..
Rasanya ada beberapa buku hasil karya Pena Kayu ni telah aku miliki. Tak ingat di mana lokasinya, sama ada di Melaka atau di Miri. Nanti kita cari semula.
Okay, konklusinya, novel ni best baca. Ringan, santai dan boleh la buat sekali ngadap. Tak bosan sebab dia bukan meleret dan anda pasti terhibur!
Jumaat, April 17, 2020
JURNAL | Kenapa masak kari tak pernah jadi ni???
Wah, stress aku nak masak kari macam ni! Sejuta kali aku masak, sejuta kali aku failed. Pasal apa? Pasal serbuk kari terlebih? pasal aku terletak serai dan lengkuas dalam masakan yang bernama kari ini? Pasal aku tak pernah suka kari? Pasal...
Ah, semuanya. Aku rasa macam nak buang je kari ayam yang aku masak tadi. Maaf, tiada gambar dong. Al-maklum seperti kalian tahu, telefon aku ni dah sadaqallah sejak dua minggu lepas. Makanya, aku bercerita berdasarkan pengalaman aku dan ingin kalian membayangkan keadaannya.
Bercerita tentang masak KARI? Sejenis masakan daripada India dan telah diadaptasi menjadi makanan kita warga melayu, dan diolah mengikut tekak masing-masing. Walaupun begitu, aku ni tak pernah lulus sejak bergelar tukang masak di kediaman rasmi Tuan Izwan ni. Sejenis aku yang mengenal pelbagai rasa kari itu, aku sukakan kari yang nipis cukup rasa seadanya dia. Dan bila aku masak kari itu tidak mencapai ISO yang aku mahukan, aku rasa macam nak buang je semua. Kan dah membazir.
Kisah pada hari ni, tentang kari yang hakikatnya malam tadi aku bercarikan resepi roti puri dan juga resepi kari ayam. Sedap weh, telan air liur malam tadi tidur dengan membayangkan kedua menu ini untuk hari ni. Suami pun dah kurang makannya, sejak isteri dia ni asyik mogok masak pelik-pelik. AKU DAH BOSAN MASAK! Kata kakakku, kau order saja la. Adeh, order tu perlukan duit, duit itu perlu dijimatkan. Haha
Bangun pagi, langsung aku sediakan ayam. Dan baca semula reminder yang aku note di buku kecil atas peti sejuk. Jangan letak serai dan lengkas dalam kari! Hah, sampai macam tu sekali ye, takut lupa!
Sambil tanakkan bubur untuk Najmi, aku uli roti puri yang berdasarkan resepi yang aku salin. Iaitu roti puri bersama mauripan. Oh, untuk mereka yang tak berapa minat bau mauripan tu macam aku, mohon cari resepi yang tanpa mauripan, nanti bau dia pergh, hilang juga selera makan. Bimbang juga tak naik kan. Oh, tak apa. biarkan la. Done uli, aku mula masak kari ayam. Pap, pap campak. Haaa, terlebih serbuk kari! Apa nak buat, dalam hati sedih, aku meneruskan masak kari tersebut. Dah siap perasa, Aku gorengkan roti puri tadi dan makan. Mak, masinnya!!! Laju aku kembali ke dapur, panaskan kuali dan masukkan ayam tadi semula ke dalam kuali tanpa kuahnya. Dan tambahkan air sehingga warna yang aku mahu. Yes! berjaya. Biarkan mendidih. Alhamdulillah menjadi juga kari aku. Nampak sangat betapa banyak serbuk kari aku letak sampai aku boleh bagi dua rencahnya.
Alhamdulillah, dah boleh makan la, roti puri cicah kari ayam tadi. Suami makan tambah oi. Senang hati tengok lagi-lagi roti puri yang diuli mengikut resepi tadi itu hasilnya banyak untuk makan dua orang. Haha pengajaran: bahagi separuh je dari resepi tadi, walaupun nampak sikit je bahan dia.
Dan giliran diri sendiri makan, uish~ memang sedap la. tak cukup sekeping je ni roti puri dia. Maka, selamat la hari ni kita cuma masak kari ayam dan mix and match bersama roti puri tadi. Jangan lupa masak nasi sikit, mana tau tekak tu masih nak makan nasi. Perut kenyang senang hati.. ye dok..
Jumaat terakhir kita zoya-zoya, minggu depan, in shaa Allah kita dah mula kerjakan solat taraweh bersama keluarga. Dan menyambut Ramadhan dengan penuh ketenangan, in shaa Allah. Tanpa fikir, apa nak makan. Nak pergi bazaar mana, dan segalanya yang lagha. Moga ramadhan ni, kita sama-sama baiki yang compang, untuk rapikan diri di sana kelak.
Cerita kari telah pun tamat. Aku bukan graduan dari dapur mewah, baru bertatih masak sejak bergelar isteri dan ibu. ^^
Langgan:
Catatan (Atom)