Selasa, April 21, 2020
I'm done! Servis Petpet Official di Shopee teruk!
Betapa la aku bengang ya Rabb!! sekiranya korang pernah jalan sini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bermula dan sejak aku rasa aku dah mula bengang dan tak sabar dengan sistem dorang. Aku mula boom! Dan hari ini, sesungguhnya aku dah tak ada lagi kesabaran itu.
Aku tunggu. Order since dari 26/3. Ya, masa tu tak ada lagi kata sesiapa order barang online itu akan lambat sampai padahal shopee jugak promo Duduk rumah, shopee hantar! masa tu berharap sangat, husband tak payah la keluar angkut sorang-sorang pampers anak-anak sampai penuh troli sorang-sorang. dey!
Jika diikutkan sekarang pun boleh je pihak courier hantar barang pelanggan kerana sudah pasti masa ni ramai yang akan membeli di atas talian. Terima kasih pada mereka barang kita sampai pada kita. Well, aku tak salahkan pihak courrier sebab ini bukan dorang punya masalah, tapi pihak Petpet Official sendiri yang mengatakan mereka telah kehabisan stok yang aku mahukan itu. Padahal ya, memang aku sempat rempat stok pampers tu masa shocking sales dorang. And for me, alasan dorang sangat tidak logik akal. sebab apa? kebiasaan shocking sales itu, stoknya adalah terhad. dan sekiranya anda berjaya membeli dan bayar, maknanya anda dah dapat kan? Betulkan la aku kalau salah.
tolong la, damn emotional aku petang ni. sekiranya semalam is the best day, hari ini adalah the worst day ever bila aku tengok dorang tarik tarikh ship out itu sehingga 19/5. Ya tuhan,!!!
Dah la, aku punya nak bertahan, supaya once aku dapat pampers tu, aku boleh tinggalkan jejak hitam di situ. Haha niat tak baik ,tapi kali ni aku dah tak tahan. Aku kenselkan order dengan alasan tukar fikiran. Suruh dorang proceed refund. Yang sebenarnya aku dah minta sejak 11/4 hari tu setelah dorang minta aku divertkan order tu. What the heck?
Tunggu korang refund. Email kat petpet official pun sudah.. kali pertama aku rasa frusted betul dengan servis kat shopee macam ni. fuh! done bebel.
Screen shot bila aku tanya bila barang aku nak sampai.
dan bila dorang suruh divertkan order tu, yang aku rasa macam tak la bagus, so asked for a refund.
Halah, screenshot dah berterabur dek kerana aku panas sangat nih. ahah
nah, hiburkan hati sendiri tunggu sampai 19/5 nanti..
Dan lakiku berkata, awak beriya nak beli online siapa suruh. kan dah jadi macam ni. ya, aku bodoh nak beli atas talian macam ni sebab fikir tak mau biar dia kuar merayau erti kata lain nak senangkan dia laa. Naa, sekarang bukan senangkan. susahkan ade la. mendapat nangis bucu katil. bodo syiak!!
Kau punahkan harapan seorang suri rumah yang suka nak beli online. werghhhh~ nah! nyah kau jauh2 umpama covid-19. takkan ku pandang apa jua di jualmu atas talian itu.
Isnin, April 20, 2020
20 April, the best day during my PKP.
Semua orang tahu, masuk fasa ketiga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, masing-masing dah boleh adapt suasana untuk #stayathome. Buat aku, yang dua bulan sudah tidak keluar rumah, hari ini aku keluar juga! Yeay..
Keluar bukan saja-saja ya teman-teman. Aku keluar untuk temujanji bulanan Najmi yang kena pada tarikh ini. Bahagianya aku bila Encik Suami kata, 'habis, tak cari ke dia susu nanti?' saat aku bertanya, dia berdua saja ka dengan Najmi malam tadi.
Bahagia itu sampai ke pagi, dan sehingga ke petang apabila telefonku order telahpun tiba. Pulang saja Encik suami yang keluar pada mulanya aku ingat dia cuma mahu membeli sedikit barang, rupa-rupanya.. sudah sampai!
Makanya, hari ini hari terbaik aku!!! Alhamdulillah. Jika korang sering singgah ke mari, aku selalu sahaja sebut, yang telefon aku telah kembali ke rahmatullah dan aku survive hampir tiga minggu tanpa smartphone. Allah~
Tepuk sikit kau berjaya survive! Dan entry ini aku update melalui telefon baru itu. Yang skrinnya lebih panjang dan details sehingga aku rasa lubang hidung pun boleh nampak ke dalam kalau disnap gambarnya. Haha
Semoga telefon ni kekal lama sikit la ye dengan daku. Jangan meragam awal sangat ye..
telefon apakah?
xiaomi note 9s je.
SEGMEN Apakah PERKARA pertama yang anda ingin lakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) by zzzyy.blogspot.com
Uish, kak ShirVen buat segmen yang betul-betul bernas masa aku dah tak ada idea nak buat entry apa dah. Yes! Found one. Okay. Dah boleh buat la ya..
SEGMEN ini berlangsung dari 19 April 2020 sehingga 28 April 2020. Jemput meriahkan segmen dan support rakan blogger yah.
Benda pertama yang
aku nak buat selepas PKP ni adalah jalan-jalan cuci mata. Tak
kisah la ke mana saja. Janji dapat masuk kereta, jalan-jalan, ambil udara luar.
Rindu yang amat tau! Yang sebenarnya pada hari ni, baru dapat keluar setelah
dua bulan aku terperuk di rumah. Eh, kenapa dah dua bulan? Pasal
dari sebelum PKP lagi aku dah terperuk dalam rumah, yang mana seminggu sekali
je baru balik kampung mertua, masuk pertengahan April ni, aku dah dekat dua
bulan la. Cuma tadi dah keluar untuk monthly appointment Najmi, lega
sikit rasa hati tengok orang. Eh, begitu sekali ya anak-anak. Uish, jangankan
korang yang biasa keluar pun dah tau boring sana, bosan sini. Invorter macamana
sekalipun korang, pasti ada sehari yang korang nak luangkan masa untuk
jalan-jalan cuci mata, segarkan minda serta kepala. Haaa, apatah lagi seorang
suri rumah yang kerjanya melakukan rutin yang sama, dan bergaduh dengan orang
yang sama. Dia punya dapat keluar sekadar masuk kereta, pusing keliling taman
pun dah bersyukur nak ui... Dapat pusing jalan-jalan!
Itu je la yang aku
nak buat dulu. Kalau bagi list, ikutkan hati kamek tok eh, mok jak pulang ke
Miri nun, nemu orang tua kamek nun. Kalo la diikutkan plan, raya Aidilfitri tok
mekwang mok raya sama walaupun bukan di Miri, tapi di Melaka, janji mekwang
dapat kumpul adik-beradik yang banyak di Malaya tok, pun syukur. Mun PKP tok
sik habis juak sampe raya, maka di-refund balit agik tiket dak duak mak pak
kamek yo~
Eh, terkeluar slang
pulak. Apa-apa pun hasrat korang nak buat selepas PKP ni habis, yang penting
sekarang ni, #stayathome #staysafe kerana untuk keluar nanti, inilah
yang sangat penting ya. Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak, dan semoga Ramadhan
kali ini jadi yang lebih baik daripada sebelumnya.
Jaa Nee! Jangan
lupa klik banner untuk join segmen ni. Seronok baca cerita orang ni kan.. ^^
Langgan:
Catatan (Atom)