Rabu, Mei 27, 2020

Segmen Hari Raya by Ummi


Klik banner untuk join

Tarikh tutup penyertaan pada 9 Jun 2020

Segmen Raya Aidilfitri 2020 oleh Yamanaimy


Klik banner untuk join

Tarikh tutup penyertaan adalab pada 9 Jun 2020

Ahad, Mei 24, 2020

SALAM AIDILFITRI 1141H dari perantauan


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, setelah sebulan kita berpuasa, Ramadhan bakal (ditulis advance) meninggalkan kita. Syawal datang membawa kegembiraan buat kita. Hari kemenangan bagi seluruh umat Islam di dunia. 

Aku pulang ke kampung suda ni. Makanya aku tulis terlebih dahulu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf zahir dan batin dari penulis andai ada terkasar bahasa dalam kaliam membaca blog ini. Well, nama pun personal blog. What you read, is what I felt. So, feel free to leave. Hee~ 

Buat teman-teman blogger yang sering berkunjung tanpa jemu, meninggal komen serta sering memberikan aku inspirasi, terima kasih aku ucapkan dan salam aidilfitri buat kalian. Jangan sedih-sedih ya jika tak dapat pulang ke kampung. Duduk diam-diam di rumah. buat video call sama orang tuamu. Dan nikmatilah tonton drama atau movie ulangan di kaca televisyen tu. Jangan mau keluar ya. Covid tu masih berleluasa di luar sana. Stay safe, stay at home okay? 

Tahun lepas,ada juga peluang aku beraya sama orang tuaku, namun aku tak mahu. Tahun ini, aku mahu beraya sama orang tuaku. Tapi tiada peluang. Sedih kan? Haa, sendiri tu la. Selagi dapat peluang, jangan la bazirkan k. 

Buat adindaku yang berdua di Shah Alam tu, bagus-bagus ya kalian. Jangan sedih-sedih. Duduk rumah masak dalam #cookingdiary aja k. 

Buat keluarga terchenta di Miri, adindaku di Bukit Gambir (raya sama mentua) dan adindaku di Kota Samarahan (juga tak balik) selamat hari raya semuanya. Nasib juga ada adindaku dua ketul yang temani umi ayah di Miri. 

Sepatutnya ikutkan hari ni, (21 May) flight ayah umi ke mari. Kami bakal berkumpul di Melaka. Again, we never knows kan. Again, flight tiket mereka burn/refund balik. Sob sob la. 

Sampai hujung tahun juga kita begini. Moga hujung tahun nanti ada peluang nak balik Miri. Aku rindu nak jalan-jalan, rindu nak jumpa family. Rindu,, rindu serindu-rindunya.... 


Jangan nangis tau. 

PS: buat pertama kali, aku berjaya buat biskut sampai 6 jenis. Kah! standby dah dalam beg nak bawak balik kampung. Jumpa lagi nanti bila aku tulis lagi.