Jumaat, Jun 19, 2020

CHINESE DRAMA: You're My Destiny (2020)




Tajuk: You are my destiny 
Genre: Melodrama, Romance
Episode: 36 (currently airing) 
Cast: Liang Jie, Xing Zhao Lin, Jinna, Li Jiu Lin, Chang Long, Wang Qian
Sinopsis: 

Two people living on "parallel lines" were never meant to interact, but an unanticipated meeting transforms them into each other's destiny. On a cruise ship bound for Bahamas , Chen Jiaxin meets the highly-educated Wang Xiyi, heir to a huge conglomerate. Helping each other, play acting and a one night stand leads them into each other's life again as married couple who can't divorce because of pregnancy and family pressure. Their contract marriage has a secret prenuptial agreement for a divorce after the birth of the child. The baby will remain with Wang Xiyi and he will marry the woman he loves. Misunderstandings lead to a miscarriage. Heartbroken, Chen Jiaxin journeys to Hungary alone. There she endures trials and tribulations. But with perseverance and help from friends, she becomes an accomplished potter. Meanwhile, over three years of separation Wang Xiyi has matured into someone capable of raising a family. Since so much time has passed, history and possibility converge when the two meet by chance in Hungary. (Source: ChineseDrama.info)


Spoiler Alert! 

Sebagaimana yang diiklankan, drama ini merupakan adaptasi drama famous Taiwan , Fated to Love You, yang telah diadaptasi kepada beberapa buah versi termasuk Korea Selatan 

Sebenarnya drama ini masih ditayangkan dan aku jenis tak sabar nak bagi tau betapa best drama ni, kerana itu wujudnya review ini. 

Pelakon lelaki utama, Xing Zhao Lin merupakan ahli EXO yang telah keluar daripada kumpulan terkenal itu demi melanjutkan kariernya dalam bidang lakonan. Zhao Lin dan juga pelakon wanita utama drama ini, Liang Jie juga telah berlakon bersama dalam drama lain yang mempunyai dua siri iaitu The Eternal Love. 

Yang tu aku belum tengok lagi, dah dunload p buang, dah tengok separuh haiya~ kakunya. Terbantut jugak nak tengok. Tapi, untuk drama kali ini, chemistry antara Zhao Lin dan Liang Jie sangat best. I tell you. 

Eventhough, dah tengok versi asli iaitu Taiwan version yang ditayang pada tahun 2008 dilakon oleh Ethan Huan dan Joe Chen.

credit: google

Dan juga Korea Selatan version yang dilakonkan oleh Jang Nara dan Jang Hyuk kalau tak silap aku. 

credit: google


Yang thailand version lagi belum tengok.  Ada masa nanti nak cuba tengok yang ni. 


Untuk versi Chinese ni, Wang Xiyi dan Jia Xin ni jumpa atas kapal. Bilamana, pakwe Jia Xin kantoi curang dengan Xiyi, dan Xiyi pulak tolong la Jia Xin sejak dia ditinggalkan Anna demi tour persembahan ballet dia tu. 

Plot utama drama ni, Jia Xin termengandung dan Xiyi bertanggungjawab kerana nenek dia nakkan pewaris untuk Cheng Jie Group. Lagipun nenek Xiyi tu tak berapa la berkenan dengan si Anna ni. Bila dapat tahu, Jia Xin mengandung dia usaha menyatukan cucunya dengan Jia Xin. 

Pling plang pling plong, dorang terjatuh cinta dan Anna dah cedera sebelum persembahan terakhir tour Giselle dia, lantas nak berbaik semula dengan Xiyi dan masa tu kan dah terlambat. Mula la dia menyusun atur supaya Jia Xin meninggalkan Xiyi  sehingga Jia Xin keguguran. 

Nyampah aku. Tak suka watak kedua acah baik. Nasib Dylan hensem. Ko tunggu Dylan amek Jia Xin tu. Padan muka Wang Xiyi. Anna pulak tak tau seluruh ahli keluarga Wang dah suka dengan Jia Xin. Ko tu dah tak ada port di hati dorang. Ko masuk pun tak hangin dorang pandang. Eh, emo pulak sis. 😂 


Tapi,aku suspek Dylan ngan Anna tu adik beradik sebab Dylan dalam usaha tengah cari adik dia hilang. Hurm, tak tau la kesudahan dia acaner.. Ada lagi 12 episode kot. 
 
Nanti rajin, aku update spoiler dia sampai last episode k. 

Kalo korang nak tengok, boleh tengok di youtube ataupun aplikasi WeTV. 

