Sabtu, April 25, 2020
RAMADHAN KEDUA, Kita dahpun mula selesa dengan suasana
بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah berjaya menjalani ibadah puasa disertai perjalanan bf si Najmi ni. Banyak juga disediakan tips untuk kekal segar dan susu pun tak drop. Korang boleh cari di carian google saja. Aku malas jugak nak share. Mood nak share sana share sini teda. Aku cuma mahu tulis jurnal sahaja untuk Ramadhan kali ni. Nak share resepi pun sangat, malas!
Ramai muatnaik gambar #donesahur, #doneiftar, #donetaraweh ni saja yang memeriahkan Ramadhan kali ini.
Ramai muatnaik gambar #donesahur, #doneiftar, #donetaraweh ni saja yang memeriahkan Ramadhan kali ini.
Apa juga yang aku ambil untuk stay fit untuk puasa? Hari tu, Umi aku ada belanja ESP Shaklee bila aku ada bagitau dia, masa berpantang Nayla dulu aku ada consume minuman ni. Yela, sebelum Nayla lahir, aku sempat berkerja, jadi seronok juga nak beli supplement untuk diri sendiri. Bila dah turn Najmi, semua tangkap muat saja. Janji Ibu dan anak sihat udah ler.
Korang kalau berminat, boleh roger agent Shaklee, jangan roger aku pulak. Sebab aku pengguna saja. Belum berani nak jadi agent dia.
Makanya, aku amalkan apa yang aku kongsikan di SINI iaitu bersahur dan minum air masak banyak. Dan aku amalkan minum ESP Shaklee yang dicampurkan dengan milo, selepas makan sahur. Memang jenuh jugak nak habiskan secawan milo tu, padahal korang baru je makan nasi. Oh ya, bila sebut sahur bukan korang makan simple-simple tau. Kalau boleh makan nasi untuk bersahur . Jadi tenangnya berganda gitu. Survive la sampai jam 5 petang dan korang pun nak berbuka rasa macam sayang na... Jangan lupa minum air masak secukupnya.
Maka bermula perjalanan berpuasa sambil bf. Ini pengalaman pertama la berpuasa sambil bf ni. Tahun lalu pengalaman berpuasa semasa mengandung. Itu pun nak masuk trimester ketiga. Alhamdulillah berjaya. Walaupun hakikatnya ramai juga ibu-ibu bertanya soalan yang sama di group Kelab Ibu-Ibu Hamil tu. Syaratnya kau boleh ke tak? Mindset tu jugak penting. Ehe,
Bila kita dah rasa yakin dengan bayi ataupun badan kita, in shaa Allah proses puasa tu akan mudah. Walaupun diberi kelonggaran, tak berani juga nak gunakan sambil lewa kan..
Ramadhan kedua, kita semua masih dalam fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan, namun semalam Perdana Menteri, ayahanda Muhyiddin dah umumkan ianya bersambung sehingga 12 Mei. Jangan 13 Mei tu jadi pemberontak sudah la bila diumumkan sambung lagi ke fasa lima. Huhu
Semua nak raya dengan keluarga, tapi jika masih ada yang pentingkan diri, penurunan pasti akan perlahan. Kan? Jadi, #stayathome #Ramadhanathome #staysafe
Terasa kesunyian pada Ramadhan pertama.
بسم الله الرحمن الحيم
Terasa kesunyian pada Ramadhan pertama | Phew, dah lepas satu hari. Amacam rasa? Seronok tak? Taraweh sama keluarga. Buat mereka yang bersama keluarga. Namun, bagi aku terasanya sunyi itu kerana anak-anak pun turut terasa tempias. Eh, mana ada. Dorang energy keep going la, tapi makan tamau! Geram tau! Penat Ibumu ini masak untuk kamu duak tu, kesudahannya kamu duak tu tamau makan. Apa da~
Main dari pagi sampai ke petang mereka ni, tak mau tidur. Eh, kenapa kan aku bercakap seperti sabahan ni? Adoii.. Aku ni Sarawakian. *face palm*
Aku ingat nak up review drama, tapi... haha bulan Ramadhan ni, tak elok ajak orang. Nak buat jahat biar sorang. Buat baik pun kena diam-diam. Makanya lagi terasa la sunyinya atu.
Diam itu lebih baik daripada berkata-kata
Jadinya, aku ni cuma nak bagitau la korang mana yang sudi baca blog ni, like dan follow la instagram bisnes Ibu ni. 😆 jimmyscarves_JB yang menyediakan pelbagai jenis instant shawl, sarung mahupun bawal. Korang nak tahu lebih lanjut boleh klik k. Sekarang tengah promo untuk tudung sarung limited edition sempena raya 2020 ni.
Jangan segan-segan tau. Aku tak makan orang. Dah, jom bobok. Esok nak sahur.
Khamis, April 23, 2020
Salam Ramadhan 1441H
kredit: carian google |
Salam Ramadhan 1441H | Sebaik sahaja azan maghrib dilaungkan, maka masuk la bulan baru iaitu Ramadhan. Bulan yang diberkati Allah SWT. Bulan yang penuh kebaikan dan cuma di bulan ini sahaja para syaitan dan iblis diikat daripada menghasut umat Islam.
Allahuma Solli Ala Muhammad,
kredit: carian google |
Ramadhan kali ini yang penuh beza kerana kali ini segalanya di rumah belaka. Jika sebelum ini, kita boleh bersiap-siap untuk menunaikan taraweh ke masjid mahupun surau tapi tidak untuk tahun ini. Jika sebelum ini kita berebut bazaar mana yang mempunyai juadah yang paling sedap, tahun ini kita cuma makan juadah air tangan sendiri. Jika puasa sebelum ini nampak lagi meriah, tapi kali ini kita meriahkan lagi dengan merapat silaturrahim sesama ahli keluarga. Sama-sama merebut peluang keberkatan pada bulan ini dengan harapan Ramadhan ini akan menjadi yang lebih baik daripada yang sebelum.
Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak buat para sahabat di alam blog, para pembaca yang sudi singgah. Moga Allah SWT merahmati kalian dalam menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini.
kredit: carian google |
Langgan:
Catatan (Atom)