Rabu, Mei 06, 2020
Segmen Share Resepi Perintah Berkurung by Mamapipie & Cariblogger
Syarat-syarat penyertaan:
1. Mestilah blogger yang mempunyai akaun bank Malaysia (senang nak bank in hadiah)
2. Wajib letak blog http://www.mamapipie.com & https://cariblogger.com di dalam bloglist korang
3. Sila follow media social ini https://facebook.com/cariblogger & https://twitter.com/cariblogger
4. Pilih satu resepi dalam blog korang yg korang nak share dgn mama dan paste perkataan beserta link ni di bawah post resepi korang tu.
- " Mari lihat 30 Makanan Tradisional Melayu Paling Popular di Malaysia "
5.. Buat satu blog post penyertaan dan pastikan dalam post tu ada banner di atas dan link ke post ini. Letak link resepi korang tu dlm post penyertaan ni.
6. Tinggalkanlink penyertaan korang di pust ini. Tu je,, Senang kan.
Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020
Tarikh tutup penyertaan pada 5 May 2020
P/S: Kalau korang takde entry resepi dalam blog, jangan risau ye, korang boleh ambil mana-mana resepi dalam blog mama dan letak dalam post korang. Jangan lupa letak credit utk mama tau. Resepi mama di sini.
Dari semasa ke semasa mama akan random pilih resepi peserta dan share dalam blog mama ni. Jangan risau nanti mama akan credit pada owner nanti. Mama akan senaraikan nama peserta mengikut link resepi di blog mereka nanti. So, bolehlah kita tengok-tengok resepi yang ada dalam segment ni kan..
Hadiah:
4 orang pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan memenangi RM 50 setiap sorang. Mama akan buat undian, insya Allah.Jemput ye sama-sama memeriahkan segment ni.
🌹🌹 Jadi untuk Aien join segmen ni, aien nak share resepi apa ya? Haha
Yang lain boleh la cari di sendiri dengan tags #resepi ye. Selamat mencuba!
Selasa, Mei 05, 2020
Apam Nasi, mudah dan sedap!
Asyik up resepi asyik tak jadi je kan, alhamdulillah untuk Ramadhan ke 11 semalam, akhirnya jadi juga. Apa yang aku buat?
Semalam my #cookingdiary try buat Apam Nasi memandangkan nasi sejuk ada. Sebenarnya aku ni tak minat benar makan apam nasi ni, sebab kadang-kadang kuat bau dia tu. Tapi, saja nak mencuba. Haha Ingatkan Encik Suami makan, rupanya dia tak makan. Nasib aku buat back-up cekodok, tapi tak berapa nak jadi, alhamdulillah habis jugak. Haha
Resepi Apam Nasi
Bahan-bahan:
1 cawan nasi sejuk
2 1/2 sudu gula
1 1/4 air suam
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sudu mauripan (pakai sudu ikea tu)
1/2 sudu kecil garam
Cara-caranya:
1. blendkan nasi, gula dan air dahulu. Kemudian, masukkan tepung, dan mauripan serta garam. Haa, blendkan semua. Dah tu, peramkan selama 30 minit sehingga 1 jam.
2. Masakkan air kukus.
3. Biarkan kukus selama 15 minit. atau ikut rasa tengok macam dah masak tu. Dah la.
4. Dah siap!
Senang kan? Kali ni risau jugak takut tak jadi macam kuih lapis yang lepas,
Baca sini: Buat kuih lapis senang, tapi...
So, alhamdulillah jadi. Dan hasilnya banyak sampai sedekah ama jiran. Bulan puasa ni aje la aku rajin nak buat kuih luar alam sendiri tak pernah buat. Dek kerana teda bazaar ramadhan. Kalau ada, aku pakat order saja. Haha
Isnin, Mei 04, 2020
Buat Kuih Lapis senang, tapi ......
Okay, before I write this, let me laughed first!!! Adoyai, terus adik aku masukkan dalam group Masak Apa Hari Ni Tak Jadi? Yo ee je dia masukkan. Habis jadi bahan gelak kami kemarin.
This is how it's look like. Omaigad~ I think I know why this kuih lapis got breakout. Haha Sampaikan ada kawan reply di IGStory aku kata kena tukar skincare lepas ni. Haha
Okay, it's funny! Lulz~ Apakah nasib wei. Akibat kerana keterujaan nak makan kuih lapis ni tau, aku beriya nak buat. Alih-alih half way masak dia. Kuang asam laa.
Kalau tengok pada gambar, bottom layer is doing just fine. Helok aje rupa paras mu. Udah ler guna warna hijo. Family semua ingat kuih seri PKP katanya. Kah!
Mungkin silapnya aku tika menambah air rebusan tu, set timer 5 minit, yet sebenarnya kuih aku tak kering sangat lagi. And then, aku pergi tambah layer seterusnya dengan penuh yakin. What???
Disebabkan aku nak sangat makan, aku jamah la seketul dua yang menyebabkan aku terus mendaftar diri ke pusat pelaburan. Phew~ Sedap wei! Resepi aku cuba dari muka buku ni sedap dah. Kena sangat la rasa dia. Tapi, tu la.. Tak masak! Kah!
Ada yang jalan sini, nak ke resepi dia. Senang dan bahan dia aku pun dah hafal tau tak. Cit! Kau tunggu aku beli lagi tepung beras. Semalam pigi kidie lupa la cari itu tepung. Apalah!
Resepi Kuih Lapis, Confirm jadi!
2 cawan tepung beras (gajah satu aku pakai)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
200ml santan (aku guna santan kara sekotak kecik)
3 cawan air
secubit garam
dan sedikit pewarna
Cara buatnya:
- Panaskan periuk kukus anda terlebih dahulu
- gaulkan semua bahan kecuali pewarna.
- bahagikan dua bahagian. ( bahagi ikut suka pun tak apa)
- kukus 5 senduk setiap lapisan selama 5 minit
- dah siap!
Tang ni la aku failed! Tang p tambah ayaq lagi kat air rebusan dia. Automatik dia jadi slow and tak berapa nak masakkan lapisan tu tadi. Ho ho ho Korang jangan jadi macam aku pulak. Cuba la! Confirm jadi punya. Senang dan mudah saja.
Oh ya, loyang boleh pakai ikut suka. Aku buat guna loyang 9" hampeh nipis je dapat. Udah ler niat nak bagi kat jiran. Sudahnya nuuu.. tong sampah yang makan sebab tak leh kukus balik. apa da!
lagi satu, kalau guna periuk lejen, jangan lupa alas penutup dengan kain supaya kuih tak kena titisan air. But, if you uolls guna pengukus TRIO ke, pengukus TEFAL ke, pengukus TUPPERWARE ke.. dah tak payah sibuk nak letak kain yek. Dorang tu dah moden. Hehe safe dari tetesan air ni tadi.
Dah, boleh cuba lusa!
credit resepi: Nur Athierah
Langgan:
Catatan (Atom)