Khamis, Jun 18, 2020

Chest drawer idaman kalbu




Orang kata, beauty is pain. Ya, demi mendapatkan chest drawer walaupun tak mamph dapatkan set IKEA akhirnya yang serupa telah tiba. 

Berat? Huish, sis angkat sendiri dengan seller a.k.a member masa kerja dulu.
Dengan harga mampu milik, pasang sendiri. Alhmadulillah aku berpuas hati la. Angan nak beli lagi. Tapi, mengenang kena angkat sendiri malas la pulak. Ha Ha Ha 


Tengok la next month sis nak beli apa pulak. He he Banyak list nak dilengkapkan dengan hasil duit yang ada. Harap tercapai la serba sedikit mengikut apa yang disenaraikan. 

Biar lambat, asalkan tak menyusahkan orang, ye dak. Gitu~

Aku ni dah berapa hari asyik biar blog terbengkalai. Tak ada cerita satu, malas menaip dua, asyik mencari drama best untuk ditengok ni. Ada ja yang dah tengok. Nanti masuk review DRAMA k. 

U olls jangan boring tau singgah. 

Next mission, either nak beli peti sejuk atau televisyen,mana lagi penting? 

1. Peti sejuk yang currently guna sekarang okay je buat simpan lauk seminggu, cuma dia xda freeze membuatkan aku nak beli aiskrim pun fikir sejuta kali. Ha Ha Ha 

2. Televisyen sekarang ni pun dah bukan digital punya. So, tergendala la dia situ dengan skrin dah lecur plus mentua pun suruh buang aje tv cabuk tu. Ha Ha Tapi, kitaorang simpan lagi buat dengar radio. Okay la dari tak ada kan. 


So, agak celaru jugak nak dahulukan mana. U olls sudi tolong ke? He he 

Kalo peti sejuk, dalam kepala nak cari yang dua pintu. Beso sikit. Ahli dah 4. Mana tau masa akan datang bertambah, wallahu alam. Target dalam 250L ke atas. Makanya bajet pun dalam RM1k ke atas jugak. iTupun usha di Shopee dengan Lazada. Kang aku bayar shipping mahal, mahal laki jugak kena angkat baik tak payah. Nak pegi kedai ntah bila nya. Hailoooo~ 

Kalo tv, aku konfius nak cari digital biasa atau smart TV? apa beza ya? Kalo beli smart TV kan, digital TV teda ka? Hatiku berbelas bagi ni. 

By the end of 2020, harap ada dah salah satu ni ye.  Itu pun dah lega sikit ye dak. 

Haa, nak sambung tengok drama lagi. Bai!

Ahad, Jun 14, 2020

CHINESE DRAMA | Memory Lost Season 3 (2016)





Tajuk: Memory Lost Siri Tiga (2016)
Genre: Detektif, Mystery, Drama, Romance
Episode: 12 
Cast: Yang Rong, Bai White, Price Tom, Li Evan, Wang Yu, Sun Cindy
Sinopsis: 
Season 2 ends with the members of the alphabet syndicate, revealing themselves one by one. But there seems to still be one person who is enshrouded with mystery. Where is he? Who is he? There seems to be many deaths caused by the other members but there seems to be no trace of him committing crimes and therefore both Han Chen and Bai Jinxi/ Su Mian seem to know of his existence. Also, why did Su Mian have to live on as Bai Jinxi, why was she not killed? Who arranged that? Is the real Bai Jinxi alive or dead? And did Su Mian actually kill someone and join the alphabet syndicate properly


Spoiler Alert! 


Disebabkan keterujaan aku berkongsi review serta spoiler drama ini, membuatkan aku dua kali taip tau. Pasai pa? Pasai yang pertama taip zap~ tertekan button tutup. And~ you know the rest. T^T 
So, korang yang randomly singgah boleh juga baca,


PS: Aku tak sediakan link dramanya, yang ada cuma spoiler dan review ikhlas dari aku semata. Korang boleh juga tonton drama ni di dramanice ataupun kissasian. 

Untuk bahagian ketiga ini, semestinya pengakhiran kisha bagaimana Han Chen dan Jin Xi/Su Mian melakukan penyiasatan terhadap kes berkaitan dengan sindiket pembunuh bersiri kumpulan Alphabat. Dan baki ahli sindiket yang masih tinggal adalah A, R dan L saja yang masih menjadi puppet kepada mastermind kumpulan sindiket ini. 

Bila sebut saja final act, dorang mesti nak buat yang terhebat dan paling gempak antara sebelumnya dan lokasi yanh dipilih adalah sebuah kapal cruise yang sedang membuat private party Children School Fund Charity yang kebanyakan banyak songlap disongok dan makan rasuah. Namun, mereka ini bukanlah target utama A, R dan L. Haa ,kenapa? Jeng jeng jeng~ 



6 episode pertama bagi aku wasted sebab masih banyak tanda tanya yang ditinggalkan untuk mengenal pasti ahli kumpulan alphabat ini dan apa kaitannya sindiket ini dengan kes 5 tahun lalu yang berlaku kepada Han Chen dan Jin Xi. 


Yang best adalah 6 episod kemudian yang akhirnya menjelaskan semua teka teki ini. Terbaik! Dan aku kasi 5 bintang dari 5 bintang untuk korang terus cari drama ni. Storyline dan aksi dia cukup memuaskan aku bagi yang selalu cepat berpuas hati la. Ye la, nama pun tonton drama, buat apa nak stress-stress ye dak. padahal ko tu kerja tengok genre romance aje. Kah! 


Kan aku dah cakap, yang Dr.Xu tu sangat la suspicious orangnya. Penuh misteri dan kesempurnaan dia menjadi tanda tanya tau. Padan la Han Chen asyik nak buat gaduh aje Dr. Xu yang acah baik ni. 


Disebabkan aku ni jenis orang tak suka nak cerita sekerat jalan, jadinya aku nak buat spoiler teruk ini siri ketiga ni. Ha Ha Ha 

Jadinya, jika korang nak baca selanjutnya spoiler penuh drama ni, boleh terus skrol ke bawah. Sekiranya korang tak mahu tahu dan ingin menontonya sendiri, Sila klik *X* di tab ini. Eh, sebelum tu, jangan lupa skrol laju-laju dan tinggalkan komen kat bawah sana k. Hee~ thanks. ^^ 


SPOILER ALERT TERUK! 
 

Sebelum meneruskan cerita ini, aku nak susun karakter yang ada (utama je) bagi korang nampak perjalanan drama ni.


Su Mian / Bai Jin Xi ; Ayahnya juga seorang anggota polis yang berdedikasi telah dibunuh oleh pembunuh bersiri high profil semasa umurnya 8 tahun. Semenjak dari itu, dia bercita-cita untuk menjadi anggota polis untuk menangkap pembunuh yang berkaitan dengan kes kematian ayahnya. 


Han Chen ; Buah hati intan payung kesayangan Jin Xi. Juga hilang ingatan selepas kejadian 5 tahun lalu. Namun, itu bukan halangan dia untuk mencari semula wanita yang dicintainya kembali. Setia kuasa 10 la ni. Hebat betul! 


Aku akan skip 3 orang ahli kumpulan Black Shield (baru jumpa nama betul team dorang ni) dan fokus kepada sindiket alphabat memandangkan ramai konfius dengan abjad yang banyak sangat ni. 



A ; paling muda, bersifat keanakan. berjiwa bebas. Seorang pakar pengeboman dan mempunyai trauma ayahnya dibunuh di hadapan matanya sendiri. Sangat sayang pada Su Mian dan menganggap wanita itu seperti kakaknya sendiri. 


E ; Xia Jia, satu-satu yang ahli perempuan. Seorang anak tunggal keluarga kaya, mempunyai trauma kedua ibubapa sering bergaduh di rumah. membuatkan dirinya sangat obses dengan Han Chen. Sangat pandai membuat racun. 


K ; Xu Nan Bo, seorang professor yang terkenal dalam bidang criminal pyschology antara anggota polis. Bahkan bapanya sendiri mengajar untuk itu. Akan tetapi, bapanya sering menidakkan hipotesisnya dan membuat karnivor dalam dirinya memberontak. Beraninya dia sehingga sanggup membunuh bapanya sendiri demi identiti ahli kumpulannya tidak terdedah. 


L ; tak banyak disebutkan tentangnya. Cuma dia ini sangat pembersih sehingga digelar clean freak. Aku syak dia dalam group ni hanyalah cleaner. Buat kerja lapangan untuk R, dan dia sangat kaya. Oh, baru aku ingat, L ni bunuh bapa yang berkarisma. Bapa yang prihatin dengan anak-anaknya kerana dia mahu mereka ini menjadi contoh bagi semua bapa-bapa yang ada. Mungkin kerana pengalaman dia dengan bapanya tidak seindah mana. 


M ; anak yatim piatu yang mempunyai cafe sendiri, dan membunuh orang demi falsafah kecantikan. Art pembunuhan dia sangat cantik. Dan orangnya hensem. 😌 Bermula dengan siasatan kes M, Su Mian mula dijebak masuk ke dalam Sindiket Kumpulan Alphabat ini. 


R ; Hacker. Seorang yang semestinya mempunyai masalah keluarga sehingga dia takut untuk keluar. mempunyai safe zone dia sendiri dan rasa berkuasa dalam dunia binary. 


S ; mastermind yang mengumpul semua huruf termasuk T. Anak kepada pembunuh bersiri, yang membunuh dengan suka. Setelah dilatih oleh ayahnya sendiri dia menjadi sangat profesional, namun kerana ayat daripada ayah Su Mian, dia mula mencari erti cinta dan sangat mencintai Su Mian sehingga sentiasa menjaga gadis itu tanpa sedar. S juga mencari ahli kumpulannya berdasarkan trauma yang sama dengan dirinya.


T ; Snapshooter, atau sniper. Dari kecil dirinya disering didera oleh ayahnya, sehingga ibunya berkahwin baru pun dia masih didera oleh ayah tirinya. Akhirnya dia membunuh orang demi mendapatkan keadilan yang dia tidak perolehi dari kecik. Sangat berdikari di antara ahli kumpulannya. Tak ada string attach. 



Itu la serba sedikit latar belakang ahli kumpulan pembunuh alphabat ini. Bermula dengan Kes M (ini kisah 5 tahun lalu) disiasat oleh Han Chen dan intern Su Mian, K mengingatkan ahli kumpulannya agar laydown, agar tidak segera ditangkap polis. Namun, S mengeluarkan arahan untuk membawa Su Mian masuk ke kumpulan mereka sebagai undercover agent. Kasihan Su Mian yang beriya berlakon supaya dorang tertipu dengan dia, padahal dia serba serbi diketahui oleh Kumpulan Alphabat ni. Kiranya, Su Mian cinta hati S, dan Han Chen obsesi E. 


Bila dah tahu identiti dirinya terdedah, Su Mian segera menghantar kod rahsia pada Professor Xu, namun dibunuh oleh anaknya sendiri iaitu K sebelum sempat menghantar abstrak kod itu pada Falcon Unit  ; unit yang menguruskan undercover agent. 


Manakala dari Kumpulan Alphabat pulak, bila Su Mian gelabah menunggu bantuan, mereka pasang perangkap dengan mendapatkan pelanduk dua serupa Su Mian iaitu Bai Jin Xi untuk dibunuh supaya identiti Su Mian itu hilang terkubur dan S boleh hidup dengan Jin Xi dengan identiti baru.


Masa itu juga, S memasang chip elektronik pada ahli kumpulannya supaya apabila ada chip yang berhampiran dengan dirinya, S boleh mendapatkan semula memorinya. 


Jika berbalik pada Bahagian Kedua kalau tak silap, Han Chen menunjukkan cincin tunang  pada Jin Xi dan menunjukkan intial nama pertama mereka H&S. Kerana itu, mereka berdua gigih nak mengetahui kisah sebenarnya apa yang berlaku 5 tahun lalu.


Bagi aku, jika dilihat semula, drama ini hanya la permainan antara kumpulan alphabat dan pihak polis semata-mata atau pihak polis itu, cuma Han Chen dan Jin Xi sahaja.


Dan bila S mendapat memori semula, orang pertama yang dapat kesan adalah K dan beliau dapat merasakan bahawa S yang dahulu tidak lagi bersama dengan mereka yang masih mahu membunuh demi kepuasan. 


Sebab tu ending dorang ni semua mati tembak antara satu dengan yang lain. akhirnya semua mati tapi, entah macamana S terselamat, namun dia menerima hakikat kali kedua kekalahannya pada Han Chen. 


Untuk Black Shield Team, Han Chen dan Jin Xi happily ever after. Dan ketiga ahli telahpun berjumpa dengan pasangan masing-masing. Secara keseluruhan berpuas hati dengan ending dia. Ya la, aku memang cepat berpuas hati. Janji tahu siapa yang jahat suda. buat apa nak stress. Hee~ 


Next dalam barisan ada beberapa drama lakonan Bai White a.k.a Han Chen dalam list ni. Huuu~ nak tengok bila lagi ntah. 


Qoutes menarik perhatian aku dalam ni adalah, 


As long we know what we want, it's best to live ourself.


mengingatkan aku, tujuan kita hidup di atas muka bumi ini telah Allah SWT tentukan. Iaitu menjadi hamba dan khalifah di atas muka bumi. Berjalan mengikut paksi dan panduan yang telah diberikan olehNya, in shaa Allah kita berjaya dunia dan akhirat.